Friday, February 13, 2009

ber-uang

Salam sejahtera. Hayoh. Banyak penat lar minggu nih. Seminggu jadual kelas penuh, dari pagi sampai petang. Punya lar penat sampai tertido dalam kelas anatomi semalam. Tapi tak lar tido sampai berdengkur macam daineso. Tak pasal-pasal kena tegur dengan pengajar. Aiseh. Banyak malu daaa *blushing*

Pengajar : kamu ngantuk ker?
Aku : hehe (senyum macam siput sedut tepi jeti dengan muka ngantok dan separa sengsara ditambah tudung yang dah senget sebelah sambil berkata dalam hati; memang saya ngantuk. Tak leh nak tahan dah nih)

p/s jangan bayang muka aku yang sangat sengsara tu. Nanti korang menyesal. Seyes, tak tipu. Sangat selekeh wa cakap sama lu T____T

Pengajar : haahh. Berdating kot malam semalam (sambil tersenyum)
Aku : eh eh. Tak lar. Mana ada pegi dating. hehe (padahal semalam tido lewat macam drakula sebab gelak-gelak ngan ida, akma ngan kak lin)

Haiyoh. First time kantoi tido dalam kelas. Nasib baek lar pengajar okey, cool jer. Kalau dapat yang strict, abes lar aku. Kena fire sampai rentung. Tak pun, kena pancung kepala dengan pedang samurai ker, kena tanam idup-idup ker. Haish. Sungguh daku tak rela. Dah lar penat kelas tak abes, tambah plak penat dengan kehadiran seorang insan secara otomatik. Punyalah otomatik sampai salam pun tak sempat bagi. haha. Ehem ehem. Saper insan tersebut? Ehem ehem. Dia adalah dafi Spa Q. eh. Bukan, ak tipu jer. Biarlah rahsia. Hahaha. Tak payah taw lar kot. Tak masuk dalam soklan final exam pun. Kalau betol lar Dafi Spa Q tetiba datang kat kelas aku, confirm. Aku pengsan secara otomatik di tempat kejadian (kalau tak pengsan otomatik, pengsan secara manual pun tak per. Ikut keselesaan masing-masing)

Pagi tadi, sebelom pegi kolej, usha kejap purse. T_____________T Sangat kesian aku tengok jumlah fulus yang ada. Ada lar baki RM 5.48 (bukan jumlah sebenor) isk isk isk. Rasa macam nak mengalir air mata. Seperti biasa, tiket bas akan memonopoli kandungan purse berbanding fulus. Tiket bas ekspress lagi banyak daripada fulus. Sangat kesian kan? T_______T Kalau kesiankan aku, silalah nanges sehingga keluar air mata 8 tempayan, 14 gayung, 5 cebok, 7 baldi dan 8 batang sungai sebagai tanda simpati. Kah kah kah. Aik. tetiba pulak buleh gelak masa sedih. Cik tika, penah kena lempang tak? Tapi normal lar tuh kehidupan seorang perantau kalau purse penuh dengan tiket bas. Dah nama pun perantau yang merantau pulang ke kampung halaman dengan menaiki bas. Yang naik motosikal, keta, keretapi, keta mainan, keta sorong, rakit, kapal selam, helikopter tak termasuk. Harap maklum.

Paling tak tahan bila pegi shopping mall. Betapa terseksa dan pedihnya aku tengok sales gila-gilaan kat sunway carnival Mall sampai aku rasa macam nak menginap 3 hari lapan malam kat sana. Cannot tahan lar. Bila bukak purse, jumlah fulus yang ada adalah “sangat membanggakan” sampai nak mengalir air mata aku tengok. Sangat mencengkam jiwa dan raga T______T Pendam jer perasaan nak shopping. Kalau diikutkan ati, nak jer aku bawak banner besar gedabak yang ada tulis; ELAUN MARA, PLEASE COME TO ME bila pegi shopping mall. Guna font paling besar, warna tulisan guna kaler merah. Nak lagi ekstrem, guna darah. Baru gerun sket. Kah kah kah. Tunggu lar bila elaun dah masuk, abes suma shopping mall aku terjah. Bukan takat baju, kasut, suar aku borong, pinggan, mangkuk, peiuk, belanga, dapur arang, penyapu, mesin jahit, cerek pun aku beli. Kalau tak cukup lagi, dengan salesman kat shopping mall tu pun aku borong gak. Peringatan: salesman sahaja. Salesgirl, sila keluar dari senarai barang saya. Kah kah kah. Sangat keji tu. Sangat keji. Ngucap tika, ngucap. Tarik nafas,. Hembus dengan kiraan 8. Fuuh fuuh fuuh (korang buat sampai lapan kali. aku maleh nak taip) Okey, sila bernafas secara normal setelah berlakunya SOB (short of breath)

Okay, sangat merepek aku nih. Tu lar. Sapa suruh menaip entry blog dalam perut lapar. Tengok computer pun dah nampak macam nasi beriani (mengalir air liur) Perut aku nih sangat kental lar. Dapat tahan kebulur dari malam semalam sampai pagi nih. eerr... Maw pulang ke kelas. Pasnih ada kelas patologi.

Pengajaran untuk hari ini : jangan tido dalam kelas kalau tak nak malu sendirian. Ajak kengkawan yang len tido secara berjemaah. Barulah boleh malu secara berkumpulan. Pastu, confirm. Kena fire ngan lecturer or pensyarah. Kalau tak caya, buat lar. Aku ucapkan, selamat mencuba. Adious suma.

2 comments:

AmirHaddatsa said...

kah kah~ aisey stndard ar tuh bdak sem2..tp xpe bdk loan mara nh pas dpt duit lgi loaded dri ptpt~ hu~~

cik tika said...

yup.
dah tak daya nak tunggu nih.
pedih gila tunggu elaun masuk.
penantian satu kelaparan (?)