Thursday, January 29, 2009

amboi...amboi...amboi...

Salam sejahtera suma. Aku memang tensen betol. Sangat tensen. Rasa macam nak menjerit biar satu negeri Perak dapat dengar. Biar bergegar Medan Gopeng sampai tayar-tayar bas pun buleh meletop. Punyalah hebatnya frekuensi suara aku. kah kah kah. Sakit ati bila mengadap cermin.

Cantiknya jerawat tumbuh riang mekar mewangi kat muka aku macam bunga morning glory di pagi hari. Suka ati dia jer buat muka aku nih kawasan jajahan takluk yang mutlak. Sangat geram. Jerawat-jerawat tersebut boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna serta kesakitan. Kalau diikutkan ati aku yang tengah geram nih, nak jer aku gadai suma jerawat nih dekat kedai pajak gadai. Tu pun kalau buleh digadai. Dah tuh, tumbuh tak bagi hasil lumayan pulak. Bagi aku sakit ati ada lar. haih. Memang bagi muka aku nampak macam nenek kebayan. eeii. Tak nak lah muka nenek kebayan Sangat menyeramkan. Jerawat nih pun tumbuh maybe sebagai signal yang aku bakal menjadi wanita (eceh). Coming soon. So, kena standby.

Kali nih jerawat datang secara berduet dengan sakit kepala. adeh. Rasa macam nak pegi hentak kepala kat bucu sinki kat dapur. Mana taw ko-kot kurang sikit sakitnya (woih. tu bukan mengurangkan sakit, menambahkan sakit ada lar) Nasib baik stok PCM ada lagi. Tu pun kalau 2 3 kali telan abes lar. Nih pun dah start rasa macam nak demam. Siang tak rasa pun macam tuh, malam jer. aik. Baru balik hostel dah nak demam? Homesik ker? Tapi aku rasa bukan sebab homesick. Maybe sebab sales yang sedang berlaku secara berleluasa dan gila-gilaan. Ataupun sebab ada test. Tak pun sebab presentation dan assignment yang tak penah abes. Ntah-ntah sebab aku nak kuat macam Pepaya kot sebab makan banyak limau (woih. melampau tuh. makan limau buleh jadi macam pepaya) eh. Ok per. Pasni buleh lar aku tukar nama macam superhero. kan dah dapat kuasa baru. Tukar nama jadi Tikapepaya. Tak sedap. Tikatomatoman. Pun tak sedap jugak. Tika dot com dot my (ok. ini kes lain) hhmm. Aku rasa tak payah lar tukar nama. Nama aku yang asal dah best.

Haiyoh. headache makin menjadi-jadi lar. Jadi apa? Tak jadi apa-apa. Masih dalam struktur asal. Takkan bertukar menjadi bentuk tong gas ataupun guli. Takkan jadi. So, tak payah penat imagine yang bukan-bukan. haha. Sakit kepala macam ada band pancaragam tengah ketuk drum dalam kepala. (oh. I really miss the parade. Miss you too Suren. haha. Ok ok. Aku jugak merindui choir team) Sangat tak selesa. Berdenyut-denyut seperti kenderaan mahu perang.

Datang kolej pun dah macam orang tak betol jer. Macam zombie. Tapi aku tak nak jadi zombie. Sangat menyeramkan. Aku benci zombie. Kalau aku nampak zombie dari jauh, aku akan fire dia. Tak der fire, aku bom dia guna meriam. Nanti kalau virus zombie merebak dan aku pun jadi zombie yang comel (?) akan ada entry di blog aku yang tanpa ati dan otak. Ati dan otak pegi mana? Dah kena makan dengan zombie. Bila tidak ada ati dan otak, maka tiadalah entry yang penuh dengan kasih sayang. Korang pun tak dapatlah baca entry merepek tapi kaya dengan ilmu pengetahuan serta kasih sayang. Tengok. Betapa besarnya impakzombie dalam kehidupan seharian. aik. Zaman sekarang ada zombie ker? Memang ada. Penagih dadah. So, kita kena hapuskan zombie demi masa depan entry yang gilang gemilang.

Aku rasa baik aku berenti dulu. Kang lagi banyak aku merepek. Pesanan aku kepada suma warganegara Malaysia mahupun warganegara yang lain, sebelom tido basuh kaki. Kalau tak nak basuh kaki, basuh kepala. Tak nak basuh kepala, basuh otak (brainwash) kalau naik bas awam, jangan lupa bawak duit syiling. Kalau naik motorsikal, jang lupa pakai helmet. Tak dak helmet, pakain kulit tembikai, tak pun sabut kelapa pun buleh jugak. Oleh itu, kesimpulan untuk entry kali nih, majulah sukan untuk negara. Sekian. Terima kaseh keranha sudi membuang masa anda membaca repekkan saya. Ingatlah, masa itu emas. Time is gold. Tapi ikan emas bukan emas. Adious suma.

Saturday, January 24, 2009

misteri mengkarate lipan di kala subuh

Salam. Seperti biasa, saya online di ym bila sudah tiada menda yang best untuk ditengok di internet ibarat habes madu sepah dibuang (apa kaitan madu dengan tenet) Biar betol cik tika nih? Punya banyak menda kat internet dia kata bosan. Cik tika, lupa amek prozac ker? Tak pun terminum 5 gelas barium sulfate? Internet kadang kala sangat membosankan walopun adanya friendster, myspace, myrakan, tagged, facebook, fotopages dan lain-lain yang sama spesis dengannya. Tapi internet terlalu amat sangatlah tidak bosan dengan adanya blog. kah kah kah. eerr. Tak nak gelak pun tak per. Tak lawak pun. Kalau kesian kat saya, tolonglah gelak. Eceh. Ayat menagih simpati. Simpati jer, bukannya menagih dadah mahupun menjual choki-choki. huiks. Dadah punya jasa, choki-choki dapat nama. Dah dah. Mari pulang ke pangkalan pangkal jalan.

Tidak banyak yang saya buat hari nih. Cuma menyiapkan peta minda subjek radiation protection dan mencari bahan serta journal untuk assignment behaviour science. eh eh. Ekceli, saya nak citer pasal menda lain, tetiba tersasar pulak. Kuew teow sup punya pasal lar nih (hukeleh, dia yang melalut lebih, salahkan kuew teow sup pulak. tika, tibai sat gi kot) Semalam saya beryming dengan seorang kenalan. Ntah macam mana, saya buleh terbagitaw dia yang saya akan menulis tentang dirinya di sini pada hari ini. ahaahh. Saya akan kotakan kata-kata saya. Beliau pun macam excited jer. kah kah kah.

Namanya Firdaous (weih, aku buh nama low profile hang ja. kang klo buh nama glemer, ramai plak orang nak berkenalan dengan hang. dah tak tenteram idop hang) Saya berkenalan dengan dia (eceh. poyo gila ayat) semasa kami sama-sama pegi menangkap jellyfish di Bikini Bottom. Ok, jangan percaya, saya tipu. Dia merupakan kawan kepada rakan baik saya. Walopun saya selalu jugaklah bersembang dengan dia di ym, tapi tak penah jumpa walopun umah dia dekat gila dengan umah saya. Sangat kesian kan? Dia sekarang menuntut di salah sebuah universiti tempatan. Dia sangat suka menyakat saya sampai kadang kala saya rasa macam nak baling periuk belanga kat dia. Tak per, saya baling dalam mimpi jer. Bukan di alam realiti. Dia jugak merupakan rumate kepada kawan baik saya. Dan mereka berdua mempunyai beberapa persamaan yang sangat ketara (aku tataw nak guna perkataan len yang sesuai) Sangat suka menyakat saya, suka buat saya ketawa, sangat tinggi (alar, hang tak leh lawan tinggi zul. kah kah kah) belaja dalam course serta kelas yang sama, suka buat gila-gila sampai saya pun tergila-gila skali dan mereka sama-sama rabun. muahahaha.

Sebenornya tak banyak sangat saya taw pasal encek Firdaous nih. Dan saya pun takut-takut berani jer citer pasal dia di blog saya. Rasa cuak cuka cuki pun ada gak. Rasanya dah banyak sangat saya bercerita tentang diri dia. Nanti citer banyak-banyak, Siti Nurhaliza jeles pulak. Tak pasal-pasal kena tido luar sebab dia kunci bilik. Yang, you jangan kunci pintu bilik k... I tak nak tido dengan si Muncet, nak tido kat katil sebelah you. kah kah kah. Kalau I tido luar, nanti lipas-lipas tuh datang ngorat I, saper nak tolong sembur Ridsects kalau bukan you? You kan superhero I. kah kah kah. Sah, lepas baca nih, ada orang yang muntah. eerr... By da way, terima kasih kerana menahan muntah sepanjang proses pembacaan perenggan terakhir yang sangat... eerr... membunuh nih. Nak letak gambar dia, kena mintak izin dulu. Kalau dia bagi green light, bulehlah anda suma tengok jejaka Taiping nih. haha. Tengok sekali pandang jer, tak leh dua kali pandang. Nanti jatuh cinta susah. kah kah kah (confirm. lepas nih dia dengan rumate dia berganding bahu secara berduet tanam cik tika idup-idup kat Gua Tempurung)

fuuh... fuuh... fuuh..

Salam sayang suma. Kadang-kadang kita kena buat satu keputusan yang sangat penting dan sangat sukar apabila berkaitan dengan hati dan perasaan. isk isk isk. Punya lar konpius sampai terkeluar satu introduction entry yang sangat poyo. Sapa-sapa baca confirm rasa meluat. haha. Ok ok, mari pulang ke pangkal jalan. Nampaknya soklan tag memonopoli kebanyakkan entry di blog saya. Dan sudah pasti, soklan tersebut datangnya daripada insan yang comel lagi tinggi iaitu Miss Aiman. Sakan nooh hang Man, mentang-mentang hang taw aku suka buat tag. Dengan selamba jer beliau mentag aku. Tapi tak pa, akan ku redah lautan berapi demi memenuhi permintaan insan comel tersebut. Soklan tag kali nih agak... eerr... berbaur kontrobesi kontroversi. Segan nak bagitu pun ada gak.

7 lelaki yang pernah anda minati (wat da hal punya soklan)

hahahaha. Cik Tika penah minat lelaki? hahahaha. Jom usha sapa lar lelaki-lelaki malang tersebut.

:: Senior saya masa saya darjah 2. Senior saya darjah 3. kah kah kah kah. Dia merupakan kawan baik kepada abang kawan saya. Kecik-kecik lagi gila punya gatal. Sapa suruh budak tuh gila punya comel sampai saya terminat-minatan sama dia.

:: Semasa baru sahaja melangkah masuk tingkatan 1. Jugak seorang senior saya yang berada di tingkatan 5. kah kah kah kah. Muka dan ketinggiannya sangat menarik minat saya.

:: Masih lagi di zaman persekolahan. Ketika saya di tingkatan 2. Jugak meminati seorang senior saya di tingkatan 3. kah kah kah kah. Bagi saya, muka dia sangat iras salah seorang ahli kumpulan Linkin Park padahal majoriti kawan-kawan saya kata muka dia tak sama langsung. Wat to say, love is blind. By da way, dia seorang Chinese. Sebagai tanda saya sangat mengadmire beliau, saya bagi ucapan good luck untuk PMR kepadanya. Bagi dalam hati dan mimpi sahaja. Tidak pada alam realiti.

:: Jeng jeng jeng. Semasa di tingkatan 3, masa nih tengah tergila-gilakan seorang pelakon Korean, Kim Jae Won. Natijahnya, saya pun terpikat-pikat pada seorang senior saya (senior lagi) yang berada di tingkatan 6 atas. Sanggup datang awal, lepak-lepak kat koridor semata-mata nak tengok dia lalu tepi kelas saya. Kelas saya berhampiran dengan tangga yang menuju ke kelasnya. Satu hari, dia bertugas jaga kelas saya semasa suma cikgu mesyuarat. Apa lagi, bunga-bunga cinta pun mula mekar di hati. oohh. Tersengih-sengih sambil buat keja yang cikgu bagi. kah kah kah kah. Gila punya jiwang karat saya masa tuh. For your information, dia jugak seorang Chinese.

:: Ehem ehem. Normal lar tuh, masa tingkatan 5, hormon-hormon remaja sedang rancak bergelora. Akhirnya, saya meminati seorang lelaki sebaya dengan saya setelah sekian lama taste saya lebih kepada senior. kah kah kah kah. Gila punya taste. Budak skolah saya, Mr Ump (ekin, wani, fiza, ain dan yah, ingat tak lagi Mr Ump nih? hahahaha) Seorang lelaki biasa, sangat biasa sehingga mempunyai kebolehan merempit yang sangat luar biasa, 1 00 km/j semasa mahu ke skolah. Itu baru nak pegi skolah. hahahaha. Namun begitu, saya digosipkan dengan orang lain, iaitu senior saya (senior lagi. tadak orang len ker) sampai sekarang.

:: Bila umo dah makin meningkat, taste pun makin meningkat. hahaha. Mahu seorang lelaki kaya, banyak duit. muahaha. Taste yang sangat syaitonnirrajim. Tak de lar. Acah jer. Saya meminati lelaki yang memakai uniform ketika bertugas. Contohnya polis, tentera (ehem ehem), assistant medical officer (ehem ehem ehem) dan lain-lain. Mungkin setiap hari saya melihat ayah saya memakai uniform ketika pegi bertugas. Sedikit sebanyak mempengaruhi taste saya. Sapa lelaki yang beruniform yang saya minati? ehem ehem. Biarlah rahsia. Ramai tuh. hahaha. Gila punya keji, pasang ramai. Juru xray buleh masuk dalam list, bila dah pakai uniform nanti. hahaha. Just kidding.

:: Buat masa sekarang, tidak ada lelaki yang saya minati. Sangat kesian kan? Biarlah saya selesaikan dulu pengajian saya di UNIKL RCMP dengan cemerlang. Kemudian tuh, baru lar nak cucuk jarum. hahaha. Bukan takat cucuk jarum, masuk meminang, kawin terus pun boleh. hahaha. Gila punya pengakuan. hahaha. Gelak lagi. Tapi kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan.

7 lelaki yang pernah meminati anda (mana lar aku taw sapa minat aku. apa punya soklan daa)

eh eh eh. Ada ker lelaki minat Cik Tika nih? hahahaha.

:: Kawan baik saya. Kami masih muda dan saya masih lagi saya seorang budak hingusan yang bakal mempuhi satu perjalanan jauh. I think masa tuh kami masih lagi di skolah rendah (gila punya gatal. kecik-kecik lagi dah kalut nak bercinta)

:: Tak ingat masa nih darjah berapa. Kawan-kawan dia bagitaw yang dia minat saya tapi saya bagitaw stret to da point yang saya tak suka sapa-sapa pun kat skolah masa tuh. Saya bagitaw kat dalam makmal sains. fuuh. Sungguh saintifik sekali kenyataan saya sampai masuk pasal molekul, alkohol, periodic table, momentum, radiation protection, radiation physics (woih. budak skolah rendah mana blaja pasal radiation nih) dan lain lagi-lagi. Gila kan saya masa tuh? Sampai sapa-sapa yang baca pun kena tipu secara gila-gila. hehe. Biasa lar, budak-budak lagi. Tak dapat berfikir dengan matang lagi. Nak lintas jalan raya pun kena pegang tangan ibu bapa. Budak besar tak yah pegang (?)

:: Semasa saya di tingkatan 5. Masa tuh dah dekat sangat dengan SPM. Sorang BUDAK KECIK nih (sila amek perhatian; BUDAK KECIK) telah melakukan satu keja gila sampai saya malu dengan masyarakat awam. eerr... tak lar sampai dah tak de rasa mahu hidup lagi kat muka bumi nih. Dia buat pengakuan. adeh. Saya kata saya tak kenal dia, tapi dia kata dia kenal saya dah lama cuma saya jer tak perasan kehadiran dia. huiks. Dia kenal saya masa saya tingkatan 4 lagi, dalam bas skolah (ntah celah mana plak dah lar dia nampak aku dalam bas penuh macam tin sardin tuh) Saya tak bagi respon pun. Sebenornya saya hampir-hampir terpedaya dengan ke"mature"an wajahnya. Rupa-rupanya dia baru tingkatan 4 dan saya pada masa tuh tingkatan 5! Tingkatan 4 weih! (cik tika terus pengsan secara bergaya) Inilah sebabnya saya kata BUDAK KECIK. Dia belaja di sekolah berhampiran dengan skolah saya. So, don't judge a person by da way he looks.

:: Semasa saya di sem 1. Semasa dalam perjalanan balik ke hostel, saya bersms dengan dia. dan saya telah menaip satu ayat yang agak sentap. Disebabkan ayat sentap tersebut (ayat sentap tak dak dalam kamus tatabahasa) dia akhirnya mengaku rasa isi hati dia terhadap saya setelah sekian masa memendam rasa. Saya agak terkejut walopun ada sedikit rasa kecewa bila mengetahuinya. Saya kecewa kerana hampir setahun dia tidak jujur dengan saya. Tapi saya sememangnya sudah mengetahui yang dia tidak jujur terhadap saya. Tak perlulah saya described siapa dirinya. Hanya saya boleh katakan dia jauh di selatan, saya di utara. Dah lar tuh. Maleh nak citer banyak. Let's proceed to next point :)

:: Semasa saya di sem 1 dan dia di sem 2. See. Hidup saya tak boleh lari daripada dikaitkan dengan senior. Ini pun gila jugak. Dah lar saya tak kenal dia, tapi dia kenal saya. Dan saya sangat musykil sapa lar bagi nombor telefon kat dia. Mula-mula ingat dia kawan lama saya tetapi sangkaan saya silap. Rasa menyampah pun ada jugak. Kesimpulannya, tak payah layan. kalau tak layan, tak menjadi. Juru xray, lepas pakai uniform, baru buleh masuk line. kah kah kah.

:: Jugak semasa saya di sem 1. Semasa saya pegi praktikal di Hospital Batu Gajah. Kami berkenalan semasa saya dan dia bertugas di wad yang sama, iaitu di wad lelaki. Bila dia menyatakan hasrat hati, saya tolak dengan cara baik. Sekarang kami lost contact. Tapi akan ku kenang beliau dalam lipatan memori. kah kah kah kah.

:: Sekali lagi semasa saya di sem 1. Saya tidak penah mengenali dirinya tetapi dia kenal saya. Selalu jadi macam tuh. haih. Dia kata kalau saya tengok dia, saya kenal dia. Dan dia telah lama perhatikan saya, cuma saya yang tak penah nak perasan (bukan sebab saya perasaan comel atau cantik or watever) Dia taw rumah saya di mana, kereta ayah saya dan tempat transit saya sebelom pulang ke Kedah. Sungguh misteri. Tapi sekarang kami lost contact sejak saya tak layan. Dia sangat menyeramkan. Kalau tak layan, tak jadi.

7 orang untuk ditagged

Yang ada dalam senarai rakan blog saya. Jika singgah di blog saya, sila-silakanlah membuat tag nih. Saya maleh bebeno nak tuju stret to da point.

Banyak betol saya gelak dalam entry kali nih. Macam tak penah gelak seumur hidup. Kalau saya gelak, pokoknya saya tak serius. hahaha (tengok. gelak lagi) First time buat pengakuan berani mati. kah kah kah. Kebyakkannya kejadian accidentally in love, kah kah kah, orang perasan dengan kehadiran saya tapi saya tak pun perasan dengan kehadiran serta kewujudan dorang. kah kah kah. Seperti yang saya katakan, saya bukannya perasaan cun or syok sendiri tapi saya mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak memerasani kehadiran dorang. Sebab saya rabun. Memang lumrah orang rabun susah nak cam orang lain. Kalau gajah lalu depan saya dengan kejauhan 3 meter, belom tentu saya perasan itu adalah gajah. Mungkin saya akan kata, "weih, ada keta kebal lalu lar..." walopun hakikatnya itu adalah gajah. Kesian kan? eerr. Maw pegi sambung study secara psiko-psikoan pasal psikologi. Lepas cuti ada test. Dan nak siapkan speech untuk subjek BI. Until then, tata :)

Friday, January 23, 2009

mari baca! mari baca!

Salam ceria suma. Ekceli... ekceli... ekceli... (woih. berapa banyak ekceli nih) ekceli... ekceli (tengok tuh, taip ekceli lagi. tika, tibai sat gi kot) saya dah lupa camner nak buat tag. Nasib baik memory saya ok lagi walopun kurang stabil. Kali nih kena jawab soklan tag yang super duper panjang. Dan seperti biasa jugaklah, tiada insan lain yang akan tag saya kalau bukan, Miss Aiman.

p/s Man, hang cuti skolah sampai bila?

35 Little Secrets
Be honest no matter what!

[1] Who was your last text from?
=> Maxis. Kredit hampir tamat tempoh. aiseh T__T eerr. Pok Nik, topup cam bese ek *blushing*

[2] Where was your default pic taken?
=> Di tepi kandang harimau bintang. hoho. Saya sangat berani. Tak lar. Di Bukit Merah.

[3] Your relationship status?
=> Saya setia pada yang lapan (?) Sebab itu saya masih lagi single mingle and available. Mr Bunga, mau masuk line ka? haha. haip. Dah, pegi buat keja. Jangan asyik nak bergayut kat telefon jer.

[4] Have you ever lost a close friend?
=> No and i dun want to.

[5] What is your current mood?
=> Tensi. Tensi assignment tak abes lagi, campur ngan tensi pasal menda lain. Luckily, mak ada bagi support.

[6] What's your brother's name?
=> Naim. Fakta : tak nampak macam adek pun.

[7 ] What's your favorite color(s)?
=> Warna eskrem Paddle Pop. haha.

[8] Where do you wish you were right now?
=> Nak belasah sorang senior saya. Pendam jer perasaan geram nih sejak dari orentasi masa saya sem 1 lagi. Mula-mula memang nak belasah dia dengan bersungguh-sungguh guna sudu besi tapi bila tengok badan dia yang besar, tinggi lagi taf, pastu bandingkan plak dengan saya, terus KENSEL niat keji saya tuh.

[9] Have a crazy side?
=> Yes. Tak caya tanya lar kawan-kawan saya. Bila dah datang angin gila saya, tak daya dah nak tahan. And love to break rules. I love it! walopun kat luar nampak macam budak skema, diriku sebenar ku jua tahu. haha.

[10] Ever had a near death experience?
=> No. But in da future, everyday I've to face wit people who are fighting for their life. So, get your mentally and physically prepared, Tika! 1 down, 5 more to go! Chaiyok! Chaiyok!

[11] Something you do a lot?
=> study, study, study. Lumrah hidup sebagai seorang primadona. eh. Silap. Seorang pelajar.

[12] Angry at anyone?
=> No and i dun want to do so.

[13] What's stopping you from going to the person you like?
=> hurm. I dunno. I'm more into "tanpa ati dan perasaan" bila tengok orang. Mungkin dia buat sumting dat makes me feels like want to bury him/her alive at Gunung Jerai.

[14]When was the last time you cried?
=> Minggu lepas kat Medan gopeng sebab tiket bas balik Kedah dah abes. Meraung-raung macam daineso sampai Ida kena panggil polis tuk tenangkan saya. kah kah kah. Acah jer. Mana ada nanges lar. Over taw kalau buat macam tu. Dah tak ingat bila kali terakhir menanges.

[15] Is there anyone you would do anything for?
=> Family, friends and sumone important in my life.

[16] What do you think about when you are falling asleep?

=> alar. Esok kena pegi kuliah. Malasnya. Oleh itu, wahai junior-junior yang ku "sayangi", jangan contohi senior awak sorang nih.

[17] Who was the last person you talked to on the phone?

=> Mr Bunga. ehem ehem. Sudah lama tidak bersua dan bertanya khabar. Jangan lupa bagi angpau kat budak skolah sorang nih yer. And, bila pegi outstation, jaga diri dan mata k. Jangan asyik nak usha awek Sabah jer. Tak jeles pun.

[18] What are your favorite songs?

=> Many many many.

[19] What are you doing right now?

=> Tengah buat tag sambil jari-jemari mengetuk papan kekunci dan mata melihat skrin komputer.

[20] Who do you trust right now?

=> Sumone dat I noe i can trust him/her.

[21] Where did you get the shirt you are wearing?

=> Kat kedai. hehe. Kat sekolah. Baju persatuan di kala zaman muda-mudi.

[22] Have you kissed someone in the past week?

=> Harimau kumbang. huiks. Harimau lagi. Tak lar. Saya kiss Dementor. hoho. Lagi bahaya. haha. Jangan caya. Didn't kiss anyone. Just kiss my teddy bear, Si Muncet, given by him.

[23] What is your lucky number?

=> 2, I guess.

[24] Who are your friends that are closest to you?

=> wani, farhana, yah, fiza, ekin, ain, zana, ida, kak imah, ika, raihan, akma, farah, wanie, kak lin, kinah and many more.

[25] Describe your life in one word.

=> Enjoy. Sykur sangat.

[26] Who are you thinking of right now?

=> Mr Cadaver. Tak nyesal kalau tak jumpa dia. Tapi saya nak jumpa dia. Demi masa depan anatomy aku menjadi gilang-gemilang. Mereng ke apa aku nih. Dalam punya ramai orang, Mr Cadaver kat bilik anatomy jugak aku teringat. ceh. Mr Cadaver, please don't come into my dreams. p/s sapa-sapa tak taw apa itu cadaver, meh sini cheq nak habaq mai. Cadaver tuh MAYAT yang budak-budak perubatan selalu guna tuk blaja anatomy. sekian. terima kaseh.

[27] What should you be doing right now?

=> Siapkan assignment. Tapi lain pulak yang saya buat.

[28]If you could wish for something over a birthday cake right now what would it be?

=> Money. Untuk shopping macam Paris Hilton walopun saya sebenornya saya nih lagi best daripada dia. haha. Shopping bukan menda yang penting sekarang nih. Perkara utama sekarang adalah bayar yuran pengajian (RM5 k per semester) dan yuran pengangkutan dan penginapan asrama (RM1 k ++ per semester) See. Bukan aku kedekut tak tentu pasal k. Aku bukan kedekut tapi berjimat-cermat.

[29] What are you listening to?

=> Friday Night by lily allen. Nice song.

[30] Who was the last person who gave you a hug?

=> Zura, masa kat Medan Gopeng sebelom dia balik Shah Alam. Pastu tinggal lar sorang-sorang kat situ. isk isk isk T___T

[31] Who was the last person who yelled at you?

=> Can't remember. Rasanya tak dak kot.

[32] Do you act differently around the person you like?

=> Of course. Tersipu-siput malu. haha. Just being normal.

[33] What is your natural hair color?

=> Warna-warni cam eskrem Paddle Pop. eh. Tak lar. Mesti lar kaler rambut Melayu asli, hitam. Kalau betol kaler macam eskrem Paddle Pop, confirm. Mak saya pengsan tengok.

[34] Who was the last person to make you laugh?

=> Ida. Tak daya nak tahan gelak kalau duduk dengan dia.

[35] Who will be tagged by u?

=> Everyone in my friend's list. Buat, jangan tak buat.

saja jer update. hahh. yang len tu bila nak update?

Salam ceria suma di samping limau-limau yang masam-masam manis dan angpau merah menyala. Merah angpau bagi bomba pun konpius sampai dorang menyanyi, "ku sangkakan api marak menyala, rupanya angpau bersinar-sinar..." haha. Lama gila aku tak merepek kat blog. Aku tak lar rajin mana sangat nak menaip kat sini. Lain lar dengan budak-budak yang memang ada tenet kat umah atau asrama. Memang rajin update blog kebelakangan nih. Ada jer menda yang dorang nak citer, luahan ati (haha) isu-isu semasa dan tidak ketinggalan sesi umpatan secara bersiri. Kalau nak buat research atau assignment (alergi alergi) kena pegi library atau ICT sejak cc kat hostel dah tak dak T____T ( ~ tidak!!!) Pasni terpaksalah berbroadband.

Dekat sebulan blog nih tak diupdate. Terlalu lama sampai bersawang blog aku nih. Dah macam umah drakula. Umah drakula pun tak bersawang macam blog aku nih. Sesuka ati jer labah-labah tu bermaharjalela buat sawang. Aik. Macam mana labah-labah boleh ada kat blog? Nampak sangat terlalu amat sangatlah aku tak bertenet sampai labah-labah wujud kat blog pun aku tak taw. Kalau Spiderman or Tam spider ker duk kat blog aku tak per lar jugak. Ini si labah-labah berbulu lagi menggerunkan yang ada. ish ish ish.

Banyak informasi dan berita panas (ehem) yang aku nak kongsikan bersama serta perkembangan diri.

  1. Minggu pertama bulan Januari sibuk dengan aktiviti untuk Minggu Haluan Siswa sebelom budak-budak junior ke Pulau Pangkor untuk orentasi yang dikendalikan oleh pelajar perubatan (jeles betol aku. orentasi aku buat kat Lenggong yang dikelilingi ladang kelapa sawit. sungguh tak aci)
  2. Sudah naik pangkat. wohoho. Tiba-tiba rasa diri sangat matang dan dewasa. eerr. Sebelom nih masih lagi rasa diri sangat adorable, just like kids (muntah muntah)
  3. Belanjawan untuk bulan pertama berjaya! yeah baby! berjaya berbelanja tanpa melebihi kelajuan yang dibenarkan
  4. Dalam dilema. Aku SANGAT tidak suka berada dalam dilema tapi aku suka lagu Dilemma sang by Nelly and Kelly Rowland. Masalah satu nih memang tak menjana minda, apatah lagi menjana kewangan mahupun tenaga elektrik.
  5. Mahu menghabiskan cuti tahun baru cina bersama keluarga, kuar berpoya-poya dengan rakan, ngadap televisyen dan komputer, bukak tutup peti sejuk dan peluk decoder astro (?)
  6. Aku lemas! Tolong! Tolong! Somebody safe me! Assignment dan nota telah menelan aku hidup-hidup! aarrggghh! Tolong! Tolong! Ada sapa-sapa nak tolong aku buat assignment behaviour science (sains perilaku atau nama glemer lagi femes psikologi) ?! Ada tak?! Tak der. Tak per. Tika tak kisah T_______T
  7. Dan PALING PENTING (sila amek perhatian; SANGAT PENTING) aku yang baru telah kembali. Welkam back Atiqah! Welkam to da kelab bebeh!

Bajet semester baru dapat "orang baru" kat umah 2-12 tapi tak der. Mungkin bulan Julai nih baru dapat. InsyaAllah, kalau tak dak apa-apa halangan dan masalah, aku akan terus menginap di hostel yang bertaraf 6 bintang tuh walopun ramai yang nak duduk kat umah sewa. There's must be reasons why we made our choice. I had my own reasons, they had their own reasons. Tak lama mana pun nak duduk kat hostel tuh. Setaun setengah jer sebelom kena posting kat tempat lain. By da way, can't wait to have new juniors. I mean, new juniors which dat much younger than me.

Saturday, January 03, 2009

bila bulan mengambang...

Salam. Sedih dan pilu. Sayu sangat. Tak gembira. isk isk isk. Apalah nasib aku yang merantau jauh di bumi orang. eleh. Jauh lar sangat. Padahal duduk dalam bas, tak sempat nak rasa boring dah sampai Kedah. haha. Hari nih aku balik ke Ipoh. Barang-barang untuk bawak balik hotel hostel dah beli. Banyak macam tak nak balik umah dah. Kawan-kawan yang lain masih lagi boleh bergembira goyang kaki sambil tengok tv dengan suka ria. Jeles jeles. Aku dan beberapa orang kawan yang lain dah siap sedia untuk pegi berjuang mempertahankan negara di perbatasan. eh eh. Bukan. Siap sedia untuk menyibukkan diri dengan Minggu Haluan Siswa 2009 yang akan bermula esok, 4 Januari. Nak sambut orang baru kat kolej. Siap lar hampa, aku taji hampa suma cukup-cukup. Muahaha *gelak dengan nada keji* Ish ish. Tak baik hell budak-budak baru. Aku kan senior penyayang. haha.

Tak lama lagi jugaklah, aku dan kawan-kawan tak boleh duduk goyang kaki, kepala dan sebagainya. Sebab apa? Sebab tak lama lagi semester baru akan bermula. Yeah baby! Seronoknya! Seronoknya! T_______T (sila baca ayat tersebut dalam inversi) Macam besa, lepas cuti lama-lama, duduk umah goyang kaki, memang aku liat dan malas nak mulakan kembali ke rutin harian sebagai seorang pelajar. Aku rasa sangat malas nak mulakan kesibukkan hidup selepas lama berpoya-poya di umah dengan tenet dan Astro. Balik kolej terus sibuk (minggu haluan siswa lar nih) Taun baru, semester baru, boifren baru pasti akan membuatkan aku tak keruan. Dengan subjek yang lebih mencabar zahir dan batin serta mampu mengoncang minda. Mudah-mudahan aku dapat merebut tempat di hati senarai Dekan. Amiin.

Dan bila semester baru bermula, mungkin aku jarang update buat seketika. Sebab aku nak pegi berhibernasi di Alaska. Nak tangkap ikan dengan penguin. huiks. Apa kaitan penguin dengan semester baru? Dah dah. Mari kembali ke pangkal jalan. Aku akan menyepi sketika dari arena pengonlinean. Mungkin dalam jangka masa yang panjang. Mungkin pendek. Ataupun korang pilihlah jangka masa yang korang suka. Kalau nak pilih jangka lukis pun buleh jugak. Tulang rangka ker. Sapa yang nak tunggu macam pungguk rindukan bulan, tunggu lar. Bukannya dapat hadiah pun.

Thursday, January 01, 2009

posto..posto..!!!


Salam. aik. Kata tak ada entry taun baru. Abes tu, entry nih mai kot celah mana plak dah? hehe. Entry ini khas buat Encek Amir yang sudi melayangkan kad taun baru tersebut. By da way...



SELAMAT TAHUN BARU