Saturday, May 23, 2009

Tiang

Salam.

Selamat tinggal remote Astro
Selamat tinggal ikan abah
Selamat tinggal dapur (eceh)
Selamat tinggal mesin basuh (kan ku kenang dikau dalam hidupku)
Selamat tinggal Yamaha LC 135 (wa ai ni)

Esok dah nak balik Ipoh dah. haih. Banyak sedih lor. T________T Memandangkan saya dah start boring bila hari cuti, mulalah nak ajak parents kuar pegi jalan sana sini. Kawan-kawan ada keja masing-masing, maleh nak kaco. Kuar dengan boifren? Itu kes lain. Sila abaikan. haha. Disebabkan parents saya kesian tengok anak dara depa sorang nih parkinson nak kuar berjalan, abah kata "jom pi umah Tok Su.." Maka dengan sepantas kucing mengejar lipas, saya berkata "jom" dengan penuh semangat. Lepas solat Asar, baru bertolak.

Sesungguhnya saya nih memang dah lali dengan ayat kenyataan nih setiap kali berkunjung ke umah Tok Su dan saudara mara lain.

Amboih, tingginya hang nih Tikah. Lagi tinggi daripada abah hang apa...

Hang makan apa yang boleh tinggi melayut sampai lagu nih?

Dah besaq dah hang nih. Tak lama lagi mak ngan abah hang dapat menantu lar tuh.

huahuahua. Apa yang saya mampu lakukan hanyalah tersenyum kambing. hehe. Bila dah pi sana macam-macam cerita kuar. Tak ketinggalan gosip-gosip terbaru. haha. Macam besa lar. Saya selalu ketinggalan kalau bab gosip terbaru lambang berada di perantauan. haha.

Then Tok Su bukak cerita pasal tiang yang ada kat umah Tok Su tuh. Kisah tentang saya dengan tiang tuh dan peel saya masa kecik bila pi umah Tok Su. Senang cerita lar, rahsia saya masa zaman muda mudi.

Tok Su kata,

"Nih Tok Su nak habaq mai kat hang. Hang dulu masa kecik-kecik suka betui dok qrabat tiang tuh. Baik Abang Pitt hang, Kak Dik Na hang, dengan hang sekali. Hampa tiga orang semacam ja. Suka sungguh dok qrabat tiang tuh. Kalau mai umah Tok Su memang tak sah kalau tak pi panjat tiang tuh.."

Apa lagi, aku bantai gelak macam daineso di tempat kejadian. Then Tok Su bukak lagi satu cerita.

"haahh. Biskut kering nih hang cukup suka makan masa kecik-kecik dulu. Tok hang dulu pun heghan. Kat umah dia hampa tak makan pun biskut yang ada. Bila mai umah Tok Su hampa pulun dok makan. Haahh la. Tok hampa mai tinggai sat hampa kat umah Tok Su bila dia nak pi beli ikan kat market. Haahh. Kalau ada ayaq teh pun hang bantai pulun jugak minum"

huahuahua. Sesungguhnya saya tak ingat langsung masa bila saya panjat tiang dan makan biskut kat umah Tok Su. Tak dapat nak recall langsung. Kalau duduk lagi lama, lagi banyak citer pasal saya dan sepupu yang lain kuar. Tak sangka, saya masa kecik sangat nakal. Suka panjat tiang. haha. Kalau kat umah Tok Wan, saya suka panjat pokok rambutan. Kena warning ngan Tok saya buat tak endah jer. Bila Tok dah bawak hanger nak rotan, terus saya jadi budak baik. haha. Lagipun masa kecik, saya tinggal di kampung sebelum pindah ke Kedah. Saya jugak suka amek kuali Tok saya untuk main masak-masak dengan sepupu. Bila Tok nak goreng ikan dah takdak kuali. Bila Tok dah bising kuali dia takdak, terketaq-ketaq kaki pi bagi balik kuali tuh. huahuahua.

Kalau balik umah Opah, confirm. Pi kejar anak ayam Opah. Kemudian kena kejar balik dengan mak ayam tuh. Lintang pukang lari. Setiap petang pulak pegi mandi sungai dengan sepupu. Kalau boleh pagi, tengah hari, petang nak pi mandi kat Sungai Perak. Tapi mandi dengan pengawasan ibu bapa lar.

Tok Su tak penah lupa pesan,

"Hampa nih mengaji elok-elok. Mengaji bagi abeh dulu. Hat yang lain tuh biaq pi dulu. Nanti dia mai kemudian. La nih pikiaq mengaji dulu. Mak abah hampa takdak menda nak tinggai kat hampa kecuali pelajaran. Toksah dok main-main bila mengaji. Ingat tuh. Nak tinggai gigi palsu bagi kat hampa pun tak boleh sebab tak pakai gigi palsu. Tinggai bagi pelajaran ja bagi kat hampa"

hahaha.

Sebelom balik, Tok Su sempat lagi jadi ahli nujum, bagi soklan cepu emas. Penuh maksud tersirat. Soklannya,

"Esok hang balik naik bas sorang..?" "A'ah. Naik sorang ja." "Hang balik sorang ka berdua?" "Huish. Balik sorang ja. Takdaknya balik berdua." (jawab dengan konfidennya) "haha. Takpa lar kalau balik sorang ja. Mana lar taw kot-kot balik berdua ka."

Soklan maut tuh. haha. Memang best bila dapat jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa. Especially masa Hari Raya. Semua balik dan berkumpul. Riuh rendah. Best-best. :)

3 comments:

AmirHaddatsa said...

hooheeii selamat bercuti! oh..hmm..npe bbdak nurse cuti lewat ya..

yaya othman said...

i love reading this - ur slang "utagha" heheheh

cik tika said...

haha. tenkiu.
lepas nih akan ada kot entry versi utagha lagi. hehe.
takut baca nanti tak paham.
huahuahua.