Friday, February 27, 2009

aku dicampak 2

(catatan tertangguh seorang pesakit demam campak)

Salam.Hari ketiga aku kena demam campak. Syukur. Alhamdulillah. Pagi nih gatal kat muka dengan tengkuk dah kurang. Syukur sangat. Tangan ngan badan jer yang masih lagi galak menggatal. Hari kedua kena measles merupakan hari yang sangat sengsara. Sangat gatal dan miang di muka dan tengkuk. Cannot tahan. Tempek bedak sejuk ada jugak kurang rasa gatal tapi kejap jelar. Pastu yang rasa macam nak meraung tahan gatal. Penat tangan mengipas muka dengan tengkuk nak bagi hilang gatal. Huhuhu

Aku jugak tertinggal untuk presentation Bahasa Inggeris. Kalau tak silap aku, ia dikira sebagai carry mark. Walaweh. Camner nih? Kalau Boy tak datang, maknanya Dai ngan Ilah jer yang present. Kesian kat dorang. Fizik pun dah masuk tajuk baru. Tajuk penting. Subjek radiation protection pun aku dah banyak tertinggal. 2 kelas pulak tuh. Lagi gila. Sekarang aku masih tunggu lagi macam mana dengan test anatomy dan pathology yang pengajar nak buat hari khamis dan jumaat. Sama ada ditunda lepas cuti mid sem atau aku dengan budak-budak yang tak dapat hadir amek test lepas cuti. Isk isk isk T_____T Sangat kesian kehidupan seorang pelajar yang kena demam campak. Sangat tragis (tragis lar sangat)

Seperti biasa, dinner masih lagi berlaukkan nasi putih dan sup ayam. Pagi breakfast dengan nasi lemak. Yang tu jer yang tekak aku buleh telan. Tengok lauk yang lain kurang menyelerakan. Tekak pun sakit, maybe sebab luka. Kahak ada darah. Bibir kering dan luka. Kulit muka kering especially bahagian hidung. Isk isk isk. Sekali lagi, sangat kesian keadaan diri seorang insan yang demam campak. Dah lar first time kena demam campak, duduk pulak kat hostel yang jauh dari umah (jauh lar sangat padahal duduk dalam bas 2 jam jer. tak sempat nak rasa boring dah sampai) adeh. Mata pun still merah. Tapi tak lar merah macam semerah padi. Itu nama filem. Dan sangat seram lar mata merah macam burung hantu sakit mata. Tak pasal-pasal orang kata aku Pontianak. Wuuuhuuuhuuu… Malam-malam terpekik melolong atas bumbung macam tarzan sakit tekak. See. Walopun sakit tapi masih lagi mempunyai daya imiginasi yang sangat tinggi. Tapi apa kaitan blog dengan demam campak?

Sangat penat. Badan macam dah abes bateri. Tangan lenguh. Muka dan tangan gatal tapi masih lagi boleh tahan. Baju yang dikuarenti berjaya dibasuh dengan jayanya. Puas aku rendam dalam sabun antibacterial, campur dengan antiseptik Detol, sental baju dengan bersungguh-sungguh dan lap barang-barang dengan antiseptik. Aku rasa sangat gagah perkasa. Oleh itu, sila jadikan Cik Tika sebagai idola anda suma. Sebab apa? Sebab aku basuh baju yang dikuanrentin. Dah tu, basuh guna tangan. Tengok. Sebab yang kukuh lagi jitu untuk menjadikan aku sebagai idola. Bukan suma orang orang dapat survive kalau berada dalam keadaan aku (yelar tuh) Okay, cik tika dah masuk dalam zon riak dan takabur. Eerr… terima kaseh kerana menahan rasa meluat.

Sekarang tanda untuk demam campak makin pulih kurang jelas. Bintik merah belom naik sepenuhnya di kaki. Mungkin minggu depan aku pulih sepenuhnya. Bebas dari demam campak. Bintik merah di muka semakin kurang. Sebelom nih bintik merah yang menginap di muka aku nampak tebal. Walopun demam dah kebah, aku tetap rasa letih. Kalau tido, memang nyenyak. Waktu siang keja tido jer. Bangun untuk makan dan solat. Pastu sambung tido balik. Macam baby lar. Keh keh keh. Malam tido awal. Lepas solat Isyak, terus out of service. Sangat mengantuk lepas makan ubat. Macam orang kena jampi tido.

No comments: