Tuesday, May 12, 2009

Emergency Department

Salam suma ~ (pekdahnya update blog waktu subuh?)

hahh. Macam mana dengan hidup korang suma? Musim-musim exam dan cuti nih susah sikit nak dengar kabor. Masing-masing umah jauh. Lain lar kalau umah dekat. Jalan empat langkah dah sampai. hehe. Saya pun dah start bosan. Hari-hari mengadap laptop. Laptop pun hari-hari mengadap saya. Sampai terdetik jauh di sudut kecil memori laptop nih, "takdak orang ke nak mengadap aku?" Kurang lebih lar ayatnya.

Sebelom mula exam, saya telah selamat dan jayanya menjalani klinikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun (atau nama lamanya Hospital Ipoh) selama seminggu (walopun sebenornya tak sampai seminggu pun). Untuk semester 2, saya telah ditugaskan untuk menjalani klinikal pada minggu kedua. aiseh. Dengar citer minggu pertama best. Taktaw lar sejauh mana kebenarannya. Semester satu dahulu saya ditempatkan di wad. Penempatan kali ini pula adalah di Jabatan Kecemasan. woohoo. Sangat teruja. hoyeh hoyeh! (pekdahnya berhoyeh hoyeh?) Sesungguhnya sapa-sapa yang bertugas di hospital sememangnya sudah mengetahui apa yang ada dan keadaan di jabatan kecemasan. So, special entry bagi yang tak penah pegi Jabatan Kecemasan. (next sem dan seterusnya kena pegi lagi kat sini. mobile x-ray)

Kalau masa semester satu kami ditugaskan untuk menjalani latihan basic nursing, semester dua pulak adalah melakukan pemerhatian di jabatan kecemasan. huiks. Dan seperti biasa, kami dah lali dengan soklan dan kenyataan seperti berikut;

"Kenapa korang duduk kat sini? Bukan tempat korang kat jabatan x-ray ker?"

"Kesian korang. Saya tengok muka kamu pun kesian" (kata seorang MA kepada saya. taktaw apa motif beliau berkata sedemikian. sekadar bersimpati kot. tengok saya berkawad dalam jabatan lambang taktaw nak buat apa)

"Pelik betol. Suma nih takde kena mengena pun dengan bidang kamu. Kenapa kamu kena buat?" (majoriti staf hospital berkata demikian)

"Hai awak. Boleh berkenalan? Nama saya Osman (bukan nama sebenar)" (ini kes istimewa. bukan cik tika yang kena. hanya orang yang bertuah yang kena. betol tak farah? haha *gelak keji*)

"Haahh. Yang Kedah di sini, Kedah di sana nak mintak nombor telefon. Boleh tak?" (sumpah masa nih aku malu. kalau boleh nak je menyorok belakang stretcher. tak pun menyorok dalam kotak ubat ker. kat dalam ambulans pun okay jugak)

"Beritahu saya apa yang kamu tahu tentang jabatan kecemasan?"

haahh. Killer question. Memang membunuh. Soklan terakhir tuh memang kena kat saya. Ia ditanya oleh penyelia Jabatan Kecemasan, Encik Suhaimi. Memang terkejut tiba-tiba kena tanya. Tunggu apa lagi. Saya pun menggoreng ayat seperti bertih goreng dengan konfidennya. Nasib baik jawapan diterima. fiiuuuh. Lega walopun sebenornya ketaq lutut dok menggoreng ayat. Jantung lop dup lop dup macam nak terkeluar je. Nasib baik pakai overall. Kalau tak terkeluar jantung saya (informasi : lop dup merupakan bunyi sebenar jantung kita. yang bunyi masyarakat awam asyik kata bunyi jantung bunyi dup dap dan bunyi-bunyi yang lain tidak tepat)

Terdapat beberapa kawasan penempatan kami di jabatan kecemasan. Antaranya red zone (kritikal) yellow zone (separa kritikal), green zone (tidak kritikal), bahagian pendaftaran, asthma bay and observation ward. owh ya. Kami tidak dibenarkan berada di kawasan triage kerana kawasan tersebut kawasan "panas" (correct me if i'm wrong) Bukan sebab takdak aircond ker ada bbq ker (gilo buat bbq kat sini) Sepanjang taklimat, kami asyik dengar bunyi siren. Bukan bunyi macam siren moto jual eskrem Mat Kool atau adik yang jual karipap. Bukan. Bunyi siren itu menandakan tahap kecederaan pesakit. Siren yang berbunyi sekali menandakan pesakit akan dihantar ke yellow zone manakala siren yang berbunyi tiga kali menandakan pesakit akan dihantar ke red zone. Sebelom dihantar ke zone-zone tersebut, pesakit akan dihantar ke triage (correct me if i'm wrong)

Memandangkan nama saya adalah nama pertama dalam senarai minggu kedua, maka dengan suka citanya saya telah ditempatkan di red zone bersama dengan seorang rakan. Maka bermula sesi usha mengusha di jabatan kecemasan. Saya jugak telah berjasa pada diri sendiri terutamanya lutut kaki dengan mengunci lutut dengan berdiri selama beberapa jam. Nak duduk tak berani. heeh.

Abes waktu bertugas, tak ramai pesakit. Dapatlah jugak tengok alat-alat yang ada kat situ. Menda paling menarik bagi saya adalah tiub. haha. Macam-macam jenis tiub. Kalau sapa-sapa yang dah lama makan guna tangan dan buang air kecik secara normal dan teringin nak makan dan buang air kecik guna tiub, sila-silalah cari gaduh ngan Cik Tika. Nescaya. Anda akan dapat menggunakan tiub-tiub tersebut di kemudian hari. haha.

Hari kedua klinikal saya adalah di bahagian pendaftaran. Apa yang saya buat di sini? Buat blur. hehe. Takdak lah. Tengok macam mana proses pendaftaran pesakit dibuat. owh ya. Kawasan ini jugak kawasan yang sibuk.

Dan dan dan. Guest wat?

Ada dua buttons kat situ. Satu button bertanda "code arrest" dan satu button lagi tidak bertanda. Sangat suka tekan button tersebut. Buuuuut bukan sebarangan tekan okay. Kami tekan lambang tak taw nak buat apa dan mendapat perkenan staf yang bertugas. Main-main tekan memang nak cari nahas. Silap hari bulan percuma jer kena lempang. haahh. Sia-sia jer. Button "Code Arrest" adalah bagi kes di mana sekiranya terdapat pesakit atau sapa-sapa yang tetiba jer pengsan di kawasan berhampiran (bukan sebab sengaja buat-buat pengsan sebab nak perhatian daripada charming and beautiful doctor, nurse or medical assistant. woohoo. sangat kurang sopan dan perbuatan tersebut berciri keji)

Pada hari itu saya sangat jeles. Betol. Sangat jeles. Di red zone ada banyak kes. huhu. Kes yang sangat menarik (i really mean it. bukan sebab dokte, nurse dan medical assistant yang menarik. case yang sangat best) Bukan saya seorang saja yang jeles malah rakan-rakan lain jugak jeles dan berebut nak buat permerhatian di red zone. owh. (eleh. kat pendaftaran pun jugak lar. eh eh. ayat sedapkan hati tuh)

Kami sepatutnya pegi ke hospital pada hari seterusnya tetapi tidak kerana menjadi bidan terjun dengan menjadi model bagi membantu senior dalam peperiksaan. okay. Burn satu hari kat situ. Kami terpaksa merombak kembali jadual penempatan klinikal sebab tak semua akan dapat merasa duty di semua kawasan kalau ikut jadual asal.

owh ya.

Saya berada di di semua tempat kecuali red zone dan pendaftaran (padahal masuk jugak lagi kat red zone tuh) Nak tahu keadaan di setiap zone tersebut. Bagi saya, yellow zone kawasan sibuk selepas red zone walopun kadang-kadang red zone tak sibuk pun. Sunyi bila takdak pesakit. Sedikit rasa seram. Macam lar saya seorang saja yang ada kat hospital masa tuh (ceh padahal dalam hati dah berdebar-debar. saja jer nak sedapkan ati)

Farah cakap kami di minggu kedua bertuah kerana tidak terserempak dengan dan diinterview oleh dokte yang in charge di jabatan kecemasan. Dengar citer boleh tahan jugak gerun beliau. huih. Kalau Cik Tika jumpa beliau entah lar apa nak jadi. Kang ketaq lutut kepala dan suma lah jawab soklan cepu gangsa yang dokte bagi. Kalau tak boleh jawab sumpah. Memang malu dengan tangki oksigen, katil dan ubat-ubat kat situ. Tu pun kalau tanya soklan berkaitan dengan x-ray lar. Tanya soklan pasal course nursing memang lah saya ketaq abes. Sebabnya? Saya hanya taw basic sahaja. Dan major saya adalah medical imaging. Bukan nursing. Cuba tanya jururawat. Dorang taw tak berapa kVp yang boleh diberi pada patient mengandung? Confirm dorang tak taw.

Banyak perkara yang saya belaja semasa klinikal di jabatan kecemasan. heehh. Banyak lagi yang saya tak taw sebenarnya.

Daaaaaan. Mendapat kenalan baru merupakan satu yang menggembirakan. hoho. Bukan skandal bukan skandal. Cuma kenalan semasa bertugas.

Menunggu En Nazri untuk membawa kami berjumpa dengan penyelia.
Macam besa, snap gambo.
Muka yang agak cuak dan excited. haha.
Kalau suka, sila pahatkan dalam ati agar jadi kenangan abadi.
Tak suka, sila delete gambo nih.
Delete lah kalau boleh.
hahahahaha.

3 comments:

Lieza said...

slm aidilfitri..

nk tya je, ngko nie medical student ke? Dr Adi Osman ok kan!!!

syok kan dok kecemasan... byk benda bole blaja

Anonymous said...

Afteг looking at a handful оf the blоg posts on
уour blog, I ѕеriouslу like your way of blogging.
I booκ maгκed it to my bookmark
wеbsite list and wіll bе cheсking baсk soon.
Pleаse visit my ωebsіte as well аnd let
me know youг opinion.

Visit my blοg post :: cheap emergency plumbers birmingham

Anonymous said...

I'm really enjoying the design and layout of your website. It's а vеry easy on
the eyes which makеs it much more pleasant foг mе tо cοme herе аnԁ visit moгe οftеn.
Did yοu hire out a designer to сreаte уour themе?
Fantаstіc woгk!

Also visіt my ѕite :: make Breasts larger