Friday, February 20, 2009

From deep of my liver :P

Kanku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Salam. Semalam mak kol, tanya bila nak balik. Aku kata, minggu depan, hari Jumaat. Macam besa, transit kat Butterworth sebelom balik Kedah. Tiket pun beli. Tiket apa? Tiket konsert Rihanna Live in Kuala Lumpur. Haahh. Lepas satu jam beli tiket konsert, abah aku tanam aku idop-idop kat Gunung Jerai. Aku beli tiket konsert lar tapi tiket bas. Siap ada dua tiket lagi sebab silap beli T________T huhu. Sangat careless. Kalau mak taw, mampos aku kena tanam idop-idop. Biar pecah di perut, jangan pecah di blog (woih. memandai jer peribahasa sendiri. haahh. peduli apa aku. blog aku, bukan blog angelina jolie. haha) Sapa-sapa dari Ipoh nak balik or transit dekat Butterworth, boleh dapatkan tiket bas daripada aku. Lelong! Lelong! Sementara aku masih lagi seorang pemurah. Lelong! Lelong! Kalau aku dah tukar jadi insan berjimat cermat (mind you; berjimat cermat, bukan kedekut mahupun bakhil), jangan kata nak dapat tiket, bau tiket pun belom tentu korang dapat. haha.

Okay okay. Dah terhibur dengan introduction yang sengal? Kalau dah, mari kita ke perenggan seterusnya yang lebih serius. Betol. Wa tak tipu lu. Memang serius. Kalau tak cukup terhibur, pegi baca perenggan tu sampai rasa happy. Kalau rasa menyampah atau nak muntah, jangan baca banyak kali. Nanti diri sendiri yang merana. Bukan aku. Memandangkan apa yang aku nak luahkan di sini agak panjang (tapi tak lar panjang sampai 5 jam scroll down tak abes-abes lagi) Aku akan permudahkan pembacaan anda suma.

Semalam tiba-tiba jer tergerak jari-jari nih selepas dapat signal dari otak untuk buat panggilan rindu kat seorang kenalan lama. Ketua kelas semasa aku di tingkatan 5. Seorang lelaki. Mind you; kawan baik. Bukan skandal mahupun sushi. Sambil tunggu dia reply panggilan aku, sembang dengan Kak Lin, Ida, Akma ngan Farah. Ada mesej. Bukak. Baca. Sekali lagi. Dia tanya aku sapa. Haih. Budak nih memang nak kena. Macam mana pulak dia tak ingat pengawas yang paling bising dalam kelas dulu. Murka betol aku. Haish. Aku bagitaw apa yang patut dia taw tuk kembalikan memori dia. Tiba-tiba… Tiba-tiba… tiba-tiba… jeng jeng jeng… kita iklan sebentar.. keh keh keh. Okay. Kita serius kembali.

Dia kata dia girlfriend kepada A***n. Wat de hell?! Aku nih silap nombor ker? Check balik. Sah. Confirm. Jelas dan nyata. Aku tak silap. Kawan aku lelaki. Macam mana buleh… tukar… eerr… korang paham-paham lar. Konpius aku. Kawan aku nama Hafiz. Macam mana buleh tukar nama A***n?

Turn aku lak interview budak perempuan tuh. Tanya soklan standard lar. Tapi yang pasti, aku tak tak tanya, “nih tengah buat apa?”, “dah makan ke belom?”, “sihat tak hari nih?”. Aku sangat menyampah dengan soklan-soklan spesis tuh. Kalau kadang-kadang tanya buleh lar tahan lagi. Kalau selalu, memang nak kena lempang laju-laju kat muka orang yang tanya. Jawapan yang diberikan, not bad. Nama dia Linda (bukan nama sebenor. tapi berpotensi tu nama betol dia) Tapi tak cukup menyakinkan aku untuk percaya 100%. Jangan harap. Aku gelak lagi ada lar. Keh keh keh.

Kalau betol apa yang Linda katakan, apa yang boleh aku katakan. Aku sangat kecewa. Sangat kecewa. Pada mulanya aku ingatkan boyfriend Linda tu mungkin orang lain. Tapi bila dia bagitaw nama penuh (A***n bin I***s) dan sekolah boyfriendnya (uweek.budak sekolah aku.memang lar kenal) aku tak silap orang. Bukan sebab aku jeles A****n dah ada girlfriend (eleh. sikit pun tak jeles weih. brad pitt lagi best) tapi ia berkaitan dengan kejujuran.

Maybe ada yang tak paham apa yang cuba aku sampaikan. Tapi aku sangat yakin korang memang tak paham pun. Kah kah kah. Aku nih memang suka citer benda yang bagi orang lain tak paham. Tapi tak per. Jangan tensi atau frust kerana tak dapat memahami jalan cerita sebab tak masuk dalam exam pun.

Apa yang aku nak katakan. Dalam sesuatu perhubungan mesti ada kejujuran lebih-lebih lagi kalau melibatkan hati dan perasaan. Sekali hati dah terluka, memang pedih rasanya. Walopun luka dah sembuh, parutnya tetap ada. Kalau dulu aku asyik dengar atau baca tentang bagaimana terlukanya hati bila seseorang tidak jujur dengan kita, baru hari nih aku mengerti perasaan tersebut. Walopun tak sehebat mana pun rasa sakit dan pedih, tapi cukup untuk membuatkan aku lebih berhati-hati. Sebabnya ia berlaku pada insan-insan yang rapat dengan aku dan jugak pada diri aku. Bukan semua lelaki suka mempermainkan perasaan orang lain. Mereka cuma suka bermain bola sepak di waktu petang dan main guli di waktu malam. Hehe. Okay okay. Serius balik.

Bagi yang tahu kisah sebenarnya (kat sini aku bagitaw yang paling ringkas dan umum jer) mungkin ada sesetengah akan mengatakan aku frust sebab A***n sudah berpunya. Honestly, aku tak rasa macam tu. Aku rasa sangat kecewa kerana dia tidak jujur. Dia nak aku jujur tapi dia sendiri tak jujur. Syukur, dulu aku dapat tahu awal yang dia tak jujur. Tapi still tak nak mengaku. Aku ikut flow lakonan dia sampai dia sendiri mengaku yang dia tak jujur. Aku sebenornya maleh sangat nak pikir pasal nih. Dah elok-elok aku lupa, dah si Linda tuh bagi ingat balik. Haih. Ku lempang jua nanti.

Kalau dah berpunya, mengaku jelar in a special relationship. Nak malu apanya. Bukannya aku suruh hang pi redah lautan berapi pun. Sikit pun tak jeles. Seyes. I am happy if you are happy. That is enough for me. You said that you lied to me because you don’t want to lose me. By then,wat you did make me sad, make me walked away from you,your life.Now, I have my own life. New chapter of my life.I hope dat he will not do the same mistake you did. I just want to give him a chance.

No comments: