Tuesday, July 28, 2009

carwash

Salam suma. Hari tuh lah kan. iyer-iyer. Sekali lagi saya bawak entry reput. haih. Kemalasan untuk menghapdet semakin menebal. Baiklah. Sebelom baca sila pastikan anda telah mandi. Ulang taip. Sebelom baca sila pastikan anda telah mandi. Sebab kena mandi? Sebab saya pun taktaw. Saya men belasah jer suruh orang mandi padahal saya pun tak mandi lagi. hehe. (yelar. pekdahnya mandi tengah-tengah malam?) Subuh nanti saya mandi lah. Sudah-sudah. Tak payah kita sibuk-sibuk taw sapa mandi sapa tak mandi. Buang karen ja.

Move to da main point.

Budak-budak kelas saya (termasuk saya lah sekali. please, jangan go stret dun belok-belok) buat carwash kat belakang kolej lambang kami sangat pokai untuk bagi dana menjayakan program anak yatim yang kami buat. Tak caya tengok gambo kat bawah.

Still tak caya lagi? Tolong lah percaya. Sila abaikan manusia yang bertudung ungu. Sila fokus kepada tayar keta. Bukan takat carwash, kami jugak ada buat bicyclewash, motorwash, jipwash, dan bermacam-macam lagi lah. Perkhidmatan menggunakan washing machine tidak disediakan. Jangan plak nanti korang datang usung baju sampai senget-senget tudung. haish. Kalau ada lah takatw nak kata apa dah. Meh sini nak bagi lempangan manja pada beliau.

Ramai jugak yang datang. Promosi pun bleh tahan hebat. Pagi-pagi lagi sebelom subuh dah bersiap-siap macam nak buat kenduri sembelih 3 ekor lembu. Suma pakat redi nak mendobi keta-keta yang datang. Ada jugak yang tido peluk baldi. Semangat weih. haha. (tipu) Staf, student ngan pengajar pun ada gak anta keta ngan moto. pergh. Caya lah. Ada jugak yang datang tolong. Tolong tengok. Okay lah. Kita bagi jugak lah kredit kepada mereka yang tolong datang tengok. Ada jugak lah sumbangan dorang walopun secara zahir tak bagi apa-apa. Maybe dorang bagi sumbangan secara dalaman kot.

Carwash nih berakhir pada petangnya. Balik umah memang masing-masing lembik. Tak masuk dengan comot, tudung senget (nih saya. menda wajib) ngan bucuk tak mandi. Yelar. Takkan nak mandi kat tempat basuh keta. Gila hang?

Okay lah. Da penat ngadap laptop. Babai. Sebelom tu, sila lah layan gambo yang berjaya disnap walopun dalam keadaan basah kuyub.

GALERI TOKEH KEDAI CARWASH

haahh. nih besday girl. Happy birthday Hanis :) gambo tangan tuh tangan boy.