Saturday, January 24, 2009

fuuh... fuuh... fuuh..

Salam sayang suma. Kadang-kadang kita kena buat satu keputusan yang sangat penting dan sangat sukar apabila berkaitan dengan hati dan perasaan. isk isk isk. Punya lar konpius sampai terkeluar satu introduction entry yang sangat poyo. Sapa-sapa baca confirm rasa meluat. haha. Ok ok, mari pulang ke pangkal jalan. Nampaknya soklan tag memonopoli kebanyakkan entry di blog saya. Dan sudah pasti, soklan tersebut datangnya daripada insan yang comel lagi tinggi iaitu Miss Aiman. Sakan nooh hang Man, mentang-mentang hang taw aku suka buat tag. Dengan selamba jer beliau mentag aku. Tapi tak pa, akan ku redah lautan berapi demi memenuhi permintaan insan comel tersebut. Soklan tag kali nih agak... eerr... berbaur kontrobesi kontroversi. Segan nak bagitu pun ada gak.

7 lelaki yang pernah anda minati (wat da hal punya soklan)

hahahaha. Cik Tika penah minat lelaki? hahahaha. Jom usha sapa lar lelaki-lelaki malang tersebut.

:: Senior saya masa saya darjah 2. Senior saya darjah 3. kah kah kah kah. Dia merupakan kawan baik kepada abang kawan saya. Kecik-kecik lagi gila punya gatal. Sapa suruh budak tuh gila punya comel sampai saya terminat-minatan sama dia.

:: Semasa baru sahaja melangkah masuk tingkatan 1. Jugak seorang senior saya yang berada di tingkatan 5. kah kah kah kah. Muka dan ketinggiannya sangat menarik minat saya.

:: Masih lagi di zaman persekolahan. Ketika saya di tingkatan 2. Jugak meminati seorang senior saya di tingkatan 3. kah kah kah kah. Bagi saya, muka dia sangat iras salah seorang ahli kumpulan Linkin Park padahal majoriti kawan-kawan saya kata muka dia tak sama langsung. Wat to say, love is blind. By da way, dia seorang Chinese. Sebagai tanda saya sangat mengadmire beliau, saya bagi ucapan good luck untuk PMR kepadanya. Bagi dalam hati dan mimpi sahaja. Tidak pada alam realiti.

:: Jeng jeng jeng. Semasa di tingkatan 3, masa nih tengah tergila-gilakan seorang pelakon Korean, Kim Jae Won. Natijahnya, saya pun terpikat-pikat pada seorang senior saya (senior lagi) yang berada di tingkatan 6 atas. Sanggup datang awal, lepak-lepak kat koridor semata-mata nak tengok dia lalu tepi kelas saya. Kelas saya berhampiran dengan tangga yang menuju ke kelasnya. Satu hari, dia bertugas jaga kelas saya semasa suma cikgu mesyuarat. Apa lagi, bunga-bunga cinta pun mula mekar di hati. oohh. Tersengih-sengih sambil buat keja yang cikgu bagi. kah kah kah kah. Gila punya jiwang karat saya masa tuh. For your information, dia jugak seorang Chinese.

:: Ehem ehem. Normal lar tuh, masa tingkatan 5, hormon-hormon remaja sedang rancak bergelora. Akhirnya, saya meminati seorang lelaki sebaya dengan saya setelah sekian lama taste saya lebih kepada senior. kah kah kah kah. Gila punya taste. Budak skolah saya, Mr Ump (ekin, wani, fiza, ain dan yah, ingat tak lagi Mr Ump nih? hahahaha) Seorang lelaki biasa, sangat biasa sehingga mempunyai kebolehan merempit yang sangat luar biasa, 1 00 km/j semasa mahu ke skolah. Itu baru nak pegi skolah. hahahaha. Namun begitu, saya digosipkan dengan orang lain, iaitu senior saya (senior lagi. tadak orang len ker) sampai sekarang.

:: Bila umo dah makin meningkat, taste pun makin meningkat. hahaha. Mahu seorang lelaki kaya, banyak duit. muahaha. Taste yang sangat syaitonnirrajim. Tak de lar. Acah jer. Saya meminati lelaki yang memakai uniform ketika bertugas. Contohnya polis, tentera (ehem ehem), assistant medical officer (ehem ehem ehem) dan lain-lain. Mungkin setiap hari saya melihat ayah saya memakai uniform ketika pegi bertugas. Sedikit sebanyak mempengaruhi taste saya. Sapa lelaki yang beruniform yang saya minati? ehem ehem. Biarlah rahsia. Ramai tuh. hahaha. Gila punya keji, pasang ramai. Juru xray buleh masuk dalam list, bila dah pakai uniform nanti. hahaha. Just kidding.

:: Buat masa sekarang, tidak ada lelaki yang saya minati. Sangat kesian kan? Biarlah saya selesaikan dulu pengajian saya di UNIKL RCMP dengan cemerlang. Kemudian tuh, baru lar nak cucuk jarum. hahaha. Bukan takat cucuk jarum, masuk meminang, kawin terus pun boleh. hahaha. Gila punya pengakuan. hahaha. Gelak lagi. Tapi kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan.

7 lelaki yang pernah meminati anda (mana lar aku taw sapa minat aku. apa punya soklan daa)

eh eh eh. Ada ker lelaki minat Cik Tika nih? hahahaha.

:: Kawan baik saya. Kami masih muda dan saya masih lagi saya seorang budak hingusan yang bakal mempuhi satu perjalanan jauh. I think masa tuh kami masih lagi di skolah rendah (gila punya gatal. kecik-kecik lagi dah kalut nak bercinta)

:: Tak ingat masa nih darjah berapa. Kawan-kawan dia bagitaw yang dia minat saya tapi saya bagitaw stret to da point yang saya tak suka sapa-sapa pun kat skolah masa tuh. Saya bagitaw kat dalam makmal sains. fuuh. Sungguh saintifik sekali kenyataan saya sampai masuk pasal molekul, alkohol, periodic table, momentum, radiation protection, radiation physics (woih. budak skolah rendah mana blaja pasal radiation nih) dan lain lagi-lagi. Gila kan saya masa tuh? Sampai sapa-sapa yang baca pun kena tipu secara gila-gila. hehe. Biasa lar, budak-budak lagi. Tak dapat berfikir dengan matang lagi. Nak lintas jalan raya pun kena pegang tangan ibu bapa. Budak besar tak yah pegang (?)

:: Semasa saya di tingkatan 5. Masa tuh dah dekat sangat dengan SPM. Sorang BUDAK KECIK nih (sila amek perhatian; BUDAK KECIK) telah melakukan satu keja gila sampai saya malu dengan masyarakat awam. eerr... tak lar sampai dah tak de rasa mahu hidup lagi kat muka bumi nih. Dia buat pengakuan. adeh. Saya kata saya tak kenal dia, tapi dia kata dia kenal saya dah lama cuma saya jer tak perasan kehadiran dia. huiks. Dia kenal saya masa saya tingkatan 4 lagi, dalam bas skolah (ntah celah mana plak dah lar dia nampak aku dalam bas penuh macam tin sardin tuh) Saya tak bagi respon pun. Sebenornya saya hampir-hampir terpedaya dengan ke"mature"an wajahnya. Rupa-rupanya dia baru tingkatan 4 dan saya pada masa tuh tingkatan 5! Tingkatan 4 weih! (cik tika terus pengsan secara bergaya) Inilah sebabnya saya kata BUDAK KECIK. Dia belaja di sekolah berhampiran dengan skolah saya. So, don't judge a person by da way he looks.

:: Semasa saya di sem 1. Semasa dalam perjalanan balik ke hostel, saya bersms dengan dia. dan saya telah menaip satu ayat yang agak sentap. Disebabkan ayat sentap tersebut (ayat sentap tak dak dalam kamus tatabahasa) dia akhirnya mengaku rasa isi hati dia terhadap saya setelah sekian masa memendam rasa. Saya agak terkejut walopun ada sedikit rasa kecewa bila mengetahuinya. Saya kecewa kerana hampir setahun dia tidak jujur dengan saya. Tapi saya sememangnya sudah mengetahui yang dia tidak jujur terhadap saya. Tak perlulah saya described siapa dirinya. Hanya saya boleh katakan dia jauh di selatan, saya di utara. Dah lar tuh. Maleh nak citer banyak. Let's proceed to next point :)

:: Semasa saya di sem 1 dan dia di sem 2. See. Hidup saya tak boleh lari daripada dikaitkan dengan senior. Ini pun gila jugak. Dah lar saya tak kenal dia, tapi dia kenal saya. Dan saya sangat musykil sapa lar bagi nombor telefon kat dia. Mula-mula ingat dia kawan lama saya tetapi sangkaan saya silap. Rasa menyampah pun ada jugak. Kesimpulannya, tak payah layan. kalau tak layan, tak menjadi. Juru xray, lepas pakai uniform, baru buleh masuk line. kah kah kah.

:: Jugak semasa saya di sem 1. Semasa saya pegi praktikal di Hospital Batu Gajah. Kami berkenalan semasa saya dan dia bertugas di wad yang sama, iaitu di wad lelaki. Bila dia menyatakan hasrat hati, saya tolak dengan cara baik. Sekarang kami lost contact. Tapi akan ku kenang beliau dalam lipatan memori. kah kah kah kah.

:: Sekali lagi semasa saya di sem 1. Saya tidak penah mengenali dirinya tetapi dia kenal saya. Selalu jadi macam tuh. haih. Dia kata kalau saya tengok dia, saya kenal dia. Dan dia telah lama perhatikan saya, cuma saya yang tak penah nak perasan (bukan sebab saya perasaan comel atau cantik or watever) Dia taw rumah saya di mana, kereta ayah saya dan tempat transit saya sebelom pulang ke Kedah. Sungguh misteri. Tapi sekarang kami lost contact sejak saya tak layan. Dia sangat menyeramkan. Kalau tak layan, tak jadi.

7 orang untuk ditagged

Yang ada dalam senarai rakan blog saya. Jika singgah di blog saya, sila-silakanlah membuat tag nih. Saya maleh bebeno nak tuju stret to da point.

Banyak betol saya gelak dalam entry kali nih. Macam tak penah gelak seumur hidup. Kalau saya gelak, pokoknya saya tak serius. hahaha (tengok. gelak lagi) First time buat pengakuan berani mati. kah kah kah. Kebyakkannya kejadian accidentally in love, kah kah kah, orang perasan dengan kehadiran saya tapi saya tak pun perasan dengan kehadiran serta kewujudan dorang. kah kah kah. Seperti yang saya katakan, saya bukannya perasaan cun or syok sendiri tapi saya mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak memerasani kehadiran dorang. Sebab saya rabun. Memang lumrah orang rabun susah nak cam orang lain. Kalau gajah lalu depan saya dengan kejauhan 3 meter, belom tentu saya perasan itu adalah gajah. Mungkin saya akan kata, "weih, ada keta kebal lalu lar..." walopun hakikatnya itu adalah gajah. Kesian kan? eerr. Maw pegi sambung study secara psiko-psikoan pasal psikologi. Lepas cuti ada test. Dan nak siapkan speech untuk subjek BI. Until then, tata :)

1 comment:

aimanjafre said...

cik tika ooo cik tika..
aku tau ang slalu kat koridor klass sbb nak usha jejaka jejaka kehensengan!! wakaka

kadang kadang aku lalu dan aku baibai kat ang serta wanis serta piza tapi ampa wat tak pedulik jak!!! aku kegeramaaannn!!! lani baru aku tau upanya ampa semua bukan rabun!!!

hakhak