Saturday, May 16, 2009

Harinih kita nak makan apa?

Assalamualaikum (tak jawab dosa)

Tajuk entry kali nih memang selalu sangat digunakan dalam kehidupan saya dan rakan-rakan semenjak jadi perantau. Soklan wajib tanya setiap hari. Yang kesian dan sedih lagi mengharukan dalam kelas waktu take 5 atau on da way pegi foodcourt mesti masing-masing akan buat survey. Haritu nak makan apa untuk lunch. Rasa macam takdak menda dah nak makan. Mati akal dan nak pikir padahal punyalah berlambak-lambak makanan kat foodcourt Greentown Mall. heehh. Kalau makanan yang berkuah macam kuew teow bandung ker soto ker kuew teow lakna ker kuew teow tom yam ker (berapa banyak kuew teow daaa) takleh masuk sangat. Tu pun kadang-kadang jer makan bila angin mengidam saya datang baru makan. Tu pun tengok mood tekak gak. Saya pun bukannya boleh terima sangat. Seminggu sekali boleh lar. Abes-abes pun makan nasik putih dengan lauk ekonomi.

Ingat makan tuk brekfes tadi tu cukup ker nak membekalkan kekenyangan sehingga ke lunch dengan makan nugget 3 biji? Sori nek lori makan mee kari kat Kota Kenari lar. Kang sat lagi pukul 10, pukul 11 lapar lar balik. Lagi parah bila angin takdak selera makan. Last-last makan nasik dengan ayam goreng plus sedikit timun sebagai penyeri pinggan dan sambal belacan sebagai penambah rasa. Air memang sah-sah bawak sendiri. Takdaknya nak pegi beli air kat foodcourt. Mahal.

Pastu masalah lagi bila dinner. Masalah sama jugak macam lunch tadi. Makan jer apa yang boleh dimakan. Kalau meja study ngan buku anatomy tuh sedap dan boleh makan, dah lama saya telan. Kalau nak makan yang betul-betul ikut yang disyorkan oleh dokte dan piramid makanan alamatnya kewangan dan isi kandungan purse saya dalam bahaya. Boleh diambang kekopakkan dan kepokaian yang serius. Nih nak bayar duit yuran penginapan lima bintang dengan pengangkutan. So takleh nak shopping dah pasni (yelar tuh. nampak sales terus histeria) Nak kena kumpul duit lagi. huhu. dah MARA bagi duit elaun sara diri sket (syukur weih. ada orang duit pun takdak. tak sampai tengah bulan. oleh, bersyukurlah dengan apa yang mara bagi)

Kalau makan malam, menu saya senang saja. Nasik goreng ayam. Setiap kali dinner. Bagi orang lain mungkin jemu sampai nak muntah dah. Kalau nak ode, senang saja, taip jer "macam besa.." haha. Dari saya semester satu sampai lar nak masuk semester tiga. Menu yang sama. Kadang-kadang saja ubah selera. Mungkin masa tuh saya teringin nak makan yang lain atau tak sihat. Kalau tak sihat, memang confirm makan nasik putih dengan sup. Disebabkan konsisten dan kesetiaan saya pada nasik goreng ayam, sampai Kak Lin panggil saya Ratu Nasik Goreng Ayam. haha.

Kalau agak taktaw nak makan apa hujung minggu, kuar pegi makan kat McD. pergh. Kalau agak-agak tengah kaya masa tuh (cam elaun baru masuk. cek dapat pun dok panas lagi) makan pizza. haha. Bila time pokai, mee segera, wa ia ni. I love you berjuta-juta lemon. haha. Penah jugak kami buat kenduri mee segera. Masak mee segera dan makan secara berjemaah sambil mengalir air mata sebab sedap (kalau dah lapar, sumanya sedap)

Sebab tuh bila lagi seminggu nak balik umah, dah buat list siap-siap. Nak makan apa. kalau dapat makan yang mak atau abah masak (gulai ikan yang abah masak sangat sedap) dah kira nikmat semester alam dah. Rasa cam nak nanges makan. huhu.

Ni lah kehidupan pelajar. :)

2 comments:

elf said...

ni la ayt2 chenta smpi 4 pg 2...

cik tika said...

haha.
iyer lar kot.
ayat kecintaan kat makanan.
haha.

bukan bukan.
anta ayat2 chenta kat orang lar.
hahahahahahahaha. :P