Monday, April 20, 2009

bila exam datang menjelma

Salam suma.

Kejap jer dah masuk bulan 5. Rasa macam baru semalam masuk semester 2. Beberapa minggu lagi dah nak masuk semester 3. Lagi 3 semester, abes dah belajar.

Aku tak suka exam. Sapa yang suka exam? Memang tekanan betol. Dah tuh rasa macam tak jadi orang masa nih? Kalau tak jadi orang nak jadi apa? Jadi vampire. Yup. Jadi vampire. Gaya pemakanan dan corak aktiviti harian pun berubah. Ada yang just amek brunchinner (brekfes + lunch + dinner) Kebanyakkan jugak mengisi perut kesayangan dengan makan mi segera dan air kosong tanda masa makan dapat diisi dengan membaca nota. Padahal duit elaun dah start pelan-pelan nak abes. keh keh keh. Tak sihat betol gaya pemakanan.

Waktu dan tempat tido jugak turut berubah. Suma pakat-pakat borong nescafe kat kedai untuk diminum ketika study. Kononnya dapat membantu untuk taknak bagi mengantuk. Tak mengantuk lar sangat. Baca 3 tajuk terus out of service. Ada jugak yang dah abes study tapi still nak stay up jugak. haish. Kalau dulu tido dekat katil, sekarang bertilamkan tikar rotan, berbantalkan meja study dan berselimutkan nota (ko la nih ida. bukan aku yang tido kat meja study) haih. Kesaikoan dan ketaksuban pihak-pihak berkenaan study menyebabkan aku tertekan dan separa skizo di hostel.

Ada jugak pihak-pihak berkenaan yang selalu buat orang yang study last minutes stres. Especially budak-budak dekan. Kebanyakkan masa jugak budak-budak dekan dok kata, "aku banyak lagi yang tak baca. banyak lagi yang tertinggal nih. ko mesti dah banyak baca. nanti ko tolong ajar k". Sesungguhnya ayat itu ayat yang memang mintak pelempang sedas dua. Masa bila pulak aku study? Hampa toksah duk mereka cerita pulak.

Exam memang buat aku bertambah tekanan.

nota kaki : good luck untuk semua pelajar Unikl RCMP dan universiti-unversiti yang lain yang bakal menempuh, meredah dan mengharungi peperiksaan yang sangat mengharu birukan.

No comments: