Monday, February 16, 2009

mari meronggeng

Salam. Ya Allah. Letih betol minggu nih. Banyak menda nak kena setel. Assignment radiation protection satu huruf tak tulis lagi. Assignment patologi berlubang (?) Tak masuk lagi dengan test yang coming soon. Perjumpaan course lagi. Nak bincang pasal apa ntah. Busy babe. Adeh. Disebabkan letih, aku citer lar apa yang boleh diciterkan. Macam besa lar. Busy dan letih macam mana pun, blog tetap update. Kalau tak update, aku rasa macam idop segan, mati tak mo. Macam separuh nyawa aku hilang. Eceh. Hiperbola gila.
Disebabkan jap lagi ada kelas, aku akan taip laju-laju selaju buai laju-laju sampai pokok cina (pokok angsana buleh tak?) Tak pun, setaraf dengan kelajuan cahaya. Haha. Walopun mata aku pun dah tak larat nak bukak. Dah start pening macam ada merry go round dalam kepala. Tapi aku masih lagi steady nak memblog. Sangat tabah. Kah kah kah. Oleh itu, silalah admire dan jadikan aku idola hidop korang. Sebab dalam keadaan tak stabil, aku masih lagi gagah memblog. Kah kah kah. Okay, tak lawak pun. Nak gelak pun tak per, tak nak gelak pun tak per. Tak dapat hadiah pun kalau gelak.
Hujung minggu lepas, Kak Lin, Ida, Akma ngan aku telah mengatur langkah ke shopping mall. Dari pukul 11 pagi sampai 11 malam. Hoho. Ini baru dinamakan shopping. Kitorang siap bawak bantal, tilam, cerek, belanga, khemah nak tido kat sana. Eerr.. okay, aku tipu. Sapa caya, aku tak taw nak kata apa dah. Kalau kata, kang sentap lak. Jelajah shopping mall macam tiada hari esok. Bawak ngucap Tika. Ingat Allah Tika, ingat Allah. Kalau tak ingat Tuhan, subuh agaknya baru balik.
Hari tersebut dimulakan dengan bacaan doa selamat dan nyanyian lagu Negaraku yang dinyanyikan dengan penuh semangat. Okay, aku kelentong lagi. Tiba-tiba teringat zaman sekolah. Kami mulakan sesi riadah di shopping mall dengan mengimarahkan panggung wayang. Pada asalnya nak tengok movie antu, House tapi kensel sebab mula lewat. Movie bidan terjun, The Curious Case of Benjamin Button. Kesimpulan daripada movie tersebut, HAMPEH. Ulang taip, HAMPEH. Berderai air mata kekecewaan yang diiringi kekesalan masa dalam cinema.Membosankan. Kami masih lagi bertahan dalam cinema sampai movie abes sebab Brad Pitt. Kalau diikutkan hati, nak jer aku baling tayar basikal kat skrin cinema tanda protes movie tak best (apa lar pekdahnya buat camtu. brad pitt sikit pun tak terjejas)
Kat Ipoh aku rasa cuma ada dua shopping mall yang femes, Jusco Ipoh ngan Ipoh Parade. Tapi rasa malas lar nak citer pasal sales yang ada kat sana. Tak cukup menggoyangkan iman dan mencengkam jiwa serta raga (kalau tak suka raga, sila ganti dengan baldi, gayung, besen, cerek, periuk nasik atau apa-apa peralatan yang anda suka. kotak pensel, pemadam, anak kucing, tayar beca atau berus gigi pun boleh guna jugak ) Syukur sangat tak beli apa-apa. Tak lari bajet bulan nih. Simpan duit tuk anak-anak lagi bagus. Kah kah kah. Tiba-tiba pulak ada azam baru. Tak dak menda baru, still stok lama except kat kedai Vincci. Omaigod. Cannot tahan lar tengok kasut and handbag Vincci. Dah ada yang berkenan di hati. Bilalah elaun MARA nak masuk nih. Tak larat dah pendam perasaan nak beli.
Yang bershopping sakan hari tu adalah Kak Lin. Ehem ehem. Kami Berjaya membuatkan beliau membeli clothes, shoes and bag yang dia tak penah terlintas nak beli. Haha. Sangat teruja (eh eh. orang lain yang beli, dia pulak yang lebih) Sya pun borong sakan. Hamboih. Sakan nooh hang shopping. Mentang-mentang lar elaun dah nak masuk. Elaun aku ngan budak-budak lain ntah zaman bila lar nak masuk. Aku dah beranak pinak baru dapat kot (woih. melampau betol ayat)
Walopun sales yang ada macam hidop segan, mati tak mo, ramai orang awam pegi shopping. Hhmmm… Pikir jap *garu kepala yang tak gatal* ooowwwhh… Patutlah ramai orang. Hari tuh kan Hari Valentine. So, anda suma paham-paham lar. Ingatkan dorang pegi taman bunga, bagi itik makan kat tasik sambil gelak bunyi hik hik hik. Ya ampun.. Tingginya imiginasi. Besa lar, remaja. Sentiasa kreatif dan inovatif (apa kaitan itik dengan kreatif dan inovatif?) Apalah ertinya kuar tanpa ada sesi bergambar. Macam besa lar. Sebelom balik amek gambar selori dua. Makan ayam Kentaki (lepas jugak ngidam aku) dan anta Sya balik umah sewa. Singgah restoran beli roti canai banjir tuk senior tersayang. ehem ehem. Selesai, balik hostel.




Sampai umah malam tu, terus lembik. Sebelom out of service, usha dulu barang yang dah beli (ceh. macam lar aku beli barang) Kesimpulannya, walopun lembik, krim kewanitaan tetap tak lupa pakai. Haha. (apa punya jenis ending. tak menjana minda betol) By then, terima kasih kerana sudi membuang masa anda dengan membaca coretan saya. Nak pegi menuntut ilmu.
Mana Abang Nik… Nak topup… *blushing*

No comments: