Friday, January 23, 2009

saja jer update. hahh. yang len tu bila nak update?

Salam ceria suma di samping limau-limau yang masam-masam manis dan angpau merah menyala. Merah angpau bagi bomba pun konpius sampai dorang menyanyi, "ku sangkakan api marak menyala, rupanya angpau bersinar-sinar..." haha. Lama gila aku tak merepek kat blog. Aku tak lar rajin mana sangat nak menaip kat sini. Lain lar dengan budak-budak yang memang ada tenet kat umah atau asrama. Memang rajin update blog kebelakangan nih. Ada jer menda yang dorang nak citer, luahan ati (haha) isu-isu semasa dan tidak ketinggalan sesi umpatan secara bersiri. Kalau nak buat research atau assignment (alergi alergi) kena pegi library atau ICT sejak cc kat hostel dah tak dak T____T ( ~ tidak!!!) Pasni terpaksalah berbroadband.

Dekat sebulan blog nih tak diupdate. Terlalu lama sampai bersawang blog aku nih. Dah macam umah drakula. Umah drakula pun tak bersawang macam blog aku nih. Sesuka ati jer labah-labah tu bermaharjalela buat sawang. Aik. Macam mana labah-labah boleh ada kat blog? Nampak sangat terlalu amat sangatlah aku tak bertenet sampai labah-labah wujud kat blog pun aku tak taw. Kalau Spiderman or Tam spider ker duk kat blog aku tak per lar jugak. Ini si labah-labah berbulu lagi menggerunkan yang ada. ish ish ish.

Banyak informasi dan berita panas (ehem) yang aku nak kongsikan bersama serta perkembangan diri.

  1. Minggu pertama bulan Januari sibuk dengan aktiviti untuk Minggu Haluan Siswa sebelom budak-budak junior ke Pulau Pangkor untuk orentasi yang dikendalikan oleh pelajar perubatan (jeles betol aku. orentasi aku buat kat Lenggong yang dikelilingi ladang kelapa sawit. sungguh tak aci)
  2. Sudah naik pangkat. wohoho. Tiba-tiba rasa diri sangat matang dan dewasa. eerr. Sebelom nih masih lagi rasa diri sangat adorable, just like kids (muntah muntah)
  3. Belanjawan untuk bulan pertama berjaya! yeah baby! berjaya berbelanja tanpa melebihi kelajuan yang dibenarkan
  4. Dalam dilema. Aku SANGAT tidak suka berada dalam dilema tapi aku suka lagu Dilemma sang by Nelly and Kelly Rowland. Masalah satu nih memang tak menjana minda, apatah lagi menjana kewangan mahupun tenaga elektrik.
  5. Mahu menghabiskan cuti tahun baru cina bersama keluarga, kuar berpoya-poya dengan rakan, ngadap televisyen dan komputer, bukak tutup peti sejuk dan peluk decoder astro (?)
  6. Aku lemas! Tolong! Tolong! Somebody safe me! Assignment dan nota telah menelan aku hidup-hidup! aarrggghh! Tolong! Tolong! Ada sapa-sapa nak tolong aku buat assignment behaviour science (sains perilaku atau nama glemer lagi femes psikologi) ?! Ada tak?! Tak der. Tak per. Tika tak kisah T_______T
  7. Dan PALING PENTING (sila amek perhatian; SANGAT PENTING) aku yang baru telah kembali. Welkam back Atiqah! Welkam to da kelab bebeh!

Bajet semester baru dapat "orang baru" kat umah 2-12 tapi tak der. Mungkin bulan Julai nih baru dapat. InsyaAllah, kalau tak dak apa-apa halangan dan masalah, aku akan terus menginap di hostel yang bertaraf 6 bintang tuh walopun ramai yang nak duduk kat umah sewa. There's must be reasons why we made our choice. I had my own reasons, they had their own reasons. Tak lama mana pun nak duduk kat hostel tuh. Setaun setengah jer sebelom kena posting kat tempat lain. By da way, can't wait to have new juniors. I mean, new juniors which dat much younger than me.

No comments: