Sunday, January 17, 2010

Mee goreng Gloria de amor

Salam semua.

Hujung minggu di hostel berasa agak bosan sebab ramai balik kampung. Untuk menceriakan hujung minggu nan suram dan mengelakkan diri daripada bermuram durja, saya dan Ma telah memasak. Horay! eh eh. Jap jap. eerr. Lebih spesifik Ma yang masak. Saya menyokong Ma dari kiri kanan depan belakang.

Tak payah citer banyak lagi. Senang saja nak buat mee goreng. Cuma ada dua langkah saja. Jom buat mee goreng!

BAHAN-BAHAN:

  • mee (satu paket)
  • telur ayam (dua biji )
  • sayur seperti sayur sawi dan taugeh
  • fishcake (sebungkus pun dah mencukupi)
  • cili giling (satu paket sederhana kecil)
  • garam (secukup rasa dalam satu sudu kecik pun dah okay. nak letak letak lapan sudu pun boleh. nak letak lima puluh sudu pun boleh kalau badan anda taf macam ironman)
  • minyak masak (kuantiti yang sesuai. ini nak buat mee goreng. bukan nak goreng pisang)
 LANGKAH PERTAMA


Panaskan kuali dulu. Kemudian masukkan minyak masak. Ingat. Ini nak masak mee goreng. Bukan nak goreng pisang. Biarkan minyak panas dulu. Tiga sudu minyak pun dah cukup. Sukat guna sudu pun dah okay. Tak payah nak pegi sukat guna penyukat kat makmal sains sekolah.


Masukkan cili giling (atau cili boh). Kalau suka pedas, boleh tambah lagi cili giling. Kacau dengan penuh penghayatan dan semangat waja yang tidak terperi. Walaupun kasih sayang kurang di hujung minggu, ia bukan alasan. Biarkan sehingga cili masak. Sambil-sambil tuh jangan lupa kacau pelahan-lahan cili dari masa ke semasa (penggunaan perkataan yang sofikated juga perlu bagi nambah rasa elegan pada mee) untuk menyelakkan daripada cili melekat dengan degilnya kat kuali. Nanti ada jugak yang senget-senget sanggul nak gosok kuali.



Masukkan fishcake yang telah dipotong kecik-kecik. Nak potong dengan cara skema iaitu bentuk petak pun boleh. Nak potong dengan cara kreatif dan kritis pun boleh iaitu dengan buat bentuk ayam, kambing biri-biri atau bunga pun boleh. Mengikut daya kreatif anda. Bagi yang sedang dilamun cinta, bentuk love menjadi pilihan lambang tak dapat jumpa buah hati pada hujung minggu T___T





Kemudian masukkan sayur sawi. Kena masukkan jugak. Saya paksa. haha. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, kena makan sayur. Jangan abaikan sayur. Tanpa sayur siapa lah anda (tetiba) Sawi sangat bagus untuk mencegah penyakit jantung serta dapat mengelakkan ibu hamil daripada anemia. Kacau sayur sehingga agak masak. Taknak sampai nampak layu sangat. Masa kacau jangan lupa kacau dengan penuh penghayatan dan kasih sayang.


Sekarang boleh masukkan mee. Masukkan dengan cermat supaya anda tidak tertumpah sana sini. (eceh) Kemudiannya, gaul. Dan masukkan sekali garam. Kena masukkan. Tanpa garam siapalah mee goreng anda.


Telur ayam yang cekau dekat reban ayam opah jangan dilupakan. Masak telur kat bahagian tepi macam dalam gambar kat atas. Kejap jer telur nak masak. Bila telur dah masak, campurkan dengan mee. Gaul sehingga mereka mesra dan serasi bersama.


Gaullah mereka dengan sebati supaya mereka serasi bersama. Kemudian? Yup. Dah siap. Maka terhasillah mee goreng. Hoyeh! Hoyeh! Sila bangga dengan diri sendiri sekarang sebab dah berjaya buat mee goreng. *lap air mata kegembiraan di hadapan kuali*

LANGKAH KEDUA

Makan mee goreng!

Alhamdullilah. Sudah siap. Fungsi mee goreng dalam kehidupan seharian adalah untuk dimakan. Bukan untuk dibuat perhiasan mahupun dilihat tanpa dimakan. Bagaimana pulak kalau nak riak dengan jiran sebelah yang anda pandai buat mee goreng? eerr. Perkara itu kita bincang pada satu tarikh yang akan diberitahu.

Senang bukan cara nak buat mee goreng? Cuma ada dua langkah sahaja yang tidak termasuk dengan cabang-cabang di bawah setiap langkah. Kalau nak mendapatkan rasa sedap dan nikmatnya mee goreng yang dibuat oleh kami berdua sila ikut langkah-langkah tesebut dengan patuh. Jangan skip mana-mana part pun. Kalau tak sama rasa itu tandanya mula masak tak baca Bismillah. haha.

No comments: