Saturday, January 24, 2009

misteri mengkarate lipan di kala subuh

Salam. Seperti biasa, saya online di ym bila sudah tiada menda yang best untuk ditengok di internet ibarat habes madu sepah dibuang (apa kaitan madu dengan tenet) Biar betol cik tika nih? Punya banyak menda kat internet dia kata bosan. Cik tika, lupa amek prozac ker? Tak pun terminum 5 gelas barium sulfate? Internet kadang kala sangat membosankan walopun adanya friendster, myspace, myrakan, tagged, facebook, fotopages dan lain-lain yang sama spesis dengannya. Tapi internet terlalu amat sangatlah tidak bosan dengan adanya blog. kah kah kah. eerr. Tak nak gelak pun tak per. Tak lawak pun. Kalau kesian kat saya, tolonglah gelak. Eceh. Ayat menagih simpati. Simpati jer, bukannya menagih dadah mahupun menjual choki-choki. huiks. Dadah punya jasa, choki-choki dapat nama. Dah dah. Mari pulang ke pangkalan pangkal jalan.

Tidak banyak yang saya buat hari nih. Cuma menyiapkan peta minda subjek radiation protection dan mencari bahan serta journal untuk assignment behaviour science. eh eh. Ekceli, saya nak citer pasal menda lain, tetiba tersasar pulak. Kuew teow sup punya pasal lar nih (hukeleh, dia yang melalut lebih, salahkan kuew teow sup pulak. tika, tibai sat gi kot) Semalam saya beryming dengan seorang kenalan. Ntah macam mana, saya buleh terbagitaw dia yang saya akan menulis tentang dirinya di sini pada hari ini. ahaahh. Saya akan kotakan kata-kata saya. Beliau pun macam excited jer. kah kah kah.

Namanya Firdaous (weih, aku buh nama low profile hang ja. kang klo buh nama glemer, ramai plak orang nak berkenalan dengan hang. dah tak tenteram idop hang) Saya berkenalan dengan dia (eceh. poyo gila ayat) semasa kami sama-sama pegi menangkap jellyfish di Bikini Bottom. Ok, jangan percaya, saya tipu. Dia merupakan kawan kepada rakan baik saya. Walopun saya selalu jugaklah bersembang dengan dia di ym, tapi tak penah jumpa walopun umah dia dekat gila dengan umah saya. Sangat kesian kan? Dia sekarang menuntut di salah sebuah universiti tempatan. Dia sangat suka menyakat saya sampai kadang kala saya rasa macam nak baling periuk belanga kat dia. Tak per, saya baling dalam mimpi jer. Bukan di alam realiti. Dia jugak merupakan rumate kepada kawan baik saya. Dan mereka berdua mempunyai beberapa persamaan yang sangat ketara (aku tataw nak guna perkataan len yang sesuai) Sangat suka menyakat saya, suka buat saya ketawa, sangat tinggi (alar, hang tak leh lawan tinggi zul. kah kah kah) belaja dalam course serta kelas yang sama, suka buat gila-gila sampai saya pun tergila-gila skali dan mereka sama-sama rabun. muahahaha.

Sebenornya tak banyak sangat saya taw pasal encek Firdaous nih. Dan saya pun takut-takut berani jer citer pasal dia di blog saya. Rasa cuak cuka cuki pun ada gak. Rasanya dah banyak sangat saya bercerita tentang diri dia. Nanti citer banyak-banyak, Siti Nurhaliza jeles pulak. Tak pasal-pasal kena tido luar sebab dia kunci bilik. Yang, you jangan kunci pintu bilik k... I tak nak tido dengan si Muncet, nak tido kat katil sebelah you. kah kah kah. Kalau I tido luar, nanti lipas-lipas tuh datang ngorat I, saper nak tolong sembur Ridsects kalau bukan you? You kan superhero I. kah kah kah. Sah, lepas baca nih, ada orang yang muntah. eerr... By da way, terima kasih kerana menahan muntah sepanjang proses pembacaan perenggan terakhir yang sangat... eerr... membunuh nih. Nak letak gambar dia, kena mintak izin dulu. Kalau dia bagi green light, bulehlah anda suma tengok jejaka Taiping nih. haha. Tengok sekali pandang jer, tak leh dua kali pandang. Nanti jatuh cinta susah. kah kah kah (confirm. lepas nih dia dengan rumate dia berganding bahu secara berduet tanam cik tika idup-idup kat Gua Tempurung)

No comments: