Thursday, April 16, 2009

anda mahu ke mana?

(catatan tertangguh seorang pesakit tangan yang tercalar sebab terlanggar singki kat dapur. adeh)

Salam.

Lokasi : Terminal Bas Ekpres Medan Gopeng, Ipoh.

Tarikh kejadian : 28 Mac 2009

Waktu : 1427 waktu Kenya

Kepala dah merry go round balik. Badan weak macam takdak bateri. Banyak penat. Hari ni pegi terminal bas ekspres Medan Gopeng untuk melangsaikan hutang assignment Bahasa Inggeris. Kami dikehendaki untuk menemu ramah penumpang bas ekspres tentang perkhidmatan bas. Perasaannya sangat mengujakan. isk isk isk. Susah untuk diterjemahkan dalam kata-kata. Hanya air mata yang boleh menyatakan segalanya (eceh)

Semata-mata nak pegi medan Gopeng, aku sanggup bangun awal, on alarm jam pukul 6 pagi padahal nak pegi pukul 11 pagi (selalunya hujung minggu aku guna alarm semula jadi. kelemahan guna alarm semula jadi, potensi untuk terlajak tido dan terlepas subuh adalah sangat tinggi) Aku sanggup mandi awal dengan air yang sejuk macam tengah ada winter kat Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Aku sanggup postpone basuh baju stok terkumpul. See. Begitu besar pengorbanan aku demi tanggungjawab aku sebagai seorang student. Oleh itu, admirelah aku sebagai pelajar contoh. hahaha. Okay. Confirm. Lepas nih aku kena fire. haha.

Ramai yang pegi minggu ni. Group aku, Farah, Akma ngan Kak Imah. Maka kami pon dengan semasa, berkobar-kobar seperti jalur gemilang yang berkibar menginterview penumpang bas. Pegi medan Gopeng sedikit sebanyak menuji ketahanan air mata, minda dan iman aku. aik. Air mata? Apa kaitan air mata dengan Medan Gopeng? Cannot tahan lar tengok kaunter tiket bas especially ada tulis destinasi ke Kulim atau Butterworth. Rindukan Mak, Abah dan adik (ceh. hang nih kalau tak cari gaduh ngan akak buleh tak bila tiap-tiap kali akak balik? haish) Kalau diikutkan nafsu dan godaan syaitonnirrajim, dah lama aku borong suma tiket ke Butterworth sebagai tanda kekecewaan tak dapat balik Kedah. Nasib bek iman steady lagi.

Iman aku agak sedikit goyang tengok kaunter bas Era Mesra. So far, bas nih memuaskan dan comfortable. Bagi aku lar. See. Macam mana iman aku tak goyang. Tertera terang tang tang destinasi ke Butterworth dan Kulim. haish. Sabar jelar. Bawak istigfar dan mengucap Tika. Ingat Tuhan. Ingat Allah.

Banyak jugak syarikat bas ekress yang ada. But in the end, dua company yang bertuah menjadi pilihan setelah mereka berjaya mengusik dan mencuri hati serta perhatian kami. Eceh. Bas Era Mesra dan Maraliner.

aiseh. Apa pasal aku posing camnih? Mengapa? Mengapa?Rasa nak lempang skrin laptop lambang tak percaya aku berposing sedemikian rupa. Jap. Nak nanges kuar air mata sama banyak dengan air Sungai Perak lambang tak caya. T_____________T Encek di sebelah aku banyak membantu dalam misi mencari mangsa untuk dijadikan korban bagi assignment kami. hahaha. Dah macam vampire jer ayat tadi aku baca. Nak Edward Cullen! Nak Edward Cullen! Edward, sila keluar sekarang dari misi Cik Tika sebelom dia histeria dan angau tengok anda.

Amenda ayat aku neh? Okay, move move!

Sesungguhnya bukan mudah nak menjayakan misi yang menguji kesabaran, ketahanan kaki untuk berdiri selama beberapa jam serta ketebalan muka menginterview penumpang. Sungguh. Cheq tak muhong. Ketaq lutut nak pi interview depa semua tuh. Tak masuk lagi dengan rasa lapar dan panas kat stesen bas.

Ingatkan sesampainya kami di sana, ada ramai orang. Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan turun di tengah hari. Tak ramai orang. Bilangannya tak lebih daripada bilangan jari kaki dan tangan. Suasana pun agak sunyi. Kalau ada orang kentut pelan-pelan pun boleh dengar dan detect sapa orang tersebut (perumpamaan sahaja) Tak masuk lagi dengan efek bunyi cengkerik (okay. tak betol) Tapi semua tuh tak mengapa. Kami masih lagi bersemangat nak melaksanakan tugasan.

Dengan menebalkan muka serta diiringi oleh rasa cuak, kami menginterview seorang demi seorang penumpang bas di stesen bas di mana mereka masih lagi tabah walopun dah rasa kebas kaki menunggu bas yang tak kunjung tiba serta berdoa agar bas tersebut tidak terbabas di mana-mana kerana Pak Abas tak drive bas pada hari berkenaan. Jawapan yang diterima, hampa. Butterworth tak termasuk dalam senarai destinasi pilihan. Hancur hatiku.. mengenang dikau.. menjadi keping-keping...

Apalagi, kami pun menangis tersedu-sedulah. Teriak keluar air mata darah semua. Terus pengsan di tempat kejadian sampai bas ekpres dan masyarakat awam jadi saksi kekecewaan kami. ceh. Hiperbola betol. Takdak lar menangis teruk macam tu sampai bomba kena masuk campur tenangkan kami. Tapi rasa nak menangis tu ada lah. Frust weih.

Berkat ketekunan dan kesabaran yang begitu tinggi, akhirnya jumpa jugak penumpang yang nak pegi Butterworth walopun jumlahnya, alahai. Alar kodar jer. Cik Tika sabar lagi walopun dah start nak jadi vampire masa tuh. Sabar separuh daripada iman. Separuh lagi? No komen. hehe. Selepas dirisik, bas Era Mesra terawal ke Butterworth adalah pada pukul 1.30 petang. aiyak. Tengok jam. owh. Tahniah. Sekarang baru pukul 12.30 tengah hari. Kena tunggu lagi 1 jam.

See. Macam mana aku tak histeria kat Medan Gopeng masa tuh. Kami masa tuh nak isi masa yang terluang dengan cuci mata tengok awek cun atau jejaka segak bergaya gagah perkasa pun dah takdak mood. Dalam cerebellum, pituitary gland serta pit fossa kami ketika tu nak cepat abeskan keja secepat yang mungkin. Masing-masing dah letih dan lapar. Dengan tudung dan muka yang dah tak macam orang. Macam beruang kat kutub utara. Dicampur pulak dengan hormon tak stabil. Tengok tiket bas rasa nak koyak tiket bas. Tengok bas ekpres rasa nak pancitkan tayar bas. Tengok semut melintas jalan pun rasa nak jentik semut yang giler punya kecik. Kalau aku tak angkat dia pegi letak kat seberang jalan confirm penyek macam tempeyek kena pijak dengan budak PLKN yang balik kampung (pekebenda yang hang merapu nih? pekebenda?)

After an hour and half, selesai sudah tugasan di medan Gopeng. Alhamdulillah. Semua penumpang bagi kerjasama dan respon yang baik. Takdak yang nak marah-marah, mintak nombor telefon ke, email ke, facebook ke. Sekarang ada misi lain yang sangat penting. Pegi memancing ikan di Laut Cina Selatan. Gilo hang nak pi sana tengah hari ghembang nih? haha. Tugasan tetap dibuat tapi janganlah sampai mengabaikan perut sendiri. Perut tetap kena isi. Tanpa perut hidup kita tak bermakna. eceh.

Cubalah bayang. Dari pagi tak makan apa-apa. Mau tak kebulur tengah hari. Punyalah lapar sampai tengok signboard kaunter tiket bas pun aku rasa nak telan. Nampak macam biskut. Rasa nak cicah dengan air kopi atau Milo panas ke. aik. Kata nak jadi vampire? Vampire makan biskut ke? Nih vampire version kebulur. Semua makanan yang boleh dimakan dia makan. Kalau bagi buah durian gred A pun dia rembat jugak. Vampire kan bershabat baik dengan kelawar. Sangat tak rock and roll kalau vampire tak makan buah. haha.

Sebelum berpisah silalah cuci mata dengan gambar-gambar di Medan Gopeng.

2 comments:

AmirHaddatsa said...

hah! posing dengan castello! wth! ouhoh! sgguh berat assgnmnt mung tu..gudluck ya

cik tika said...

castello ipoh mali ooo :P
berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.
isk isk isk. T_________T