Friday, February 06, 2009

gendang gendut tali kecapi

Salam suma.Baru jer lepas kelas anatomy. Sangat penat otak aku fokus dalam kelas walopun sebenornya aku tak fokus sangat pun. Dalam kepala aku melayang ke tempat lain. Yelar, macam mana tak penat. Nak fokus dalam kelas, nak save maklumat, nak melawan godaan syaitonnirrajim yang tak abes-abes hasut aku tido dalam kelas. Sangat kesian otak aku. Otak, I love so much. Waahh. Romantiknya cik tika. Ucapkan kata-kata cintanya dalam blog. kah kah kah. Punya pedih otak aku rasa macam nak pecah berderai disumbat. Online dekat friendster kejap dengan cara terlarang. haha. Thanks to Tuan kerana mengajar aku cara keji lagi terlarang untuk online kat kolej ke website-website yang telah diblock oleh pihak kolej. eerr... Tiba-tiba rasa lapar plak. Padahal baru jer aku melantak pukul 1 tadi. Malas lar pulak nak pegi Ezy's Corner beli makanan. Nak kena redah lautan berapi manusia. Hukeleh, lautan lar sangat padahal kolej aku nih gila punya comel. Tengok lar dulu macam mana. Kalau dah kebulur sangat, aku telan jelar apa yang ada. Makan mouse ker. Buku anatomy ker. Makan keyboard cicah milo panas ker. Tak pun, makan jer orang kat sebelah aku nih. Buat sate pon sodap.

Lapar ni bukan benda asing dalam idop aku. Setiap hari aku rasa lapar. Kalau dah masuk zon kebulur, aku secara otomatik bertukar jadi daineso. Tak caya, tanya lar housemate aku. Kalau dorang kata betol, maknanya kami menipu. Aku tetap aku. Aku takkan jadi daineso mahupun hypo. Kalau aku jadi daineso yang kebuluran, aku akan jadi daineso jadian yang sangat comel (ceh. nak jugak letak perkataan comel tuh) haish. Takkan aku nak jadi daineso jadian muka buruk macam nenek kebayan. Tak pun macam Ju On. eeii. Sangat menyeramkan. Nak jadi dainesojadian yang comel macam Barney. Kalau diikutkan ati, nak jer aku culik Barney yang muncet tuh letak kat bilik aku. kah kah kah.

eerr... Perut aku berbunyi lagi. Harap-harap orang kat sebelah aku tak dengar perut aku berbunyi macam ada mercun meletup-letup dalam perut aku. Sangat buruk dan kurang merdu bunyinya. Jatuh saham aku sebagai seorang wanita. kah kah kah. Aku belom lagi mencapai tahap wanita. Bunyi macam mak cik lar. Lebih baik kita gunakan perkataan gadis. Yup. Much better. Sangat muda belia, bertenaga dan funky (?)

Huiks. perut nih berbunyi lagi untuk kali kedua. haish. Kalau bunyi lagi untuk kali ketiga, aku gadai dia kat kedai pajak gadai. Tak pun, rendam dalam formalin. Pastu letak dalam bilik anatomi, dengan Mr Cadaver. huhuhu. Rasa macam kejam sangat. Aku tak sekejam tuh. Tanpa perut, aku tak bermakna. Hidup aku akan menjadi gelap gelita. Tak pun, mungkin aku akan bertukar menjadi zombie. merayau-rayau di town Ipoh macam zombie yang tak mempunyai wawasan dan matlamat hidup. eerrr... Sangat merapu perenggan nih. Terlalu amat sangatlah merapu. Harap suma memahami. Aku tengah lapar. Bila lapar, hormon-hormon dalam badan pun jadi tak stabil. Maka emosi pun terganggu sampai terkeluar satu perenggan yang sangat membazir lagi merapu.

Ceh. Lapar-lapar pun masih lagi bertenaga untuk memblogging. Perut nih pun satu hal jugak. Tak boleh nak sabor sikit sampai esok pagi. Tak lama dah pun. Cuma tinggal berbelas jam lagi jer nak pagi. Dah tu, lapar nak makan nasi lemak. haih. Banyak songeh betol. Dalam banyak jenis makanan, nasi lemak jugak yang jadi pilihan.Apalah perut nih. Sporting lar sikit. mana boleh makan nasi lemak sebelom start kelas. Habis kelas, baru boleh makan. Bukan takat sebungkus, 14 bungkus makan sekali gus pun boleh. Tak cukup nasi lemak, nak makan gerai yang jual nasi lemak pun boleh. Tak cukup lagi, makan sekali orang yang jual nasi lemak tuh.

Aku dah serik makan nasi lemak sebelom kelas start. Kalau makan, alamatnya aku tertido macam daineso dalam kelas. Bukan sebab kekenyangan selepas membelasah 2 bungkus nasi lemak yang sedap tuh tapi kemengantukkan yang menerjah. Lagi kritikal kalau ada subjek berat. Sangat parah keadaan aku. Nasi lemak kat kolej aku sangat berhantulah. makan sebungkus mesti nak tambah lagi. Natijahnya, aku akan tidur-tiduran dalam kelas dengan rasa tidak bersalah. Kalau dah ngantuk tuh, letak pi lar Fahrin Ahmad kat depan. Belom tentu aku bagi perhatian. Baik aku tido. Tu lar rutin harian aku, masa sem 1 lar. Sem 2 dah jadi budak baik tapi nakal tuh tetap ada. haha.

Kalau perut nih nak jugak nasi lemak, dia kena tunggu hujung minggu nih. Aku bagi nasi lemak yang dijual kat asrama aku. Jugak merupakan nasi lemak berhantu lagi berpenunggu. Aku sanggup kunci alarm jam pada hujung minggu semata-mata nak makan nasi lemak mak cik tuh (selalunya aku bangun dengan seruan alam semula jadi) Lepas makan, confirm. Aku berhibernasi dalam bilik macam beruang. Kalau ada daineso berdengkur sebelah aku pun belom tentu akan menjejaskan tido aku. So, kalau nak cari aku hujung minggu, cari jer kat bilik aku. Aku takkan ke mana-mana termasuklah ke langit ke tujuh. sediakan roket, baru aku boleh pegi. Aku cuma memberuang di atas katil sebab overdose nasi lemak.

Oklah. aku pun dah maleh nak online lama-lama. Nak tengok apa dah jadi kat luar sana. Kalau dah ngadap komputer nih, daineso tengah lawan dengan Ultraman pun pun aku tak taw. adious suma.

No comments: