Sunday, April 19, 2009

next destination

Ini cerita dua hari lepas. Sila amek perhatian. DUA HARI LEPAS. Perjalanan pulang seorang perantau di negeri orang yang berpancaroba (sebab perut tengah berpancaragam lapar mintak nasik tapi cik tika bagi roti canai) sampai Cik Tika rasa nak nanges keluar bunyi huhuhu banyak kali.

Journey balik Kedah kali ini agak berpancaroba. Bukannya kena tolak bas sebab minyak bas kering kontang mahupun saya yang kena drive bas sebab driver bas sakit perut. Bukan. Kalau Cik Tika drive bas, entah sampai ke tak Butterworth. Oleh itu, jangan bayang.

Kali nih saya ambil risiko dengan beli tiket on da spot (dah bunyi macam tiket loteri) padahal memang dah taw yang ramai individu pulang ke kampung halaman lambang cuti 3 hari hoyeh hoyeh. Seperti biasa jugak saya beli tiket bas lain, kena naik bas lain. Destinasi saya ialah Butterworth tapi saya kena naik bas ke Terengganu. Huiks. Tunggu seminit. Tunggu seminit. Saya tak pegi Terengganu pun. Bas jer bas ke Terengganu tapi destinasinya tetap Butterworth. Eerr.. Paham tak? Kalau tak paham pegi baca perenggan nih sampai paham.

Kalau dah paham, meh kita ke perenggan seterusnya yang lebih sukar difahami. Hehe.

Saya tak kisah sapa-sapa pun duduk di sebelah saya. Lelaki atau perempuan. Walopun sebenarnya jauh di lubuk hati dan sanubari saya kisah. Hehe. Bas yang saya naik kali nih free seat. Again. So main redah jer duduk kat mana. Kalau taknak duduk dan nak berdiri sepanjang perjalanan pun takpe. Takde sapa nak marah. Kalau driver buat drift sampai terguling-guling atas lantai bas jangan marah. Sapa suruh taknak duduk. Haha. Dan saya expect bas tersebut ada single seat. Apakan daya. Semuanya double seat. Oh Tuhanku! Hancur punah harapan hampa frust nak nangis semua sebab tak dapat single seat! Mulalah aku buat ayat senafas kan. Haha. Tension betul dalam kepala. Berjuta-juta kali menyuarakan kekecewaan dekat Farah.

Dengan penuh keredhaan dan kepasrahan, saya duduk di double seat tersebut. Allah mencintai orang-orang yang redha dan pasrah kepadaNYA. Eh eh. Tetiba pulak. Satu demi satu orang masuk dalam bas. And guest who sit next to me? A young Malay boy. Haha huhu hihi hehe hoho. Takdak sebarang niat keji dipasang ketika dalam bas. Harap maklum. Saya perasan kehadiran dia tapi saja jer buat tak perasan. Maleh nak amek taw dia bawak beg baju saiz apa, majalah apa yang dia baca, dia makan jagung gred apa, nombor telefon berapa, ada facebook ke tak dan kalau ada buleh lah saya add dia, jalur gemilang berapa jalur. Taknak amek taw semua tu.

Mula-mula kami bertentang mata hati saya berdebar-debar (eceh. saya tipu. semua itu dusta belaka. ingat orang tersayang jauh di mata tapi dekat di hati. aik. saya ada ke? okay. takde.) Sebaik sahaja bas mula bergerak, maka bermulalah episode tak best. Betol. Seyes wa cakap sama lu. Tak best. Boy yang duduk sebelah saya nih bikin havoc da. Tak sempat lagi bas keluar dari town Ipoh dia dah tido macam takdak hari esok. Macam lepas nih dia takleh tido.

Sebenarnya saya tak kisah (walopun sebenarnya hati kecil saya kisah) kalau dia nak tido kalau Ultraman gaduh besar dengan raksasa sampai fire abes semua bangunan dekat town Ipoh pun dia tak sedar. Yang saya kisah, cara dia tido. Bukan sebab dia tido kuak lentang ker gaya tugu negara or whatever. Sila tido ingat sama kat orang sebelah. Ya Allah. Sumpah tak daya nak tahan gelak. Sakit pipi tembam saya tahan gelak (pipi tembam?) Masa tu jugaklah sayaitonirrajim datang bertalu-talu hasut hasut saya buat kerja keji.

Syaitonirrajim kata lebih kurang macam nih lar dengan bantuan nafsu yang tetiba masuk campur,

“Go Tika. Snap gambar mamat yang tido sebelah ko nih. Pastu letak dalam blog. Jangan lupa, rakam dia tido. Upload kat Youtube. Go Tika. Buat, jangan tak buat. Nanti ko menyesal sampai tak lalu makan seminggu sebab tak buat”

See. Gila punya godaan. Nasib baik iman saya kuat masa tuh. Kalau tak dah lama saya buat kerja keji lagi terkutuk tuh. Kalau tak dah lama keluar tanduk di kepala dan gigi pon bertaring macam sangat devil dah keji tak bawak mengucap.

Maybe sebab dia letih sebab penat bercucuk tanam, mengembala kambing, pergi pasar dan mengemas rumah pagi tadi. Okay. Saya memahami. Yang menyebabkan saya hampir hysteria dalam bas sebab dia tido tak ingat yang saya nih duduk sebelah dia. Dia tido dengan nyenyak sambil terlentok atas bahu saya. Ya Allah. Mahu tak tercabut jantung saya sebab terkejut. Terblushing-blushing saya sorang-sorang dalam bas. Tak taw lar orang belakang saya nampak tak dia terlentok atas bahu saya. Kalau nampak, sumpah saya malu 7 purnama I tell you. Tak taw nak sorok muka kat dalam laci, dalam tuperware kedap udara (eh tak boleh. tak cukup oksigen). Serius. Punyalah malu sampai taktaw nak letak muka kot celah mana dah. Kalau saya kura-kura, saya duduk menyorok dalam cengkerang.

Kalau terlentok sekali saya masih boleh bersabar. Sabar itu separuh daripada iman. Nih dah lebih daripada 5 kali. Wat da hell?! Ku lempang jua beliau nih. Nak lempang anak orang. Kalau anak kucing, dah lama letak dia dalam kotak pastu tinggalkan dia kat tol Changkat Jering. Nasib baik saya takdak kuasa Supersaiya, tak pun kuasa bulan Sailormoon. Kalau tak, lama dah berkecai badan, putus kepala, debushh! muahahahaha. Sejak kebelakangan nih tahap imaginasi saya tak dapat dikawal. Haha. Ingat Tuhan, ingat Tuhan.

Perjalanan 2 jam rasa macam 12 jam. Penat dan lenguh badan elak daripada dia. Dah macam nak terkeluar kot tingkap jer saya punya lah elak. Mengantuk tapi takleh nak tido. Dah lar dalam bas super duper panas. Macam kat Afrika Selatan panasnya. Tak rasa sejuk pun walopun ada aircond. Memang masa tuh saya dah nak transform jadi vampire. Dengan orang sebelah selamba yaya jer lentok atas bahu, dengan rasa bahang panas dalam bas, seat yang tak berapa nak best. Memang menguji kesabaran. Saya rasa sangat tak berbaloi bayar RM18 tapi dapat bas yang macam tiket harga RM2.50 selonggok. Sangat kecewa. Tiket bas jer cantik. Bas hampeh. Tak sabar-sabar rasa nak sampai Butterworth cepat (bawak mengucap. istigfar banyak-banyak. tak baik komplen)

Sampai jer dekat terminal bas Butterworth yang entah zaman bila maju, terus pegi JPJ Seberang Jaya renew lesen. Hoho. Sangat bangga bila tempoh percubaan dah tamat. Hoyeh hoyeh *dancing around like in da movie step up 2. omaigod. luv to see how they dance* Lepas nih bolehlah drive keta tanpa perlu rasa takut-takut berani sebab tak letak stiker P. hehe. Let’s rock and roll bebeh.

4 comments:

seseorang said...

owh... sign board tu da xjauh dr umah sy..34km je lg..muahahaha

cik tika said...

haaahh.
saya taw.
taiping.
hohoho :P

elf said...

wakakaka....
dh bdk 2 ngantok, nk wat cena..
dia tgk bola kot mlm 2,pas2 team feveret kalah...besa la 2....
dh abes p ka??? tahniah!

cik tika said...

aku pun ngantok gak, tapi takdak lar pi sidai kepala kat bahu dia.
heehh. -_-"

dah abes dah. hoyeh hoyeh!
haahh.
jom race.
hahahaha :P