Thursday, May 14, 2009

batu dan golek

(catatan tertangguh seorang pemain bowling. eceh. haha)

Lokasi : Ampang Superbowl Ipoh, Ipoh Parade
Tarikh : 11 April 2009
Waktu : 2.30 petang - 5.00 petang

Salam suma. How are you? Dah makan belom? Sihat tak? hehe. Okay. Bulan lepas dan lepas (memang betol citer basi tunggu masa nak reput) kolej saya telah mengadakan Kejohanan Bowling Terbuka Piala Dekan 2009 di Ipoh Parade. Saya taknak join pun. Pada mulanya lah. Merata-rata tempat iklan kejohanan bowling nih ditampal. Tepi koperasi, kat kafeteria, dalam toilet (heehh. pekdahnya?), depan surau lah. haih. Bersepah-sepah (tiba-tiba teringat kumpulan sepah) sampai dah jemu mata memandang. Saya baca iklan tuh tapi macam besa lar. Cik Tika nih memang takdak hati dan perasaan. Macam robot. Tak terasa pun nak join. Kalau tengok orang pun kadang-kadang takdak perasaan, inikan pulak tengok iklan kejohanan bowling. Memang susah nak bukak hati Cik Tika nih. Baiklah, kita lupakan sebentar pasal citer hati dan perasaan Cik Tika.

Move to da main story.

Nak dijadikan ceritalah. Pada suatu hari, di foyer kolej. Tengah lepak-lepak dengan kawan-kawan sementara tunggu bas Pak Mail. Kak Lin bagitaw ada seorang classmatenya tengah cari dua orang untuk team bowling dia dan kami berminat atau tidak. Sesungguhnya saya memang tak kenal senior-senior lelaki. Betol, tak tipu. Bermula dengan tournament bowling dan kejadian di hadapan kelas saya baru saya tahu kewujudan mereka. Kalau tak, selisih bahu kat pasar ker, berebut nak beli eskrem McD ker memang tak taw mereka senior saya. heehh. Senior perempuan mestilah saya kenal. hehe. Tuan empunya badan, Anuar datang jumpa dan menyampaikan hasrat murninya itu. eceh. Dah macam citer P. Ramlee pulak. Saya dan Akma yang memberi sedikit respon positif.

eerr. Bagaimana pulak dengan Maya Karin RCMP? owh. Dia tak berminat apatah lagi teruja. pH dia neutral. Kalau ajak tournament shopping gila-gila di Jusco mungkin dia akan teruja. Tak pun kejohanan marathon shopping mall. haha. Sabar Ida, sabar. Sabar itu separuh daripada iman. hahh. Separuh lagi? hehe.

Setelah beberapa purnama berfikir (tipu) saya dan Akma setuju untuk sertai kejohanan bowling. Dan ini kumpulan kami. Bukan kumpulan KAMI the movie tuh. Bukan bukan. Nama kumpulan kami? The Rock Kapak. heehh. Tak sesuai bagi seseorang yang berbaju kaler pink. The Joyah Brother's. huish. Like mak cik-mak cik jer nama nih. Tak sesuai dengan dua orang lelaki tersebut. Bagaimana pulak dengan nama Merry Go Round The Chris Brown? ceh. Macam fun fair jer. Tak menjana minda betol. Tak payah lah letak nama kumpulan. Buat pening kepala pikir nama kumpulan. Membazir masa dan tenaga perah mendula oblangata pastu perah dan sidai dekat ampaian (amende nih tika, amende nih?)

Dan. Yang speselnya.

Pengajar jugak tidak ketinggalan turut serta dalam kejohanan bowling ini. Tidak kurang hebat. Tercabar jugak skill bowling kami yang lain. haha. owh ya. Kejohanan ini disertai oleh staf, pengajar dan pelajar kolej saya. Apa yang saya nampak, majoriti peserta kejohanan ini disertai oleh pelajar course saya, merangkap senior saya jugak. heehh. Pelajar course lain? Entah lar. Mungkin mereka sibuk dengan hal masing-masing seperti balik kampung, membeli dan taknak belah kat shopping mall ker. Tak pun pegi Lumut beli ikan bilis ker (bukan ikan bilis pakai helmet. haha)

Sebelom memulakan permainan, kami diberi masa untuk membuat balingan percubaan. Sangat cantik balingan percubaan saya. Kalau berterusan, boleh jadi johan jatuhan pin terbanyak. Tak pun aksi membaling yang sangat sopan. hahahahaha. Tiba-tiba rasa semangat nak main padahal sebelom nih punyalah ati gundah gundala gondala sumalah ada sampai tak lalu makan. Mula jer game. hahh. Baru taw langit tinggi ker rendah. Hancur sudah pelamin angan-angan nak genggam peluk cium piala jatuhan pin terbanyak. Tak payah tanya apa yang jadi. menyampah taw. Taknak citer lar. Citer pasal menda lain pulak. Walopun semangat agak down sikit, sikit jer, warga emas penah berkata; kalau dah pegi separuh jalan, jangan patah balik. Berpegang kepada kata-kata remaja purba, saya sikit pon tak rasa nak berpatah atau kembali ke pangkuan jalan. Permainan nih memang menguji keberanian dan mencabar kewanitaan aku. haha.

Sumanya ada tiga games. Nama jer tiga games tapi rasa macam main 13 games. Abes sakit tangan. Mana taknya, banyak kali angkat bola bowling 9kg. Itu yang paling ringan. Jangan harap saya nak angkat yang lebih daripada 10kg. Tengok orang lain steady jer guna bola bowling berbelas kilo. Jeles gak. heehh. Kalau saya guna yang lebih 10kg, kita tengok lah nanti. Bola tuh yang masuk ker Cik Tika nih yang masuk. Tak pun Cik Tika dengan bola bowling bekerjasama bagi strike. heehh. Tak kuasa saya. Cukuplah terseksa saya dan Akma kena bahan. huhu. Nasib baik saya baik ati, kalau tak. Ada yang makan bola bowling. Sepanjang game, saya rasa lapar. Ini suma salah bola bowling. Saya tengok dah macam buah tembikai jer. huhu (dia dah start dah sesi mengidam. haih)

haahh. Sapakah jejaka-jejaka di atas? Hero Remaja 2009 kot. hehe eerr. Identiti terpaksa dirahsiakan bagi menjaga nama baik mereka. Sebenornya saya pun taktaw sebab gambo nih blur. Mungkin sebab mereka sangat ensem sampai menjejaskan kualiti gambo yang sepatutnya sangat bagus. Tapi setiap kejadian ada hikmahnya. Kang kalau letak gambo clear, ada pulak yang jatuh cinta di tempat kejadian lepas 1.5 saat tengok gambo nih. Bahaya bahaya.

By da way, mereka sudah berpunya. Confirm. Lepas nih gadis-gadis di Malaysia akan bermuram mendung. "Apa?! Mereka sudah berpunya??" Maka berlakulah sindrom mandi tak basah, tido tak lena, makan jer kenyang. haahh. Meh sini Cik Tika nak kabor. Dorang nih single mingle lagi. "Apa? Single lagi? hehe. Ada chance ada chance." Maka hidup mereka kembali ceria. Matahari bersinar kembali. Awam berarak mesra. Air mengalir deras. ~ pssiiuu pssiiuu. haha.

Cukuplah drama pendek tajaan Cik Jah Sdn Bhd. Kita kembali ke cerita asal.

Macam biasalah. Lepas main akan ada sesi bergambo. Ada banyak gambo yg saya snap tapi maleh nak letak. Kang kalau letak banyak lambat loading pulak gambo-gambo tuh. Kena pulak time tenet slow cam siput tempang. Lagi tekanan. Dah membazir masa kat situ. Agaknya sempat lagi pegi basuh baju stok terkumpul, tengok citer Korea kat Mysoju dan lain-lain aktiviti yang dirasakan sesuai. hehe.

owh ya. Acara pemberian hadiah. woohoo. Well. Kepada yang menang saja. Yang tak menang? haish. Dapat jugak. Dapat tengok orang menang amek hadiah. hehe. Ada sourvenir untuk semua orang iaitu berupa bola bowling sorang sebijik. Pilih jer yang mana berkenan. hehe. Acah jer. Pemenang tempat pertama adalah kumpulan yang dianggotai oleh staf kolej. Tempat kedua dan ketiga diungguli oleh pelajar iaitu pelajar radiografi. Hoyeh hoyeh! Tahniah! Haahh. Kalau takdak cawan, guna jelar trofi tuh tuang air. haha.

Sebelom balik, amek Kak Linda kat Medan Gopeng. Sampai umah, macam besa lar. Nyaris-nyaris tumpas di atas katil. hoho.

Cik Tika nih pun sikit lagi jer nak tumpas ketiduran depan laptop. adious.

No comments: