Saturday, April 18, 2009

kenapa saya suka wallpaper saya?

Sangat frust lar. Vitamin Pharmaton percuma yang dapat semalam hilang. huhu. Sangat sedih. Tak taw macam mana buleh hilang. Kalau beli kat kedai, harga vitamin tu boleh menyebabkan kewangan berada dalam bahaya. Penat jawab survey yang penuh dengan kejujuran untuk dapatkan vitamin nih. Tetiba pulak hilang. aiseh. Enough dengan meratapi kehilangan vitamin percuma. Move to da main point.

Encek Amir dengan sukacita dan gumbira telah mengetag saya. First time beliau tag saya. Kena buat nih. Ada story dan modal nak citer kat anak cucu dan simpan dalam diari hidup pasal first tag yang encek Amir bagi. hehe. Tapi agak taf soklan yang diberikan.

1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang

Kalau nak kutuk, sila kutuk dalam hati. Kalau nak gelak keji, sila gelak dalam hati.

2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh.

haha. Laptop saya takdak wallpaper. Takdak gambar sapa-sapa mahupun apa-apa. Bila tengok banyak kali, rasa nak gelak pun ada. Camne nih nak jawab "soklan kenapa anda suka wallpaper anda?" sedangkan saya tak letak wallpaper. Saya suka sebab simple and nice. tak memeningkan kepala saya tengok (padahal bukannya tengok wallpaper pun masa buat keja)

3) tag 10 people.

Ramainya orang yang nak kena tag. Seperti biasa, saya tag semua yang ada di senarai blog saya :)

Penah jugak dulu-dulu masa zaman hormon remaja tengah rancak bergelora letak macam-macam jenis wallpaper. Macam-macam gambar. Tapi bila umo pun dah makin meningkat (eceh) dah tak berminat nak letak sebarang gambar sebagai wallpaper. Bukan setakat laptop, handphone saya pun takdak wallpaper. Penyakit tak suka letak wallpaper dah bermula dari zaman sekolah menengah rendah.

Slideshow presentation saya plain tanpa sebarang wallpaper gambar anime atau animated pictures. Slideshow mesti nak berbackgroundkan yang paling simple but nice. Begitu jugak dengan kerja khusus atau nama glemer masa zaman sekolah dulu, folio. Kawan-kawan saya sibuk dengan cover kulit folio yang warna-warni dengan glitter lip lap lip lap sana sini. Kalau tulisan tu kalau tak bersimpul macam cacing kepanasan memang tak sah. Folio saya paling plain. Ada jugak cover kulit saya pguna kertas bergambar tapi tak semeriah folio kawan-kawan saya.

Semasa saya di tingkatan 3, seorang kawan baik saya penah membuat satu statement,

Tikah, aku tengok folio hang nih macam takdak ati dan perasaan ja. Takdak kaler yang meriah. Macam paper orang yang dah keja kat pejabat ja.

Dah masuk alam universiti pun tetap macam tu jugak. Slideshow presentation tetap tidak berbackgroundkan wallpaper yang macam-macam design. Assignment pun warna ala kodar dengan tulisan yang gila punya skema tanpa tulisan simpul sana sini. Nota yang plain. Takdak kaler lain selain daripada merah, biru dan hitam. Ada peningkatan dengan daripada semester lepas. Tulisan nota kaler hitam sahaja. Mindmap pun simple gila. Kalau vampire tengok pun tekanan. Mindmap orang lain warna warni. Ada gambar awan, matahari, bintang, anak panah, anak tekak, anak kucing, anak kunci dan lain-lain. Mindmap saya takdak semua tuh. Kalau orang nak baca pun takdak nafsu nak baca. Baru tengok dah rasa tekanan. haha.

Setiap orang ada cara tersendiri. Cara tersebut jugak melambangkan identiti seseorang. Trademark sendiri. Macam nota jugaklah. Walopun vampire tengok nota atau mindmap saya buleh tekanan sebab terlalu plain macam orang tak cukup darah dan vitamin C, saya yang nak baca. Bukannya vampire nak baca. hehe.

No comments: