Tuesday, February 17, 2009

akulah superhero!

Salam. Aku ada banyak betul benda nak merepek kat sini. Ikutkan hati, habislah blog ni aku kerjakan sampai esok pagi sambung lagi sampai minggu depan sampai beranak pinak pon tak mahu berhenti memblog. Obses macam tak bawak mengucap. Kah kah kah. Tapi tapi tapi. Masa sangat mencemburui kita. Eceh. Ayat tak ada modal.

Punya lar ketagih nak memblog sampai suma yang aku buat aku nak letak dekat blog. Aku pegi pasar malam pastu jumpa kucing siam, minum air sirap kat depan kolej, macam-macam lagi lah. Macam membosankan kalau suma menda yang kurang best nak citer (tak lar sampai mandi pun nak bagitaw jugak)

Semalam aku study fizik *blushing* ehem. Kah kah kah. Tengah khusyuk study pasal laser, tiba-tiba aku dengar. Dengar apa? Perut aku berbunyi mintak makanan. Keh keh keh. Acah jer. Aku dengar ada orang bukak pintu bilik dengan ganasnya. Huih. Ntah-ntah ada raksasa kuar dari bilik aku apa. Aku dah standby dengan penyapu ngan penyodok nak belasah raksasa tuh sampai lembik. Tiba-tiba aku tak jadi nak belasah. Sebab apa? Sebab yang kuar tuh bukan raksasa mahupun daineso. Tapi Siti Nurhaliza. Kamon lar. Mana buleh belasah idola hidop. Kang aku pulak yang kena belasah balik. Silap hari bulan, aku tido luar kalau Siti Nurhaliza merajuk. Kah kah kah.

Aik. Tadi dia kata nak tido. Nih apa pasal yang tiba-tiba jer bangun. Pelik aku. Muka dia cuak. Tanpa disuruh dia bercerita dengan penuh perasaan.

Rupa-rupanya bukan sebab dia mimpi ngeri. Mahupun ngeri mimpi dia. Sebab… sebab… sebab… Tak dak sebab. Keh keh keh. Okay okay. Ada sebab apa Ida bangun mengejut. Sebabnya ada daineso nak makan rambut Ida. Kah kah kah. Okay. Aku kelentong lagi. Bukan sebab tu lar. Sebab ada lipas tersilap landing. Terlanding kat rambut ida. Kah kah kah. Bila dengar ida citer, 1.5 saat lepas tu aku gelak sambil guling-guling kat ruang tetamu sampai berderai kuar air mata. Kah kah kah.

Yang lipas tu tersilap landing dah satu pasal. Dengan rambut serabut. Muka cuak, ngantuk, takut campur dengan Calamine. Sumpah. Tak daya aku nak tahan gelak bila tengok dia. Haha. Demi Ida, bukan takat meredah lautan berapi mahupun lautan tak dak air, nak bersilat menentang lipas pun aku sanggup. Haha. Atas dasar kekesianan serta semangat kesukanan yang tinggi, aku pun pegi kat rak kak Lin. Amek Ridsect. Sembur kat lipas yang bertanggungjawab menganggu si Ida nih. Maka, lipas tu pun termati di tempat kejadian. Isk isk isk. Sangat tragis ending riwayat sekor lipas. Dan aku jugaklah yang bertanggungjwab semadikan lipas tu kat dalam tong sampah lambang Ida yang masih lagi dalam keadaan trauma. Haha.

Sejak peristiwa tuh, kalau ada lipas jer Ida akan panggil aku tuk hapuskan dengan segera. Haha. Ala-ala macam superhero gak lar. Hhmm… Superhero lar sangat. Takat hapuskan lipas jer. Kah kah kah.

2 comments:

Anonymous said...

ceh,x terdaya ak gelak bce blog ni.xsgka lak ak keadaan ak cm 2 teruk skali..mengong nye lipas!!!!!
menci!menci~!!

cik tika said...

hahaha.
lepas nih kita standby ridsects besar tong gas dalam bilik.
lipas datang kita fire dia sampai rentung. :P