Friday, January 29, 2010

Iron Lady

Salam suma.

2 minggu yang mengharukan telah selamat diharungi secara haru biru dengan jayanya. Sangat-sangat lega. Rasa macam satu beban yang sebesar anak daineso dah lepas. Kalau lah beban ni ada tangan rasanya dia angkat saya guna jari kelingking pun dan boleh. Mungkin saya yang kecik atau beban itu yang sangat besar sehingga mampu mengangkat saya yang kecik? eerr. Nampak macam logik kan benda besar angkat benda kecik. Kalau saya angkat anak gajah nampak sangat tipu.

Selama 2 minggu jugak lah saya tak terasa nak  pergi praktikal. Hati dan perasaan saya tak ada kat hospital. Tak ada hati dan perasaan nak buat keja. Mungkin hati dan perasaan tertinggal dalam balang kaca kedap udara. Tidur pun dah tak berapa nak nyenyak sebab dalam minda dah set. Esok mesti bangun awal untuk pergi praktikal. Kalau lambat bangun memang nak cari nahas. Selalu terjaga tido pada masa yang tak sepatutnya seperti tengah malam buta yang sepatutnya masa itu tengah mimpi yang indah saja macam mendirikan masjid bersama insan tercinta (ehem). Ini tidak. Terjaga hanya kerana teringat nak pergi praktikal T____T

Saya rasa hati dan perasaan saya ada sikit masalah. Mungkin konflik dalaman yang sangat hebat seperti ada raksasa tengah berdansa sampai Ultraman terpaksa masuk campur untuk tenangkan keadaan. Walaupun rasa macam ada konflik dalaman tapi saya tak dapat mengenalpasti apa punca konflik tersebut. Ia lebih kepada antara kehendak sendiri atau kehendak orang lain. Diluah mati emak, ditelan mati bapa (eceh) Boleh salin dalam buku nota peribahsa untuk hari ini. Kalau tak mahu salin pun takpa. Boleh hafal dan pahatkan dalam minda atau sulamkan dalam hati. Tak mahu buat pun tak mengapa. Saya tak marah pun. haha.

Tapi bukankah praktikal sepatutnya menyeronokkan. Seorang rakan saya berkata dia lebih suka pegi praktikal daripada masuk kelas. Saya tak ada perasaan untuk pegi ke mana-mana. Sleep and shopping are the best theraphy. I mean for me other than watching movies and others things. You know. Girl's stuffs. Why I'm heartless?

  1. Setiap hari kena bangun dan bersiap-siap awal daripada biasa. Sememangnya setiap hari bangun awal. Kalau hari kelas biasanya bangun pukul 6.10 pagi, masa praktikal kena bangun pukul enam pagi. See? Awal kan, bagi saya. Walaupun perbezaan yang sedikit tapi tetap memberi kesan kepada saya. Jangan perlekehkan masa sepuluh minit tersebut.
  2. Masa praktikal merupakan masa di mana saya cenderung skip breakfast. Tahukah natijahnya kalau skip breakfast? Perut akan membuat bunyi yang kurang best seperti ada parti bujang dalam badan. Kalau bertugas di bilik yang kurang sibuk boleh lah skip pegi Hospimart yang sesak giler walaupun saiznya berkali ganda kecik dan comel daripada Tesco. Bila dah lapar, mula lah muka pelan-pelan transform jadi vampire. Tengok patient pun macam nak makan patient. Nasib baik iman kuat. Kalau tak dah lama telan patient hidup-hidup. Ingat Tuhan. Ingat Tuhan.
  3. Kaki akan jadi cramp masa lunch time. Sepagi tak dapat duduk walaupun seminit. Tahukah anda bahawa nikmatnya tak terkata walau dapat duduk cuma seminit. Seminit itu emas.
  4. Berpotensi untuk abes duty lambat. Ini sudah kemestian kalau duty di kecemasan. Saya berani potong kuku sehari empat kali. Tak sampai hati nak tinggalkan radiografer sorang-sorang buat kes walaupun masa duty dah abes.
  5. Saya bosan tunggu wafer lambat siap masak dekat Hospimart. Asalkan time saya nak beli mesti ramai yang nak beli. Tak kesian ke dengan saya yang membawa muka sengsara selepas duty dan penuh sinar harapan nak makan wafer. Kamon lah. Kata gentleman. Ladies first. Bila beli wafer tak ada pulak yang bagi ladies first. heehh.
  6. Saya rasa sangat selekeh apabila abes duty. Kalau duduk di bahagian kaunter jari jemari yang mulus dan runcing buluh ini (eceh) akan jadi comot sebab terkena dakwat cop jabatan dan pen serta liquid paper. Tak masuk lagi dengan tudung jadi sengat. Confirm tudung senget lepas office hour. See. Sangat sengsara kan.
  7. Boleh jadi kesatria baja hitam tunggu van atau bas datang fetch. Ini part terbesar dalam bahagian-bahagian terbesar senarai saya. Penantian itu satu kelaparan. Kira okay lah tu jadi kesatrian baja hitam. Kalau jadi Godzilla lagi haru. Kang abes suma keta bas saya amek makan cicah dengan kopi panas.
Lately, minggu berpraktikal adalah minggu yang sangat beremosi bagi saya. Ingat nak mengadu kat Kak Engku, SY dan Kril tiap-tiap pagi kat Sinar pagi. hehe.

Sunday, January 17, 2010

Mee goreng Gloria de amor

Salam semua.

Hujung minggu di hostel berasa agak bosan sebab ramai balik kampung. Untuk menceriakan hujung minggu nan suram dan mengelakkan diri daripada bermuram durja, saya dan Ma telah memasak. Horay! eh eh. Jap jap. eerr. Lebih spesifik Ma yang masak. Saya menyokong Ma dari kiri kanan depan belakang.

Tak payah citer banyak lagi. Senang saja nak buat mee goreng. Cuma ada dua langkah saja. Jom buat mee goreng!

BAHAN-BAHAN:

  • mee (satu paket)
  • telur ayam (dua biji )
  • sayur seperti sayur sawi dan taugeh
  • fishcake (sebungkus pun dah mencukupi)
  • cili giling (satu paket sederhana kecil)
  • garam (secukup rasa dalam satu sudu kecik pun dah okay. nak letak letak lapan sudu pun boleh. nak letak lima puluh sudu pun boleh kalau badan anda taf macam ironman)
  • minyak masak (kuantiti yang sesuai. ini nak buat mee goreng. bukan nak goreng pisang)
 LANGKAH PERTAMA


Panaskan kuali dulu. Kemudian masukkan minyak masak. Ingat. Ini nak masak mee goreng. Bukan nak goreng pisang. Biarkan minyak panas dulu. Tiga sudu minyak pun dah cukup. Sukat guna sudu pun dah okay. Tak payah nak pegi sukat guna penyukat kat makmal sains sekolah.


Masukkan cili giling (atau cili boh). Kalau suka pedas, boleh tambah lagi cili giling. Kacau dengan penuh penghayatan dan semangat waja yang tidak terperi. Walaupun kasih sayang kurang di hujung minggu, ia bukan alasan. Biarkan sehingga cili masak. Sambil-sambil tuh jangan lupa kacau pelahan-lahan cili dari masa ke semasa (penggunaan perkataan yang sofikated juga perlu bagi nambah rasa elegan pada mee) untuk menyelakkan daripada cili melekat dengan degilnya kat kuali. Nanti ada jugak yang senget-senget sanggul nak gosok kuali.



Masukkan fishcake yang telah dipotong kecik-kecik. Nak potong dengan cara skema iaitu bentuk petak pun boleh. Nak potong dengan cara kreatif dan kritis pun boleh iaitu dengan buat bentuk ayam, kambing biri-biri atau bunga pun boleh. Mengikut daya kreatif anda. Bagi yang sedang dilamun cinta, bentuk love menjadi pilihan lambang tak dapat jumpa buah hati pada hujung minggu T___T





Kemudian masukkan sayur sawi. Kena masukkan jugak. Saya paksa. haha. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, kena makan sayur. Jangan abaikan sayur. Tanpa sayur siapa lah anda (tetiba) Sawi sangat bagus untuk mencegah penyakit jantung serta dapat mengelakkan ibu hamil daripada anemia. Kacau sayur sehingga agak masak. Taknak sampai nampak layu sangat. Masa kacau jangan lupa kacau dengan penuh penghayatan dan kasih sayang.


Sekarang boleh masukkan mee. Masukkan dengan cermat supaya anda tidak tertumpah sana sini. (eceh) Kemudiannya, gaul. Dan masukkan sekali garam. Kena masukkan. Tanpa garam siapalah mee goreng anda.


Telur ayam yang cekau dekat reban ayam opah jangan dilupakan. Masak telur kat bahagian tepi macam dalam gambar kat atas. Kejap jer telur nak masak. Bila telur dah masak, campurkan dengan mee. Gaul sehingga mereka mesra dan serasi bersama.


Gaullah mereka dengan sebati supaya mereka serasi bersama. Kemudian? Yup. Dah siap. Maka terhasillah mee goreng. Hoyeh! Hoyeh! Sila bangga dengan diri sendiri sekarang sebab dah berjaya buat mee goreng. *lap air mata kegembiraan di hadapan kuali*

LANGKAH KEDUA

Makan mee goreng!

Alhamdullilah. Sudah siap. Fungsi mee goreng dalam kehidupan seharian adalah untuk dimakan. Bukan untuk dibuat perhiasan mahupun dilihat tanpa dimakan. Bagaimana pulak kalau nak riak dengan jiran sebelah yang anda pandai buat mee goreng? eerr. Perkara itu kita bincang pada satu tarikh yang akan diberitahu.

Senang bukan cara nak buat mee goreng? Cuma ada dua langkah sahaja yang tidak termasuk dengan cabang-cabang di bawah setiap langkah. Kalau nak mendapatkan rasa sedap dan nikmatnya mee goreng yang dibuat oleh kami berdua sila ikut langkah-langkah tesebut dengan patuh. Jangan skip mana-mana part pun. Kalau tak sama rasa itu tandanya mula masak tak baca Bismillah. haha.

Saturday, January 02, 2010

end-joy

Salam suma.

Dengan ini saya dengan rendah diri ingin membuat satu permintaan yang tidaklah rumit ditunaikan. Tak serumit seperti membuat simpulan bunga gedik geti semasa zaman sekolah dahulu (memang tak pandai nak buat simpul jenis ni dan lain-lain. buat simpul mati tu lar skill tertinggi buat simpulan yang boleh dibanggakan masa dalam pandu puteri). Bukan bukan. Saya cuma ingin pihak kolej dengan gembira dan berbesar hati menambah cuti semester pelajar daripada 2 bulan menjadi kepada 3 atau 4 bulan. Boleh tak? Alar alar alar. Boleh lar boleh lar. Pleeeeaaasseeee. eerr. Tetiba rasa macam ada peluru sesat bakal singgah tak bagi salam kat kepala. T____T

Majoriti (bergantung kepada pembacaan saya di facebook dan lain-lain) mengatakan cuti lama-lama agak membosankan. Bagi saya, cuti sangat best sebab ada saja menda yang saya nak buat. Maksud saya sangat banyak kalau anda tahu apa nak buat. Bagaimana dengan saya? Ada saja menda yang saya nak buat walaupun duduk di rumah. Lain lah kalau berada kat rumah orang. Terhad dan tak dapat buat macam rumah sendiri (memang lah. da nama pun rumah orang lain)

Da alang-alang lalang belalang saya keluarkan kenyataan yang cuti lama best, meh nak kongsi amenda yang boleh dibuat masa cuti.

Mendownload movie. The truth is sampai sekarang saya tak pandai download movie. Pandai bagi cadangan jer. hehe. Kalau nak beli VCD atau DVD jenuh lah nak korek tabung buluh pegi beli. Selalunya saya akan tengok di YouTube (kalau ada lah movie yang dikehendaki kat sana) untuk movie-movie overseas (luar negara maksud saya. bukan movie yang shooting buat kat pulau pinang. harap maklum) dan di Mysoju untuk movie Korea dan Jepun.

Menengok movie yang didownload. erk? Cadangan berciri sangat cerdik macam nak sekeh bertubi-tubi. Maksud saya adalah menengok movie. Sapa yang ada channel movie Astro kat rumah sila bersyukur sebab banyak movie best. Kat rumah saya dah lama takdak. Tinggal kenangan dalam lipatan sejarah T____T Saya sangat suka tengok movie secara berulang-ulang walaupun dah berpuluh-puluh kali ulang kat tv. Kalau setakat skrip movie Harry Potter : The Prisoner of Azkaban takyah cakap lah. Tanya jer. Lekat celah gigi jer. haha.


100 days with Mr Arrogant.

Menengok siri-siri kegemaran di tv. Ini pun feveret jugak. Bagi saya yang tak mudah rasa jemu dengan sesuatu, saya boleh tengok satu-satu citer itu dari season 1 sampai yang the lastest macam citer CSI : Crime Scene Investigation dan anime Cardcaptor Sakura berulang kali. Ini jugak kebaikan Astro ulang balik citer banyak kali. Walaupun takdak orang nak tengok sangat citer yang diulang banyak kali. Jangan riso. Jangan susah hati. Saya kan ada. hehe.

Online. Ini tak payah suruh memang buat punya lah. Setiap hari. 24/7. Tempat panas nak online adalah Facebook. Well, budak-budak sekolah sekarang pun dah maju. Kecik-kecik lagi dah ada Facebook. Nak selit kan sikit pandangan da alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan (dah dekat dengan ketiak tu. ada berani nak makan pekasam tu? haha) Bukan budak-budak sepatutnya online dekat Myspace ke? haha.

Belajar memasak. Akhirnya ada jugak isi yang berciri membawa manfaat setelah banyak isi yang lebih ke arah lagha. Akviti yang sesuai untuk para gadis, ibu-ibu serta mak cik-mak cik dan kaum lelaki. Kalau sapa nak kawen dengan hero Twillight kena pandai masak. Dia suka giler dengan girl yang tahu masak especially yang tahu masak gulai tempoyak dengan ayam masak kicap. Tak caya pegi tanya Encik Google. Kalau jumpa lah. haha. Saya takpa kalau tak tahu masak gulai tempoyak sebab saya bukannya nak kawen dengan hero Twilight. Saya nak kawen dengan hero citer Korea - mata - sepet - pakai - uniform - kaler - kelabu - yang - setiap - hari- dispen - ubat . Hero citer Korea mana makan gulai tempoyak. haha. Move!


I wonder if Jacob likes sambal tempoyak.

Mengemas rumah. Kepada sesiapa yang jarang-jarang kemas rumah elok sangat lah start kemas rumah especially perempuan. Kalau jarang-jarang basuh pinggan lepas makan bawak-bawak lah insaf. Tak susah pun nak basuh pinggan. Nak kejor ayam opah suruh balik reban lagi susah. Saya tak tipu. Tak caya cuba lah buat.

Membaca. Ini mesti menda yang susah nak dibuat. Saya dah agak dah sebab saya pun kadang-kadang maleh jugak nak buat. hehe. Membaca tak terhad pada membaca buku sekolah, buku anatomy mahupun buku instrument. Kalau tanya orang perempuan jawapan tipikal yang femes yang dorang akan bagi adalah baca novel. Saya teringin jugak nak dengar jawapan lain selain daripada baca novel. Dah selalu sangat dengar. Kalau dulu-dulu masa tengah jadi budak hingusan yang lepas amek PMR ada lar jugak rajin baca. Sekarang nih dah malas nak baca novel.

Menghafal surah. Boleh dibaca dalam solat. Takkan nak asyik nak baca surah yang pendek saja jer kan? At least tahu jugak surah lain selain daripada surah yang selalu dibaca. Kalau bakal mentua mintak jadi imam ada jugak konfiden walaupun takut-takut berani jer. hehe.

Menjaga penampilan diri walaupun cuma duduk rumah. Bukan maksud saya kena pakai makeup dan sebagainya. Bukan bukan. Maksud saya biar nampak diri dalam keadaan terurus. Bila tak kuar jangan tak syampu rambut dengan tak cuci muka biar jerawat tumbuh dengan subur dengan alasan takdak orang nak tengok. Ada pulak macam tu. Buatnya masa jerawat tengah tumbuh subur ada kawan mak datang rumah bawak anak teruna yang masih single serta hensem tak ingat di tambah pulak baik budi perkerti. Takkan nak pegi amek berus dawai yang mak guna basuh kuali buang jerawat. Sila jangan jadi terlalu cerdik dengan berbuat sedemikian. Lelaki suka tengok perempuan yang tahu jaga penampilan walaupun hanya memakai baju kurung.



bertambah cantik lagi kalau pakai baju kurung

Ganti puasa. haahh. Memang patut kena buat masa cuti. Walaupun tak kena ganda puasa kalau tak sempat ganti sehingga sampai bulan puasa yang seterusnya. tak semestinya itu alasan nak lewatkan ganti puasa.

Bersosial dengan adik beradik. Bukannya bermaksud buat parti liar dengan adik beradik. haip haip. Nak kena sekeh dengan ibu bapa? Ia lebih kepada luangkan masa dengan adik beradik. Membuli adik buat air sirap? eerr. Itu cerita lain.

Meluangkan masa dengan ibu bapa. Masa cuti dapat bersama ibu bapa. Masa di kolej dapat dengar suara saja. Ibu bapa sebenarnya seronok kalau anak-anak balik rumah dan duduk di rumah. Banyak perkara yang hendak diceritakan kepada anak-anak. Tak percaya cuba sembang dengan ibu bapa anda.

Muhasabah diri. Ini patut dilakukan setiap hari. Tak payah nak tunggu tahun baru kemudian sibuk senarai azam tahun baru. Azam tahun lama macam mana? Dah masuk dalam peti besi campak tengah laut?


Banyak lagi menda yang boleh buat. Lain-lain boleh dibuat ikut kesesuaian dengan masing-masing. Apa yang saya beritahu ini adalah apa yang saya buat atau lebih spesifik kepada apa yang saya selalu buat. Banyak indoor activities right? hehe. Bersesuaian kepada sesiapa yang suka duduk dalam rumah macam saya. Nak tengok keluar rumah seminggu sekali pun payah.

Adik pernah cakap dengan saya,
"akak hang ingat hang puteri lilin ka asyik duduk dalam rumah ja?"
"hang baru nak tau ka akak nih puteri lilin."

haha.