Thursday, February 26, 2009

aku dicampak 1

(catatan tertangguh seorang pesakit demam campak)

Salam. Haahh. Dah taw aku sakit apa? Rasanya macam korang tak taw jer. Keh keh keh. Tak pe. Meh kita ramai-ramai leraikan misteri tersebut. Sudah sedia suma? Baiklah. Sesudahnya sampai di hostel, terus aku check muka. Wow. Makin banyak bintik merah. Check tengkuk. Wow wow. Dah ada bintik merah. Usha sket dekat bahu. Wow wow wow. Dah ada jugak bintik merah. Okay. Mari kita check di bahagian badan pulak. Tahniah! Badan Cik Tika dah dipenuhi dengan bintik-bintik merah yang diiringi rasa gatal dan miang. Tahniah sekali lagi! Horay! Horay! Horay lar sangat. T_______T

Bagitaw Kak Lin. Kak Lin kata lepas mandi pegi klinik (thank you so much sebab tolong bawak tika pegi klinik). Bawak Akma skali sebab dia pun tak berapa nak sihat. Pegi klinik dekat Klebang Restu. Masuk bilik rawatan. Citer macam mana kewujudan bintik merah. Dokte tanya ada tak aku ada symptom-simptom yang dia sebut. Sumanya ada. Cayalah tika. Peewiit (ngek.sakit-sakit pun seronok) Dokte check temperature, dalam mulut dan bahagian….. eerrr…. Segan lar aku nak bagitaw… Kalau bahagian tangan ngan kaki tak pe lagi. Nih eerrr….bahagian belakang badan. Walopun malu tapi aku paham.

Dalam bidang perubatan, tiada istilah malu atau geli. Kalau malu dan geli (geli macam ida tengok lipas.keh keh keh), takkan ada dokte dan team paramedic yang lain yang nak rawat orang sakit. So, as I’m in medical line, I have to understand and be professional.

Okay back to da story. Suma symptom dah ada maka, dengan rasminya dokte mengisytiharkan dengan mendapat perkenan pemegang mohor besar, bahawasanya dengan ini diisytiharkan bahawa Cik Tika mengidap penyakit alergi pada test. Keh keh keh. Aku acah jer. Bukan lar. Okay serius cam Sirius black balik. Aku DEMAM CAMPAK. Measles saja, bukan chickenpox. Rasa macam nak pengsan di tempat kejadian. Mimpi ngeri dah jadi kenyataan T________T

Walopun aku demam campak, aku tetap bersyukur ia cuma measles. Kalau chickenpox lagi teruk aku. Masin betol mulut pengajar ngan kawan aku (ko la nih hanis.kah kah kah) Baru jer dalam kelas pathology tadi sebut pasal demam campak. Balik hostel terus kena. Memandangkan aku ada measles, dokte bagi mc tiga hari. Aik. tiga jer? Kenapa tak 2 minggu? Amboih. Ngada-ngada betol. Kalau tak baik lagi demam, pegi klinik mintak sambung mc. Confirm. Aku sambung mc sampai cuti mid sem minggu nih. Kiranya aku cuti mid sem awal seminggu daripada budak lain. Kah kah kah *gelak keji*

Balik hostel terus kol mak. Mulanya mak pun dah agak yang aku kena measles tapi aku jer yang tak berapa nak yakin. Sebab tak pegi buat check up lagi. Macam bese lar. Awal-awal lagi dah dapat perintah berkurung dalam bilik. Tak boleh melantak macam dulu waktu sakit (nak makan burger ngan eskrem coklat buleh tak?) Tak boleh kuar dari hostel kecuali betol-betol perlu (aiseh.ni yang den lomah nih.tak leh nak poie pasar malam)

Malam pegi umah Kak Tasya untuk pegi amek air kelapa. Balik singgah makan dekat kedai makan bakso. Sebabnya? Sebab dekat tiga jam tunggu ode makanan tak sampai-sampai lagi. Tensi betol aku. Kebulur pun ada gak. Tapi takde lar kebulur sampai tengok meja makan macam nampak biskut merry. LAPAR. PENANTIAN SATU KELAPARAN.

Sebelom tido, makan ubat yang warna-warni macam cekelat smarties. Sapu krim yang amek kat hospital dengan kadar yang sedikit (seperti yang dicadangkan oleh kak teh) mesej jap (ehem ehem) baru lar out of service. Tu pun tido nyenyak. Badan gatal. Muka lagi lar gatal. Gatal badan buleh lagi aku tahan. Muka gatal yang tak tahan. Rasa macam nak menggaaaaaruuuuuuu jer. Ingat Allah tika, ingat Allah. Jangan garu kelak merana diri. Nasib baik aku nih tika, kalau wolverine… dah lama aku garu guna besi kat tangan aku. Garu guna penyakar daun pun best jugak. Tak pun guna garfu. Guna chainsaw pun okay jugak (woih.gila hang nak guna chainsaw)

Buat masa nih, tahan jelar rasa gatal yang sangat gatal nak bagi muka dan badan aku gatal. Huuhuhu.

No comments: