Saturday, May 09, 2009

cuti hoyeh-hoyeh

Assalamualaikum (tak jawab dosa)

Akhirnya saya selamat sampai ke umah setelah mengharungi 2 jam perjalanan yang letih dan memuntahkan. Mungkin mulai hari ini entry saya tidak dapat lari daripada menyebut tentang bas ekpres especially kalau update setelah pulang ke negeri tercinta kalau bukan negeri tanah tumpah dan mengalir darah hijau kuning saya kalau bukan Kedah Darul Aman. Entah mengapa saya suka bercerita tentang bas padahal hari-hari naik bas.

Kali nih bas yang bertanggungjawab membawa Cik Tika pulang adalah bas ekpres Transnasional. omaigod. Entah mengapa saya semakin hari semakin sayang kepada bas ini. Bukan sebab bunga tayar bas nih cantik. Bukan sebab warna langsir yang match dengan warna bas. Bukan bukan. Sebabnya saya sangat suka dengan single seat bas nih. Sound funny rite? haha. Walopun seat single mingle and totally available (eh macam sama jer ngan status cik tika. haha) tetapi muat untuk meletak 4 beg. Serious. 4 beg. Orang lain bawak balik 2 atau 3 beg tapi saya bawak balik 4 beg. Saya rasa sangat gagah perkasa. haahh. Badan kecik tapi bawak beg punyalah banyak. Macam balik kedah dan takkan kembali ke Ipoh. hey. Mana boleh tinggalkan Ipoh. Nanti keluar pulak peribahasa abes madu sepah dibuang (kalau berselisih bahu dengan kumpulan raja lawak sepah, sumpah saya tak kenal)

Bila sampai jer umah, dah ada lauk gulai ikan. Abah masak. Punyalah sedap sampai rasa nak nanges bila makan. Terus lupa nasik goreng ayam dengan nasik goreng kerabu kat Ipoh. haha.

Okay. Enough citer pasal bas ekpres. Kang kalau tak berenti, abes suma biodata driver bas, cara membuat bas dan lain-lain kuar. Bukan buleh caya sangat dengan Cik Tika nih.

Memandangkan cuti semester selama 2 minggu selepas berperang dengan exam, mungkin tak banyak menda yang boleh dilakukan. Tapi tapi. Masa itu emas. Time is gold. Ikan emas bukan emas apatah lagi gold (bukan mende yang sama ker gold dan emas. saja jer pegi putar belit ayat)

Agenda cuti semester :

  1. Menghafal surah Yassin dan surah-surah yang lain. Sikit lagi nak abes. Semangat semangat.
  2. Pergi bank. Untuk apakah? Untuk membeli koleksi periuk belanga. Kalau sudah ke bank, untuk urusan wang lah. Bank in check untuk elaun.
  3. Membaca buku-buku ilmiah. Aktiviti terpuji ini akan menggantikan aktiviti saya yang kebanyakkan dihabiskan di hadapan komputer.
  4. Marathon drama dan movie Korea dan Jepun. hoho. Dah lama nak tengok tapi masa sangat mencemburui saya. eceh.
  5. Saya kena menulis entry di blog. Banyak cerita tertangguh dan yang dah basi, tunggu masa nak reput. Entry-entry tersebut tak dapat dipublish lantaran kesibukkan dengan aktiviti harian sebagai pelajar.
  6. Study? heehh.
  7. Menjaga kebajikan dan kesihatan ikan-ikan abah. Sangat comel kan aktiviti nih? Saya sekarang sedang cuba bersosial dengan ikan-ikan abah yang comel di samping menambahkan lagi kasih sayang saya pada haiwan.
  8. Memantapkan lagi skil memandu kereta. Semakin hari skil terhakis. Macam mana nak lumba kereta dengan Hamilton nih?
  9. Keluar berpoya-poya bersama rakan taulan. Sudah lama tak bertemu. Sangat merindui aktiviti masa zaman remaja. haha.
  10. Istikharah. Istikharah. Istikharah. Mintak pertunjuk daripadaNya. Semoga dapat membuat pilihan memandangkan hati sangat tak tenang ketika ini.
  11. Solat hajat. Ya Allah. Jauhkan aku dan rakan-rakan daripada durtani. Amiin.
  12. Berkasih sayang dengan pokok-pokok yang mak dan abah tanam especially pokok limau nipis. Buah limaunya tak banyak kali nih.
  13. Ganti tido.
  14. Tidur awal dan bangun awal. Bangun awal untuk buat kerja umah. haha. Believe it. Tolong lar percaya saya nak bangun awal semata-mata nak buat kerja umah. haha.
  15. Setelah menyiapkan isi yang ke 14, saya kena berundur dahulu. Sebabnya mak dah bising bila nak basuh baju stok terkumpul. adeh. Wash by hand sebab mesin basuh rosak. Hukeleh. Setakat basuh baju guna tangan Cik Tika sikit pun tak heran lar. hahahaha. Apa pasal kerek sangat nih? Okay. lepas nih ada peluru sesat singgah kat kepala Cik Tika.

owh ya. Saya cuti sehingga 25 Mei sebelum memulakan short sem. So, sempat kot nak buat semua mission impossible tuh. haha. By then, tenkiu :)

2 comments:

AmirHaddatsa said...

hoho! selamat bercuti! ouh! abaikan yang tak berkenaan! skang nih musim hibernasi!

cik tika said...

haha.
cuti kejap jer.
tak sempat nak berhibernasi. :P