Tuesday, April 28, 2009

ada apa dengan exam?

Salam. Aku rasa preparation exam paling sempoi kali ni. Mentang mentang cuma 5 papers, aku buleh lagi rileks. Saat saat akhir baru nak study. Giler aper. Padahal sok paper radiation protection. Siot.

Apa-apa pun, kalian doakan aku dan kengkawan yang lain menghadapi exam kali ni dengan mudah ya :-)

eerr. Masalah sekarang, pukul berapa dan kat mana exam pun aku tak berapa nak ingat. kih kih kih. Giler. Tak pa, sat lagi cheq pi usha jadual.

Tapi update tetap akan update. Kalau ada cerita best lah. Kalau takat nak citer aku lunch apa, dinner apa, pakai apa pegi exam, aku tak update lah kut. kih kih kih.

Monday, April 20, 2009

bila exam datang menjelma

Salam suma.

Kejap jer dah masuk bulan 5. Rasa macam baru semalam masuk semester 2. Beberapa minggu lagi dah nak masuk semester 3. Lagi 3 semester, abes dah belajar.

Aku tak suka exam. Sapa yang suka exam? Memang tekanan betol. Dah tuh rasa macam tak jadi orang masa nih? Kalau tak jadi orang nak jadi apa? Jadi vampire. Yup. Jadi vampire. Gaya pemakanan dan corak aktiviti harian pun berubah. Ada yang just amek brunchinner (brekfes + lunch + dinner) Kebanyakkan jugak mengisi perut kesayangan dengan makan mi segera dan air kosong tanda masa makan dapat diisi dengan membaca nota. Padahal duit elaun dah start pelan-pelan nak abes. keh keh keh. Tak sihat betol gaya pemakanan.

Waktu dan tempat tido jugak turut berubah. Suma pakat-pakat borong nescafe kat kedai untuk diminum ketika study. Kononnya dapat membantu untuk taknak bagi mengantuk. Tak mengantuk lar sangat. Baca 3 tajuk terus out of service. Ada jugak yang dah abes study tapi still nak stay up jugak. haish. Kalau dulu tido dekat katil, sekarang bertilamkan tikar rotan, berbantalkan meja study dan berselimutkan nota (ko la nih ida. bukan aku yang tido kat meja study) haih. Kesaikoan dan ketaksuban pihak-pihak berkenaan study menyebabkan aku tertekan dan separa skizo di hostel.

Ada jugak pihak-pihak berkenaan yang selalu buat orang yang study last minutes stres. Especially budak-budak dekan. Kebanyakkan masa jugak budak-budak dekan dok kata, "aku banyak lagi yang tak baca. banyak lagi yang tertinggal nih. ko mesti dah banyak baca. nanti ko tolong ajar k". Sesungguhnya ayat itu ayat yang memang mintak pelempang sedas dua. Masa bila pulak aku study? Hampa toksah duk mereka cerita pulak.

Exam memang buat aku bertambah tekanan.

nota kaki : good luck untuk semua pelajar Unikl RCMP dan universiti-unversiti yang lain yang bakal menempuh, meredah dan mengharungi peperiksaan yang sangat mengharu birukan.

Sunday, April 19, 2009

next destination

Ini cerita dua hari lepas. Sila amek perhatian. DUA HARI LEPAS. Perjalanan pulang seorang perantau di negeri orang yang berpancaroba (sebab perut tengah berpancaragam lapar mintak nasik tapi cik tika bagi roti canai) sampai Cik Tika rasa nak nanges keluar bunyi huhuhu banyak kali.

Journey balik Kedah kali ini agak berpancaroba. Bukannya kena tolak bas sebab minyak bas kering kontang mahupun saya yang kena drive bas sebab driver bas sakit perut. Bukan. Kalau Cik Tika drive bas, entah sampai ke tak Butterworth. Oleh itu, jangan bayang.

Kali nih saya ambil risiko dengan beli tiket on da spot (dah bunyi macam tiket loteri) padahal memang dah taw yang ramai individu pulang ke kampung halaman lambang cuti 3 hari hoyeh hoyeh. Seperti biasa jugak saya beli tiket bas lain, kena naik bas lain. Destinasi saya ialah Butterworth tapi saya kena naik bas ke Terengganu. Huiks. Tunggu seminit. Tunggu seminit. Saya tak pegi Terengganu pun. Bas jer bas ke Terengganu tapi destinasinya tetap Butterworth. Eerr.. Paham tak? Kalau tak paham pegi baca perenggan nih sampai paham.

Kalau dah paham, meh kita ke perenggan seterusnya yang lebih sukar difahami. Hehe.

Saya tak kisah sapa-sapa pun duduk di sebelah saya. Lelaki atau perempuan. Walopun sebenarnya jauh di lubuk hati dan sanubari saya kisah. Hehe. Bas yang saya naik kali nih free seat. Again. So main redah jer duduk kat mana. Kalau taknak duduk dan nak berdiri sepanjang perjalanan pun takpe. Takde sapa nak marah. Kalau driver buat drift sampai terguling-guling atas lantai bas jangan marah. Sapa suruh taknak duduk. Haha. Dan saya expect bas tersebut ada single seat. Apakan daya. Semuanya double seat. Oh Tuhanku! Hancur punah harapan hampa frust nak nangis semua sebab tak dapat single seat! Mulalah aku buat ayat senafas kan. Haha. Tension betul dalam kepala. Berjuta-juta kali menyuarakan kekecewaan dekat Farah.

Dengan penuh keredhaan dan kepasrahan, saya duduk di double seat tersebut. Allah mencintai orang-orang yang redha dan pasrah kepadaNYA. Eh eh. Tetiba pulak. Satu demi satu orang masuk dalam bas. And guest who sit next to me? A young Malay boy. Haha huhu hihi hehe hoho. Takdak sebarang niat keji dipasang ketika dalam bas. Harap maklum. Saya perasan kehadiran dia tapi saja jer buat tak perasan. Maleh nak amek taw dia bawak beg baju saiz apa, majalah apa yang dia baca, dia makan jagung gred apa, nombor telefon berapa, ada facebook ke tak dan kalau ada buleh lah saya add dia, jalur gemilang berapa jalur. Taknak amek taw semua tu.

Mula-mula kami bertentang mata hati saya berdebar-debar (eceh. saya tipu. semua itu dusta belaka. ingat orang tersayang jauh di mata tapi dekat di hati. aik. saya ada ke? okay. takde.) Sebaik sahaja bas mula bergerak, maka bermulalah episode tak best. Betol. Seyes wa cakap sama lu. Tak best. Boy yang duduk sebelah saya nih bikin havoc da. Tak sempat lagi bas keluar dari town Ipoh dia dah tido macam takdak hari esok. Macam lepas nih dia takleh tido.

Sebenarnya saya tak kisah (walopun sebenarnya hati kecil saya kisah) kalau dia nak tido kalau Ultraman gaduh besar dengan raksasa sampai fire abes semua bangunan dekat town Ipoh pun dia tak sedar. Yang saya kisah, cara dia tido. Bukan sebab dia tido kuak lentang ker gaya tugu negara or whatever. Sila tido ingat sama kat orang sebelah. Ya Allah. Sumpah tak daya nak tahan gelak. Sakit pipi tembam saya tahan gelak (pipi tembam?) Masa tu jugaklah sayaitonirrajim datang bertalu-talu hasut hasut saya buat kerja keji.

Syaitonirrajim kata lebih kurang macam nih lar dengan bantuan nafsu yang tetiba masuk campur,

“Go Tika. Snap gambar mamat yang tido sebelah ko nih. Pastu letak dalam blog. Jangan lupa, rakam dia tido. Upload kat Youtube. Go Tika. Buat, jangan tak buat. Nanti ko menyesal sampai tak lalu makan seminggu sebab tak buat”

See. Gila punya godaan. Nasib baik iman saya kuat masa tuh. Kalau tak dah lama saya buat kerja keji lagi terkutuk tuh. Kalau tak dah lama keluar tanduk di kepala dan gigi pon bertaring macam sangat devil dah keji tak bawak mengucap.

Maybe sebab dia letih sebab penat bercucuk tanam, mengembala kambing, pergi pasar dan mengemas rumah pagi tadi. Okay. Saya memahami. Yang menyebabkan saya hampir hysteria dalam bas sebab dia tido tak ingat yang saya nih duduk sebelah dia. Dia tido dengan nyenyak sambil terlentok atas bahu saya. Ya Allah. Mahu tak tercabut jantung saya sebab terkejut. Terblushing-blushing saya sorang-sorang dalam bas. Tak taw lar orang belakang saya nampak tak dia terlentok atas bahu saya. Kalau nampak, sumpah saya malu 7 purnama I tell you. Tak taw nak sorok muka kat dalam laci, dalam tuperware kedap udara (eh tak boleh. tak cukup oksigen). Serius. Punyalah malu sampai taktaw nak letak muka kot celah mana dah. Kalau saya kura-kura, saya duduk menyorok dalam cengkerang.

Kalau terlentok sekali saya masih boleh bersabar. Sabar itu separuh daripada iman. Nih dah lebih daripada 5 kali. Wat da hell?! Ku lempang jua beliau nih. Nak lempang anak orang. Kalau anak kucing, dah lama letak dia dalam kotak pastu tinggalkan dia kat tol Changkat Jering. Nasib baik saya takdak kuasa Supersaiya, tak pun kuasa bulan Sailormoon. Kalau tak, lama dah berkecai badan, putus kepala, debushh! muahahahaha. Sejak kebelakangan nih tahap imaginasi saya tak dapat dikawal. Haha. Ingat Tuhan, ingat Tuhan.

Perjalanan 2 jam rasa macam 12 jam. Penat dan lenguh badan elak daripada dia. Dah macam nak terkeluar kot tingkap jer saya punya lah elak. Mengantuk tapi takleh nak tido. Dah lar dalam bas super duper panas. Macam kat Afrika Selatan panasnya. Tak rasa sejuk pun walopun ada aircond. Memang masa tuh saya dah nak transform jadi vampire. Dengan orang sebelah selamba yaya jer lentok atas bahu, dengan rasa bahang panas dalam bas, seat yang tak berapa nak best. Memang menguji kesabaran. Saya rasa sangat tak berbaloi bayar RM18 tapi dapat bas yang macam tiket harga RM2.50 selonggok. Sangat kecewa. Tiket bas jer cantik. Bas hampeh. Tak sabar-sabar rasa nak sampai Butterworth cepat (bawak mengucap. istigfar banyak-banyak. tak baik komplen)

Sampai jer dekat terminal bas Butterworth yang entah zaman bila maju, terus pegi JPJ Seberang Jaya renew lesen. Hoho. Sangat bangga bila tempoh percubaan dah tamat. Hoyeh hoyeh *dancing around like in da movie step up 2. omaigod. luv to see how they dance* Lepas nih bolehlah drive keta tanpa perlu rasa takut-takut berani sebab tak letak stiker P. hehe. Let’s rock and roll bebeh.

Saturday, April 18, 2009

kenapa saya suka wallpaper saya?

Sangat frust lar. Vitamin Pharmaton percuma yang dapat semalam hilang. huhu. Sangat sedih. Tak taw macam mana buleh hilang. Kalau beli kat kedai, harga vitamin tu boleh menyebabkan kewangan berada dalam bahaya. Penat jawab survey yang penuh dengan kejujuran untuk dapatkan vitamin nih. Tetiba pulak hilang. aiseh. Enough dengan meratapi kehilangan vitamin percuma. Move to da main point.

Encek Amir dengan sukacita dan gumbira telah mengetag saya. First time beliau tag saya. Kena buat nih. Ada story dan modal nak citer kat anak cucu dan simpan dalam diari hidup pasal first tag yang encek Amir bagi. hehe. Tapi agak taf soklan yang diberikan.

1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang

Kalau nak kutuk, sila kutuk dalam hati. Kalau nak gelak keji, sila gelak dalam hati.

2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh.

haha. Laptop saya takdak wallpaper. Takdak gambar sapa-sapa mahupun apa-apa. Bila tengok banyak kali, rasa nak gelak pun ada. Camne nih nak jawab "soklan kenapa anda suka wallpaper anda?" sedangkan saya tak letak wallpaper. Saya suka sebab simple and nice. tak memeningkan kepala saya tengok (padahal bukannya tengok wallpaper pun masa buat keja)

3) tag 10 people.

Ramainya orang yang nak kena tag. Seperti biasa, saya tag semua yang ada di senarai blog saya :)

Penah jugak dulu-dulu masa zaman hormon remaja tengah rancak bergelora letak macam-macam jenis wallpaper. Macam-macam gambar. Tapi bila umo pun dah makin meningkat (eceh) dah tak berminat nak letak sebarang gambar sebagai wallpaper. Bukan setakat laptop, handphone saya pun takdak wallpaper. Penyakit tak suka letak wallpaper dah bermula dari zaman sekolah menengah rendah.

Slideshow presentation saya plain tanpa sebarang wallpaper gambar anime atau animated pictures. Slideshow mesti nak berbackgroundkan yang paling simple but nice. Begitu jugak dengan kerja khusus atau nama glemer masa zaman sekolah dulu, folio. Kawan-kawan saya sibuk dengan cover kulit folio yang warna-warni dengan glitter lip lap lip lap sana sini. Kalau tulisan tu kalau tak bersimpul macam cacing kepanasan memang tak sah. Folio saya paling plain. Ada jugak cover kulit saya pguna kertas bergambar tapi tak semeriah folio kawan-kawan saya.

Semasa saya di tingkatan 3, seorang kawan baik saya penah membuat satu statement,

Tikah, aku tengok folio hang nih macam takdak ati dan perasaan ja. Takdak kaler yang meriah. Macam paper orang yang dah keja kat pejabat ja.

Dah masuk alam universiti pun tetap macam tu jugak. Slideshow presentation tetap tidak berbackgroundkan wallpaper yang macam-macam design. Assignment pun warna ala kodar dengan tulisan yang gila punya skema tanpa tulisan simpul sana sini. Nota yang plain. Takdak kaler lain selain daripada merah, biru dan hitam. Ada peningkatan dengan daripada semester lepas. Tulisan nota kaler hitam sahaja. Mindmap pun simple gila. Kalau vampire tengok pun tekanan. Mindmap orang lain warna warni. Ada gambar awan, matahari, bintang, anak panah, anak tekak, anak kucing, anak kunci dan lain-lain. Mindmap saya takdak semua tuh. Kalau orang nak baca pun takdak nafsu nak baca. Baru tengok dah rasa tekanan. haha.

Setiap orang ada cara tersendiri. Cara tersebut jugak melambangkan identiti seseorang. Trademark sendiri. Macam nota jugaklah. Walopun vampire tengok nota atau mindmap saya buleh tekanan sebab terlalu plain macam orang tak cukup darah dan vitamin C, saya yang nak baca. Bukannya vampire nak baca. hehe.

Thursday, April 16, 2009

anda mahu ke mana?

(catatan tertangguh seorang pesakit tangan yang tercalar sebab terlanggar singki kat dapur. adeh)

Salam.

Lokasi : Terminal Bas Ekpres Medan Gopeng, Ipoh.

Tarikh kejadian : 28 Mac 2009

Waktu : 1427 waktu Kenya

Kepala dah merry go round balik. Badan weak macam takdak bateri. Banyak penat. Hari ni pegi terminal bas ekspres Medan Gopeng untuk melangsaikan hutang assignment Bahasa Inggeris. Kami dikehendaki untuk menemu ramah penumpang bas ekspres tentang perkhidmatan bas. Perasaannya sangat mengujakan. isk isk isk. Susah untuk diterjemahkan dalam kata-kata. Hanya air mata yang boleh menyatakan segalanya (eceh)

Semata-mata nak pegi medan Gopeng, aku sanggup bangun awal, on alarm jam pukul 6 pagi padahal nak pegi pukul 11 pagi (selalunya hujung minggu aku guna alarm semula jadi. kelemahan guna alarm semula jadi, potensi untuk terlajak tido dan terlepas subuh adalah sangat tinggi) Aku sanggup mandi awal dengan air yang sejuk macam tengah ada winter kat Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Aku sanggup postpone basuh baju stok terkumpul. See. Begitu besar pengorbanan aku demi tanggungjawab aku sebagai seorang student. Oleh itu, admirelah aku sebagai pelajar contoh. hahaha. Okay. Confirm. Lepas nih aku kena fire. haha.

Ramai yang pegi minggu ni. Group aku, Farah, Akma ngan Kak Imah. Maka kami pon dengan semasa, berkobar-kobar seperti jalur gemilang yang berkibar menginterview penumpang bas. Pegi medan Gopeng sedikit sebanyak menuji ketahanan air mata, minda dan iman aku. aik. Air mata? Apa kaitan air mata dengan Medan Gopeng? Cannot tahan lar tengok kaunter tiket bas especially ada tulis destinasi ke Kulim atau Butterworth. Rindukan Mak, Abah dan adik (ceh. hang nih kalau tak cari gaduh ngan akak buleh tak bila tiap-tiap kali akak balik? haish) Kalau diikutkan nafsu dan godaan syaitonnirrajim, dah lama aku borong suma tiket ke Butterworth sebagai tanda kekecewaan tak dapat balik Kedah. Nasib bek iman steady lagi.

Iman aku agak sedikit goyang tengok kaunter bas Era Mesra. So far, bas nih memuaskan dan comfortable. Bagi aku lar. See. Macam mana iman aku tak goyang. Tertera terang tang tang destinasi ke Butterworth dan Kulim. haish. Sabar jelar. Bawak istigfar dan mengucap Tika. Ingat Tuhan. Ingat Allah.

Banyak jugak syarikat bas ekress yang ada. But in the end, dua company yang bertuah menjadi pilihan setelah mereka berjaya mengusik dan mencuri hati serta perhatian kami. Eceh. Bas Era Mesra dan Maraliner.

aiseh. Apa pasal aku posing camnih? Mengapa? Mengapa?Rasa nak lempang skrin laptop lambang tak percaya aku berposing sedemikian rupa. Jap. Nak nanges kuar air mata sama banyak dengan air Sungai Perak lambang tak caya. T_____________T Encek di sebelah aku banyak membantu dalam misi mencari mangsa untuk dijadikan korban bagi assignment kami. hahaha. Dah macam vampire jer ayat tadi aku baca. Nak Edward Cullen! Nak Edward Cullen! Edward, sila keluar sekarang dari misi Cik Tika sebelom dia histeria dan angau tengok anda.

Amenda ayat aku neh? Okay, move move!

Sesungguhnya bukan mudah nak menjayakan misi yang menguji kesabaran, ketahanan kaki untuk berdiri selama beberapa jam serta ketebalan muka menginterview penumpang. Sungguh. Cheq tak muhong. Ketaq lutut nak pi interview depa semua tuh. Tak masuk lagi dengan rasa lapar dan panas kat stesen bas.

Ingatkan sesampainya kami di sana, ada ramai orang. Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan turun di tengah hari. Tak ramai orang. Bilangannya tak lebih daripada bilangan jari kaki dan tangan. Suasana pun agak sunyi. Kalau ada orang kentut pelan-pelan pun boleh dengar dan detect sapa orang tersebut (perumpamaan sahaja) Tak masuk lagi dengan efek bunyi cengkerik (okay. tak betol) Tapi semua tuh tak mengapa. Kami masih lagi bersemangat nak melaksanakan tugasan.

Dengan menebalkan muka serta diiringi oleh rasa cuak, kami menginterview seorang demi seorang penumpang bas di stesen bas di mana mereka masih lagi tabah walopun dah rasa kebas kaki menunggu bas yang tak kunjung tiba serta berdoa agar bas tersebut tidak terbabas di mana-mana kerana Pak Abas tak drive bas pada hari berkenaan. Jawapan yang diterima, hampa. Butterworth tak termasuk dalam senarai destinasi pilihan. Hancur hatiku.. mengenang dikau.. menjadi keping-keping...

Apalagi, kami pun menangis tersedu-sedulah. Teriak keluar air mata darah semua. Terus pengsan di tempat kejadian sampai bas ekpres dan masyarakat awam jadi saksi kekecewaan kami. ceh. Hiperbola betol. Takdak lar menangis teruk macam tu sampai bomba kena masuk campur tenangkan kami. Tapi rasa nak menangis tu ada lah. Frust weih.

Berkat ketekunan dan kesabaran yang begitu tinggi, akhirnya jumpa jugak penumpang yang nak pegi Butterworth walopun jumlahnya, alahai. Alar kodar jer. Cik Tika sabar lagi walopun dah start nak jadi vampire masa tuh. Sabar separuh daripada iman. Separuh lagi? No komen. hehe. Selepas dirisik, bas Era Mesra terawal ke Butterworth adalah pada pukul 1.30 petang. aiyak. Tengok jam. owh. Tahniah. Sekarang baru pukul 12.30 tengah hari. Kena tunggu lagi 1 jam.

See. Macam mana aku tak histeria kat Medan Gopeng masa tuh. Kami masa tuh nak isi masa yang terluang dengan cuci mata tengok awek cun atau jejaka segak bergaya gagah perkasa pun dah takdak mood. Dalam cerebellum, pituitary gland serta pit fossa kami ketika tu nak cepat abeskan keja secepat yang mungkin. Masing-masing dah letih dan lapar. Dengan tudung dan muka yang dah tak macam orang. Macam beruang kat kutub utara. Dicampur pulak dengan hormon tak stabil. Tengok tiket bas rasa nak koyak tiket bas. Tengok bas ekpres rasa nak pancitkan tayar bas. Tengok semut melintas jalan pun rasa nak jentik semut yang giler punya kecik. Kalau aku tak angkat dia pegi letak kat seberang jalan confirm penyek macam tempeyek kena pijak dengan budak PLKN yang balik kampung (pekebenda yang hang merapu nih? pekebenda?)

After an hour and half, selesai sudah tugasan di medan Gopeng. Alhamdulillah. Semua penumpang bagi kerjasama dan respon yang baik. Takdak yang nak marah-marah, mintak nombor telefon ke, email ke, facebook ke. Sekarang ada misi lain yang sangat penting. Pegi memancing ikan di Laut Cina Selatan. Gilo hang nak pi sana tengah hari ghembang nih? haha. Tugasan tetap dibuat tapi janganlah sampai mengabaikan perut sendiri. Perut tetap kena isi. Tanpa perut hidup kita tak bermakna. eceh.

Cubalah bayang. Dari pagi tak makan apa-apa. Mau tak kebulur tengah hari. Punyalah lapar sampai tengok signboard kaunter tiket bas pun aku rasa nak telan. Nampak macam biskut. Rasa nak cicah dengan air kopi atau Milo panas ke. aik. Kata nak jadi vampire? Vampire makan biskut ke? Nih vampire version kebulur. Semua makanan yang boleh dimakan dia makan. Kalau bagi buah durian gred A pun dia rembat jugak. Vampire kan bershabat baik dengan kelawar. Sangat tak rock and roll kalau vampire tak makan buah. haha.

Sebelum berpisah silalah cuci mata dengan gambar-gambar di Medan Gopeng.

Wednesday, April 15, 2009

kenyang

Salam.

bbbrrrppp. Alhamdulillah. Kenyang. Baru lepas makan pizza dekat town Ipoh yang berdekatan dengan Waller Court (seram seram) Perut pun tengah kenyang sampai rasa macam dah sama saiz dengan belon percuma yang aku rembat dekat Jusco Ipoh seatu ketika dahulu. hehe. By da way, meh nak jawab sekali lagi tag Cik Aiman yang baru sahaja menyambut hari tuanya pada 11 April. hehe. Jangan marah.

Mood ketika menjawab tag ini : rasa normal yang diiringi oleh bau bunga ros putih 12 kuntum. Bukan Cik Tika punya. Bukan. hehe.

Name the person you hate.
Pekdahnya tanya soklan nih? Takdak pun. Sungguh. Cheq tak muhong. Jangan cari pasal dengan aku. Kalau cari pasal jugak, nama anda akan terpahat di ruangan jawapan nih. Harap maklum.

Name the person you love.
Ramai. Family and friends. Tidak ketinggalan, Encek Robert Pattison a.k.a Edward Cullen a.k.a Mr Vampire.

Name the person that annoys you.
Maleh nak bagitaw.

Name the person that you talked to today.
Kak Lin sebelum beliau lapor diri dan out of service di pangkalan stesen angkasa. hehe.

Name your best friend(s)
Ramai weih.

Name the person last to text you.
Mr Macho (bukan nama sebenar) haha.

Name the person to last call you.
Mak. Tanya bila nak balik renew lesen.

Name the person you'd travel with.
Kak Lin, Ida, Farah ngan Akma.

Name the person who you think hates you.
anybody?? come forward please.. *evil grin*

Name the person who you think loves you.
haha. anybody? again. come forward please.

Name the person that first come's to mind right now.
Rihanna sebab masa jawab soklan nih tengah dengar lagu payung.

Name the person who hugged you last.
eerr. Tak ingat lar. Nanti kalau dah ingat aku bagitaw lain.

Name the person who you last had a get-together with.
Kak Lin, Ida, Farah ngan Akma. Kami pi makan pizza dengan gumbiranya.

Name the person who last made you laugh.
I laugh a lot and never count them. Again. Kak Lin, Ida, Farah dan Akma.

Name the person who you last sang with.
Farah. Nyanyi lagu Love Story kuat-kuat dalam keta. he knelt to the ground and pull out a ring and say marry me juliet, you never had to be alone, I love you ... hahaha. (abes lar aku kena fire pasnih kalau dia terbaca entry aku kali nih)

Name the person you did a bad deed with.
Siapakah gerangan insan tersebut? Jap jap. Nak recall balik.

Name the person you forgave last.
nobody I can recall

Name the person you said sorry to.
hhmm ... Tak leh nak recall. Apa pasal makin menjadi-jadi amnesia aku nih. haih.

Name the person you wish you still knew.
I dunno. seriously.

Name the person you last sent an email to.
Takdak pun. Kami guna gigi biru.

Name a person in your family.
Rose Ashiah.

Name a person you secretly thinks is an alien.
Ida! Dia mai dari planet Pluto. haha. (okay. pasni aku rasa macam kena angkut tilam bantal selimut suma tido kat luar jer)

Name a person that can always predict you.
Kak Lin :)

Name a person that you think could be there when you need them.
Kak Lin :)

Name the person you think is being an ass.
Maleh nak bagitaw. Dan maleh nak pikir.

rest kejap. penat jawab. nak pi menyahut seruan alam semula jadi sat. okay. sambung balik.

Name the person that makes you feel dumb.
Rasa takdak kot.

Name the person you could trust with all of your secrets.
haha. yours truely.

Name the person you do crazy things with.
Friends. Contohnya shopping kasut kat Vincci sepasang seminggu macam tak bawak mengucap.

Name the person who makes you want to slap them accross the face.
I wonder who ...

Name the person you want to see right now.
Mak, Abah dan adik.

Name the person that you want to hug right now.
Mak. huhuhu. Rindu Mak to infinity T______T

Name the person you want to kiss right now.
Catherina, my niece. haiyoh. Cannot tahan tengok pipi dia yang tembam tuh. Siap lar dia bila Aunty Tika dia datang.

Name the person you wish to die right now.
Takdak sapa pun.

Name the person you wish to scream to.
Nih pun takdak jugak. Kalau ada pun belum tentu aku nak bagitaw.

Name the person(s) you think understands you best.
Me, myself and I. ahakz.

Name the person that always judges you.
anyone?

Name the person that frightens you.
Pengetua skolah. Gilo lar. Semalam mimpi dia. Terus bangun untuk solat Subuh dan tak jadi tido balik. huhu.

Name the person that first comes to mind when you think of the word "Randomness"
Ida. haih. Aku men letak jer nama hang.

Name the person that comes to mind when you think of the word "Evil"
Ida lagi. Kalau dia buat muka evil dan keji memang menjadi tapi still tak buleh lawan muka dan senyuman keji dan evil yang aku buat. haha.

Name the person that makes you feel awkward sometimes.
eerr ... Hanif, classmate kat RCMP. haahh. Kan dah start blushing nih. haha. Main letak jer nama sapa-sapa yang trlintas di fikiran. nak buat macam mana. Dah nama pun terlintas. Bukannya sengaja lintas. kehkehkeh.

Name the person you think is a lie.
Farah dan Akma. Dorang kalau bab goreng ayat memang nombor satu. Tak masuk lagi buat skrip samarinda dengan telenovela. Tekanan aku dengar.

Name the person you envy.
Ntah lar.

Name the person you always injure in some way.
Farah. Aku selalu terpijak kaki dia. haih. Maapkan daku. Maapkan dinda kanda ... Maapkan dinda ... haha.

Name the person to tag!
Semua yang berada di senarai blog aku. Buat. Jangan tak buat. Kalau tak buat, menyesal 4 bulan dan akan mengalami gejala mandi tak basah, tido tak lena, makan jer kenyang. aik. :P

Saturday, April 11, 2009

just another number

Selamat hari lahir yang ke-19 diucapkan untuk Nurul Aiman binti Jafre. Maka berubah lagi nombor usia hang weih. Hang dah tua daripada aku. haha. Memandangkan tahun lepas takdak spesel entry pasal besday Aiman, tahun kena ada.

Semoga panjang umo,
Murah rezeki,
Hidup sentiasa diberkati,
Berjaya dunia dan akhirat,
Dapat jodoh baik-baik,
Semoga sentiasa berada dilembayung rahmat dan kasih Yang Maha Esa.

pesanan kasih sayang : selalu lar bagi tag kat aku. aku dah kering idea nih nak merapu. T__________T

Wednesday, April 01, 2009

aktiviti pengidap sakit kaki.

Sakit. Pedih. Ni kasut high heel Vincci 2 inci punya pasal lar. Jari kelingking kaki dah melecet teruk. Pegi Guardian cari plaster untuk kasut tapi tak jumpa. Dah cukup tinggi tapi still nak pakai high heel. alar. 2 inci jer pun. Model Victoria's Secrets pakai kasut high heel 5 inci steady lagi. Model-model Victoria's Secret memang semula jadi tinggi (kalau aku berdiri sebelah Gisele, aku nih sama level dengan ketiak dia agaknya) pakai lagi high heel. Dengan kaki yang panjang dan cantik. aduhai. Okay enough dengan citer pasal kaki. Proceed dengan tag Aiman.

Dah lama tak buat tag. Oleh itu, meh kita tengok amenda lar jenis tag yang Aiman bagi. Macam besa lar. soklan dalam Bahasa Inggeris. aku jawab dalam Bahasa Melayu. Senang sikit nak goreng ayat. hehe. Soklannya :

1.Are you wearing a necklace?
Sudah semestinya walopun sebenarnya tak suka pakai rantai.

2.Does your computer have a mouse?
Mestilar. Bukan takat tikus, platipus, kucing siam dengan itik pulang petang pun ada.

3.Who is the main person you talk to in each of your classes?
Ida. Bukan setakat dalam kelas, dari saat celik mata bangun tido sampai nak tido balik. Ekceli, cakap dengan semua orang dalam kelas tapi agak kurang bercakap dengan classmate lelaki. Dari zaman skolah sampai ke alam universiti.

4. Do you like school?
Of course. Sangat suka dan rindu dengan skolah dan semua tentang skolah. Rindu nak buat keja skolah. hahaha. eerr. Abang Man, air sirap satu. macam besa. (eh. tiba-tiba pulak)

5.What color is your shirt?
warna Jalur Gemilang. hehe. Macam-macam kaler ada. Pening aku kaler warna-warni baju aku.

6.How many bedrooms/bathrooms do you have in your house?
bedroom 3. bathroom 2.

7.What song are you listening to?
The Beatles -Oh carol. Fall in luv wit dat song rite now.

8.What was the last mall you've been to?
Jusco Ipoh (ces) bershopping secara berleluasa sampai buleh jatuh bankrap kalau tak dikawal. haha.

9.Are you alone?- rite now?
yes. Ida buat apa ntah dalam bilik. kak Lin dengan kak Tipah tak balik lagi.

10. Do you have any older siblings?
no. I wish I have one.

11.What is the last thing you ate?
Nasik ayam. Makan sambil menangis dan nyanyi lagu sedih dalam hati sebab tahan pedih jari kaki melecet.

12.Who was the last person to come over to your house (room) ?
Akma dan Farah. Kami saling berkunjung. Ukhwah. hehe.

13.Who was the last person to call you?
Farah bagitaw van dah sampai. Fakta : salah satu keburukan high heel adalah anda tak dapat berlari apabila keadaan memaksa anda untuk berlari. Contohnya ketika sedang bergegas dari memborong barangan keperluan rumah di pasaraya untuk pulang semula ke kolej kerana van dah sampai.

14.Who was the last person who texted you?
Ida. Jugak inginn memberi bahawa van dah sampai. Ikutkan hati nak aje aku tanggalkan kasut high heel nih. Pastu berlari pegi dekat van. See.

15.What time is it?
4.43 petang.

16.What should you be doing?
Pegi mandi, buat slideshow presentation Bahasa Inggeris, buat assignment Anatomy, siapkan mindmap Radiation Physics, basuh baju, iron baju, kemas meja tulis di mana kalau vampire tengok pun naik segan sebab terlalu "cantik".

17.Who is the last person you met?
Sapa ek? Rasanya takdak orang terakhir.

18.Did you go out to eat yesterday?
Yes. KFC Jusco Ipoh (haih. jusco ipoh lagi. takdak tempat lain ke nak pegi?)

19.What are you thinking about right now?
Perform every semester. Mumtaz mumtaz. Amiin. :)

20.What color are your pants?
Most of them are black and blue.

21.What color is your keyboard?
Warna yang ada kat dalam kotak pensel warna LUNA.

22.What do you feel like eating / drinking?
Cendol pulut. Nak cendol pulut. Want it damn so much. Tak dapat cendol pulut, coklat Ferrero Roche atau coklat yang lain takpe jugak. eerr. Harini lupa makan coklat.

23.Are you in college?
Yup. Fakta : kolej saya sangat comel. Betol. Tak tipu. Dalam sehari, korang buleh nampak orang yang sama 20 kali.

24.What is the last word you wrote?
Korang carik lar sendiri perkataan terakhir yang aku taip pada ayat terakhir dalam perenggan terakhir.

25.Are you bored?
Kinda bored. Nak mesej bertanya khabar serta mengeratkan ukhwah. Tapi taktaw nak anta mesej kat sapa.

26.How many teeth do you have?
wahaha. Nak kena bagitaw sekali tak gigi susu zaman budak-budak dulu?

28. Do you wear glasses?
- sunglasses?? wahaha.Sudah semestinya.

29.Who do you love?
semua orang yang rapat dengan aku.

30.What are you doing right now?
typing larr!! soklan gila panjang Aiman oit!! tak cukup mencabar dan kontroversi. kahkahkah.

31.Are you afraid of the dark?
Not really. Best tido dalam gelap. hehe

32. Do you like someone right now?
Mestilah. Seseorang yang membuat aku rasa senang bila bersamanya.

33.Are you a forgiving person?
Ia mengambil masa untuk memaafkan seseorang. Tapi aku tetap akan maafkan insan tersebut.

34.Anything weird happened today?
Buang tabiat. Pakai kasut high heel. titik.

35.Who you want to tag??
semua insan terpilih yang tersenarai di blog aku. Nampak jer nama blog korang tuh, cepat-cepat lar pegi buat tag nih.