Friday, March 13, 2009

last time

Assalamualaikum.

Hari nih 13 Mac. Eh. Dah setahun berlalu. Sekejap gila sampai tak rasa pun setahun berlalu result SPM batch 03/07 kuar (junior aku berapa orang lar yang dapat stret A)

Setahun lebih jugaklah zaman persekolahan. Gila r. Teringat balik zaman-zaman sekolah dulu. Macam-macam menda gila buat. Besa lar. Remaja memang sukakan aktiviti yang mencabar dan berani mencuba sesuatu yang baru (eleh. berani lar sangat. nampak pengetua terus lari lintang pukang) Banyak kenangan masa sekolah.

Dengan study ala kodar, main-main masa study, tak buat homework, ponteng kelas (ponteng kelas jer pun. bukannya ponteng sekolah) buat jahat, kacau ketenteraman awam, usha senior ensem (bawak mengucap tika, bawak mengucap), ponteng latihan umah sukan, berenti beli air sirap masa merentas desa, join Pandu Puteri (akan ku kenang dikau dalam lipatan memoriku), dengan selamba makan dalam kelas walopun dah kena warning dengan ketua pengawas, koop, lepak dalam kelas, tandas bangunan pentadbiran, cermin toilet yang dah retak, cikgu, meja tulis aku yang selalu senget sebelah, kerusi, baju pengawas aku, baju sukan Smart Badlishan, name tag yang dah lembik sebab selalu sangat berenang dalam washing machine, peraturan sekolah yang skema, parking motor, bilik muzik, buku add math ngan kimia (alergi) aku, kalkulator, jamuan akhir tahun kelas dan yang paling penting; KAWAN-KAWAN

Pergh. Zaman sekolah memang paling manis dan paling susah nak lupa. Kemanisannya hanya terasa bila kita dah tinggalkan sekolah dan masuk U. Gula 14 kampit pun tak buleh lawan manis zaman sekolah. Bukan U tak best tapi tak sama dan seindah zaman sekolah. Sampai sekarang aku rindu sekolah aku walopun dah lama tinggalkan zaman tuh.

Dah setahun lebih kita tinggal sekolah. Dah tua dah pun kita nih. Sekarang nih suma dah berterabur kat muka bumi ni. Dengan yang ada kat UNIKL (ehem ehem), KPM, matrik, matrik UM, asasi UIA, MMU, UTP, UNITEN, KUIM, kolej-kolej swasta, akademi laut (ehem ehem ehem), yang buat A level, yang Mesir, Perancis ngan Amerika, dengan yang study kat Ipoh (ces) dan tempat-tempat lain lar ngan macam-macam bidang korang amek. Jangan lar kita lupa jasa guru-guru yang banyak mengajar kita sampai kita berjaya ke tahap nih. Walopun kita selalu kena denda lari pusing padang 3 kali sebab selalu tak pegi latihan umah sukan atau kena kejar dengan cikgu sebab tido kat asrama masa prep, guru-guru buat suma tuh adalah untuk kebaikan kita.

SMART BADLISHAN :)

Tuesday, March 10, 2009

love story

Salam. Ini adalah catatan sorang pesakit pinggang yang sedang melepas gian menghapdet blog. Rasa macam kebulur nasik kalau tak update blog. haha. haahh. Yang len tuh bila lagi nak update blog korang? Oleh kerana pesakit pinggang nih tak de modal nak merepek dan hot story, meh lar layan lagu kat bawah. Sweet song. Dah start bunga-bunga hati bila dengar lagu nih.

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh, oh, oh
Cause we were both young when I first saw you

Thursday, March 05, 2009

sunshine in my pocket

Assalamualaikum

Apa khabar anda semua? Saya sihat dan baik sahaja tidak terhingga.

Aik. Kata nak berehat kejap dari online? Cannot tahan lar. Mesti kena online walopun kejap. Oleh kerna aku sudah ghairah sangat mahu online, aku pun online lar pada malam semalam. Semalam. Harini pun online jugak. Walaupon sangat sibuk dengan assignment dan test yang bakal menjelma. Peduli dulu dengan assignmnet dan test. KIV. Nafsu online first. Dengan itu, aku pun pegilah online. Astaghfirullah. Sangat syaitonirrajim. Bawak ngucap Tika. Ingat Tuhan.

Okay. Mari kita masuk ke isi utama.

Semalam aku, mak dan adik tengok Bersamamu. Macam besa lar, akan ada penitisan air mata yang terjadi. Aku steady lagi. Keluar peluh jer. hehe. Sebab tengah mesej dan baca suratkhabar. Kisah duka keluarga yang disiarkan Bersamamu kali nih sangat menarik perhatian.

Keadaan umah yang sangat daif. Makan cuma alar kadar. Sangat sedih melihat kehidupan mereka. Tapi satu yang aku kagumi. Semangat ibu yang mahu menyekolahkan semua anak-anaknya walau dengan cara apa sekali pun. Walau sukar macam mana pun. Walaupun dengan bekerja menoreh getah. Pelajaran anak-anak tidak diabaikan. 2 orang anaknya telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi. Salah seorangnya Dean's List every semester.

Kenapa seorang pelajar yang datang dari sebuah keluarga yang susah boleh berjaya dalam pelajaran sedangkan kita yang hidup dengan segala kemudahan dan kesenangan tak boleh berjaya seperti dia? Macam-macam kesenangan dan kemudahan kita dapat. Laptop yang beserta broadband (coming soon). Buku rujukan. Henpon, masyaAllah. Giler punya canggih. Lagi canggih dari komputer. Every month parents masukkan duit kalau tak cukup. Kereta. Motosikal. haih. Macam-macam lagi lar. Tapi bila exam. Hampeh. Result ntah apa-apa.

Pokok pangkalnya pada diri sendiri. Macam yang Ah Chong (taukeh kedai runcit) selalu kata, sendiri mau ingat lah. Kita yang menetukan masa depan kita.

Tuesday, March 03, 2009

letak jelar apa yang boleh...

Assalamualaikum... (tak jawab dosa)

Baru jer lepas jadi arkitek tak bertauliah. Melukis pelan kawasan untuk adik. huhh. Padahal assignment tak siap lagi. Nasib baik tu adik aku. Kiranya berkorban jugaklah demi adik (ya Allah. baiknya tolong adik buat homework. kakak sapa lar nih)

Nota-nota dan kertas assignment nampak begitu indah dan harmoni menghiasi tilam aku. Macam sebuah longgokan pulau yg mengharu-birukan pikiran. waaaa. Tak tengok lagi kat meja tulis aku (jangan tengok. nanti mimpi ngeri) Gambar kat atas tu ialah gambar terkawal yang dah aku reduce situasi tongkang pecahnya. ngeh ngeh ngeh. Ekceli aku asingkan sikit nota Behaviour Science sebab terlalu banyak. Lagi banyak daripada nota anatomi, pathology, fizik dan radiation protection. Nisbah 1:20. Betol. Aku tak tipu. Kalau timbang mau buleh terpelanting spring penimbang. Berat. hehe. Bukan kertas tapi berat dengan ilmu (dah tu awat yang hang nak pi juai?)

Itulah assignment yang telah berjaya menunggang terbalikkan hidup student radiografi. See. Walopun due datenya buleh dikatakan jauh lagi tapi keja nak buat tuh macam esok kena anta. Sangat mencengkam jiwa. Sampai sekarang aku blur macam mana nak buat. Baru translate isi dan taip isi. Akma dah siap buat pun. Tinggal nak taip. Fuuhh. Meh lar gigi biru sikit apa yang dah siap tuh kat aku :P

Lepas cuti mid sem ada dua test. Radiation Protection dan Behaviour science. Nota dua-dua subjek tu tak sentuh langsung. Gilo punya kamikaze.

Oleh itu, aku akan berpuasa online sehingga abes cuti mid sem walopun sebenornya sangat perit dan menderitanya aku tak dapat online. Kalau lepas nih terserempak dengan aku kat pasaraya The store tengah beli gula. Jangan terkejut sampai dapat heart attack mahupun terlibat dengan games counter attack. Tak pun histeria sampai pengsan di tempat kejadian. Mungkin masa itu aku menjadi bertambah kurus. Mungkin bertambah sihat tahap king size. Tak pun aku kan menjadi solid molid macam Beyonce (amin amin) Ini semua kerana berpuasa online.

Nak pegi sambung buat assignment.

By then. Adious.

Monday, March 02, 2009

selamat ulang tahun sayang

Salam. Dalam keadaan separa sedar, baru aku teringat. Dah setahun dah aku memiliki sebuah blog nan indah lagi permai dan mendamaikan serta penuh dengan informasi dan gosip-gosip panas (atau justin timberlake kata; hot). keh keh keh. Memang betol macam apa yang orang kata, masa berlalu dengan pantas. Macam-macam menda yang kita buat sampai tak sedar masa pun telah berlalu (ulang taip ayat yang sama dan buat ayat pusing merry go round lambang tak de modal nak goreng ayat).

Minum sirap depan kolej sambil tunggu bas pak Mail, buat assignment last minute, usha orang (tika, sila mengucap dan istigfar), pegi pasar malam, makan nasik goreng ayam tiap-tiap hari, tengok movie kat Jusco Ipoh (ces) dan lain-lain. Tanpa disedari, masa telah berlalu dengan pantas (sekali lagi, tak de modal nak goreng ayat T_____T nasik goreng ayam ada lar)

Terima kasih kepada semua yang membaca catatan bulanan seorang insan yang kini berada di perantauan yang jauh beribu batu kampung halaman di mana mengambil masa selama dua jam untuk selamat tiba di rumah sekiranya tiada berlaku sebarang kesesakan lalu lintas di lebuh raya (peringatan: sila berenti sebentar membaca sekiranya anda semput ketika membaca ayat kajang pak malau ini atau disyaki bakal semput. dah okay baru sambung baca balik)sebarang kesemputan adalah tanggungjawab anda sendiri. harap maklum ) atau nahas jalan raya di mana ia akan memanjangkan lagi masa perjalanan yang hanya mengambil masa satu jam setengah sekiranya anda memandu dengan kelajuan yang sangat membanggakan tetapi haruslah ingat bahawa kelajuan membunuh.

Kesimpulannya, cintailah sungai kita. Semakin hari semakin sayang. ceh. Ayat tak de modal lagi.

eerr ... Mr Bloggie, selamat ulang tahun yang pertama sayang. Love you *blushing*

Sunday, March 01, 2009

arigato

Tak de apa-apa yang menarik. Cuma ingin memahatkan rasa terima kasih yang amat sangat kepada individu yang telah banyak membantu semasa saya tidak sihat tempoh hari. Really apriciate it :)

Italic Millions thanks to
  1. Kak Lin sebab banyak tolong Tika masa Tika demam hari tuh. Tolong bawakkan Tika pegi klinik, carikan air kelapa, bawak pegi kedai makan (hehe) dan bertanyakan kesihatan Tika setiap hari. Thank you so much :)

  2. Mak dan abah yang yang telefon bertanyakan keadaan akak.Tak lupakan jugak turut memberi arahan serta perintah yang harus dipatuhi oleh seorang pesakit demam campak. Bagi ibu bapa, tidak ada yang lebih bernilai pada mereka melainkan anak-anak (walopun berleter selama 3 jam tanpa ada take 5 sebab terhangitkan sekor ikan selangat atau pegi main bola dan kuar shopping sampai tak ingat nak balik umah atau memfire anak-anak sebab mereka tercabut sebatang anak pokok cili yang disangka rumput)
  3. Kak Tasya (senior farmasi) yang tolong carikan air kelapa malam Tika disahkan mengidap demam campak.
  4. Kak Teh (senior farmasi) yang memberi panduan menggunakan krim untuk menghilangkan rasa gatal di muka.
  5. Rakan-rakan RCMP yang bertanyakan keadaan Tika. isk isk isk. Nak kuar dah nih air mata terharu. Thanks to Kinah (yelar. aku kene demam campak, bukan ALERGI), Era, Kak Imah, Wani, Aizuddin (mesej tanya kabor), Hanif (aku tak lupe ko lar. tu lar anip. ko tuh ensem sangat. aku tengok muke ko yang ensem tu sampai buleh dapat demam campak), Ida, Akma, Farah, Sya, Anis dan mereka yang lain.

  6. picture : kredit to Ika

  7. Dia yang setiap hari menghantar mesej dan menelefon saya untuk bertanyakan kesihatan saya. I really appreciate it so much :) Yelar. Seminggu tak nampak saya di kolej.

  8. Farhana Abdul Halim yang kol bertanyakan kabor. haahh. Akhirnya aku kena jugak demam campak weih walopun terlewat 4 tahun dari hang. hik hik hik.

  9. picture : kredit to Farhana

  10. Kak Yun yang bertanyakan kabar kazen dia yang demam campak nih di YM. ehem ehem. Bila dah ada keta nanti, jangan lupa bawak Tika pegi jalan-jalan. heee :P

  11. Rakan-rakan di YM; Hafizi dan Abang Izhar yang jugak bertanyakan keadaan saya. isk isk isk. Tetiba nak nanges kuar air mata terharu satu sungai (ceh. ngada-ngada betol budak kecik nih. cik tika, awak penah kena pelempang tak?)

Sekali lagi. Terima Kasih :)