Saturday, August 01, 2009

Ultraman kesayangan

Assalamualaikum (tak jawab dosa. Hehe)

Harinih saya pecah rekod. Rekod apa? Saya baru jer telan modem broadband saya. Hehe. Sila jangan percaya. Baik-baik. Tak baik menipu di bulan Ogos. Harinih saya kuar dengan somebody. Somebody new. Mesti ada yang kata. Eleh. Kuar pun nak kecoh satu Ipoh. Rilek-rilek. Jangan serbu nek moto tak pakai helmet bajet kepala besi berani. Tahukan anda bahawa saya sekarang sudah masuk satu chapter baru. Mungkin ada yang tak percaya dan perasan. Yelar. Takdak pulak saya nak heboh bior bulan bintang jadi saksi. Tuh mencapub namanya. Sumanya berlaku sangat pantas. Lagi pantas daripada peluru. Chapter lama tuh saya dah masukkan dalam peti besi campak tengah laut. Kalau nak taw chapter lama, pegi lah selam kat Selat Melaka. Tak pun ce usha dalam perut ikan paus kot-kot ada dalam tuh ke. Hehe. Macam lah ada yang nak buat kan.

Kali nih saya betol-betol pasrah dan menerima dengan senang hati tanpa ada paksaan. Sebelom nih ada jugak yang ajak tapi saya tolak dengan baik. Tapi bukan kali nih. Dengan sekali lafaz jer saya setuju. Mungkin setelah dua bulan kot. Yelar. Nak cari masa yang sesuai. Mula-mula cuak jugak lah. Dag dig dug. Macam nak pi amek pisau belah jer jantung. Start steady jer. Bila dah dekat nak sampai mula lah berpeluh-peluh. Haha. Well, I’m just a typical girl. First time babe. Walopun saya nih muka cam tak berapa nak malu sampai kalau orang tengok cam nak baling tepung kat muka, sebenarnya saya memang malulah. Dan to be honest saya memang malu. Nak buat malu-malu kucing kang ada yang menyampah tengok pegi tarik rambut saya da saya botak sebelah. Hehe.

Selama nih saya tak penah pun kuar macam nih. Selalunya kuar macam bawak satu kampong dan bersama teman-teman rapat. Tapi kali nih memang pecah rekod lar. Saya senang jer. Kalau takmo cakap jer takmo tapi bukan dengan cara stret to da point (maksud saya dengan cara yang… hhmmm.. kurang sopan? Adeh. Taktaw nak ganti perkataan kurang sopan dengan perkataan yang lebih sopan dan lembut). Senang citer dengan cara elok. Rasanya takdak sapa pun suka dipaksa. Tapi kali nih saya macam betol-betol buka hati saya dengan pasrahnya. Eceh. Tak bleh blah. Haha.

First time jumpa dia saya tak rasa kekok walopun ada jugak lah sikit-sikit. Dia menjadi diri dia. Jadi saya tak berasa kekok walopun dalam keadaan malu-malu kucing. Saya pun terkonpius-konpius dengan diri saya. Saya nih dah lar cepat gelabah. Bila da gelabah mula lah tatabahasa saya tunggang langgang. Kalau cikgu Bahasa Melayu saya taw confirm beliau murka. Tapi nasib bek BM saya A1. Haha. Ehem ehem. Tumpang lalu. Tapi kali nih bila berhadapan dengan dia takdak lah tunggang langgang sangat walopun sebenarnya YA. Tapi takpa. Tatabahasa sikit pun tak menjejaskan perbualan kami. Nasib baik dia paham. Kalau tak paham taktaw lah. Saya pegi menanges satu sungai tepi tingkap bas ekspres.

Sepanjang setengah hari dengannya saya berasa seronok walopun ada beberapa perkara yang bagi saya blushing macam nak tercabut pipi. Dia steady jer walopun sebenarnya saya lagi steady daripada dia. Haha. Walopun ini merupakan yang kali pertama bagi kami. Pendek kata saya seronok lah walopun naik keta macam naik roller coaster. Saya suka berbual dengan dia. Saya suka dengar lawak dia yang bleh bagi saya gelak sampai nanges-nanges kuar hingus.

Ini kalau dia baca entry saya, confirm saya kena sakat di kemudian hari. Abes malu taktaw nak letak mana muka. Nak sorok dlaam tuperware lah. Takpun nyorok bawah selimut. Haha. Sebelom ada orang perasan saya tengah ngadap laptop sambil senyum sorang-sorang bek saya mintak diri dulu. Bye.

No comments: