Friday, May 15, 2009

Ulu Chepor

(macam besa, satu lagi catatan tertangguh seorang perantau di bumi orang)

Salam suma. Aiyok aiyok. Template blog buat masalah. Entah apa yang tak kena saya pun taktaw. Check kat code, sumanya okay. hhmm. Kena buat post mortem nih. Seperti besa, hujung minggu akan ada aktiviti menarik yang saya buat (selain daripada basuh baju stok terkumpul dan kemas meja tulis yang tetap nampak bersepah walopun setiap hari kemas) Kali ini saya, rakan-rakan dan senior terchenta nak menikmati keindahan alam. eceh. Tempat projek (aiyok aiyok perkataan kontroversi. pengaruh filem bohsia. ceh. sangat tak sihat) adalah Air Terjun Ulu Chepor, Perak. huiks. Perak lagi? Iyer lah. Udah teman ada kat Perak. Takkan nak citer pasal Negeri Sembilan, Terengganu atau Alaska kot. Tak penah sampai pun lagi.

Nasib baik pagi tuh Kak Lin tolong gerakkan saya dan Ida. Kalau tak, memang tak terjaga kami. Bunyi alarm yang macam fun fair terlebih speaker pun tak bagi kesan. heehh. Dengan muka mengatuk, pegilah mandi walopun kejap lagi nak mandi lagi. Takpe. Kami bayar bil air untuk 6 bulan, bukannya tak bayar. Jadi gunakan air dengan sebaik mungkin. Kami pegi dengan dua kereta. Semuanya 10 orang dan perempuan. Ulang taip, perempuan. Pekdahnya pegi mandi kat air terjun ada pembabitan orang lelaki bukan mahram? Gilo apa. Nak kena belasah dengan penyapu? Kalau pegi dengan family atau husband sendiri itu kes lain.

Ulu Chepor tak jauh dari hostel kami. Dalam 30 minit dah boleh sampai kalau lalu pekan Chemor as hostel kami pun dekat Chemor. Nak lalu ikut laluan ke tol Jelapang pun boleh jugak. Ulu Chepor nih memang salah satu kawasan berkelah dan mandi manda yang femes kat Ipoh. Kalau pegi masa cuti sekolah memang penuh dengan budak-budak kecik serta mak-mak budak. Tak ketinggalan ayah budak, nenek budak dan tok wan budak. Tak masuk lagi dengan Mak Ngah budak, Mak Long, Mak Jang dan lain-lain. Abes suma tempat dorang rembat. Kami yang bujang nih kena mengalah carik tempat lain. huhu.Sekadar di pinggiran. Tu lar. Sapa suruh pegi lambat.

Tempat nih bersih (roughly) Takdak pulak nampak polisterin bersepah sana sini, pampers atau menda-menda yang tak sepatutnya. Tapi ada jugak menda yang tak sepatutnya ada terselit. owh ya. Nak masuk ke kwasan air terjun kena bayar. hahh. Atenyer kome ingat free? Nak masuk bayar singgit. Tak bayar takleh masuk. Ada jugak disediakan pondok untuk kemudahan pengunjung. Nak guna pondok pun kena bayar jugak. aiyak.Tak bayar takleh guna. Besa-besa jer pondoknya. Cerek air pun takdak. Apatah lagi micorwave. Lagi takdak. Tapi kena bayar jugak padahal ada semut dok berkawad kat situ. ceh. Tapi kami main rembat jer guna, tak bayar pun. hehe. Rock and roll baby. Besa lah remaja. Remaja memang macam tuh. Suka tak ikut peraturan.

Sampai jer kat sini suma pakat-pakat dah ready nak mandi. Bagaimana pulak dengan Cik Tika? Dah ready tak? hhmm. Sangat sedia. Siap dengan pelampung corak kartun lagi. heehh. Takdak maknanya nak bawak pelampung. Beginilah. Yang sebenarnya dragonball ada tujuh bijik sumanya. eh eh. Tiba-tiba pulak. Sebenarnya saya tak mandi pun. Suma orang yang pegi mandi kecuali saya. hahh. Sebab apa saya tak mandi kat sini? Adalah sebabnya. Biarlah saya saja yang tahu. Bukan sebab saya takut air. Kalau takut air takdaknya hari-hari saya mandi. heehh. Macam kambing jer taknak mandi (tiba-tiba teringatkan hamster yang saya dan kak lin mandikan. fuuh. comel betol)

Agak lama lar mereka bermandi manda. Macam-macam gaya. Takleh nak upload gambo untuk dikongsi bersama. Paham-paham jelar. Kalau saya upload, lepas nih saya kena belasah sampai lembik. Saya buat apa kalau dah tak mandi? Menjala ikan bilis kat sana. haha. (haih. suka betol dengan ikan bilis) Buat blur. heehh. Tidak tidak. Buat apa lagi duduk atas batu sambil makan keropok dan dengar lagu sedih. Lagu sedih? Pekdahnya dengar lagu sedih?

Air kat sini sejuk, jernih dan best. Udara pun bleh lar as jauh dari town. Untuk sampai kat waterfall nih akan lalu kat kawasan kampung. Nak sampai pun kena masuk dalam sikit dan jalan pun agak kecik. Muat sebuah keta jer yang lalu. Kalau selisih dengan keta lain pandai-pandailah tolak ansur. Kemudahan macam tong sampah ngan tempat salin baju pun disediakan. Saya tak penah masuk tempat salin baju sebab saya tak mandi pun. Maybe okaylah kot.

Bila tengok ulat bulu nih teringatkan lagu Wonderpets yang comel. Ada haiwan dalam bahaya... ada haiwan dalam bahaya.. Apa kata kita tukar lirik lagu Wonderpets kepada lagu ulat bulu dengan mengekalkan irama lagu tersebut? Ulat bulu panjat tiang... ulat bulu panjat tiang... lalu jatuh tergolek kena jentik dengan cik tika.. uuuuuuoooo... Entah apa punya lagu daaa yang Cik Tika nih buat. Tak menjana minda.

Lepas dekat 2 jam lebih berendam dalam air, barulah abes mandi. Makan bihun goreng (terima kasih kepada Kak Farhana sebab belanja) dan perabih keropok. Tak lengkap kalau pegi ke suatu tempat kalau tak snap gambo. Lepas amek gambo selori dua kat waterfall balik hostel. Sebelom tu singgah tesco dulu beli barang umah. Makan Kentaki kat sana lambang memang dah kebulur sangat.

Okay. Cik Tika pun nak pegi mandi. adious.

No comments: