Thursday, February 19, 2009

lovebug

Salam. Tajuk entry kali nih tidak ada kena mengena dengan lagu Jonas Brothers. Haiyoh. Cannot tahan lar. Hari-hari nampak serangga kat apartment. Oleh yang demikian, setiap hari jugaklah aku menggunakan superpower aku sebagai superhero menghapuskan serangga especially lipas. Kalau tak hapuskan lipas-lipas tuh, takut jugak. Mana taw nanti dia culik si Ida nih. Tak pasal-pasal masuk suratkhabar. Muka surat depan. Dah pulak kena buat poster king size;

Di Mana Ida?

Apa aku nak jawab dengan Pak Cik Ismail kalau Ida kena culik dengan lipas? Takkan aku nak kata;

Pak cik, lipas tuh culik Ida sebab dia frust. Dah lama dia ngorat Ida tapi Ida tak layan. Nih kiranya macam perumpamaan dan simpulan bahasa warga emas dahulu kala; cinta tak berbalas dan bertepuk sebelah tangan. Asalkan tengok muka lipas tu, Ida lari dan menjerit kegelian. Macam nih; aaaaaaaaaa!!! lipas!!!! Tika cepat hapuskan lipas tu!!! aaaaaaaaa!!!

Tengok. Betapa besarnya impak kehadiran lipas. Bukan takat lipas, macam-macam lagi serangga wujud kat umah kitorang nih. Dah macam mini zoo serangga kalau 14 kali tengok. Mind you; 14 kali tengok. Maknanya bukan kami jer yang menghuni apartment 2-12 nih. Bukan takat serangga jer. Singa laut, kambing gurun, unta Arab, ikan lumba-lumba pun ada. Okay. Sapa caya memang lar .... (terdiam sebantar kerana tidak mahu mengeluarkan ayat sentap) Amboi amboi amboi. Hampa ingat umah kami nih zoo negara?

Oleh itu, marilah kita berkenalan dengan penghuni lain yang turut sama memeriahkan umah 2-12 :P

1. LIPAS

Tengok. Gila punya keji lipas-lipas tuh gelak. Sakit hati tengok. Macam mana lar Ida tak anti dengan lipas. Macam tuh lar muka dorang bila kaco Ida. haah. Ida, pe tunggu lagi? Cepat pegi amek Ridsects sembur kat lipas-lipas tuh. Terdapat beberapa fakta mengenai lipas yang selalu datang menyibuk dekat umah kitorang :

- Lipas akan keluar pada waktu pagi di mana semasa kami suma sedang bersiap sedia pegi ke kolej. Dia tak kuar pun waktu tengah hari sebab dia taw tak de sapa-sapa pun kat umah masa tuh. Sibuk jer dia nak tayang muka pagi-pagi kat kitorang.

- Sangat suka masuk bilik aku ngan Ida. Ntah amenda lar dorang carik dalam bilik kitorang. Bukannya ada bantal busuk pun. Takkan bantal peluk jer (bantal aku lar tuh. cannot tido kalau takde menda nak peluk. hehe. kena kawin cepat nih. hahaha. gatal nak kawen. blaja bagi abes dulu tika ooii) Dalam bilik kami mana ada barang lain selain katil, tilam, bantal dan selimut. Jangan harap nak jumpa krim kewanitaan atau barang-barang kewanitaan yang lain. Apatah lagi barang kelakian. CONFIRM TAK DE. Sapa kata ada tuh, meh sini. Aku nak pelempang beliau laju-laju guna siku. Meh habaq mai kat cheq.

- Suka merayap-rayap atas lantai. Bila dorang dah boring merayap, dorang terbang. Sebab tuh yang buleh tersilap landing atas Ida. keh keh keh. Kadang-kadang tensi aku tengok lipas-lipas tuh. Ida lagi lar. Buleh histeria dia kalau tengok.

- Suka main menyorok-nyorok belakang almari, rak, kotak dan lokasi di mana muat badan si lipas tuh nak menyorokkan badannya. Especially dekat paip kat sink dapur. Cepat jer dia menyorok. Taw lar ada peribahasa seperyi lipas kudung. Saja jer dia nak tunjuk skill. ceh. Kitorang tak heran lar. huuhh.

- Lipas-lipas tersebut jugak suka datang secara persendirian. Tak penah datang berduet, berkapel, membawa family mahupun satu kampung. Mungkin kawan-kawan lipas tersebut sibuk dengan urusan lain. Sebab tuh dia selalu datang bersendirian. Kiranya macam lonely ranger lar. hehe.

- Alat yang digunakan untuk membelasah lipas adalah Ridsects dan penyapu. Ekceli, guna jer apa yang sempat capai masa tuh. Suratkhabar, majalah CLEO (aku takkan sesekali guna majalah aku tuk belasah lipas. harap maklum), botol air, periuk, belanga, seterika, cerek, basikal dan barang-barang ada di sisi anda ketika itu.

2. CICAK

Seterusnya adalah cicak. Bukan cicakman. Atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil gecko atau yang korang selalu panggil lizard. Habit cicak tak banyak beza pun dengan si lipas.

- Cicak nih tak kira masa. Sentiasa tayang muka kat umah. Pegi mana-mana pun ada cicak. Tensi aku. Waktu malam lagi lar. Tambah-tambah lagi tengah malam. Lagi lar dia galak keluar. orang tengah sibuk buat assignment, dia pun nak sibuk jugak usha kami tengah buat apa. adeh.

- Cicak berada di mana-mana dalam umah aku. Bilik tido, bilik baju, dapo, ruang tamu, tempat study, ruang makan. Dalam bilik air jer aku tak jumpa lagi. Bukan setakat kat umah kami jer, kat common room, surau, papan kenyataan (nak jugak tayang muka kat sini) dan pondok pak guard. Kesimpulan, tiada hari tanpa melihat cicak.

- Suka sangat main kat area meja makan. haih. Geram betol. Nak sembur dengan Ridsects, ada makanan atas meja. Nak belasah guna senduk nasik, takut berterabur pulak makanan. Nak halau, nanti dia datang balik. See. Betapa tensi dan terseksanya kami dengan kerenah cicak nih. Saja jer nak bagi orang geram dengan dia.

- Kalau dah namanya pun cicak, apalah ertinya kehidupan sekor cicak tanpa membuang bahan buangan di merata-rata tempat. Ya Allah. Sabar jelar. Suka hati dia jer nak buang kat mana. Toilet punyalah besar tuh dia tak nak pegi membuang kat sana. Lagi tensi kalau kena dekat tempat solat. Sabar Tika, sabar. Sabar separuh daripada iman. Separuh lagi? eerr... Kita abaikan dulu persoalan nih. Kita ke isi seterusnya.

- Bagi sesiapa yang tak de cicak dalam bilik mahupun di umah, jangan mintak nak tengok cicak. Sebab apa? Cicak akan muncul tanpa diundang. Kadang-kadang pueh suruh pegi pun dia tak nak pegi. Cicak kat umah aku nih kadang-kadang buang tabiat gak. Ada ke aku tengah bersiap depan cermin tiba-tiba jeer dia kuar dari belakang cermin tuh. Mau tak terkejut aku. Dah taw dia berslah, cepat-cepat pulak sembunyi diri. Takut kena rotan lar tuh. ceh.

3. SEMUT

Untuk semut aku tak sertakan gambar. Sebab aku sangat geli dan tak suka dengan semut. serangga kedua aku geli selepas labah-labah. weekk. Tak suka giler. Kalau korang datang apartment 2-12, jangan lupa berkenalan dengan semut kat sini. Semut kat umah aku nih lain sikit dengan lipas dan cicak. Lain sikit jer.

- Semut-semut nih suka buat hal sendiri. Dia tak kaco Ida tengah tido. Tu jer yang lainnya.

- Semut jugak pantang jumpa makanan atas meja. Sumanya depa nak rasa. Kalau makanan kitorang habiskan. Takde nak makan kemudianya. Kalau nak simpan, kena simpan dalam tuperware (berlungguk-lungguk kat rak) Bukan setakat air Milo, kek Blueberry (tak sempat aku makan. semut-semut tuh dah rasmi dulu. isk isk isk) dengan nasi ayam, ubat batuk aku yang tak sedap tuh pun dorang rasa jugak. Kalau letak makanan or air kejap jer akan ada semut. Kalau takde semut tuh, bersyukur lar. Bukan tuh jer, air masak pun dorang tibai rasa jugak. haih. kalau air sirap tuh okay lar jugak. rasa manis. Nih air masak yang tak de rasa dan kaler pun dorang tibai gak. Pelik betol.

- Semut jugak suka guna jalan short cut. erk. Macam mana tuh? Untuk pegi ke meja makan, dorang akan lalu depan meja study aku dan Kak Lin. Maka, setelah penat berjalan beribu batu, mereka akan singgah sebentar di meja kami untuk melepaskan lelah dan batok di tangga. Tengok. Meja study kami pun depa tibai jadi R&R semut. Sabar jelar Tika.

- Selain daripada berenti berehat di meja study, mereka jugak turut mengexplore meja kami. Segala harta dan khazanah kami dorang teroka. Sampai ke dalam kamus jururawat dengan buku anatomi pun dorang buat lawatan. Lawatan sambil belaja. Aku syak ada student medic semut dalam rombongan tuh. Sebab tuh dia masuk dalam kamus jururawat dan buku anatomi aku.

- Sampai sekarang kami tak taw kat mana sarang semut-semut ni. Puas kami cari tapi tak jumpa. Tapi sekarang agak berkurangan sedikit bilangan mereka. May be sebab cuak kot lepas kena ugut dengan aku. Aku nak sembur dorang guna Ridsects. hehe.

4. LABAH-LABAH

Labah-labah pun aku tak nak letak gambar. Sangat geli. Jangankan nak tengok real, tengok gambar pun aku taknak. Rasanya labah-labah kat umah mana-mana pun ada. Labah-labah nih tak membuat sebarang onar mahupun menimbulkan kekecohan. Dia cuma membuang sawang dia jer. Kadang-kadang tak sampai seminggu buang sawang, dah ada balik sawang tuh. Kalau sebulan tak buang, dah macam umah drakula aku tengok. Macam cuti sem taun lepas. Banyak giler sawang. Nasib aku lar yang kena buang sebab balik umah paling awal. haih.

Rasanya tak de lagi kot penghuni yang lain. "Penghuni istimewa" kat mana-mana pun ada. Just kita tak nampak. Okay. Tak mo cerita pasal "penghuni istimewa" tuh. Takut. hehe. Takut lar sangat padahal kemain galak lagi dok bercerita seram hujung minggu :P

2 comments:

seseorang said...

cik tika..sy pn alergik dgn lipas..muahaha

cik tika said...

hahaha.
awak da ada sekutu yang alergi lipas :P