Wednesday, May 13, 2009

Model (Pelakon) Sambilan

Menjadi model merupakan salah satu cita-cita saya semasa kecil. Semasa kecil sahaja. Pada masa itu fikiran tidak matang lagi. Sangat naive. Tengah sibuk main masak-masak dan mebina keluarga. Membina keluarga? Olok-olok sajalah. Masih lagi sibuk dengan anak patung. Bila dah besar, pasal sejarah pembentukan Malaysia pun dah taw, dah belaja persamaan kimia dan taw apa itu momentum dan radiation protection (eceh), dah tak bercita-cita nak jadi model. Nak jadi angkasawan negara. hahahaha. Gelak lar kalau nak gelak T________T Tapi masih suka tengok American's Next Top Model. haha. Bilalah aku nak tinggi macam omputih nih? haih. Pakai high heel pun boleh lawan tinggi dorang. haha. Tetapi tidak pulak saya bercita-cita nak jadi pelakon sebab saya pemalu orangnya.

hahh. Saya taw. Mesti ada kutukan mesra daripada sesiapa yang membaca kenyataan saya nih. Confirm ada yang gelak tak bawak mengucap dan seperti syaitonnirrajim. Gelak lar kalau nak gelak T____________T Saya pasrah.

Pada hari ketiga klinikal kami sepatutnya pegi ke hospital tetapi dikensel last minute. Semalaman saya menyiapkan mental saya yang tak berapa nak siap untuk pegi ke hospital. Nak menghadapi dan menengok kes-kes kecemasan sampai saya pun rasa cemas. Tiba-tiba pulak kensel. adeh. Oleh itu, saya simpan dulu mental saya untuk kegunaan pada masa hadapan. haha. Encik Nazri bagitaw yang kami kena jadi model untuk membantu pelajar semester 5 yang menjalani OSPE (pernilaian klinikal = abdomen/kub; vertebra, tengkorak) (correct me if i'm wrong) pada hari berkenaan. Rasa bumi nih berputar-putar. Keluar abes bulan bintang planet atas kepala. Ini bukan jadi model yang tiru cara kucing jalan. Lenggang kangkung sawi bayam suma tuh (i wonder kenapa lenggang kangkung? kangkung nih boleh berlenggang ker). Jangan salah sangka pulak.

Jadi model?! aiyak.

Semua taknak jadi model. Tapi demi pengajar dan senior tersayang (eceh) kami turutkan jugak walopun hati punyalah sengsara merana hancur berderai hati terbelah dua tiga empat lima dan sebagainya. Saya pun tak paham sebab apa semua orang taknak jadi model untuk membantu senior? Saya sendiri pun tak tahu sebab apa saya taknak. Mungkin sebab ada pelajar lelaki. Mungkin sebab ketika itu hormon remaja saya sedang rock and roll. Biasa lah remaja memang macam tuh. Hormon suka sangat rock and roll.

By the way, ini kali pertama saya menjadi model. Perasaan saya? Perasaan yang sangat mengujakan. isk isk isk. Susah untuk diterjemahkan dalam kata-kata. Hanya air mata yang boleh menyatakan segalanya (eceh) haha. Saya tidak tahu bagaimana OSPE dilakukan. Sebab tuh excited semacam walopun dalam hati taknak. Macam mana tuh? Okay. Kita abaikan dulu ayat kenyataan yang tak berapa penting dan tak menjejaskan idop walopun tak paham. Baik pegi baca buku patholgy ker blaja masak nasik beriani ker. Lagi berfaedah.

Kita masuk kepada isi penting. Oleh itu, hanya isi penting saja yang akan diberitahu. Sila amek perhatian. Ayat seterusnya ada isi penting (ceh. buat ayat pusing tujuh keliling. bagi orang yang baca pening)

Ia diadakan di radiography skill lab di basement kolej saya. owh ya. Radiography skill lab dahulunya merupakan bilik mayat sebelom lokasi bilik mayat itu dipindahkan ke tempat lain. Agak sunyi dan sememangnya takdak telephone coverage line. haahh. Bila dah ada kat sana jangan harap nak bermesej-mesej atau mengcalling-calling. Sorry seems to be da hardest word. haha. Di basement, ada mesin x-ray. Saya dah tak ingat mesin apa tapi yang pasti mesin x-ray lar. Tiada ragu-ragu mahupun syak wasangka apatah lagi rasa cemburu. haha. Takkan mesin basuh baju atau mesin tebu pulak. heehh.

OSPE dimulakan pada pukul 9 pagi. Kami dibahagikan tugas. Tugas-tugas tersebut adalah :

  1. Menengok jam
  2. Menekan buzzer. Saya pilih button A. eh eh. Bukan. Menekan loceng.
  3. Memanggil calon-calon bertuah
  4. Meniup wisel
  5. Menjadi model untuk fesyen musim peperiksaan. haha. Acah jer. eh. Exam pun ada fesyen? Sudah semestinya ada. Fesyen baju pakai alar kodar dengan muka tak cukup tido lambang banyak study. heehh.

Tugas yang bold dan underline di atas adalah tugas yang saya buat. woohoo. Agak bosan jika melakukan satu tugas. Walopun kena naik turun tangga lebih sepuluh kali dalam sehari untuk memanggil calon-calon bertuah tersebut yang dikuarentin sampai boleh slim lagi badan yang memang dah sedia slim, saya pasrah. Walopun kena menengok jam setiap 4 minit, saya pasrah. Walopun kena jadi model yang naive di mana bertindak mengikut arahan, saya tetap pasrah. haha. Apa pasal pulak nih Cik Tika tiba-tiba jadi angelic? Sebab saya kurang minum air. heehh.

Sepatutnya yang menjadi model pada hari ini adalah pelajar klinikal minggu pertama. Memandangkan berlaku sedikit error sampai boleh keluar ERROR 404. haha. Sebab itulah kami yang klinikal pada minggu kedua kena berkorban. Memandang kami telah menjadi model bidan terjun (sikit lagi jer nak jatuh dalam gaung kecintaan. eceh. pewira negara, cepat selamatkan cik tika. haha) pengajar telah berbesar hati untuk belanja kami makan tengah hari. hoyeh hoyeh. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Terima kasih kepada Encik Nazri dan Puan Nafisah.

Alhamdullillah. Rezeki kami harinih. Dapat makan free. hehe. OSP diteruskan sehingga petang. Dalam pukul 4.15 petang baru abes. Sangat penat. Balik hostel memang kecundang di atas katil. Kalau tak on alarm, confirm. Terlajak tido sampai Maghrib. huhu. Penat sampai rasa nak luruh tulang badan. Sampai nak angkat tangan pun dah tak sanggup lagi. heehh. Melampau betol penatnya.

No comments: