Saturday, January 03, 2009

bila bulan mengambang...

Salam. Sedih dan pilu. Sayu sangat. Tak gembira. isk isk isk. Apalah nasib aku yang merantau jauh di bumi orang. eleh. Jauh lar sangat. Padahal duduk dalam bas, tak sempat nak rasa boring dah sampai Kedah. haha. Hari nih aku balik ke Ipoh. Barang-barang untuk bawak balik hotel hostel dah beli. Banyak macam tak nak balik umah dah. Kawan-kawan yang lain masih lagi boleh bergembira goyang kaki sambil tengok tv dengan suka ria. Jeles jeles. Aku dan beberapa orang kawan yang lain dah siap sedia untuk pegi berjuang mempertahankan negara di perbatasan. eh eh. Bukan. Siap sedia untuk menyibukkan diri dengan Minggu Haluan Siswa 2009 yang akan bermula esok, 4 Januari. Nak sambut orang baru kat kolej. Siap lar hampa, aku taji hampa suma cukup-cukup. Muahaha *gelak dengan nada keji* Ish ish. Tak baik hell budak-budak baru. Aku kan senior penyayang. haha.

Tak lama lagi jugaklah, aku dan kawan-kawan tak boleh duduk goyang kaki, kepala dan sebagainya. Sebab apa? Sebab tak lama lagi semester baru akan bermula. Yeah baby! Seronoknya! Seronoknya! T_______T (sila baca ayat tersebut dalam inversi) Macam besa, lepas cuti lama-lama, duduk umah goyang kaki, memang aku liat dan malas nak mulakan kembali ke rutin harian sebagai seorang pelajar. Aku rasa sangat malas nak mulakan kesibukkan hidup selepas lama berpoya-poya di umah dengan tenet dan Astro. Balik kolej terus sibuk (minggu haluan siswa lar nih) Taun baru, semester baru, boifren baru pasti akan membuatkan aku tak keruan. Dengan subjek yang lebih mencabar zahir dan batin serta mampu mengoncang minda. Mudah-mudahan aku dapat merebut tempat di hati senarai Dekan. Amiin.

Dan bila semester baru bermula, mungkin aku jarang update buat seketika. Sebab aku nak pegi berhibernasi di Alaska. Nak tangkap ikan dengan penguin. huiks. Apa kaitan penguin dengan semester baru? Dah dah. Mari kembali ke pangkal jalan. Aku akan menyepi sketika dari arena pengonlinean. Mungkin dalam jangka masa yang panjang. Mungkin pendek. Ataupun korang pilihlah jangka masa yang korang suka. Kalau nak pilih jangka lukis pun buleh jugak. Tulang rangka ker. Sapa yang nak tunggu macam pungguk rindukan bulan, tunggu lar. Bukannya dapat hadiah pun.

No comments: