Tuesday, March 03, 2009

letak jelar apa yang boleh...

Assalamualaikum... (tak jawab dosa)

Baru jer lepas jadi arkitek tak bertauliah. Melukis pelan kawasan untuk adik. huhh. Padahal assignment tak siap lagi. Nasib baik tu adik aku. Kiranya berkorban jugaklah demi adik (ya Allah. baiknya tolong adik buat homework. kakak sapa lar nih)

Nota-nota dan kertas assignment nampak begitu indah dan harmoni menghiasi tilam aku. Macam sebuah longgokan pulau yg mengharu-birukan pikiran. waaaa. Tak tengok lagi kat meja tulis aku (jangan tengok. nanti mimpi ngeri) Gambar kat atas tu ialah gambar terkawal yang dah aku reduce situasi tongkang pecahnya. ngeh ngeh ngeh. Ekceli aku asingkan sikit nota Behaviour Science sebab terlalu banyak. Lagi banyak daripada nota anatomi, pathology, fizik dan radiation protection. Nisbah 1:20. Betol. Aku tak tipu. Kalau timbang mau buleh terpelanting spring penimbang. Berat. hehe. Bukan kertas tapi berat dengan ilmu (dah tu awat yang hang nak pi juai?)

Itulah assignment yang telah berjaya menunggang terbalikkan hidup student radiografi. See. Walopun due datenya buleh dikatakan jauh lagi tapi keja nak buat tuh macam esok kena anta. Sangat mencengkam jiwa. Sampai sekarang aku blur macam mana nak buat. Baru translate isi dan taip isi. Akma dah siap buat pun. Tinggal nak taip. Fuuhh. Meh lar gigi biru sikit apa yang dah siap tuh kat aku :P

Lepas cuti mid sem ada dua test. Radiation Protection dan Behaviour science. Nota dua-dua subjek tu tak sentuh langsung. Gilo punya kamikaze.

Oleh itu, aku akan berpuasa online sehingga abes cuti mid sem walopun sebenornya sangat perit dan menderitanya aku tak dapat online. Kalau lepas nih terserempak dengan aku kat pasaraya The store tengah beli gula. Jangan terkejut sampai dapat heart attack mahupun terlibat dengan games counter attack. Tak pun histeria sampai pengsan di tempat kejadian. Mungkin masa itu aku menjadi bertambah kurus. Mungkin bertambah sihat tahap king size. Tak pun aku kan menjadi solid molid macam Beyonce (amin amin) Ini semua kerana berpuasa online.

Nak pegi sambung buat assignment.

By then. Adious.

2 comments:

idham said...

wa'alaikumusalam
kalau puasa online banyak yang rindu cik...
salam kenal dari blogger indonesia

cik tika said...

rindu?
hehehe *blushing*