Friday, March 13, 2009

last time

Assalamualaikum.

Hari nih 13 Mac. Eh. Dah setahun berlalu. Sekejap gila sampai tak rasa pun setahun berlalu result SPM batch 03/07 kuar (junior aku berapa orang lar yang dapat stret A)

Setahun lebih jugaklah zaman persekolahan. Gila r. Teringat balik zaman-zaman sekolah dulu. Macam-macam menda gila buat. Besa lar. Remaja memang sukakan aktiviti yang mencabar dan berani mencuba sesuatu yang baru (eleh. berani lar sangat. nampak pengetua terus lari lintang pukang) Banyak kenangan masa sekolah.

Dengan study ala kodar, main-main masa study, tak buat homework, ponteng kelas (ponteng kelas jer pun. bukannya ponteng sekolah) buat jahat, kacau ketenteraman awam, usha senior ensem (bawak mengucap tika, bawak mengucap), ponteng latihan umah sukan, berenti beli air sirap masa merentas desa, join Pandu Puteri (akan ku kenang dikau dalam lipatan memoriku), dengan selamba makan dalam kelas walopun dah kena warning dengan ketua pengawas, koop, lepak dalam kelas, tandas bangunan pentadbiran, cermin toilet yang dah retak, cikgu, meja tulis aku yang selalu senget sebelah, kerusi, baju pengawas aku, baju sukan Smart Badlishan, name tag yang dah lembik sebab selalu sangat berenang dalam washing machine, peraturan sekolah yang skema, parking motor, bilik muzik, buku add math ngan kimia (alergi) aku, kalkulator, jamuan akhir tahun kelas dan yang paling penting; KAWAN-KAWAN

Pergh. Zaman sekolah memang paling manis dan paling susah nak lupa. Kemanisannya hanya terasa bila kita dah tinggalkan sekolah dan masuk U. Gula 14 kampit pun tak buleh lawan manis zaman sekolah. Bukan U tak best tapi tak sama dan seindah zaman sekolah. Sampai sekarang aku rindu sekolah aku walopun dah lama tinggalkan zaman tuh.

Dah setahun lebih kita tinggal sekolah. Dah tua dah pun kita nih. Sekarang nih suma dah berterabur kat muka bumi ni. Dengan yang ada kat UNIKL (ehem ehem), KPM, matrik, matrik UM, asasi UIA, MMU, UTP, UNITEN, KUIM, kolej-kolej swasta, akademi laut (ehem ehem ehem), yang buat A level, yang Mesir, Perancis ngan Amerika, dengan yang study kat Ipoh (ces) dan tempat-tempat lain lar ngan macam-macam bidang korang amek. Jangan lar kita lupa jasa guru-guru yang banyak mengajar kita sampai kita berjaya ke tahap nih. Walopun kita selalu kena denda lari pusing padang 3 kali sebab selalu tak pegi latihan umah sukan atau kena kejar dengan cikgu sebab tido kat asrama masa prep, guru-guru buat suma tuh adalah untuk kebaikan kita.

SMART BADLISHAN :)

2 comments:

idham said...

study time is veri nice story...
keep learn...
and be a good student

cik tika said...

okay.
but i'm kinda a naughty student. :P