Monday, February 23, 2009

ratu blusher

Salam. Aku baru balik dari KKG (klinik kesihatan greentown) Hari nih bangun lambat. Sebab apa? Sebab semalam makan ubat selsema. Apa lagi, masuk bilik terus out of service. Penuh tong sampah kat umah dengan tisu aku jer. So hari nih pegi kolej sebarkan virus. kah kah kah. Okay tak lawak. Nasib baik alarm Ida bunyi. Ringtone zikir taubat (insaf insaf) Kalau tak, confirm aku tido sampai tengah hari sambung sampai malam sambung minggu depan. keh keh keh. Teringin jugak aku nak tengok macam mana lar rupanya aku yang tak sihat nih di pagi hari. Macam comel jer. haha. Comel lar sangat. Tapi, memang comel per. heee :P Pegi bukak almari baju. tengok cermin.

Muka aku penuh ditumbuhi ejen-ejen kecik. Sangat horrible. isk isk isk T_______T Check badan, takder bintik merah. Steady lagi. Pegi amek towel, masuk bilik air, bukak.... (woih!) bukak pili air lar. Nih, hampa jangan dok pikiaq pelik-pelik noooh. Tampor kang. mandi macam besa dengan harapan ejen-ejen kecik yang tak diundang akan pegi dengan tak perlu disuruh.

Nampaknya harapan aku tinggal harapan saja. Musnah sudah impian aku. Bintik kecik tak hilang. Tanya Kak Lin ngan Ida. Bintik kecik yang bermaharajalela kat muka aku nih sebab nyamuk, kena lovebite dengan hama atau sebab alergi. Kak Lin cakap maybe sebab hama. Ida lak kata maybe sebab alergi. Aku alergi? Pelik jugak. selama nih aku tak taw pun aku ada alergi yang teruk. Takat alergi kat habuk tuh biasa lar.

Sebelom pegi kelas, tempek mosterizer ngan compact powder banyak-banyak dengan harapan dapat kaver bintik-bintik merah tuh tapi sekali lagi tak berjaya. Pipi aku nih abes merah-merah. Dah macam ratu blusher. Tak payah bazir masa selama 5 minit tenyeh blusher kat pipi. Sampai jer kat kolej, Aizat tegor aku. Apa lagi. Pasal muka ngan pipi aku lar. Segan aku. Senang citer, sapa-sapa yang jumpa aku mesti tegor. Kak Imah ngan Wani pun terkejut tengok. See. Nih baru sebab bahagian muka aku ngan pipi yang dah merah-merah. Tu belom lagi aku tenyeh real punya blusher, lipstik, eyeshadow dengan segala menda alah kewanitaan yang lain. confirm. Ada yang pengsan di tempat kejadian. Tak pun, bila tengok terus jatuh cinta dengan aku. kah kah kah. Buleh jatuh cinta. Tapi jatuh cinta dalam mimpi jelar.

Pagi sesudahnya menyidai muka kat meja kedatangan, pegi KKG (klinik kesihatan greentown) ditemani oleh Cik Akma untuk buat check up. Bukan buleh main-main nih. Kalau tak diubati, takut melarat. Nasib baik hari nih tak ramai sangat orang. So, cepat jer turn aku sampai. Dokte tanya aku sebab apa aku datang jumpa dia. Aku jawab; Saya datang nih nak gadai bintik merah kat muka saya nih. Dokte nak beli tak? Murah jer, RM 2.50 selonggok. Lelong! Lelong! Mana lar saya taw saya sakit apa. Sebab saya tak taw lar saya datang jumpa dokte. hehe. Tak lar pulak aku jawab macam tuh. Sangat kurang sopan. Silap hari bulan dapat cap mohor kat muka. Dokte tuh macam tak yakin jer jawapan yang aku bagi. Macam aku bagi alibi yang tak kukuh. Berulang kali dokte tanya ada tak bintik merah dekat badan. Aku pun jawab takde dengan konfidennya. Sebenornya aku rasa aku ada sakit lain yang takde kena megena dengan alergi. Suma symptom dah ada tapi aku cuba menyedapkan ati dengan mengatakan aku takde penyakit tuh. Inilah satu hikmahnya tak tido dalam kelas pathology. Keh keh keh.

Kalau aku sekor kura-kura atau penyu, aku menyorok lama-lama dalam cengkerang aku. Tak mo kuar. Tak pun, bawak selimut pegi kolej. Bungkus muka macam kuih pau. Keh keh keh. Okay lar. Lepas nih ada kelas pathology. Kalau lambat masuk tak pasal-pasal aku kena smekdown dengan pengajar pulak. Nanti aku citer lagi perkembangan di sebalik misteri kewujudan bintik-bintik merah tuh. Doakan aku agar cepat sembuh k. Muka aku pun sangat teruk rupanya. Rasa cam nak lempang laju-laju muka sendiri lambang tidak percaya dengan keadaan muka.

p/s assignment minggu nih bertajuk “leraikan misteri kewujudan bintik merah di muka cik tika”. Nurse, assistant medical officer dan farmasi digalakkan meneka penyakit yang aku sedang hidapi. Keh keh keh. Kalau betol, aku bagi hadiah. Penginapan 7 hari 6 malam di hostel sendiri. Hostel k, bukan hotel. Harap maklum.

No comments: