Monday, May 11, 2009

English Week

Salam. Kebanyakkan entry bulan Mei kali ini bercirikan entry basi tunggu masa nak reput di mana orang lain dah hapdet berabad yang lalu tapi cik tika baru nak hapdet lambang sibuk dengan urusan harian sebagai student dan maleh nak on laptop sebab maleh.

Lokasi : Unikl RCMP
Tarikh kejadian : 25 Mac 2009 hingga 27 Mac 2009
Waktu : 24 jam sehari semalam. Pastu korang kira lar sendiri berapa jam tuk 3 hari.

Bersempena dengan kempen Earth Hour yang disambut oleh seluruh masyarakat di Bumi (alien takleh sambut. haha) kolej saya jugak tak ketinggalan menggunakan tema Go Green untuk English Week. I wonder kelip-kelip sambut tak Earth Hour? Turn off cahaya yang dorang hasilkan. hehe.

Semasa saya di tingkatan 4, sekolah saya pernah terlibat dengan satu kempen iaitu Save Energy di mana penggunaan tenaga elektrik digunakan seminimum yang mungkin. Kesannya, bil letrik dapat dikurangkan dan penggunaan aircond diminimumkan di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Contonya bilik Multimedia dan bilik Bahasa, Sains dan Matematik (gilo kalau tak pasang aircond dalam bilik multimedia. sauna percuma babe. cukuplah dengan sauna dalam kelas sendiri) Di kolej saya pula, aktiviti Reuse, Recycle, Reduce rancak dijalankan. Nak selamatkan Bumi lar katakan.

eerr. Saya sangat suka dengan design Bumi dalam banner tersebut. Sangat comel. Rasa macam nak amek bawak balik hostel buat langsir tingkap. Okay. Ada potensi nak lari topik. Move to da story.

eh kejap Cik Tika. Kata English Week. Kenapa tak buat entry in full English?

Saya nak buat tapi saya taknak menimbulkan sebarang masalah. Mungkin ada yang membaca entry saya akan muntah darah, demam kura-kura dan sakit pinggang. Puncanya? Grammar Bahasa Inggeris yang sangat mantap sampai kalau anda semua baca boleh tumpas pengsan dan jatuh cinta di tempat kejadian. Terlalu indah perkataan dan bahasa yang saya guna. haha. Lagipun, bukankah saya pencinta Bahasa Melayu? Entah bila Dewan Bahasa dan Pustaka nak sedar bahawa saya seorang kipas susah mati (die hard fan) Bahasa Melayu sampai buat entry dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, admirelah saya. (bukan admire perkataan inggeris ker?) Takpe. Abaikan dan kita terus kepada perenggan yang seterusnya.

Pelbagai aktivti diadakan (ceh. macam ayat karangan budak sekolah). Sepanjang English Week, telah ramai superhero telah dilahirkan. Superhero? Macam mana tuh? Bukan sebab mereka telah membantu seorang nenek melintas jalan. Bukan sebab mereka menyelamatkan kucing yang terkandas di atas pokok. Bukan bukan. Mereka telah membantu menyelamatkan Bumi dengan mengguna semula bahan-bahan terbuang. hhmm. Bagaimana pula dengan dengan lampin bayi pakai buang? okay. Itu kes lain.

Ada jugak beberapa booth yang dibukak. Salah satu daripadanya adalah booth makanan Thai.

Booth ini dikendalikan oleh pelajar jurusan jururawat dari Thailand. Kalau dah nama pun booth makanan, mestilah jual makanan. Takkan jual tayar basikal atau pasu bunga. Salah satu makanan popular di booth tersebut adalah Somtam. Kenapa saya sebut Somtam sahaja? Sebab itu jer makanan yang saya taw yang dijual di booth ini. Makanan lain saya taktaw sebab saya tak pegi pun booth nih. hehe. Entah mengapa seperti tiada seru untuk singgah sebentar walopun sekadar amek bau di booth ini. Mungkin kerana ada booth lain yang menjual barangan yang lebih menggugat iman dan nafsu makan. Mungkin jugak orang yang menjual barangan tersebut sangat menarik sehingga saya pun tertarik ke sana. haha. eerr. Teh tarik tidak dijual. Harap maklum.

Booth kegemaran saya adalah booth yang menjual pen cap ayam dengan harga murah. Murah! Murah! Dua ringgit setengah selonggok! Dua ringgit setengah selonggok! Dakwat pen tidak akan abes walopun sudah dua tahun sebab tak guna langsung! Murah! Murah! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki pen cap ayam istimewa ini!

Okay. Sebenarnya tidak ada booth yang menjual pen cap ayam. hehe. Tapi tapi tapi. Ada booth yang menjual eskrem. Pelbagai jenis eskrem yang dijual. Ada empat jenis dan bentuk. Pelbagai kan? Lebih daripada satu jenis. hehe.

Mari makan eskrem! *bunyi loceng eskrem*
Mari makan eskrem! *bunyi loceng eskrem*
Eskrem yang sedap dan pelbagai rasa!
Mari beli mari beli! Murah murah!
Cuma seringgit sahaja untuk setiap satu!
Murah murah!
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakkan eskrem.
Kami sudah merasainya.
Anda bila lagi?

:)
Sekian terima kasih.
Iklan tidak dibayar oleh pihak kolej. Ikhlas untuk berkongsi kenikmatan dan kelazatan ekrem bersama anda semua.
Semoga terhibur.
p/s Ini bukan iklan racun serangga. Lipas, jangan masuk campur.

................................

Cukup terhibur dengan iklan tidak berbayar tersebut. Kita beralih pula dengan aktiviti yang diadakan sepanjang English Week. Aktivti wajib; bahas (bold, underline dan kaler merah melambangkan betapa pentingnya aktivti tersebut). Dan sudah semestinya tiada insan lain yang akan menyertainya kalau bukan Cik Farah kesayangan pelajar Radiografi tanpa mengira senior atau junior. Beliau berganding bahu dengan rakan-rakan yang lain iaitu Zainal, Hamzi, Rachel, Syikin dan Syed. Keputusannya, kumpulan Rachel, Zainal dan Syed berjaya meraih tempat kedua. Tahniah!

Ini pula kumpulan choral speaking yang dimonopoli oleh kelas saya. Semua peserta adalah perempuan. Pelajar lelaki? owh. Mereka ada. Mereka terlibat dengan aktivti lain. Uniknya kumpulan choral speaking ini, kami hanya berlatih selama seminggu sahaja. fuuh. Memang batu dan golek (rock and roll) Konduktor kami adalah saudari Angeline. Dan tajuk ucapan kami adalah "Please Give Us a Chance to save Our Earth". Berkat dengan semua komitmen (?) yang diberikan, kami berjaya menjadi juara. Tahniah! hoyeh hoyeh!

Terdapat jugak satu lagi aktiviti. eerr. Saya dah tak ingat nama aktiviti tersebut. Ia lebih menjurus kepada permainan teka dan lakon. (correct me if i'm wrong) Ia disertai oleh Hidayah, Anis, Syikin dan Nadirah. hhmm. Macam best jer permainan nih. Lakonkan perbuatan berdasarkan perkataan yang diberi. Kalau perkataan tersebut adalah "rock and roll" maka anda kena perlu melakonkan perbuatan yang menggambarkan "rock and roll" (eh eh. macam aktivti yang senior buat masa orentasi untuk budak radiografi lar)

Acara yang mendapat sambutan adalah pertandingan nyanyian solo dan berkumpulan. Semua orang nak tengok. Pensyarah pun turun padang jugak. Banyak penyertaan bagi nyanyian berkumpulan.

Nyanyian solo diungguli oleh senior saya, Kamarul Ariffin (correct me if i'm wrong) yang berjaya menjadi naib johan. Tahniah! omaigaod. Terpaku terpana dan suma lah bila dengar dia nyanyi. Sangat sedap suara dia. Penuh dengan penghayatan sampai Cik Tika dengar dan lihat dengan penuh penghayatan dan kekhusyukkan. Kalau Fahrin Ahmad lalu sebelah pun dah tak amek peduli.

Tiba-tiba saya teringin menyanyikan lagu "Pagi yang Gelap" (padahal pagi tu terang benderang) di pentas sampai orang lain yang dengar menangis berhingus suma (bukan sebab kesian, cantek sikit!) Tapi sebab terharu mendengar nyanyian saya tersebut yang sangat mmenyentuh hati, cengkam jiwa menusuk kalbu. eceh. Kalau boleh, biar ada penonton histeria (penonton lelaki lah) Kalau penonton perempuan nak histeria pun takpe jugak. 9histeria sebab nyanyian saya yang baik, bukan sebab nyanyian macam tarzan sakit tekak)

Kemudian.

Sampai masa yang ditunggu. Persembahan nyanyian pelajar lelaki kelas saya. hoyeh hoyeh! owh. Masa ini baru tahu yang mereka ada bakat terpendam. Dan sangat sporting.

Standby standby. Semua sedia. Ketika dalam keadaan sedia (eh. dah macam dalam kawat pulak. okay. itu cerita lain. kita teruskan cerita persembahan ini) mereka telah memakai cermin mata dan aksesori lan seperti topi keledar. hehe. Part topi keledar tipu.

Ready ready.

Jeng jeng jeng.

Yeah. Mereka telah beraksi.

Kumpulan mereka mendapat sokongan kuat daripada rakan sekelas, senior dan junior. Ramai turun padang (walopun sebenarnya buat dekat dalam dewan tertutup, bukannya padang) Ada jugak kumpulan senior yang turut serta. Saya tak kenal mereka kecuali yang memang saya penah tengok. eerr. Maapkan junior mu ini kerna tidak mengenali kalian. hehe.

Nak tengok pelajar lelaki kelas saya menyanyi? Sila klik pada video di bawah.

okay. Got to go. Agak kurang stabil. Lapar. Sayang perut, isi-isikan. Adios

No comments: