Saturday, February 28, 2009

bad day

Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
You tell me your blue skies fade to grey
You tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on

You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee to go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces everytime
And I don't need no carryin' on

Because you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day

Salam. Ya Allah. Satu demi satu dugaan datang. Sangat menguji kesabaran. Kalau tak kuat semangat buleh meraung aku tepi tol Juru (pekdahnya berbuat demikian?) Semalam dan minggu nih merupakan hari dan minggu yang sangat tak best bagi aku dan Farah (farah dalam bas balik terengganu masa aku taip entry nih) Apa yang terjadi sangat menguji kesabaran. By da way, demam campak aku semakin pulih. Rasa gatal dan miang kat badan still tak hilang. Ubat pun dah abes.

Dalam bas on da way balik Kedah aku tido. Tido secara rock and roll. Tak peduli dah dengan orang kat sekeliling. haha. Sebaik saja bas gerak, aku pun tido secara otomatiknya. Gilo punya letih. Dah tuh, tido bersila sambil peluk beg yang penuh dengan buku dengan kepala baik punya lentok tepi tingkap. hoho. Memang posing maut tayang muka tepi tingkap. Macam mencapub pun ada. haahh. Peduli apa aku. Bukannya ada orang tengok malam-malam nih. haha. Dah tuh, tido tak sedar diri macam daineso. Abah kol dan kawan anta mesej pun aku tak sedar.

Bad Day

Semalam merupakan bad day bagi Farah. Dari saat dia bangun tido sehingga dia terlentok tido dalam bas Utama (alar comelnya muka ko masa tido) keh keh keh. Setelah dioperate dada dan dixray hati, punca bad day Farah disebabkan oleh slideshow presentation Behaviour Science.

1. Pagi semalam, Farah bangun lambat. Gila punya lambat. Nasib baik ada teman berduet bangun lambat, Akma (mampos aku kena smekdown) Untuk julung kalinya Farah tido lewat semalam. Pukul 4 pagi. Cayalah. Welkam to da kelab bebeh! hik hik hik. Selalunya pukul 12 dia dah out of service. Disebabkan terbangun lewat, keadaan menjadi sangat tak betol. Dalam keadaan kelam kabut tuh, sempat lagi dia berlari-lari tawaf dalam umah. Punyalah tak taw nak buat apa dulu. Nasib baik ada Kak Lin. Tumpang Kak Lin pegi kolej.

2. Lepas abes test pathology, aku ngan Kak Lin lepak kejap depan Ezy's Corner. Nampak Farah kuar dari Ezy's Corner dengan Mr A. Aku ngan Kak Lin dah menguntumkan senyum jahat lagi keji. Ada modal nak sakat Farah nih. hahaha. Memang teruk dia kena ngan kitorang tengah hari tuh. Dah lar minggu lepas kantoi dengan aku, Kak Lin, Akma ngan Ida. Niat hati nak sembunyikan daripada kami. Tapi takkan boleh punya lar. Kami akan korek sampai lubang cacing. Tak dapat lubang cacing, lubang _____ kami cari (sila isi tempat kosong dengan apa-apa perkataan yang anda suka)

3. Tengah hari online kat ICT. Masa Farah tengah online, tiba-tiba pc hang. Dah tu, tak boleh nak sign out member id. Bengang betol dia. Aku duk tepi tuh diam jer. Maleh nak masuk campur. Tak pasal-pasal aku pulak kena fire. Takut pun ada gak tengok. Disebabkan bengang, dia terpaksa guna pc lain.

4. Lepas lunch, balik kolej. Dia pegi toilet. Aku duduk atas kerusi dekat foyer sambil cari maklumat pasal assignment radiation protection (kalau pikir pasal assignment nih bukan takat chickenpox, chikutika pun buleh dapat) Dia terpaksa pegi ke GM (Greentown Mall) untuk beli barang padahal tak sampai sepuluh minit kitorang balik dari situ. Hari pulak hujan. Aku memang sah-sah takkan keluar dari kolej walopun hujan rintik. Tempoh aku dikuanrentin tak abes lagi. Penat dia jalan balik kolej dari GM dalam hujan.

5. Farah bukak plastik gula-gula yang baru beli tadi nak letak dalam beg galas dengan menggunakan kuasa Sailormoon sebab plastik tuh agak sukar untuk dibuka. Disebabkan dia terover guna kuasa Sailormoon, maka dengan selambanya gula-gula dalam plastik tersebut jatuh bertaburan seperti gugurnya bunga-bunga sakura (eceh) hehehe.

6. Masa Farah tengah kutip gula-gula tuh, datang seorang kenalan dia. Aku dah nampak kawan dia datang tapi maleh nak bagitaw. Dengan selambanya kawan Farah sergah dia. Maka Farah terkejut lalu termelatah dengan berkata "opocot". Aku terkejut sama tapi masih lagi maintain macho. Aku pun melatah gak tapi dalam hati sambil sebut "opocot" pelan-pelan dalam hati. hehe. Public weih. Melatah depan public, boleh malu jiwa dan raga kalau terkeluar perkataan yang tak sepatutnya keluar. Melatah di khalayak ramai adalah dibenarkan selagi anda melatah di dalam hati (aku sendiri tak paham apa yang aku taip nih. ayat tunggang langgang)

7. Aku tengah mesej Hamzi, ajak dia naik teksi sekali dengan aku ngan Farah pegi Medan Gopeng. Farah kat sebelah aku. Datang seorang kenalan kami. Pelajar Farmasi, Hamdi. Haahh. Maka bermula episode penjelajahan kami mencari dragon ball. Okay. Mari kembali ke realiti. Hamdi suka menyakat. Farah pantang dikaco. Elok sangatlah tuh. Teruk jugak lar Farah kena sakat dengan Hamdi. Aku? Aku pun join Hamdi gak menyakat Farah. Tapi kejap jelar. Sebab pegi solat Asar. Insaf insaf. Kesian pun ada gak aku tengok Farah kena sakat. Aku dengan Hamzi berada di pihak berkecuali. Lepas Hamdi, Abang Amzar pulak amek alih tugas sakat Farah. Tertekan jer aku tengok Farah. Tu lar Farah. Sapa suruh ko comel sangat. Kan dah selalu kena kaco. haha.

8. Memandangkan beg pakaian kami ada kat umah sewa Kak Imah dan hujan rintik, kami mintak tolong Syah amekkan. Sebab takut tak sempat sampai Medan Gopeng sebelom pukul 7.30 petang. Tunggu punya tunggu Syah tak sampai lagi. Teksi dah sampai. Farah kol Ika. Ika kata Syah tak datang pun. Ades. Farah dah gelabah walopun nampak cool jer. Mintak driver teksi bawak kitorang pegi umah Kak Imah dulu sebelom pegi Medan Gopeng.

Bad Month

Bulan Februari nih memang bad month bagi aku. Macam-macam menda terjadi. Tertekan jugak rasanya. Dari awal bulan sampai nak abes bulan. Walopun tak sebanyak perkara yang membad daykan Farah, tapi impak tuh lagi besar wa cakap.

1. Macam biasa. Aku selalu beli tiket awal sebab takut tiket abes. hahh. Jangan ingat tempat dekat tiket tak abes. Beli dua tiket. Satu tiket untuk balik cuti Thaipusam dan satu lagi untuk cuti mid sem hujung bulan Februari. Tiket untuk balik cuti Thaipusam asalnya waktu tengah hari. Aku nak tukar pegi waktu petang sebab kelas hari Jumaat sampai petang. Mintak tolong Aizuddin tolong tukarkan. Aizuddin pun dah selamat tukarkan tiket.

Bila check balik, tiket yang dah ditukar waktu perjalanan tuh tiket tarikh balik cuti mid sem. Bukan tiket balik cuti Thaipusam. Ya Allah. Macam nak luruh telinga aku bila Aizuddin kol bagitaw. Rupa-rupanya aku tak beli tiket cuti Thaipusam. Aku terbeli dua tiket balik mid sem. Maknanya, masa aku mintak tiket cuti Thaipusam, mulut cakap lain kepala paham lain T____T Masa check tiket jadi macam tuh jugak. Mata baca lain, otak interprate lain. Memang sumting wrong dengan sistem otak aku nih. Kena infection nih. Memang nak kena rendam dalam Dentol. Tak pun rendam dalam Clorox (clorox tersebut akan ditaja sepenuhnya oleh ida. hehe)

2. Sekali lagi mintak tolong Aizuddin tukar tiket cuti mid sem yang baru ditukar tadi kepada tiket cuti Thaipusam (korang paham tak? kalau tak paham pegi baca ayat tuh sampai paham) Alangkah hiba dan sayunya bila tiket cuti Thaipusam dah abes. huhuhu (nanges sampai kuar air mata satu sungai kat tepi tingkap sambil nyanyi lagu sedih) Luckily, ada lagi tiket untuk balik Butterworth *aku nampak cahaya di hujung terowong yang gelap* Masa tu aku rasa sangat lega. Hidup kembali ceria. Awan kembali berarak semula. Sungai mengalir deras kembali... psiiuu... psiiuu..

3. Bosan hujung weekend, Akma ngan aku ajak Kak Lin pegi Ulu Chepor. Mandi air terjun. Pegi main air jer, tak mandi pun. Dah lama sangat rendam kaki dalam air. Perut pun dah lapar. Sikit lagi nak sampai tebing tiba... tiba.. tiba... kami nampak ada buaya kat situ. Apa lagi, kami pun bertempiaran lari macam guli-guli comel bertaburan di taman bunga. Tika, istighfar. Bawak-bawak mengucap. Tolong kawal imiginasi tuh. Jangan over. Mana ada buaya kat Ulu Chepor. Buaya darat ada lar. heee.

Tiba-tiba Kak Lin terjatuh dalam air. Dia tergelincir lalu terpusing 360 darjah masa pijak batu licin. Nih tak de kena mengena dengan lagu Mas Idayu "cinta 100 percent" mahupun filem Cinta 100 ela (letak lar tajuk cinta 100.58 kilometer. baru best) apatah lagi bau-bau bacang dengan Inul goyang gerudi 360 darjah. Akma selamat sampai kat tebing. Penat aku balance badan tak nak bagi terjatuh. Tapi apakan daya. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Aku pun teremdam dalam air. Bajet konon tak nak mandi lar hari tuh. ceh. Kaki Kak Lin terseliuh dan jari kaki aku terluka berdarah. isk isk. Kesian kami.

4. Aku tengah gelak-gelak dengan kawan dalam kelas. Akma masuk dalam kelas bagitaw ada orang nak jumpa aku. Curious betol aku. Dengan malasnya aku kuar. Okay. Lepas kuar kelas, aku rasa macam nak pengsan di tempat kejadian. Sungguh aku tak sangka. Nasib baik Kak Lin lalu masa tuh. Kalau tak, tak taw lar apa nak jadi ngan aku. eerr... Agak sedikit tensi dengan kejadian tersebut.

5. Kadang-kala bukan semua yang kita taknak orang lain taw dapat dirahsiakan dengan sempurna. Lambat-laun akan ada jugak yang taw. Begitulah yang terjadi pada aku. Lepas berbicara dari hati ke hati, baru aku paham keadaan yang sebenarnya. Dan aku harap tiada perselisihan paham. Walopun keadaan nampak "tenang, damai dan harmoni", terdapat ketengangan di sebalik suasana harmoni tersebut.

6. Mimpi ngeri menjadi kenyataan. Aku demam campak. To be more specific, Measles. Titik.

7. Aku sebenarnya mengalami bad day macam Farah tapi tak sebanyak yang Farah alami. Lepas test pathology, pegi lunch dengan Farah kat GM. Jumpa Kak Imah, Raihan ngan Ika. Kak Imah ajak pegi umah sewa beliau. Ekceli, masa tuh aku dah rasa tak sedap hati. Rasa macam sumting bad akan jadi. Tapi aku setuju nak pegi. Kak Imah tolong bawak balik beg pakaian aku ngan Farah. Tengah hari hujan lebat. Tak leh nak pegi. Macam Farah jugak aku memang gelabah. Tak senang duduk. Masa tuh tak pikir lain, cuma nak sampai Medan Gopeng sebelom pukul 7.30 petang.

8. Kol teksi mintak datang pukul 6.30 tapi dekat pukul 7 baru sampai sebab jalan sesak dekat Medan Gopeng. Hari pulak hujan. Sepanjang masa doa teksi cepat sampai. Bas Hamzi gerak pukul 7.30 petang. Aku ngn Farah tak kisah sangat kalau sampai Medan Gopeng pukul 8 malam sebab bas aku pukul 8.15 malam dan bas Farah pukul 8.30 malam. Tuhan jer taw macam mana risaunya aku bila operator teksi kol bagitaw teksi lambat sampai lambat sebab jalan sesak teruk. Itu tak masuk lagi masa nak ke umah Kak Imah amek beg pakaian.

9. Sampai kat umah Kak Imah, hujan pulak turun. Tadi on da way pegi sana tak hujan. hahh. Aku dah kena hujan. Selama nih punyalah berhati-hati taknak bagi kena hujan. Natijahnya, badan aku gatal dan rasa miang balik. Tapi tak lah teruk sangat.

10. Bas yang membawa aku pulang ke umah adalah Transnasional. Masa aku naik, dah ramai orang dalam bas. Aku dapat single seat. Hoyeh hoyeh! Tiba-tiba aku rasa bengang. Sebab ada orang lain duduk seat aku. Waaachaaa. Karate beliau. Dengan tak pueh ati, aku tanya sebab apa dia selamba jer duduk tempat aku. Dia jawab yang tempat dia pun orang lain dah duduk. Wat da hell???!!! Muka dia pun dah cuak masa tuh. haahh. Taw pun takut. Aku malas nak cari gaduh dan bertekak. Kang kalau sound nanges pulak dia. Aku pegi duduk belakang. Lokasi seat aku PALING BELAKANG DAN PALING CENTER. Sila amek perhatian. SEAT PALING BELAKANG DAN PALING CENTER. Farah kata kalau bas berenti mengejut confirm aku terbang (amboih. hang usha aku dari dalam bas ek)

Ada lagi penumpang yang naik tapi seat dorang orang lain duduk. Mengong betol. Dorang nih naik tak de tiket bas ker yang nak curik seat orang lain. Tampor kang. Keadaan agak sedikit kecoh sampai driver bas terpaksa masuk campur. Bila driver dah bising baru lar terhegeh-hegeh nak duduk tempat masing-masing. Badan aku dah start rasa tak best. Ada pulak yang lambat naik bas. haish. Lagi sekali, driver bas tuh bising. Aku nih lagi lar bertambah tensi. Aku naik bas lain tak penah pulak jadi macam nih.

11. Sampai kat stesen bas Butterworth baru aku ingat. Pendrive. Hahh sudah. Check dalam pencil case. Tak de. Check dalam beg handphone. Tak de. Check kat poket beg galas. Tak de. mampos. Aku tertinggal kat ICT. Macam-macam maklumat ada dalam tuh T_______T Harap-harap staf ICT simpankan pendrive aku. Tak pun, jangan lah ada orang yang amek *pray hard*

No comments: