Thursday, June 25, 2009

malam seribu kenangan

Salam suma! Saya sekarang masih lagi dalam mamai-mamai lambang tak cukup tido tapi cukup kasih sayang. eceh. Tak bleh blah betol. Harituh kan ... jeng jeng jeng. Sebelom tuh, (hampeh. suka betol potong aksi saspen dengan kenyataan tak berapa nak penting sangat) adalah suka cita dimaklumkan bahawa nih cerita lama okay. Sila amek perhatian; cerita lama tapi tak sampai lagi tahap basi tunggu masa nak reput. Yelar-yelar. Saya taw. Saya suka peram cerita buat pekasam. haish. Okay-okay. Kita cut off starting citer yang tak best.

Move to da main story.

Nak dijadikan citernya lah, di suatu malam ada lar satu majlis makan malam program radiografi. Berkat usaha dan kerjasama yang tak berbelah bahagi, course saya telah berjaya menganjur (eceh. ayat skema dan tak bleh blah) majlis makan malam dan sudah semestinya lah untuk course saya. Takdak maknanya nak yang tak berkaitan. Salah satu fungsi majlis nih adalah untuk meraikan (?) pensyarah yang telah mengajar dan akan bersara dan berpindah. Kiranya 2 in 1.

Atenye panjang bebenor teman nak taip majlis makan malam. Untuk bagi lagi senang, cut off jadi dinner. Lagi senang. Okay-okay. Dinner nih buat kat Hotel Impiana Casuarina yang berdekatan dengan ... eerr ... saya pun da tak ingat. Nak taw silalah rujuk kepada Pak Mail sebab Pak mail yang drive bas malam tuh. Kalau Pak Mail kata dekat dengan Medan Gopeng, dekat Medan Gopeng lah. Kalau Pak Mail kata dekat dengan California nampak sangat Pak Mail tipu. Jangan caya. Sebab tuh yer adik-adik kena blaja ilmu geografi. Sapa kata ilmu geografi tak penting? Meh sini nak lempang beliau secukup rasa.

Haahh. Mereka adalah di antara senior-senior yang bertanggungjawab menjayakan dinner nih. Owh ya. Dinner nih dianjurkan oleh senior semester 4. Seksanya nak buat dinner nih depa da rasa. Kalau nak taw macam mana seksaan tuh silalah jumpa dorang untuk maklumat lanjut. hehe.

Pheewit pheewit. Awek-awek cun ooooo (kecuali yang nombor dua dari kiri. da macam budak malnutrisi dan kasih sayang ja) Kenyit mata sikit ;) hehe. Tema dinner adalah casual iaitu warna hitam, putih dan kaler pilihan sendiri, bukan pilihan orang lain mahupun jiran sebelah atau kawan sepermainan. Sampai sekarang saya tak paham apa tu casual. Adakah ia bersifat kepada pakaian yang menggunakan motif flora dan fauna? Atau pakaian ala-ala Beyonce (gilo hang)? Saya dengan kawan-kawan men bantai redah jer pakai apa yang ada. Dan hasilnya adalah seperti yang tertera pada gambo di atas. huahuahua. Sekali lagi sila abaikan budak kecik nombor dua dari kiri.

Eh eh. Cik Tika nampak lain lah. Make up yer... Cun lah ~ hikhikhik (deraian ketawa manja mintak pelempang sedas dua)

Kejadahnya aku make up? Tebiat nak meninggal dunia? wakakaka. Tapi memang buang tebiat pun pi make up. heehh. Takkan nak usung bawak muka tak siap pi sidai kat dinner. Cannot cannot. Nehi nehi.

Tak lengkap dan buang tebiat kalau dinner camnih takdak ucapan ketua program. Dan lagi tak best kalau takdak bacaan doa. Yelar. Nak bagi ada berkat dan mintak suma berjalan dengan lancarnya. Start-start program tunggu ketua program ngan pengajar sampai padahal da lama da depa sampai. Takpa lah. Kita abaikan point tuh.

Bila kompang, team bunga manggar da sampai ngan mercun da abes bunyi dan yang lain-lain berkenaan da selesai mulalah sesi ucapan. adeh. Saya pun da start gelisah lambang lapo. hehe. Tengok anak ikan dalam balang tu pun rasa nak telan on da spot. ceh. hampeh. Tak sopan betol. Tapi elok ja time saya nak mengamuk tukar jadi kesatria baja hitam sebab lapo, ucapan pun abes. fuuh. Lega.

Masa upacara mentekedarah sedang rancak dijalankan, ada persembahan. Macam-macam lah. Nyanyi, menari dengan cabutan bertuah. Memandangkan saya kurang bertuah, saya tak dapat cambutan bertuah. So tengok jelar orang yang bertuah amek adiah cabutan bertuah.

haahh. Nih yang best. Ada persembahan band senior yang da abes blaja. Best-best. Tak sangka sora mamat vokalis tu sedap. hehe. Nak berkenalan dengan vokalis. Sila rujuk gambo di bawah.

eceh. Ini lah beliau. Saya pun tak ingat macam mana yang boleh amek gambo dia. Da dia posing baik punya, saya pun snap gambo dia baik punya.

Kemuncak majlis nih adalah pencarian gadis melayu. waaaaaa. Nampak sangat tipu. Okay-okay. Kembali ke jalan yang benar. Kemuncak adalah anugerah "STARS OF THE NIGHT'. Tak sia-sia saya pakai baju besa sebab memang taw, confirm dan yakin saya tak menang malam tu. hehe. So kesimpulannya, bior lah kita bersederhana. (eceh. ayat cam kecewa ja. haha)

Haahh. Pastu anugerah tuh abes lah program. Besa lah. Apa ertinya dinner kalau takdak sesi bergambo. Apa lagi amek gambo selori dua baru balik. Tu pun sebab Pak Mail suruh balik. hehe. Dalam Pak Mail dengan Abang Meor suh nek bas kami sempat lagi amek gambo seguni dua.

GALERI KENYANG PERUT SENANG HATI

haahh. nasib hang memang baik ikan. kalau lagi 1.5 saat ucapan tak abes hang memang masuk dalam perut aku. silalah percaya wahai ikan kecik.

saya pun taktaw amenda yang saya amek. saya men belasah ja amek. sebab da lapo. yang pasti saya amek hampir suma makanan dalam menu. kang kalau tak amek termimpi-mimpi plak pastu kempunan.

woohoo. my feveret my feveret. saya makan menda alah nih memang kenyang. sedap plak tu.

ekceli ada kek kat atas meja nih tapi dok jauh. tu yang takdak dalam gambo. tapi seyes lah. kek tu memang sedap sampai kuar deraian air mata sebab sedap.

ada lagi sekuel tuk gambo nih dengan ada pembabitan dua orang lelaki. tapi saya taktaw pi mana gambo tuh. mungkin saya da makan gambo tuh lambang tahap kebuluran maksimum. nak makan nasik, takdak nasik. gambo jer yang ada. pe lagi. makan lah gambo.

amacam selendang yang saya pakai? menjadi tak? kenyit mata sikit ;) eceh. tak bleh blah. yelar. first time pakai selendang sedemikian rupa *blushing* tapi sayang lah. tak nampak rantai. aiseh.

haahh. bunga ros nih sangat cantik. pergh. memang da best lah. bila lar nak dapat lagi bunga ros nih. ehem-ehem. hehe.

Wednesday, June 24, 2009

my dad my hero

Salam. Wokeh suma. Macam yang kita suma taw hari bapa da sampai. Kepada suma bapa, selamat hari bapa saya ucapkan (kalau ada lar bapa yang baca blog nih) dan terutama untuk abah saya yang tersayang, Ramlee bin Shariff. ~ ngee :P Ucapan nih pun boleh ditujukan kepada bakal-bakal bapa mahupun yang teringin nak jadi bapa juga yang sebok-sebok dukung baby bajet bapa penyayang. Kira boleh jelar. Bantai jer. haha.

Tak silap saya cogan kata (eceh) tuk hari bapa taun nih or beberapa taun akan datang mahupun dah lama guna tapi saya jer yang baru taw (tetiba rasa cam duk dalam gua T_____T) adalah "My Dad My Hero". heehh. Sangat sweet lah. hehe.

Bagi saya abah saya adalah hero saya. Beliau akan cuba melindungi keluarganya sedaya yang mungkin, mencurahkan segala kasih sayangnya kepada keluarga dan macam-macam lagi. Kalau dulu orang tanya sapa boifren saya, saya akan tunjuk ayah saya. hehe. Lepas tuh dorang tak tanya dah soklan ngok ngek tuh kat saya. Ntah amenda lar yang dorang suka sangat tanya soklan tu kat saya. Cam takdak soklan lain kat muka bumi nih. Ce tanya saya nih da makan ke belom, kalau tak makan lagi nak belanja. Ada gak pekdahnya. Kalau saya bagitaw depa yang saya takdak boifren depa takmaw caya. Cakap ada boifren depa kata saya muhong. haih. Zaman ligat playgirl playground saya da lama tamat (yelar tuh) hehe.

Oleh itu saya sudahi entry dengan... dengan... eerr... sekian terima kasih. hehe.

Friday, June 05, 2009

Result

Salam air mata suma! T__________T

Result semester 2 radiografi dah kuar dan majoriti ramai dah taw. Pagi-pagi lagi dah ketaq lutut tunggu result. Rasa macam nak tercabut tudung sebab ketaq. hehe.

So saya ada hak untuk bersedih dengan result yang eerrr... alahai... (lagi sedih daripada tak dapat tiket balik kedah sampai rasa nak meraung kat medan gopeng) Sejak saat saya bukak kertas soklan gerak hati hati saya terlalu amat sangatlah tepat sebab dengan cemerlang serta gilang gemilang saya berjaya mendapat markah rendah yang sangat menarik mata memandang. Subjek-subjek lain masih lagi dalam keadaan stabil kerana lulus dengan kedudukan baik.hehe.

So, saya terima dengan hati tenang dan pasrah. Maybe saya tak cukup berusaha dan dicampur pulak dengan kifarah dosa. haish. Sungguh tak best. So face it.Dengan result nih maka hancur musnah menjunam lah harapan saya macam kapal terbang patah sayap untuk masuk Dean's List. huhu.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dapat result best.

Oleh itu, jom kita pi blajaq untuk masa depan yang gilang gemilang. Jom study fizik! haha.