Thursday, January 29, 2009

amboi...amboi...amboi...

Salam sejahtera suma. Aku memang tensen betol. Sangat tensen. Rasa macam nak menjerit biar satu negeri Perak dapat dengar. Biar bergegar Medan Gopeng sampai tayar-tayar bas pun buleh meletop. Punyalah hebatnya frekuensi suara aku. kah kah kah. Sakit ati bila mengadap cermin.

Cantiknya jerawat tumbuh riang mekar mewangi kat muka aku macam bunga morning glory di pagi hari. Suka ati dia jer buat muka aku nih kawasan jajahan takluk yang mutlak. Sangat geram. Jerawat-jerawat tersebut boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna serta kesakitan. Kalau diikutkan ati aku yang tengah geram nih, nak jer aku gadai suma jerawat nih dekat kedai pajak gadai. Tu pun kalau buleh digadai. Dah tuh, tumbuh tak bagi hasil lumayan pulak. Bagi aku sakit ati ada lar. haih. Memang bagi muka aku nampak macam nenek kebayan. eeii. Tak nak lah muka nenek kebayan Sangat menyeramkan. Jerawat nih pun tumbuh maybe sebagai signal yang aku bakal menjadi wanita (eceh). Coming soon. So, kena standby.

Kali nih jerawat datang secara berduet dengan sakit kepala. adeh. Rasa macam nak pegi hentak kepala kat bucu sinki kat dapur. Mana taw ko-kot kurang sikit sakitnya (woih. tu bukan mengurangkan sakit, menambahkan sakit ada lar) Nasib baik stok PCM ada lagi. Tu pun kalau 2 3 kali telan abes lar. Nih pun dah start rasa macam nak demam. Siang tak rasa pun macam tuh, malam jer. aik. Baru balik hostel dah nak demam? Homesik ker? Tapi aku rasa bukan sebab homesick. Maybe sebab sales yang sedang berlaku secara berleluasa dan gila-gilaan. Ataupun sebab ada test. Tak pun sebab presentation dan assignment yang tak penah abes. Ntah-ntah sebab aku nak kuat macam Pepaya kot sebab makan banyak limau (woih. melampau tuh. makan limau buleh jadi macam pepaya) eh. Ok per. Pasni buleh lar aku tukar nama macam superhero. kan dah dapat kuasa baru. Tukar nama jadi Tikapepaya. Tak sedap. Tikatomatoman. Pun tak sedap jugak. Tika dot com dot my (ok. ini kes lain) hhmm. Aku rasa tak payah lar tukar nama. Nama aku yang asal dah best.

Haiyoh. headache makin menjadi-jadi lar. Jadi apa? Tak jadi apa-apa. Masih dalam struktur asal. Takkan bertukar menjadi bentuk tong gas ataupun guli. Takkan jadi. So, tak payah penat imagine yang bukan-bukan. haha. Sakit kepala macam ada band pancaragam tengah ketuk drum dalam kepala. (oh. I really miss the parade. Miss you too Suren. haha. Ok ok. Aku jugak merindui choir team) Sangat tak selesa. Berdenyut-denyut seperti kenderaan mahu perang.

Datang kolej pun dah macam orang tak betol jer. Macam zombie. Tapi aku tak nak jadi zombie. Sangat menyeramkan. Aku benci zombie. Kalau aku nampak zombie dari jauh, aku akan fire dia. Tak der fire, aku bom dia guna meriam. Nanti kalau virus zombie merebak dan aku pun jadi zombie yang comel (?) akan ada entry di blog aku yang tanpa ati dan otak. Ati dan otak pegi mana? Dah kena makan dengan zombie. Bila tidak ada ati dan otak, maka tiadalah entry yang penuh dengan kasih sayang. Korang pun tak dapatlah baca entry merepek tapi kaya dengan ilmu pengetahuan serta kasih sayang. Tengok. Betapa besarnya impakzombie dalam kehidupan seharian. aik. Zaman sekarang ada zombie ker? Memang ada. Penagih dadah. So, kita kena hapuskan zombie demi masa depan entry yang gilang gemilang.

Aku rasa baik aku berenti dulu. Kang lagi banyak aku merepek. Pesanan aku kepada suma warganegara Malaysia mahupun warganegara yang lain, sebelom tido basuh kaki. Kalau tak nak basuh kaki, basuh kepala. Tak nak basuh kepala, basuh otak (brainwash) kalau naik bas awam, jangan lupa bawak duit syiling. Kalau naik motorsikal, jang lupa pakai helmet. Tak dak helmet, pakain kulit tembikai, tak pun sabut kelapa pun buleh jugak. Oleh itu, kesimpulan untuk entry kali nih, majulah sukan untuk negara. Sekian. Terima kaseh keranha sudi membuang masa anda membaca repekkan saya. Ingatlah, masa itu emas. Time is gold. Tapi ikan emas bukan emas. Adious suma.

No comments: