Sunday, May 31, 2009

Short Sem

Salam suma. Wokeh. Sekarang short sem dah start. Perasaan? Teruja. woohoo. Yolah. First time amek short sem. Adakah anda teruja? Kalau ada rasa, sila sebut pelan-pelan dalam hati. Kalau tak rasa apa-apa pun sila sebut pelan-pelan dalam hati. hehe. Kalau taknak sebut dalam hati, sila sebut di mana-mana organ badan yang anda suka. huahuahua.

Seperti anda suma maklum, short sem dapat memendekkan tempoh pengajian. Hal ini tidak berlaku di kolej saya. Okay okay. Jangan kecoh. Jangan kecoh. Cool bebeh, keep cool. Sapa-sapa yang dok perasan dia hot, sila cool sebentar. Lakukan demi Cik Tika (pekdahnya berbuat demikian?) hehe. Di kolej saya, short sem adalah masa untuk kita berpesta dan bersuka ria macam tiada hari esok dengan adanya subjek baru. hoyeh hoyeh! T___________T

Subjek-subjek yang bakal menceriakan hari remaja kami adalah :

  • co-curriculum 1
  • Mandarin 1
  • Information Computer Technology

See? Sangat remaja lar blaja subjek-subjek tersebut selama sebulan sampai saya rasa nak pi nanges satu sungai tepi tingkap bas ekspres. haiyoh haiyoh. Cheq maleh bebenor nak pi blajo (campuran loghat yang boleh mengundang murka rakyat jelata negeri-negeri yang berkenaan). Kesimpulannya sapa nak jadi remaja silalah blaja subjek-subjek berkenaan. hehe.

Memandangkan saya sedang meniti di hujung usia remaja *sigh* saya bersemangat ingin blaja. huahuahua. Ramai rakan bertanyakan kepada saya adakan saya memendekkan tempoh pengajian saya. Namun saya telah menghampakan mereka yang mengharapkan saya berkata "ya" dengan jawapan "tidak". hehe.

La nih taktaw macam mana suasana blaja short sem. Adakah akan ada tensi atau lebih kepada berlakunya aktiviti cheng kelas akan berlaku. I don't noe. Wait and see. :)

No comments: