Monday, March 02, 2009

selamat ulang tahun sayang

Salam. Dalam keadaan separa sedar, baru aku teringat. Dah setahun dah aku memiliki sebuah blog nan indah lagi permai dan mendamaikan serta penuh dengan informasi dan gosip-gosip panas (atau justin timberlake kata; hot). keh keh keh. Memang betol macam apa yang orang kata, masa berlalu dengan pantas. Macam-macam menda yang kita buat sampai tak sedar masa pun telah berlalu (ulang taip ayat yang sama dan buat ayat pusing merry go round lambang tak de modal nak goreng ayat).

Minum sirap depan kolej sambil tunggu bas pak Mail, buat assignment last minute, usha orang (tika, sila mengucap dan istigfar), pegi pasar malam, makan nasik goreng ayam tiap-tiap hari, tengok movie kat Jusco Ipoh (ces) dan lain-lain. Tanpa disedari, masa telah berlalu dengan pantas (sekali lagi, tak de modal nak goreng ayat T_____T nasik goreng ayam ada lar)

Terima kasih kepada semua yang membaca catatan bulanan seorang insan yang kini berada di perantauan yang jauh beribu batu kampung halaman di mana mengambil masa selama dua jam untuk selamat tiba di rumah sekiranya tiada berlaku sebarang kesesakan lalu lintas di lebuh raya (peringatan: sila berenti sebentar membaca sekiranya anda semput ketika membaca ayat kajang pak malau ini atau disyaki bakal semput. dah okay baru sambung baca balik)sebarang kesemputan adalah tanggungjawab anda sendiri. harap maklum ) atau nahas jalan raya di mana ia akan memanjangkan lagi masa perjalanan yang hanya mengambil masa satu jam setengah sekiranya anda memandu dengan kelajuan yang sangat membanggakan tetapi haruslah ingat bahawa kelajuan membunuh.

Kesimpulannya, cintailah sungai kita. Semakin hari semakin sayang. ceh. Ayat tak de modal lagi.

eerr ... Mr Bloggie, selamat ulang tahun yang pertama sayang. Love you *blushing*

No comments: