Tuesday, May 05, 2009

kecewa

Salam suma.

Aku dah taknak dah citer pasal bas ekspres, pegi Tesco Extra beli buah kiwi yang masam giler sampai aku takleh tido sebab rasa masam sangat atau pasal menda lain. Sekarang fokus utama adalah final exam.

Hahh. Aku baru lepas exam Anatomy ni. Balik-balik terus rasa nak mengarut kat sini. Maka aku buat lar entry nih.

Aku rasa lain untuk exam kali nih. Takut. Takut repeat paper. Ya Allah, mintak dijauhkan daripada repeat any subjek. Tapi aku taktaw aku dah buat preparation yang secukupnya untuk exam kali nih. Dah lar lepas paper Pathology pegi tengok movie X-men Origin : Wolverin padahal paper paper radiation physics hari Isnin. Killer subjek. siot. Rasanya tak penah dibuat orang. Tak taw lar kot-kot beruang ker platipus ker itik pulang petang ker dah penah buat. Aku pun dah taktaw nak utamakan yang mana satu.

Secara jujurnya, aku sangat dukacita dengan radiation fizik. SANGAT KECEWA. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk sedapkan hati (eerr. hati sedap ker? tak penah makan pun) Setiap kali exam, alasan yang sama. Tak ingat. Amenda yang ingat ntah lar. Paper radiation protection, anatomy ngan pathology masih lagi berada di bawah tahap semput. Paper radiation fizik memang sangat tipis. Nak buat macam mana. Dah jawab pun exam. Usaha pun dah.

Aku dah takkan terdaya lagi dengan kata-kata,"aku takleh jawab la exam tadi.." atau "aku tinggal banyak kosong.." dan sebagainya. So, lepas exam tadi memang aku chow pegi satu tempat yang agak privasi berdekatan dengan exam hall, kol mak. Menyurakan rasa kecewa aku pasal paper fizik. Macam besa lar. Aku kena fire abes dengan mak. Tapi tak rentung lagi lar. Still berada dalam keadaan normal. Steady lagi. Mak kata apa yang dah lepas, biar lepas. Jangan ulang kesilapan yang sama untuk masa akan datang. Rasa macam nak nanges bila mak cakap macam tuh. Seriuosly. Aku pun rasa malas nak join diskusi ringkas kertas soalan yang dorang jawab.

Exam kali nih memang bagi aku SOB (short of breath) Penat aku jawab exam dengan soklan exam yang taf, tambah pulak dengan SOB. Tapi aku rasa bukan takat semput. Tersimpul mati dah nih. Kalau buat CPR pun tak leh dah. Kalau anta pegi red zone kat emergency rasanya buleh diselamatkan. eceh. Nak jugak pegi red zone. Nak buat camne.Tiba-tiba dah terjatuh cinta dengan hospital. Cinta dan kasihku tertinggal di hospital. ewah. kahkahkah. (okay. aku tipu. jangan caya) Pengakuan palsu lagi dusta tuh. Eh. Bukan cinta cik tika tertinggal kat _____________ (sila isi tempat kosong dengan tidak melebihi 21 patah perkataan) haha. Tetiba pulak. Tadi kata tipu.

Alamak. Dah lari topik. Back to da main point. Perbetulkan mood. Mood sedih. Bukan mood flirty. Move move!

Jumaat nih paper Behaviour Science. adeh. Doakan kejayaan suma student yang nak amek exam subjek nih agar lulus dengan cemerlangnya. Takdak yang kena repeat. Kalau kena repeat, satu rekod dan sejarah akan tercipta. Ckp lar sejarah yang kami buat semester lepas. pergh. Memang best. Ada modal nak citer kat anak cucu pasal pecah rekod di kala zaman muda mudi dan alam kolej. haha. Pekdahnya citer kat anak cucu? Kalau citer nampak sangat nenek dorang nih sangat nakal masa zaman muda. Dah lar nakal, energetik dan rock and roll. haha. Sangat comel lah jadi nakal zaman kolej. Serius.

Berjuta kali menyuarakan rasa kecewa pada mak dan abah. Sampai depa pun naik muak dengar keluhan rasa anak dara sorang dorang nih. Bese lar. Remaja memang macam tuh. hehe. Rasa kecewa sampai rasa nak nanges 2 hari non-stop sambil nyanyi lagu sedih nyanyian Ziana Zain kat tepi tingkap bilik. huhu. dinginnya getaran asmara... sentuhan mula bermadah... ku tak bisa juarai... jiwa yang ku tak punya... hukhukhuk

Tertekan bila teringatkan exam. Tak suka exam. Nak tido.

eh eh. Jap. Sebelom tu, nak share satu video pasal medic. Sapa-sapa yang berminat dengan medic atau baru nak minat dan jatuh cinta dengan medic bulehlah tengok. Kalau tak minat pun buleh tengok. Takpe. Tak kena bayar pun kalau tengok. Setakat kena belikan cik tika minyak wangi Dior Addict jer. Tak mahal pun. RM218 jer. hahhahahaha. ciktikamataduitandantengahgilakanminyakwangidanhandbag.

Video nih jugak sebagai salah satu lambang cik tika agak terkilan dengan paper patholgy sebab tak ingat fakta tentang penyakit Glomerulonephritis. Geramnya. *lempang gegendang telinga laju-laju tanda kecewa*

No comments: