Saturday, December 26, 2009

Shop til you drop

Salam suma.

Nasib baik kuar shopping sebelom pegi holiday tak ramai orang memandangkan bukan public holiday. Bagi student macam saya, everyday is public holiday. haha. Cuti-cuti pun dapat duit. Rasa heaven gila nak pegi shopping. Parking keta kat tempat besa. Shopping di tempat besa. Beli barang yang besa jugak. Memandangkan kena saving untuk bayar yuran taun depan, aktiviti shopping tak ingat dijayakan oleh bonda tercinta lambang anak dia sangat malas nak kuarkan duit. Kalau pegi masyarakat awam masa cuti confirm menyesal tak sudah sampai nanges satu sungai.

Parking kat tempat biasa di mana kena bayar. Entah kot celah mana nak dapat parking free kat Kuala Lumpur saya pun taktaw sebab saya bukannya taw pun jalan kat sana. Kalau setakat Kelang Lama taw lah. Tempat main masa zaman remaja. haha. Tengok parking banyak lagi yang kosong tetiba jadi tamak nak pegi bolot suma parking padahal keta kecik comel jer. Mungkin sebab tak payah berebut parking sampai nak karate keta yang parking lama-lama. Macam terlupa yang dia ada keta. hehe

Macam besa. Awal-awal dah pegang tender tukang bawak barang. Kesian kat mak pegang banyak barang padahal barang yang banyak tu barang kita. haha. Mak dah tolong bayar pun dah kira cukup bagus. Kalau boifren yang tolong bayarkan? Tunggu apa lagi. Bawak lah barang tuh. Lain lah kalau dia tak bayar. Boleh lah demand sikit bawak barang. haha.



Memang berjaya misi emak nak bershopping sakan. Tujuan utama adalah untuk membeli kain batik untuk dibuat baju kurung. Kalau tanya saya pasal kain nih memang saya surrender angkat bendera putih. Memang taktaw bab-bab kain dan saya serahkan pada yang pakar untuk memilih. Tak sangka boleh tahan jugak harga sepasang kain. Mak memborong 3 pasang. haahh. Amek kau. Sekali beli banyak. Dah lah cantik. Harga pun cantik. Sama banyak dengan elaun saya untuk sebulan. pergh. Mengalir saliva satu sungai tengok mak bayar. Dah lama mak mencari kain batik nak buat baju kurung yang memenuhi cita rasa beliau tapi tak jumpa. Bila da jumpa, da macam merpati dua tiga empat lima enam berjoli kat taman bunga. haha. Saya pun ada dapa jugak. ehem ehem. Tapi tak boleh lawan taukeh. haha.

Dan shopping perkara-perkara lain termasuk lah sebijik kamera. Tak berapa nak minat sangat pun dengan kamera. Dan jangan tanya saya pasal kamera. Memang saya tak tahu. Tiba-tiba keinginan nak memiliki kamera meluap-luap. Oleh sebab saya dah ghairah nakkan sebijik kamera, kami pun pegi ke Seksyen 18 (kalau tak silap lah. saya pun dah lupa) Kamera dulu, dinner kemudian.

Saya nakkan kamera. Bila saya kata nak ia bermaksud kena dapat dengan segera. Lagi cepat daripada masak mi segera. Senang citer wajib. Takdak sunat atau harus. Rasa macam boleh mati di tempat kejadian kalau tak dapat. Hoi hoi! Over sangat ayat tu. eerr. Maksud saya tak lah mati kalau tak dapat. Lebih kepada Badan yang tak bernyawa macam zombie. Tidak pun macam pungguk rindukan bulan. eerr. Paham tak? Kalau tak paham takpa. Ulang balik baca 40 kali. haha. Kalau tak paham jugak, ulang baca 100 kali yang disulami dengan buat lompat bintang. haha.

Pusing shopping mall yang baru bukak tapi tak jumpa kedai yang jual kamera. Kedai handphone bersepah-sepah. Tak tahu kah mereka yang saya mahukan kamera bukannya handphone? haih. Dah start nak mengamuk terjumpa kedai gambo yang tengah buat sales untuk kamera? Wow. Ada sales. hoyeh hoyeh. Mata terus mengeluarkan cahaya yang berseri-seri dan bersinar-sinar macam diamond. aik. Magik betol mata boleh bersinar-sinar. Macam mana kalau gigi bersinar-sinar? Tak payah beli lampu picit untuk waktu malam da kalau macam tu. haha

Model dan jenama yang saya minat takdak di kedai itu. Agak kecewa. Tapi tapi tapi. Saya jumpa yang lain.Not bad. Saya cerewet dalam memilih barang dan perkara-perkara yang lain walopun ia agak remeh seperti membeli pemadam dan fotostat nota. Itu merupakan sikap yang susah untuk saya buang. Tak masuk lagi kalau memilih baju, kasut dan menda alah lain. Mau jadi tugu peringatan dekat kedai. haha. Tapi bukan semua perkara saya cerewet. Dalam beberapa perkara sahaja. Sudah dapat kamera yang best. Hati pun melompat tinggi membelah angkasa raya. woohoo. Sangat hiperbola. Padahal hati duduk diam-diam dalam badan. Sangat seronok dapat kamera yang best. Best sangat. Sangat best serta perkataan lain yang sama maksud dengannya.

Sebelom berpisah (eceh) di sini saya sertakan gambo kamera 2 jam. Kenapa kamera 2 jam? Sebab saya amek masa 2 jam untuk membeli sebijik kamera yang kecik dan nipis macam kulit bawang (tipu). Sikap yang tak baik untuk kesihatan kaki yang berdiri selama 2 jam. Tambah pulak membuli secara halus salesgirl dengan meminta dia bukak tutup almari kamera banyak kali dan bagi dia naik turun kerusi untuk buka almari. haha. Walopun cerewet tetapi saya tak kedekut. See. Cerewet tak bermaksud kedekut. Tapi jangan lebih-lebih. Ku lempang jua nanti menanges satu sungai kuar abes hingus suma. eerr. Adakah ini bermotifkan ugutan? owh tidak sama sekali. Lebih kepada amaran yang penuh kasih sayang. kahkahkah.



Friday, December 25, 2009

Zaman persekolahan (klepet tajuk entry Aiman)


Salam suma.

I'm back! *menari shuffle* Bukak blog da kena tag dengan Aiman. pergh. Da lama tak buat tag. Meh kita tengok macam mana pulak tag yang beliau bagi kali nih.


Nama awak?
Nur Atiqah (ada sapa-sapa yang sama nama? ehem ehem)

Umor awak?
Isu sensitif ni. Bakal 20 taun. hukaloh. Dah beso rupanya. T_____T

Dulu awak sekolah kat mana?
eerr. Nak letak jugak ke tadika?

Pusat Tunas Islam Sungai Semambu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Sekolah Kebangsaan Kulim (Bandar), Kulim
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah (bold, underline, red. betapa pentingnya nama sekolah ni. ehem ehem. antara sekolah harian terbaik dalam Malaysia untuk PMR 2009. giler kembang idong dapat taw. seyes lah. really proud to be a Badlishan )

Awak ingat tak mula mula awak masuk sekolah, siapa tegur awak?
Entah lah. Dah tak ingat. Taw-taw dah jadi kawan. Siap boleh makan nasik lemak sama-sama kat kantin. Magik betol.

Siapa yang duduk sebelah awak sepanjang zaman persekolahan?
Kalau tanya masa tadika dengan sekolah rendah memang tak ingat sangat.

Form 1 : Brader halimunan. haha. (fakta : saya duduk kat meja abang yang bagi saya sangat menggerunkan padahal dia punya lah baik siap baby  face lagi. kahkahkahkah)
Form 2 : Dah insaf. Duduk dengan awek cun plak. Farhana Abdul Halim
Form 3 : Awek cun macam Maya Karin. Farhana Abdul Halim
Form 4 : Duduk sebelah awek cun lagi. Norhafiza
Form 5 : Hidup saya takleh lari daripada awek cun. Asikin.

Guru mana paling best?
haha. Ini soklan pilih kasih. Saya nak bagi sama rata. Suma cikgu best. Kalau bakal mentua cikgu lagi best. hehe.

Kalau awak terror, bagi nama guru Inggeris awak dari Form 1 sampai awak tamat sekolah?
Of course ingat weih. Mana boleh tak ingat.

Form 1 : Mr Chin (masih daku ingat masa nih. karangan selalu dapat markah "tinggi membelah angkasa raya" sebab grammar Bahasa Inggeris "memang cantik dibaca tapi buruk susunannya".
Form 2 : Miss Edna merangkap cikgu muzik. pergh. best giler.
Form 3 : Mr Khor (ceh. sama dengan aiman. owh. lupa plak. kami dulu satu kelas. hehe)
Form 4 : Puan Laili
Form 5 : Puan Zuriati

Siapa musuh awak time sekolah dulu?
Ada sapa-sapa yang ingin jadi yang pertama? Kalau nak meh isi borang apply. haha.

Siapa 'first crush' awak?
kahkahkahkah. Sapa insan malang tersebut. Jap jap. Nak recall balik. Owh nampaknya cubaan gagal sebab tiap-tiap taun berubah mengikut peredaran masa. haha.

Siapa kawan baik awak yang sampai sekarang berkekalan?
Farhana, Yah, Fiza, Ekin, Wani. 7 years and stronger :)

Pengalaman paling buruk di sekolah?
Jumpa pengetua sekolah. Hari-hari mesti jumpa. Oleh itu, saya mengalami pengalaman paling buruk setiap hari.

Pengalaman paling indah waktu sekolah tak dapat awak lupa sampai hari ni?
Kena rotan sebab tak buat keja sekolah. Ini lah akibatnya jadi budak notty plus degil kuasa empat belas.

Apa cita cita awak waktu zaman persekolahan?
Nak jadi angkasawan. Sila gelak dengan dengan rakus. Saya tak marah pun. Kalau ada peluru sesat singgah kat kepala jangan marah. hehe. Cita-cita saya nak dapat result terbaik dalam peperiksaan. Baik lah. Saya takmo jadi kedekut. Saya nak jadi seorang dentist sebab nak ngorat Dr Faiz Khaleed. kahkahkah. Kang ada pulak peluru sesat singgah kat kepala saya. Move!

Adakah sekarang awak dah capai cita cita awak? ataupun awak dah tukar cita cita lain?
Dah tukar cita-cita lain. Saya nak jadi kesatria baja hitam yang boleh fire raksasa guna x-ray. pergh. Best giler kalau dapat jadi macam tu. Walopun cita-cita dah berubah, saya masih lagi dapat keja kat hospital.

Sila post gamba zaman persekolahan awak yang awak paling suka. perhatian: kalau awak takde gamba waktu sekolah, maknanya awak tak enjoy zaman persekolahan awak.
Of course lah ada. Kenangan zaman muda mudi belia remaja.



Dalam gambo nih suma ada. Muka fresh SPM graduate.

Malas tag sapa-sapa. Kalau sapa-sapa ada banyak masa yang hendak dibuang, meh lah buat tag nih. Tak kena bayor pun. hehe.

Thursday, December 17, 2009

7 years and stronger

Salam suma.

Setiap kali cuti sem, memang ramai yang cuti. Ada jugak yang cuti lama tapi tak puas cuti lagi dan nak tambah cuti (macam saya) dan ada yang cuti kejap jer. Masa nih lah nak jumpa kawan-kawan yang jauh di mata dekat di hati (ce teka amenda yang jauh mata dekat di hati. kalau betol saya bagi tiket percutian 2 bulan kat rumah sendiri. hehe) Lagipun suma blaja jauh-jauh. Kalau dekat yang jalan 4 langkah dah boleh jumpa okay jugak. Ini kena langkah beribu kali sampai tercabut lutut.

Sekarang kami dah maju 4 langkah di hadapan.

Kalau dulu nak outing kena naik bas awam, sekarang outing naik keta. hehe. *muka keji*
Kalau dulu kuar tak bawak handbag, sekarang da pandai bawak handbag (macam saya)
Kalau dulu kuar pakai bedak baby, sekarang da pandai make up (bukan saya)

Sejajar dengan peningkatan umo masing-masing, jarak tempat berpoya-poya jugak telah berubah. Makin jauh selaras dengan umo masing-masing. hehe. Kali nih pegi Queensbay memandangkan kami dah lama nak pegi sana. Bukan selalu pegi sana. Boleh kira guna sebelah tangan jer. Pegi sana buat otai macam taw jalan padahal taktaw pun. Nasib baik ada duta tak rasmi Queensbay. hehe. Tu pun boleh sesat jalan jugak. adoi adoi.

Apa lah ertinya kuar kalau tak tengok movie. Memang dah jadi tradisi dan adat tiap-tiap kali kuar. Dan da jadi tradisi bertapa kejap depan kaunter tiket lambang taktaw nak tengok movie apa. Movie Melayu memang dah kuar dari senarai. Dah serik tengok movie Melayu. Memandangkan yang kuar adalah suma perempuan, maka adalah normal jika perempuan tertarik kepada lelaki. Keadaan ini adalah sama dengan penarikan magnet yang berlainan kutub. Memandangkan majoriti daripada kami ada blaja fizik kat uni, maka kami pun memilih nak tengok movie Twilight Saga : New Moon. phewit phewit. Ada Jacob! Ada Edward!

Yang lagi bestnya.

Ada 10 orang jer dalam hall tu. Dan of course lah kami yang paling ramai. pergh. Memang best. Walopun kecewa sebab iklan bersepah-sepah tapi movie lambat start, nampak muka Edward dengan si Jacob ensem tak ingat cukup untuk mengubat duka lara. hehe.

Ternyata suma terpukau tengok Jacob. Tetiba saya rasa saham Edward jatuh menjunam. Jacob the best. Kalau jumpa si Jacob ensem tak ingat dok beli popcorn memang boleh jatuh pengsan saya di tempat kejadian. Kalau jumpa orang tu (ehem ehem) bukan takat jatuh pengsan di tempat kejadian, jatuh cinta dengan jatuh hati, biji mata pun boleh jatuh. Tak masuk lagi dengan cair macam coklat. hehe.

Sayangkan Jacob ensem tak ingat ku turutkan jua,
Lautan berapi sanggup ku redahi,
Sayangkan perut sila isi-isikan jua,
Lautan manusia kat foodcourt jugak sanggup ku redahi.

Ternyata menatap wajah Jacob ensem tak ingat tak memberi kekenyangan yang berkekalan. Kami pun pi lah foodcourt nak isi perut yang dah merengek-rengek lapo. Tapi bila masuk foodcourt tetiba takmo makan. Tak rasa lapo pun. Mungkin saya dan yang lain-lain da berjangkit dengan P.Ramlee. Makan amek bau. Ini baru dikatakan ekonomi. hehe. Yang makan cuma Ekin dengan Wani. Makan pun makan jugak. Kewajipan jangan dilupakan. Tunggu Ekin abes makan then gerak pegi surau.

Agak terkilan.

Jenuh jugak kami mencari surau. Tengok signboard takdak. Last-last tanya akak yang keja kat situ. Akak tu dengan semangat citer arah nak pegi surau. Sampai kat sana, tak ramai orang. Surau pun duk agak terpencil. Kat tingkat yang sama floor dengan parking keta dan agak sunyi (bukan agak tapi memang sunyi pun) Maybe sebab kami jarang pegi sana, jadi tak biasa sangat.

Sempat jugak shopping-shopping dan sudah semstinya bukan saya. hehe. Kali ni nafsu shopping tak datang. Saya tertinggal nafsu shopping kat dalam kotak kot. Walopun tengah Y.E.S tapi saya lebih kepada N.O (nehi ongkos) hehe.

Sebelom balik singgah makan kat Padang Kota. Pekena pasembor yang ditaja oleh Wani dan Farhana. Makan pulak time ujan. pergh. Masyuk lah. Tunggu apa lagi, makan sampai muncet lambang lapo tidak terperi. Tu lar. Sapa suruh taknak makan lunch tadi. Bajet kenyang tengok Jacob ensem tak ingat. Da nama pun sedang meniti hujung usia remaja, of course lah ada sesi bergambo. hehe. Amek gambo selori dua baru gerak balik.









Masing-masing da kenyang. Kenyang perut suka hati.


Suasana pun makin romantik. eceh. Kena pulak hujan romantik turun manja-manja. Tu tandanya kena balik da sebab dah maikn lewat. Kami balik naik feri lambang semakin maju 4 langkah ke hadapan. haha. Sementara feri tengah drift kat laut, kami amek kesempatan dengan kira jellyfish. hehe. pergh. Best best. I noe. Macam tak betol jer saya nih tapi peduli apa. Bukan senang nak tengok jellyfish. Apa barang tengok dalam citer Spongebob. Rockers kapak tengok jellyfish live lah. haha.

Sampai jer kat Kulim, dapat berita gembira. Malaysia dapat pingat emas tuk bola sepak. wooohooo. Terbaik lah.

Jacob, wo ai ni. Edward, wo ai ni. Budak ensem, wo ai ni kuasa super saiya. Lagi banyak daripada si Edward dengan Jacob ensem tak ingat.

Wednesday, December 09, 2009

sekuel kerana hari ini 8 Disember

Salam suma.

Harinih memang saya cipta rekod baru. Bangun awal pagi. pergh. Kagum betol dengan diri sendiri. eh eh. Jap jap. Bukan maknanya selama nih saya bangun tengah hari rembang. Lain-lain. Saya masih bangun dalam jangka masa pagi tetapi waktu jer yang lain. Maksud saya jarum panjang dan jarum pendek pada nombor yang lain. argh. Tak best explain pasal jarum jam. Tak best pun.

Semangat nak taw result memang tak penah padam walopun saya cuba padamkan dengan minum air. Malah semakin marak. eh eh. Lupa pulak kan. Api akan jadi lebih marak bila kena simbah dengan air sebab air ada oksigen yang membantu untuk menyalakan api. Majoriti da taw rasanya fakta nih. Alar. Macam kita buat experiment sains dulu-dulu. Alar. Masa kita zaman muda beliau remaja. hehe. Kalau nak taw result mesti kena mandi dulu. Nak semarakkan lagi semangat. Bagi wangi-wangi dan comei-comei walopun cuma nak kol HEM. Kalau nak 3g lain lah. Ini nak dengar sora jer. aarrgghh. Tak kira. Kena jugak bagi comei walopun cuma kol.

Dengan lafaz Bismillah, jari jemari mulus (eceh) ini mendial nombor kolej. Setelah beberapa kali kol baru dapat. Alhamdulillah lega sangat. Seyes lah. Berdebar-debar macam ada keta kebal duk berarak dalam jantung.

HEM : Course apa?
Saya : Radiografi.
HEM : Sem?
Saya : 3
HEM : Nama?
Saya : Siti Nurhaliza (bukan nama sebenar)
HEM : Tunggu kejap iyer.
Saya : okay! (jawab dengan yakin)

5 minit kemudian ... Tapi saya rasa 10 minit jugak kena tunggu.

HEM : Alamak. PC lambat lah.
Saya : owh. yeker. (dalam hati : memang nak kena campak dalam laut agaknya pc tu)
Akak mana ntah : Adik bagi nombor telefon. Nanti kami kol balik.
Saya : Sori akak. Saya tak pakai telefon kat umah or pakai handphone. Saya pakai publicphone jer. Baru tadi install. Setakat botol air bentuk handphone ada lah. Nih nombor saya. 017 444 tekan tekan tak dapat.

Saya pun sambung sapu sampah kat rumah sambil menunggu dengan penuh sinar harapan. Kemudian Ida anta mesej. Dia da taw result. haahh sudah. Entah macam mana result saya. Ida cakap dia baru jer kol. Lepas kol terus bagitaw saya. isk isk isk. Terharunya T___________T Saya tinggalkan penyapu seperti abes madu sepah dibuang. Terus kol. Saya dah agak da. Masalah yang sama kembali berulang. Masalah semalam. Kol tak dapat. Hampeh sangat. Elok jer time saya nak mengamuk tukar jadi kesatria baja hitam pegi potong wayar telefon, dapat kol. fuuuh. Lega. Okay okay. Da dapat kol, transform balik jadi manusia atau lebih spesifik seorang gadis yang ... yang ... eerr ... *bunyi cengkerik lambang suasana sepi sebab takdak perkataan untuk menggambar sifat gadis itu yakni saya*

Dialog di atas berlaku sekali lagi dengan ada penambahan.

HEM : Saya bagitaw cgpa awak dulu yer. Cgpa awak *.** dan GPA awak *.**. Awak *****.
Saya : owh yeker. Alhamdulillah.
HEM : Awak _______________________ (sila isi dengan tak lebih 21 patah perkataan)
Saya : Lar. Yeker. Aiseh.
HEM : iyer-iyer. Nanti boleh rujuk bahagian program.
Saya : owh. Okay. Terima kasih. Salam.

Kol Ida bagitaw result. Masing-masing ada azam tersendiri. Dan tidak dilupakan ada jugak terselit sesi membakar di mana masing-masing sapa study lagi banyak. Mesti lah saya yang paling kurang study (ida, tolong lah caya) Rasa lega bila dapat taw result. Walopun ia tak dapat dibanggakan mana pun. tapi saya dapat memperbaiki lagi kelemahan. Da taknak da main-main. eerr. Nak masukkan lah dalam senarai azam taun baru.

Dan masa dapat result saya tak berapa nak suka sangat. Memang dah jadi adat orang akan tanya result kawan-kawan yang lain. It's okay for me. Saya pun kadang-kadang nak taw result kawan-kawan yang lain. Nak taw result saya, saya akan bagitaw. Saya tak kedekut. Tetapi bila saya kata result okay, maksud saya ia okay. Enough. Itu saja yang saya nak kongsi. Ada jugak yang nak taw setiap subjek dapat gred berapa bagi saya tak perlu lah. Kalau saya tanya orang lain result dorang dan dorang cuma cakap "okay" bagi saya ia sudah cukup. Saya maleh nak tanya lebih-lebih. Lagipun, saya kurang berminat nak taw secara detail suma menda alah tuh. Tidak menjejaskan kualiti hidup saya pun kalau saya taktae secara detail dan hidup mereka pun tak terjejas kalau saya taktaw.

Saya pun dulu penah jugak nak kena. Ada orang interview daripada result saya sampai lah ke senarai pilihan universiti saya. Kalau ada lapan universiti kena pilih, lapan lah dia nak taw siap dengan course yang saya pilih. Nasib baik saya ingat lagi siapa mereka kepada saya. Kalau haritu saya tak sabo, memang dah lama kena perkataan serta ayat yang indah disebut tapi buruk maknanya. Saya sendiri pun tak penah tanya result dorang dari zaman dorang tadika sampai dah grad. Owh please.Ada banyak lagi menda yang saya perlu taw selain daripada taw result dorang secara detail. Kalau dorang bagitaw saya, saya dengar. Dan saya kongsi dengan orang yang saya nak berkongsi sahaja. Yang lain, sori.

Saya bertuah kerana mempunyai kawan baik yang hebat-hebat baik kawan sejak dari zaman sekolah hingga ke zaman kolej. Saya sangat bersyukur.

Tuesday, December 08, 2009

kerana hari ini 8 Disember

Salam suma.

Fuuh. (lap peluh) Memang kecoh . Abes Facebook tunggang langgang especially profile budak-budak kelas saya. Saya yang baca pun abes tertungging. Memang panas sampai kuar api (tipu). Memang tak dinafikan. Facebook banyak membantu menyebarkan berita serta gosip-gosip panas. Kali nih kecoh pasal result exam (pengsan bergaya) Sebelum ni pun ada jugak dengar berita yang result kuar harini. Steady lagi walopun dah rasa macam nak melalak depan laptop sampai tingkap meja jadi saksi.

Tarik nafas dalam-dalam. Hembus nafas. Nafas seperti biasa. heehh. Takkan tu pun nak kena bagitaw. Takpa-takpa. Kita abaikan dulu senaman idong yang tak memberi sebarang faedah dan khasiat selain daripada memberi kekembangan idong yang tidak terperi sahaja. Move.

Sambung balik entry.

Saya maleh nak amek port sangat. Mungkin tu cuma ilusi semata-mata. Jadi tangan saya yang ringan dan cantik nih ringan jer klik kat link sign out. Konon bajet nak bagi komitmen yang tidak berbelah bahagi dekat citer CSI : New York sampai ikan abah pun postpone dulu nak bagi makan. Nak berkasih sayang kejap dengan televisyen. Ini suma salah Dr Hawkes. Put the blame on him. Sapa suruh dia ensem sangat. Kulit kami da sama kaler. Kira ada jodoh lah kami nih. ehem ehem. hehe *tersipu-sipu malu sambil tersenyum macam kucing gatal*

Dah abes menatap wajah Dr Hawkes, saya log in balik kat Facebook. Sungguh terkejut dan tidak percaya. Saya da banyak ketinggalan. Banyak status yang kena baca lambang nak dapatkan maklumat pasal result. Ada yang da taw result. Ada yang taknak taw result konon-kononnya takut. aarrgghh. Lantak dorang. Saya tak kira. Memang da nekad nak taw result saya harinih jugak. Nak kol HEM tanya result da lambat da. Time lunch da start. Takpa-takpa. Steady lagi Memandangkan saya seorang yang penyabar (haha) tunggu jer abes waktu lunch. Lepas lunch kol, asyik tak dapat. Bila da dapat, line tuk ke HEM buzy. Sabo lagi. Kol sejam kenudian. Masalah yang sama. Sabo lagi. haih. Lepas nih kalau jadi masalah yang sama ada jugak yang langgar dengan kapal selam. Takpa. Kita tido dulu. Kata saya dalam hati.

Sejam kemudian .....

Owh. Selamat pagi Malaysia walopun da petang. haih. Lama da tido ni. Semangat berkobar-kobar nak kol. Dengan lafaz Bismillah saya dial dengan penuh tertib nombor kolej.

tut tut tut ...

Sabao Tika. Sabo. Masa nih syaitonirrajim datang hasut. Dapat kol hang maki dia abes-abes. Baru depa taw. Depa dok biaq hang tunggu lama. Kata syaitonirrajim. Cepat-cepat baca ayat Kursi. Bior dia terbakar. Saya rasa akak yang angkat kol saya da boleh cam da sora saya. Jangan dia konpius sora saya dengan Siti Nurhaliza da lar walopun sora kami hampir sama. Hampir macam mana? Sangat lah hampir macam langit dengan Bumi. Lembut jer sora dia. Mesti akak nih cun. hehe. Takdak kaitan betol. Hampeh betol saya nih. Akak sora lembut dan saya bajet dia cun bagitaw yang saya kena kol sok pagi untuk taw result sebab depa nak pindah ofis.

owh. Yeker. Dalam hati. ~!@#$%^&*

Saya memang dah lama standby gunting nak potong wayar telefon satu Malaysia kalau esok saya kol asyik tak dapat jer. POTONG! POTONG! POTONG! POTONG SAJA LAH.

Friday, November 20, 2009

kenapa agaknya yer...

Salam suma.

Sekarang musim budak-budak sekolah amek SPM. Zaman SPM saya dah lama berlalu dan berakhir. Masa nih menda yang saya paling lemah nak ingat angka giliran. Sumpah memang saya susah nak ingat. Sekarang pun saya mana ingat sangat nombor matrik saya. huhu. Saya taw. Sangat kesian kan? Oleh itu sila lah simpati dengan saya.

Menda yang sama jugak selalu jadi ialah kedudukan saya masa exam atau test mahupun kedudukan kelas. Saya pun taktaw sama ini satu suratan atau satu kebetulan. Selalu dapat kedudukan yang paling depan atau paling belakang atau terperosok kat penjuru. T_______T Kalau murah rezeki masa tuh, saya duduk sebelah tong sampah. T______T Tragis sungguh.

Masa SPM dulu-dulu lah. Disebabkan dewan utama dengan dewan lain-lain da penuh, kelas saya amek exam kat kelas biasa. Da tuh, kelas saya jer yang kena amek exam kat tingkat atas. Yang lain-lain suma amek exam dekat dewan. Sedih sedih. Yang lagi sedih dan sadisnya, saya ni pemegang nombor angka giliran yang sangat cantik dan bertuah. Disebabkan nombor angka giliran yang cantik dan bertuah itu lah masa exam SPM saya dapat tempat duduk yang sangat cantik. Lokasi meja saya adalah yang paling belakang dan penjuru kelas. Seyes lah. Tetiba touching. Rasa macam student angkat jer masa tuh. Masa ujian bulanan pun macam tuh jugak. Duduk paling belakang. Tahu tak keburukan duduk belakang masa exam? Ia dapat mencetus satu rasa tak senang duduk sebab tengok orang lain tulis jawapan sampai tak angkat kepala. Punya lah duk pulun menulis. Saya da start menggelabah sebab tengok orang lain duk tulis lagi tapi saya da berzaman abes tulis. haih.

Final exam sem nih pun macam tuh jugak. Kali nih duduk tak dapat dah lah nak guna slogan "apa yang penting? kerjasama" Pengajar da pisahkan tempat duduk tanpa kerelaan. Hancur punah berderai pelamin angan-angan nak duduk sebelah budak dekan. Nak amek berkat lah. Bukannya nak meniru atau mintak talian hayat. Tolong sikit yer. Dengan menggunakan sistem macam nih, sejarah lama berulang kembali. Saya dapat tempat duduk paling depan sebanyak 2 kali. Betol-betol depan meja yang pengajar duduk masa jaga exam. Giler aarrgghh. Jeling kiri kanan pun dah kecut perut mata idong suma. Dan 2 kali jugak lah saya duduk di sebelah orang yang sama sampai terkeluar ayat dari mulut kawan saya, "kita memang ada jodoh lah" adoi adoi. Tahu tak apa keburukan duduk depan? Keburukannya kertas jawapan yang paling depan akan dikutip dulu. Bila da jadi macam tuh, tak sempat lah nak tambah jawapan tuk mantapkan lagi jawapan yang sedia goyah macam jellyfish. Tapi saya peduli apa. Kalau dah kata kena letak pen, takdak maknanya nak letak pen. Saya belasah tulis lagi. hehe.

haahh. Ada lagi satu. Masa buat tugasan IT kat ICT kolej. Saya kena duduk paling depan dan penjuru. See. Saya memang tak boleh berpisah dengan penjuru. tahu tak keburukan duduk paling depan dan penjuru? Potensi untuk diabaikan adalah sangat tinggi. Macam saya halimunan. Dah lah saya nih badan kecik. Duduk pulak macam tuh. Sah-sah lah orang susah nak nampak. Masa buat tugasan IT, kena save tugasan dalam pendrive pengajar. Pendrive tuh tak sampai kat saya sebab ada yang ingat suma da save padahal saya sorang jer lagi tak save. huhu T__________T Memang nak nanges satu sungai.

Apa-apa pun suma ni kenangan indah masa jadi student. Masa dah keja takdanya nak rasa macam ni.

Thursday, November 05, 2009

Kembali

Salam suma.

Tika is back! Kembali ke rumah tercinta. (kesat air mata) Banyak menda yang saya nak tulis. Banyak yang dah berlaku. Saya pun tak berapa yakin saya boleh ingat suma yang berlaku dengan baik. Suma yang berlaku saya cuba semat dalam hati dan pahatkan dalam minda supaya tak hilang. Cuti mula dan kelas abes. Sangat lega. Rasa saya hidup kembali daripada menjalani kehidupan yang sesak. Rasa nyaman jer walopun sebenornya tak nyaman sebab tadi ada brader mana ntah hisap rokok berhampiran saya kat stesen bas. heehh. Stesen bas patut buat zon dilarang merokok lah saya ingat. Takdak lah saya rasa macam tercekik. Saya taknak paru-paru ternoda dengan molekul gas beracun yang singgah tak bagi salam kat paru-paru saya. Saya pegi kat brader tu kemudian amek rokok dia dan pijak selumat-lumatnya. Brader tu menangis teresak-esak sambil berlari anak beredar dari situ. Saya tersenyum bangga dengan hidung kembang kempis. Macam nak meletup jer hidung. haahh. Baru taw. Terasa diri seperti kesatria baja hitam yang telah berjaya menyelamatkan bumi.

Owh ya. Part saya amek rokok dan pijak tu cuma rekaan dalam minda saya sahaja. Kalau nak buat dalam realiti memang saya tak berani. Sebab brader tuh beso orangnya. Saya nih kalau duduk sebelah dia umpama semut merah jer dia umpama gajah hitam. Sebelom nak belasah orang tengok dulu sapa lawan kita tuh. Sila ukur di badan sendir, bukan badan jiran sebelah. Kang main redah tak pasal-pasal lebam mata. Tak sanggup babe. Kang ada pulak konpius saya dengan kola bear. Mungkin tahap kecomelan kami sama hingga ada yang terkonpius. hehe. (sedia menerima kutukan "boleh blah" )

Cadangnya nak gerak awal tapi memandangkan barang tak pack lagi lewat sikit gerak. Kebetulan pagi tuh hujan turun secara romantiknya. Saya dan Akma tumpang Kak Wan (senior farmasi) yang kebetulan nak kuar. Kak Wan drop saya dan Akma kat Stesen Bas Medan Kit memandangkan bas antarabangsa beliau (abes aku kena bambu nanti kalau dia baca. hehe) ada kat situ. Saya yang merendah diri naik lah teksi ke Stesen Bas Medan Gopeng. Dalam teksi baik punya borak dengan pak cik teksi yang kebetulan orang Kedah. Pak cik teksi yang banyak cakap. Saya iyerkan jer apa yang pak cik tuh cakap sebab saya berada dalam zon mamai. Pengaruh hujan romantik. Nasib baik jalan tak jem. Lagipun tak beli tiket bas lagi. so tak kisah sampai pukul berapa pun.

Orang jual tiket bas memang pandai tabur janji manis. Tiket bas tulis bas sampai pukul 12.30 tengah hari tapi bas sampai pukul 1.30 petang. !@#$%^&* Panas jer duduk tunggu lama. Nak usha mamat ensem tak boleh sebab takdak mamat ensem pun. Hampeh. Kalau usha kang tak pasal-pasal saya kena langgar dengan feri Pangkor. Mintak dijauhkan. hehe. Tumpang lalu. Gurau jer. Tak buat pun. hehe. Ampun ampun.

Bas yang bertanggungjawab bawak saya pulang ke tanah tercinta bumi Kedah Darul Aman adalah Kesatuan. Saya sebenornya serik jugak naik bas nih tapi entah sebab apa saya naik jugak. haih. Penumpang bas tak sampai 10 orang. Yang nak turun Butterworth cuma 4 orang. Iyer. Betol weih. 4 orang jer dan suma perempuan. Ada yang nak pegi Thailand. Sampai dekat hentian mana ntah bas berenti untuk rehat kejap. Saya memang da kebulur abes turun pegi beli buah dengan riangnya. Naik bas brader bas tanya

" Awak pegi Butterworth kan?"
"A'ah"
"Awak turun naik bas Durian Burung kat sebelah nih. Dorang tuh taknak pegi Thailand pulak"

Saya blur.

Dengan muka mamai, angkut khazanah alam naik bas Durian Burung kat sebelah bas saya. Dalam hati terlepas jugak kata-kata indah disebut buruk maknanya. Bagitaw pak cik driver bas dan saya pun naik bas.

Yang bestnya.

Bas nih dua tingkat. Yaaaahoooooo. Nasib baik tak berhoyeh-hoyeh depan bas. Tunggu apa lagi. Naik tingkat atas duduk paling belakang. haha. Sambil layang lagu klasik tengok bas lain yang gerak kat sebelah bas yang saya naik. Alahai. Rendahnya kome yer. Iyer iyer. I noe.Terdapat sedikit unsur jakun . aarrgghh. Peduli apa. Nampaknya dia saya dimakbulkan nak naik bas 2 tingkat. hehe. Memang tak boleh blah. Jap jap. Nak kesat air mata terharu kejap T__________T

Sampai umah adik tegur.

"aaaiii akak. Hang tiap-tiap kali balik umah mesti pakai baju baru"
"Besa lah. Akak kan budak Mara. Mestilah kaya. haha"
"Boleh blah lah akak"

Nasib baik mak tak dengar jawapan yang saya bagi kat adik tadi. Kalau tak confirm kena ceramah. hehe.

Wednesday, November 04, 2009

tutup buku balik umah

Salam suma.

Harinih memang down betol. Paper quality assurance memang membunuh. Saya dengan kawan-kawan takdak lah sampai sumpah seranah. Nak histeria jugak lah dengan paper nih yang susah tahap ________ (sila isi dengan jawapan yang sesuai) Bagi saya susah walopun sebenornya tak susah kalau ingat. Memang tak susah pun bila pikir balik. Senang sangat sampai tak tertulis jawapan sampai terpaksa pikir lama tuk tulis satu perkataan. heehh. Itu bukan senang namanya. Itu susah. Kesusahannya membolehkan saya mengosongkan ruang jawapan dengan hati yang terbuka. Tanpa paksaan. T_________T

Damn.

Lepas anta paper saya baru teringat jawapan untuk soklan tadi. Tak ke sakit hati bernanah jiwa. Rasa nak jer baling belanga kat muka sendiri. Ini pun jadi masa paper instrument. Tengah mandi boleh pulak teringat jawapan untuk soklan exam yang saya merapu amenda ntah. Full answers okay. Memang rasa nak celup kepala dalam baldi lama-lama. Kemudian bila takleh bernafas, kuarkan balik kepala. Amek oksigen sepam dua. Masukkan balik kepala dalam baldi.

Memang hati sensitif macam kaca bila pikir pasal exam. Tadi cakap dengan Kak Lin pun dah sebak. Taknak bagi nanges buat lawak sekupang dua kupang. Kang dok pikir pasal exam pecah pulak empangan air mata. Lagi haru biru pink kaler suma. Rasa kecewa memang tak dapat selindung. Tapi exam kali nih saya jadi betol-betol sensitif. Senang jer air mata kuar. Apatah lagi bila dengar sora mak dengan abah. Lagi lah sayu. Saya pun taktaw sebab apa rasa mcam tuh. Mungkin sebab hormon tengah tak stabil. ceh. Tak abes-abes salahkan hormon. haha.

Setiap kali sebelom exam, saya akan kol mak, abah dan dirinya untuk mintak dipermudahkan saya jawab exam. Setiap kali itu lah saya rasa sayu. Mula lah air mata nak kuar. Hampeh betol. Mana ada rockers kapak nanges. Buat malu lah. haha. Kata taf. Tapi kali nih pegi mati tepi-tepi dengan taf. Exam dulu, bab taf kemudian. Mungkin sebab saya taw saya kurang bersedia. Soklan pun da jawab. Jadi tunggu jelar result macam mana.

Macam-macam petua atau amalan yang diberikan sebelom dan semasa jawab soklan. Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu. Dah lar saya nih jenis blur. Nasib lah sapa dapat awek blur macam saya. hehe.

Disebabkan kecewa, malam tu Kak Lin bawak saya dengan Farah makan kat KFC. yaaaahoooooo. Terima kasih Kak Lin. Dekat KFC sempat pulak brader tuh interview saya. Amenda ntah dia tanya. Saya pun da lupa lambang lapo sangat. hehe. Mungkin sebab saya pakai t-shirt kolej kot. aarrgghh. Tak penting suma tuh. Tak masuk exam pun. hehe. Lepas makan berhoyeh-hoyeh dekat Jusco. Saya menyuarakan isi hati (eceh) nak tengok midnite movie. Memang saya da dapat agak. Nite saya yang eerr ... kurang murni tuh mendapat tentangan hebat. hehe. Nasib baik tak kena pulas telinga.

Esok pagi baru balik. Tiket bas tak beli lagi pun. Buat otai jer beli tiket on da spot. Peduli apa aku. Janji dapat balik.

Entry ditamatkan kerana saya da mengantuk. Bye.

Sunday, November 01, 2009

Pungguk rindukan bulan

Salam suma.

Semalam kuar pegi fotostat nota positioning untuk Farah dengan short notes quality assuarence untuk kami semua. Untuk kami semua? You noe. Nota hasil keja bersama atau secara individu. Penat tour town Ipoh untuk cari kedai fotostat. Farah cakap ada kedai fotostat dekat dengan kedai nasik kandar Klebang Restu. Pegi usha-usha takdak lah pulak. Then terus pegi town. Pusing punya pusing dekat sejam baru jumpa kedai fotostat yang duk kot celah mana ntah. Memang siot lah. Town Ipoh susah nak cari kedai fotostat. Kulim yang kecik dan comel tu pun bersepah-sepah kedai fotostat. Yeker Ipoh takdak banyak kedai fotostat ke saya yang tak reti cari? adeh. Last-last fotostat kat kedai sewa komik. Cool shop. Boleh pinjam komik. Bapak ah. Banyak giler komik kat situ. Nasib baik suma komik kat situ dalam Bahasa Cina. Kalau dalam Bahsa Melayu or Inggeris dah lama saya pulun borong tak sempat mengucap.

Semalam jugak lah kali terakhir kami jumpa. Jap jap. Nak nanges satu sungai jap. T_________T Lepas nih taktaw bila pulak nak jumpa as saya da start cuti sem dekat 2 bulan. 2 bulan tak jumpa? Bapak giler lama tak jumpa. Dalam 2 bulan macam-macam boleh jadi. I mean. Mungkin saya semakin chubby. Mungkin dia semakin chubby. Sapa taw kan. Tak pun kami saling menjadi chubby. haha. Takdak motif.

Last time jumpa sempat jumpa dengan kawan dia. As usual. Rancangan nak balik sebelom Asar terpaksa ditunda kepada lepas Magrib. *sigh* Next paper bawak 4 kredit hour dan kalau saya sangkut paper nih memang saya dalam bahaya. Lagi bahaya dari aksi-aksi dalam citer Mara Bahaya atau Impak Maksima. Saya berpotensi untuk disekat dari pegi praktikal. Bila da kena sekat, saya berpotensi untuk extend tempoh praktikal sekali gus memanjangkan lagi tempoh pengajian. *pengsan* Nitemare giler. Lagi seram dari mimpi tertinggal bas nak pegi sekolah (okay. mimpi tak pegi sekolah bagi saya mimpi ngeri) Dan guess wat? Saya boleh lagi berpeleseran kat Jusco macam takdak apa-apa dan tanpa rasa bersalah. Fine. Bukan maksud sebab bersalah jumpa dia tetapi ada sebab lain. Biar lah saya sorang saja yang taw. Saya gembira dapat jumpa untuk kali terakhir sebab lepas tuh dah nak cuti. Bila cuti susah nak jumpa atas sebab-sebab tertentu. Mungkin harituh bercampur dengan hormon saya yang tak stabil lambang redflag dah nak berkibar di angkasa.

By da way, thanx sebab sudi jumpa untuk kali terakhir untuk taun nih (hehe. tak bleh blah betol ayat) Thanx sebab melayan kerenah saya yang cerewet pilih kedai fotostat. hehe (gelak lagi) Thanx sebab sudi spendtime dengan saya :) hehe (tengok. gelak lagi. nak kena lempang kot. eh. normal lah orang hepi) Sangat menghargainya. isk isk isk. T________T Tetiba pulak rasa nak nanges. Nih mesti hormon gland air mata tengah aktif. haish.

Bila dah hormon tak stabil, semua di mata nampak serta tak kena tambah dengan tekanan exam. Saya tau. My bad suka study last minute. aarrghh. Peduli apa. Asalkan study walopun last minute. At least study daripada tak study langsung. Harinih dari pagi sampai malam study positioning memandangkan esok paper positioning. Nasib baik pengajar bagitaw apa yang masuk untuk exam. Jadi takdak lah kami yang lain separa psyco baca notes. Sanggup ke nak hafal berpuluh cara posisi pesakit padahal nak masuk exam 2 3 cara jer. pergh. Boleh muntah hijau babe.

Macam besa saya akan tido awal kemudian bangun awal dan study sampai Subuh. Takdak lah mengantuk walopun tido 3 4 jam jer. Better daripada tido lewat. Tak minum nescafe pun takpa. seyes. Memang tak mengantok.

Saya rindu kat dia. Seyes weih. Tak tipu. Tapi apakan daya. Esok nak exam. Takpa. Saya nak simpan rindu dalam balang kaca kejap. Biar rindu tuh duduk diam-diam dalam balang kaca. Lepas abes exam saya amek balik rindu dan sambung balik rindu-rinduan yang da terpendam tadi. hehe. Abes lah. Nih da dapat da simdrom makan tak kenyang, tido tak lena (sebab pikir exam) mandi jer basah.

Da macam orang sewel kurang vitamin jer. To be more specific kurang kasih sayang di musim exam. Doakan kecemerlangan saya untuk exam. Bye.



Tak semestinya kita tak sayang pada seseorang sebab kita tak tunjuk sayang kita kepadanya. Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menyatakan rasa sayang kepada seseorang atau sesuatu. Pungguk rindukan bulan sebab bulan nampak cantik pada pandangannya. Agak-agak korang lah pungguk nak tak rindukan bulan kalau dia taw keadaan bulan macam mana rupa paras sebenar bulan dari jarak dekat. Selama nih pungguk nampak bulan cantik sebab tengok dari jauh.

Thursday, October 29, 2009

Pecah kaca pecah gelas

Salam suma.

Baru saja selesai paper instrument harinih. Bapak lah. Ada soklan yang membunuh saya di tempat kejadian. Da lah satu soklan bawak banyak markah. Tapi seyes lah. Sedih tak dapat jawab soklan killer dengan cemerlang lantas menyebabkan saya tumpas di medan perang. Akhirnya saya pun menjadi monumen tugu negara dalam dewan exam. *lagu pahlawanku berkumandang*

Lepas abes exam ada somebody bagitaw sumting yang mengejutkan. woohoo. Amenda amenda yang mengejutkan? Kalau dengar pun memang terkejut dan tak puas hati. Tapi benda dah lepas. Soklan pun dah dijawab walopun jenuh perah otak nak pikir amenda yang nak merepek. Kalau nih soklan karangan Bahasa Melayu boleh jugak lah mengarang bagi ayat bunga-bunga semata-mata nak bagi ada jawapan dengan panjang karangan. Ala-ala ayat bunga macam ayat yang P.Ramlee guna nak mengorat awek dalam citer Penarik Beca. hehe. Tapi ini paper instrument. Nak goreng ayat bunga kot celah mana? Suma jawapan fakta belaka. Solid molid metal besi berani konkrit punya jawapan kena bagi.

Lambang kecewa dengan paper exam, kami pi tengok movie walopun sebenornya pagi sebelom kuar umah da berazam taknak tengok movie. Tapi atas dasar kecewa, ku turutkan jua. Kami tengok citer Jennifer's Body. Ada Megan Fox tu. pergh. Phewit phewit. She's so hot. Damn. Cantik betol dia.



Ini kali pertama sorang kawan saya tengok movie kat cinema. Attention please. Kali pertama. Filem nih memang da dapat bayang yang akan ada mayat-mayat yang mati secara mengerunkan. Okay fine. Tapi you noe. Filem oversea. Demi menjaga pandangan dan ilmu-ilmu yang kami simpan baik-baik daripada hilang, kami menundukkan pandangan daripada melihat skrin sambil mengeluarkan kata-kata indah disebut buruk maknanya yang disulami penyesalan yang tidak berbelah bahagi. Dah lah bawak kawan yang baru first time masuk panggung. Bapak lah. Abes ternoda pandangan dia. isk isk isk. Tapi seyes lah. Megan Fox memang cantik. Punya admire kat Megan Fox nih tapi takdak lah amek dia jadi idola hidop. Takdak pekdahnya pun.

Saya pun ingat nak tukar nama. Tika Fox. Amacam? Okay tak? hehe.

Thursday, October 22, 2009

Kuning putih hitam

Salam suma.

Seyes lah. Saya tak abes study lagi. Tinggal berapa hari lagi nak exam. Kejap kejap. Apa itu exam? Adakah ia sejenis kuih muih? Atau sejenis tumbuhan tropika? Saya pun taktaw. Kalau nak tau, sila rujuk kamus anda. Sekian terima kasih. Okay. Bye.


Takdak maknanya nak abes entry. Jangan harap. haha. Sila sambung baca.

Kalau temgok budak-budak farmasi kat kolej saya dorang ada uniform yang kena pakai tiap-tiap hari. Course saya dengan budak medik jer yang takdak uniform. Yang kami ada labcoat putih tuh. Itu pun kadang-kadang masyarakat awam konpius dengan dokte. Penah jugak lah ada yang panggil bebudak course saya "dokte". Kejadahnya aku jadi dokte? Basic anatomy pun jenuh nak ingat.

Nak buat uniform untuk course saya da lama da saya dengar. Sejak dari hari pertama saya daftar kat kolej. Tapi tak buat-buat pun. So sem nih suma tuh jadi realiti. Banyak jugak rintangan nak buat uniform. Tapi saya tak terlibat pun. hehe. Cakap macam saya yang handle suma. haha. Ramai jugak yang komplen. Besa lah. Da nama pun manusia. Kalau kucing lain lah. Kalau kena tarik ekor pun dorang kadang-kadang steady jer. Ce kalau kita cekik kucing. Confirm kucing tuh cekik kita balik. Tak pun kita dengan kucing saling mencekik. hehe.

Rata-rata komen tentang harga uniform. Fine. Dekat-dekat seratus harga satu uniform. Ada ke uniform yang murah dengan kualiti kain yang bagus tambah dengan jahitan yang cantik? Susah nak cari. Kalau ada yang tau kedai yang bagi macam tuh. Meh bagitaw saya. Itu yang pertama.

Keduanya, ada jugak yang komen pasal design uniform. Uniform kami ala-alar baju koprat dengan gabungan kaler putih, kuning dan hitam. Kuning dan hitam sah-sah lah ilham daripada kaler radioaktif. Kalau gabung tiga-tiga kaler tuh memang sama kaler dengan kaler bendera negeri Perak. Dah nama pun Kolej Perubatan Diraja Perak. Kira ngam lah suma kaler tuh. Takkan blaja kat kolej nih nak guna tema hijau kuning. Tu kan da macam kaler tema Kedah. Bukannya kolej nih dekat Perancis. Kalau Perancis ke Alaska lantak lah nak letak kaler apa pun. kaler pink dengan putih ke apa ke.

Ini yang ketiga. Ada jugak timbul persoalan bila nak pakai uniform. Bila nak pi kolej pakai lah. Ada jugak yang mencadangkan pakai sehari jer dalam masa seminggu. Alasan untuk menyokong usul nih segan pakai baju sebab ada yang kata macam baju driver teksi. haih. Camtu pulak da. Ada ke orang pakai uniform seminggu sekali? Saya rasa majoriti da taw yang uniform driver teksi atau bas dekat Jepun macam uniform pilot. Macam tuh jugak kat negara lain. haahh. See.

Saya tak kisah pun pakai ke tak. Kalau da dapat arahan kena pakai, saya pakai.

Lepas macam-macam dugaan, akhirnya siap jugak uniform course saya. Harinih adalah perasmian pemakaian uniform. Memang pelajar wajib pakai. Tapi still ada lagi yang tak pakai. Saya pun taktaw sebab apa. Mungkin dorang ada alasan dan sebab yang tertentu dan hanya mereka yang tau. Ce share dengan orang lain. Ada jugak pekdanya. eerr ... jap jap. Apa pekdahnya? Saya pun taktaw. Mungkin untuk tambah ilmu pengetahuan am. hehe.

Hari nih jugak ada sesi pemilihan ahli jawatankuasa untuk Radiography Student Club untuk taun 2009. Dan sem saya telah diberi kepercayaan untuk handle aktiviti course dan kelab. Tahniah untuk suma yang berjaya. hehe. Ada jugak yang nak calonkan saya untuk jadi setiausaha. huhh. Nehi nehi nehi. Taknak lah. Awal-awal lagi saya da bagi warning jangan calonkan saya. Sapa nak kena sumpah jadi kerang sila lah calonkan saya.




Not bad, rite? :)

Wednesday, October 21, 2009

Daineso Makan Perut

Salam suma.

Seyes lah. Badan still panas lagi tapi gagah membuat entry. Rasanya da dekat seminggu saya demam secara manja-manja. Ini suma sebab kes food poisoning. cis cis cis. Tak guna punya burger. Tampo burger laju-laju.

Sumanya bermula pada suatu hari di hujung minggu. (mode : nostalgia)

Memandangkan hari itu adalah hujung minggu yakni hari Sabtu. Seperti biasa amek kesempatan untuk tido secara overdose. Bila da da tido macam beruang kutub berhibernasi, saya akan terlepas peluang untuk membeli nasik lemak sedap kat belakang hostel. Memang da jadi tradisi pagi tak makan sangat lambang bajet nak brunch (breakfast + lunch). Tapi apakan daya. Daripada brunch, ia terpaksa bertukar menjadi brunchinner (breakfast + lunch + dinner) lambang tengah hari maleh nak jalan pi gerai mak cik bawah pokok. lagipun saya kena basuh baju stok terkumpul yang dah menggunung.

Mi segera sebagai galang ganti bagi memenuhi tuntutan perut saya yang da merengek-rengek laparkan nasik. Maafkan saya perut. Mi segera saja yang mampu saya bagi beserta sedikit keropok ikan. Lagipun, panas terik tak bagus untuk kulit. Sudah lah saya nih bukannya cerah mana pun. 5 level lagi kulit nak sama level dengan kulit Beyonce. Kang kalau da sama level, ada pulak yang konpius saya dengan Beyonce. Tapi takpa. Saya redha. Kalau saya berdegil nak kuar tanpa payung, kulit saya akan sama dengan kaler tayar beskal. Sungguh tragik.

Baiklah.

Tepat pukul 5 petang setelah menahan derita, saya anta mesej kat pak cik kedai bakso. Ode nasik goreng. Pak cik tersebut dengan pantasnya membalas mesej saya, " harinih kedai tutup. cuti raya". Kedai tutup sempena hari deepavali? Wat da fun !@#$%&* Nasib baik keadaan otak saya berfungsi dengan baik. Saya anta pulak mesej kat Farah yang sedang bertaman bunga di Jusco. Ode burger pulak kat Jusco.

Penantian satu kelaparan.

Ternyata Farah tak mengecewakan saya. Beliau pulang dengan hasil. Rezeki depan mata. Tunggu lagi. Belasah jer makan. Lepas makan sembang kejap dengan Kak Ira.

Perut da kenyang, mata pun da ngantok. Maka bermulalah pengembaraan sebenar saya.

Pukul 3 pagi tekak rasa loya. Tido pun tak lena. Seyes. Dah tak boleh tahan. Kuar abes suma yang saya makan. Lega sikit rasa loya. Waktu Subuh pulak dia buat hal. Perut buat hal. Sesi muntah dah memerut berlangsung sehari suntuk. Memang hari Ahad tuh lembik giler. Tengah hari makan sekeping roti dan beberapa suap nasik. Demam pulak dah. Memang terguling-guling atas katil sambil mengadu pada si dia. Si dia mintak saya rehat. Menurutnya, saya da kena food poisoning. Kalau ada ORS, amek ORS. Saya pun taktaw kot celah mana ORS duk kat dalam umah. Ingatkan saya sorang jer yang muntah-muntah macam orang mengandung dan sakit perut, Farah pun seangkatan dengan saya.

Lepas solat Isyak, saya memang da berbungkus macam kuih pau.cWalopun tak sihat, kewajipan jangan dilupakan. Dengan pakai sweater, stokin ngan selimut macam duduk kat negara 4 musim padahal duduk Perak jer bukannya duduk Perancis.

Yang istimewanya ...

Kak Lin telah datang dan check keadaan saya setelah diberitahu bahawa saya demam sebab tak kuar bilik dan asyik tido sepanjang hari lambang memang tak larat nak bangun. Beliau telah demah kepala saya. Dan sesungguhnya saya akan merindui apa yang beliau lakukan ini di masa akan datang :) Keesokkan malamnya baru saya bagitaw mak dan abah yang saya kena food poisoning. Parents suruh minum air teh yang pekat tanpa gula.

Saya semakin pulih cuma badan saja yang dok panas lagi. Lepas kena food poisoning saya tak boleh tengok makanan tertentu macam keropok ikan sebab saya akan rasa loya. Da berapa hari tak makan nasik. Makan buah jer banyak.

Nasib ada farmasi di sisi :)

Monday, October 12, 2009

Lagi-lagi Raya

Salam suma.

Baik lah. Saya surrender. Saya susah untuk tak membuat entry yang mengandungi unsur hari raya. Raya sebulan babe. Walopun saya sedang meniti sisa-sisa hari penghujung zaman remaja, suasana raya secara remaja memang tidak akan dilupakan. Izinkan lah saya menikmati setiap molekul rasa gembira berhari raya dengan memegang status remaja untuk kali terakhir.

Okay. Dah abes baca mukadimah kat atas? Kalau sudah, tahniah. Sekarang anda boleh ke toilet untuk muntah.

Kembali semula.

Mood raya memang berleluasa kat mana-mana termasuk lah kat hospital. Bagus jugak mood raya ada kat hospital. Bila ada mood raya kat hospital, maka mood tersebut akan hantar signal kan otak untuk mencetuskan idea buat jamuan hari raya. Bila da ada idea, maka akan ada macam-macam juadah kena ada orang yang mengketedarah suma juadah tersebut. Untuk menjayakan sesi menketedarah, kena jemput orang ramai. Maka, para pelajar yang sedang berpraktikal dengan gigih kat hospital jugak turut dijemput.

Saya sangat gembira mendapat jemputan ini. Sebabnya ada banyak juadah hari raya ada. Masuk jer main department da dapat bau. tetiba jer idong kali nih dapat berfungsi dengan baik. Kalau tak, memanjang jer tersumbat. Itu yang pertama.

Keduanya, dapat menjimatkan belanja makan tengah hari pada berkenaan lambang da kenyang makan. haah. Da makan percuma sapa takmo.



Ini sebahagian yang saya yang selamat masuk ke dalam perut. SEBAHAGIAN. Sebahagian yang lain adalah dimonopoli oleh air. hehe. Tapi apakan daya, ia tak cukup untuk memberi kekenyangan yang tidak kekal hingga ke petang. hehe. Ada lagi yang lain tapi nasib baik iman kuat haritu. Tak makan banyak sangat. Kalau syaitonnirrajim kuat memang saya belasah makan apa yang ada.

Ketiganya, jamuan raya menyebabkan saya mengantuk. Bila da kenyang campur dengan letih memang hasilnya menjadi sangat tak cantik. Tapi apakan daya. Saya cuma insan biasa yang suka makan puding.

Ada jugak yang tak kenyang. Untuk memenuhi tuntutan nafsu makan, mereka ke foodcourt untuk membelasah makan makanan kat sana.

Buat entry pasal makan memang bagi saya lapo. Tengok tadi atas meja takdak menda apa yang menarik untuk dimakan. kang kalau lapo, saya makan lah apa yang boleh. Makan modem broadband ke. Takpun makan laptop ke. Kalau da lapo sangat saya makan lah diri sendiri.

Daineso kecik mengundur diri.

Sunday, September 27, 2009

Selamat Ulang Tahun




Salam suma. Bagaimana dengan hari raya anda setakat ini? Okay okay. Saya da taknak citer pasal raya atau berkaitan dengan raya. Kalau nak bagi duit raya masih boleh lagi. Saya sentiasa menerima dengan hati yang terbuka. aik. Bukan duit raya tu ada kaitan dengan raya ke? iyer iyer tapi duit raya kes istimewa. hehe.

Entry kali nih tidak ada kaitan dengan hari raya. Ini adalah entry istimewa dan penuh dengan kasih sayang. hehe. Entry ini khas untuk seorang jejaka yang sangat taf dan hensem seperti model di mana namanya terpaksa dirahsiakan iaitu Muhammad Fitri bin Zainal Abidin atau panggilan manjanya Fitri (manja lah sangat. hik hik hik) dengan ucapan HAPPY BIRTHDAY yang disambut pada hari raya pertama iaitu 20 September yang lalu. eceh. eh eh. Ada kaitan lah dengan hari raya. Okay okay. Penglibatan hari raya kali nih dimaafkan. hehe.

Nih kiranya da lambat wish. aarrrgghh. Peduli apa aku. Nak jugak wish. Owh ya. Terima kasih kepada Celcom kerana memberi panggilan percuma selama seminggu kepada sesiapa yang menyambut hari lahir. hehe. Dapat lah bergayut di pahan pohonan pokok rambutan yang rendang. hik hik hik.




Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya
Hidup diberkati dan diredhai di dunia dan akhirat
Sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang dan insan tercinta (ehem ehem)
My choice for life (eh tetiba plak. hehe)



Okay. Pipi dah merah. Abes blushing buat entry. Berpeluh-peluh sampai basah abes baju. Adakah ini simptom makan tak kenyang, tido tak lena, mandi jer basah? woohoo. Entah lah. Salah satu entry yang paling menguji daya tahan mental dan fizikal. Since pipi pun dah rasa macam nak tercabut jatuh tergolek, saya nak intak diri dulu. Bye.

Friday, September 25, 2009

Salam Lebaran

Salam suma. Macam mana dengan raya? Saya dapat agak nanti kat facebook mesti bersepah-sepah gambo raya. Adakah saya akan turut serta dalam aktiviti tersebut? Jawapannya TIDAK. haha. Sebab saya bukannya jenis suka bergambo tatapi suka snap gambo tanpa ada pembabitan saya dalam gambo tersebut. Hari raya pertama disambut di kampung sebelah emak saya setelah berpuluh purnama tidak berbuat sedemikian. yaaahoooooooo *dancing around* Dapat jugak saya bergosip secara remaja di hari raya.

Usai solat sunat hari raya terus beraya dengan mak dan abah. Guess wat? Saya telah berjaya mengawal empangan air mata daripada pecah. hoyeh hoyeh. hey. Kau ingat aku tak sensitif ke pada hari raya walopun sibuk berhoyeh-hoyeh? Saya cuma insan biasa yang suka makan ketupat di hari raya. Sila lah terima dan percaya dengan seadanya. Lepas sesi bermaaf-maafan selesai terus bersiap pegi beraya rumah sedara mara yang jauh di mata dekat di hati dan jugak di rumah. Dekat sangat nak pegi. Jalan kaki pun boleh. Majoriti saudara mara Tok tinggal berhampiran. Sekali harung jer da abes tour beraya.

Pada hari raya pertama mak cik saya baru tau yang saya jugak bakal radiografer seperti beliau. Radiographer is juru x-ray. Bukan yang ajar menari. Itu kareografer. Kang ada pulak yang terkonpius-konpius. Kejadahnya aku nak jadi cikgu menari macam Linda Jasmin. She's hot and sexy. Kalau saya jadi cikgu menari sekali pun, saya akan ajar tarian yang sopan. Bukan yang melompat-lompat da macam monkey or watever. Sangat buruk. Lagi pun memang nak kena rejam sampai mati (eh. da macam hukum hudud jer untuk penzina) dengan mak dan opah kalau saya terkinja-kinja macam monyet menari di khalayak ramai. Sangat bukan wanita Melayu. eh eh. Dah wanita rupanya saya. Baru sedar.

Nih apa pasal saya merapu pasal menari. Salahkan Linda Jasmin. haha. eerr. Akak Linda, selamat hari raya. Mintak maaf. hehe.

Raya ketiga saya da balik semula ke teratak indah. Dapat jugak jumpa dengan kawan-kawan as dorang datang beraya kat umah saya. Sangat gembira pulang ke rumah sebab dapat menikmati line telefon yang sangat cantik. Kat kampung kalau tak panjat pokok rambutan memang susah nak dapat line telefon yang elok. Kebetulan ada orang tu kan (ehem ehem) dapat call percuma seminggu. Tunggu apa lagi. Mari bergayut di dahanan pohon merendang. haha.

Tapi raya memang sama saja bagi saya selagi saya pegang title student. Taun nih usung laptop bawak balik kampung sebab nak siapkan assignment. Okay fine. Terpaksa korban sedikit waktu bersuka ria ketika hari raya demi assignment.



Saya muka baru bangun tido lambang taktaw nak buat apa masa raya. Dorang datang mengejut lalu mengejutkan saya dari tido. Bukan selalu dapat kumpul macam ni. Sekarang masing-masing da blaja jauh.





Untuk semua pembaca,
Untuk semua rakan-rakan,
Untuk semua keluarga,
SELAMAT HARI RAYA

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya
Agar hidup sentiasa diberkati
:)

owh ya. Terima kasih kepada Amir untuk kad hari raya ini.



Monday, September 07, 2009

secret recipe

Salam suma. Harinih berbuka makan apa? Saja jer nak tanya. Saya bukannya nak nak pun (keji keji) eerr. Just kidding. hehe. Gurau-gurau bulan posa. Yelar. Dah seharian penat keja plus menahan lapo dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Saya makan spagetti dengan insan tersayang yang disertai dengan dates. okay okay. Dates tu kurma lah. Bukannya dating walopun ada ciri-ciri dating pada hari berkenaan. Tunggu seminit. Tunggu seminit. Saya kuar berbuka bersama insan tersayang bukan bermaksud kuar berkasih sayang uda dara merpati dua sejoli suma tu. Saya berbuka dengan Kak Lin. I mean berdua.

Memang dah lama rancang nak berbuka dekat Secret Recipe tapi asyik tertangguh. Kemudian baru hari nih dapat makan dekat sana. Nak bershopping ke nak berhoyeh-hoyeh ke book meja dulu. Kalau tak book da dikebas orang. Menangis kuar hingus plak. Lepas usai solat Maghrib terus pegi makan. Walopun dah book, kena tunggu gak ode. Tapi ada hikmah jugak tunggu ode. Dapat mengajar diri agar menjadi seorang yang penyabar walopun dalam hati jiwa dah meronta memberontak tengok orang lain da dapat ode. Tapi takpa. Kami menunggu ode dengan penuh keimanan. hehe.


Makan makan makan. Tiba-tiba baru perasaan. Seluar dah ketat. Perut tiba-tiba slow slow tukar jadi perut daineso. Apakan ini reaksi makan spagetti? Tambah pulak dengan air jus tembikai. Memang sekali tenung perut da macam kolam renang awam. Tak pun da sama saiz dengan tong minyak Ali Baba Bujang Lapok. Kalau tambah makan roti lagi sikit perut nih boleh meletup. Kang masuk masuk suratkhabar Metro pulak. haha. Tapi Kak Lin memang steady jer. Siap boleh makan kek lagi. pergh. Kagum betol dengan skil menghadam makanan beliau.



Tapi saya da buat satu kesilapan. Silap ode bebola. Sepatutnya saya ode bebola daging tapi dek disebabkan nafsu serakah yang tengah menggila, saya ode bebola ayam. Seyes lah. Saya menyesal giler ode. Kembang tekak sekembang kembangnya. Nak taw macam mana rasa bebola ayam tu? Sila lah ode bila makan kat Secret Recipe. Ntah amenda yang hasut saya ode bebola ayam. heehh. kan da menyesal. Menyesal menyesal pun licin jugak saya belasah makan. hehe. Hampa ingat murah ka menda alah tuh nak main buang-buang jer? Baik makan suma walopun diiringi linangan air mata menyesal yang disulami rasa lapo yang tidak terperi.




Lambang kekenyangan, kami pun membawa perut nan muncet bersiar-siar kejap kat Jusco. Usha-usha kejap kemudian balik hostel dengan perasaan gembira sebab nafsu nak makan kat Secret Recipe telah dipenuhi. haha. Oleh itu, dengan rasminya saya bertuka dari menjadi kesatria baja hitam sebelom berbuka posa menjadi seorang yang angelic selepas berbuka.

haahh. Da jadi angelic. Nak pi solat. bye.

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan al-Mubarak

Salam suma. Yeah. Ramadhan datang lagi. Selamat menyambut Ramadhan. Ceh. Da posa berapa hari baru nak ucap selamat ke? Hampeh. Tapi still bulan Ramadhan lagi kan. Takpa. Taun depan sehari sebelom raya saya wish plak. Haha. Agak berciri keji di situ. Haip haip. Bukan niat keji okay. Sebagai peringatan kepada suma saja. Masa tuh da dekat nak raya sampai lupa yang posa tak abes lagi. Masih sempat lagi nak melipat gandakan amalan.

Macam mana dengan Ramadhan anda? Seronok? Bersemangat sebab nak kurus? Ramadhan saya besa-besa saja. Macam dulu jugak. Ini merupakan Ramadhan kedua saya di perantauan (eceh. Tak bleh blah. Perantauan lah sangat padahal dekat jer dengan umah) Takdak kesempatan saya nak tayang muka kat salam perantauan dalam surat khabar. Eerr. Boleh tak tukar Perak jadi Perancis? Sangat sederhana dan takdak unsure berhoyeh-hoyeh secara berleluasa. Owh ya. Ini kali pertama saya berpraktikal dalam bulan Ramadhan. Tapi tapi tapi kan. Macam besa. Saya steady jer walopun nyaris-nyaris nak terjelepuk di tepian pintu lambang penat. Saya buat-buat gagah walopun sebenarnya dah tak larat nak jadi gagah. Haha.

Ramadhan kali nih ada sedikit kelainan. Ini jugak kali pertama saya berpuasa dengan status lain. Ehem ehem. You know. Hik hik hik *deraian ketawa manja mintak pelempang sedas dua* Walopun tak dapat berbuka puasa bersama tapi takpa. Kami berbuka puasa secara PJJ. Okay okay. I noe. Sangat kesian. Redha sepenuh hati T_____T

Ramadhan kali ini jugak hamper-hampir menyebabkan jantung saya gugur jatuh ke bumi negeri Perak yang disayangi negeri Kedah dicintai. Ini suma sebab kes orang main mercun. Saya taktaw sapa insan yang sangat cerdik main dekat kawasan hostel. Rasa mcam bergoncang bangunan. Nasib baik ini bulan Ramadhan. Kita haruslah meningkatkan puji-pujian serta kata-kata yang baik. Kalau tak, peratusan untuk kuar perkataan yang indah disebut buruk maknanya akan kuar.

Seperti biasa, saya menanti kad selamat hari raya. Ceh. Baru posa dah ingat raya. Setiap tahun saya dapat kad raya tapi semakin usia meningkat selaras dengan arus kemodenan, semakin kurang kuantiti kad raya yang saya dapat.isk isk isk Eerr. Baik-baik. Kita lupakan sebentar hari raya. Fokus semula pada amal ibadah di bulan mulia. Kang nafsu mula main peranan, abes lah. Baru berapa hari posa dah sibuk-sibuk nak beli dan tak belah-belah dari shopping mall. Memang sangat tak sihat untuk rohani dan kewangan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama melipat gandakan amal ibadah di bulan mulia ini. Beribadahlah seakan-akan ini merupakan kali terakhir kita bertemu dengan Ramadhan. Dan marilah jugak kita berdoa agar dapat dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada masa akan dating. Amiin.

Thursday, August 20, 2009

let's make a difference

Salam suma. Setelah beberapa purnama akhirnya saya dapat jugak sebuah beg baru. ehem ehem. Sangat suka. eerr... Sebenarnya bukan nak citer pasal beg baru atau kucing belakang hostel dapat baby baru yang comel giler sampai saya rasa nak culik bawak balik hostel letak dalam balang kaca. Bukan bukan. Kali nih ia berkaitan dengan program tuk subjek Bahasa Inggeris. Nih suma idea Miss Farah. Miss, tumpang lalu :)

Saya selaku setiausaha yang rajin berusaha dengan penolong saya yang jugak setia berusaha, Jaa dengan gigih dan gagah mengarang surat untuk mintak kebenaran buat program amal lagi mulia. Sekarang saya da pakar buat surat. haahh. Cakap jer nak surat apa. Surat carwash, surat nak pinjam meja bangku (taktaw sapa punya keja kata nak guna meja ngan kerusi pun kena mintak kebenaran. memang nak lastik idong) Jangan korang mintak surat nikah dengan surat mati dah lar. Saya memang taktaw. Gila kau mintak surat tu aku buat?

Lepas survey dan buat pilihan akhirnya kami memilih umah Anak Yatim Jasa. Boleh tahan jauh jugak lah dari hostel. Macam besa lah. Pak Mail yang pi amek ngan anta balik. Sungguh besar jasa Pak Mail. Sebelom sampai umah anak yatim, lambang banyak masa lagi kot. Kami sesat jalan. haih. Nih lar akibatnya malu bertanya sesat jalan walopun sebenarnya bukan sebab malu bertanya tapi sebab silap masuk jalan. Kalau tak, kami memang da pi Convo Fair kat UTP. Niat murni tuh dibantah keras oleh Farah sebab dia kata saya ada niat nombor dua. hampeh. Takdak niat lain lah. Betol. Tolong lah caya walopun ada jugak terlintas di hati. Okay. Niat tuh melintas tak bagi salam. Dia tak singgah pun. hehe.

Ate kome ingat nak pi sana main redah tak bagi salam ke haah? Kena ada name tag okay. Ia direka oleh Syikin (tenkiu Syikin) Suma yang terlibat kena pakai. Tapi saya taktaw hukum pakai name tag nih sama ada diwajibkan atau disunatkan pakai. Saya pakai jer. Walopun ia suma sekeping kertas tapi sangat bermakna. Ingat nak buat kenangan di hari tua bagi cucu tengok tapi apakan daya tak tercapai niat saya. Adik kecik da amek. Takpa. Saya redha walopun menanges dalam hati T________T owh ya. Nama program kali adalah Let's Make a Difference. Nama men tangkap muat sebab takdak masa dah nak pikir nama gempak sebab nak kena buat surat cepat.

Ini t-shirt kontroversi yang kami pakai masa hari tuh. Cuba anda suma lihat. Comel kan? Maksud saya t-shirt okay. Ada logo radioaktif dengan nama kolej. Bukan membawa maksud si pemakai. Jangan pikir lain. haahh haahh. Babap kang.

haah. Ini pulak pandangan dari hadapan. Terima kasih kepada Boy dan Paa kerana sudi menjadi model baju ini. eerr. Paa nampak taf dan gagah dengan t-shirt tersebut. haahh. Tunggu apa lagi. Sapa nak nampak taf dan gagah boleh lah tempah t-shirt berkenaan. Mari beli! *bunyi loceng eskrem* Mari beli *bunyi loceng eskrem* Tunggu apa lagi. Dapat ia sekarang jugak. Sesungguhnya anda rugi kalau tak beli. Mari beli! *bunyi loceng eskrem* Kalau tak beli sangat rugi.

Enough dengan promosi. Move.

Pagi-pagi lagi adik-adik kat sini dah redi. Dorang dah berkumpul sebaik saja kami suma sampai padahal kami yang nek bas paling lambat sampai lambang silap jalan sesat perjalanan T_______T Dorang boria pakai baju kaler merah, kami boria pakai baju kaler hitam. eh eh. Macam kenal jer tema kaler merah dengan hitam. Ada orang tuh taw tema kaler hitam ngan merah tema kaler apa. hehe. Hai awak :P

Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kumpulan dengan adik-adik oleh Farah. Saya masuk dalam kumpulan mana? Saya universal. haha. Komuniti tertinggi tak terlibat dalam mana-mana kumpulan tapi boleh ja nak masuk. Suka hati tangan kaki nak masuk kumpulan mana. Macam besa jugak, setiap kumpulan kena bagi nama kumpulan, buat poster, trademark (pengaruh masa orentasi dulu) dan persembahkan kat depan suma orang. Nasib baik tak kena buat bangunan ke apa ke yang guna straw atau suratkhabar. Sumpah aku cemuih dan menyampah. Pegi orentasi atau kem mesti kena buat menda alah tuh dari zaman skolah sampai lah masuk uni. haih. Bila tanya motif buat aktiviti tu, jawapannya nak tengok kerjasama dan menda alah lain lah. Dah tak ingat motif lain sebab kecewa sangat. hehe.

haah. Ini poster kumpulan saya. Sumpah comel. Okay saya syok sendiri kata poster ni comel. Sebab apa comel? Sebab saya yang tulis dan lukis. Yang lain tolong sapot bagi idea. Tapi tapi tapi kan. Bukan saya sorang yang kata poster ni best. Pengadil yang amek markah kumpulan pun kata okay. Fine. Okay tak bermaksud comel. T____________T Nama kumpulan adik-adik yang bagi sambil disapot sepenuhnya oleh kakak-kakak dan abang-abang padahal kakak ngan abang yang excited lebih. Adik-adik steady jer. Yelah. Zaman kami dulu mana ada hero haiwan macam Wonderpets nih.

Ini masa persembahan nak tayang poster comel dan trademark kumpulan. Sekali lagi kakak-kakak dengan abang-abang yang excited lebih. Adik-adik steady jer. aarrgghh. Peduli apa dengan status kakak or abang. Masa nih lah nak lepas gian menari. Pegi mati tepi-tepi dengan malu. Nampak kan budak laki yang pakai baju merah nombor 2 dari kanan? haah. Nama dia Halim. I like him. Sebab apa saya suka dia? Entah lah. Kali pertama bertentang mata (eceh) saya senang dengan dia. hehe. Guess wat? Kumpulan saya menang untuk persembahan terbaik. yeah. The Star Wonderpets is the best.

Kami ada jugak tolong kemaskan kawasan umah anak yatim dan dalam umah sekali. Saya awal-awal da pegang tender mop lantai dan yang selain daripada yang berkaitan dengan habuk. Saya memang tak boleh kena habuk. Bukan tak boleh kena langsung tapi dalam kuantiti yang banyak. Kang mula lah bersin sampai rasa macam nak tercabut idong tudung suma lah. Abes tudung senget. Pastu laju jer hingus plus air kuar. Meleleh jer. haih T_________T

Tapi seyes lah. Kebulur giler lepas buat keja. Rasa cam tak makan dari zaman Hang Tuah lagi. Berapa kali saya minum air pun saya taktaw. Nak tunggu nasik lambat lagi. Belasah jelar minum air sampai kembung. Abes muncet perut. Sampai jer nasik terus terkam. hehe. Takdak lah lapo sampai macam tu. Gila hang? Da macam zombie ja. Saya tetap jadi kakak yang baik walopun tengah kebulur giler dengan bagi adik-adik makan dulu. Berselera betol dorang makan. Kesian saya tengok. Kalau tengok saya lagi kesian. Burung yang tengok pun simpati dengan saya.

Lepas makan, suma pi solat Zohor berjemaah kat ruang tamu asrama tapi asing antara lelaki dengan perempuan sebab tak muat nak campur. Yang mana redflag duduk diam-diam kat belakang. Jangan dok berhoyeh-hoyeh plak. Kang tak pasal-pasal dapat cop mohor cap 5 jari.

Banyak jugak game yang kami main. Dan sekali lagi, yang excited nak main kakak ngan abang. Adik-adik steady ja. Banyak game yang ada. Dalam banyak-banyak game tu saya ingat dua jer nama game. Music chair dengan bawak bola ping pong dalam sudu. hehe. Hampeh betol.

haahh. Game main susun huruf jadi perkataan memang best. Excited giler. Tetiba masa main nih rasa diri sangat muda. Macam umo dok belasan taun lagi padahal takdak lah muda mana pun. Tapi memang umo saya belasan taun lagi. Tak masuk 20 taun lagi. haahh. Jangan pertikaikan keremajaan saya. haha.

Drooling abes tengok ni. Sapa tak tengok cepat pegi tengok sekarang jugak. haha. Rasanya pun memang sedap. Sebelom makan kek yang sedap, ada upacara bagi hadiah ngan potong kek. Abes aktiviti, kami pun pulang lah ke hostel dan umah masing-masing. Kami berasa gembira walopun baju basah kena ujan, muka comot kena tepung dan tudung senget.

By da way, thanx Kak Lin sebab bawak kami makan Mcd malam tu walopun lepas tu kami tumpas ketiduran macam daineso sampai tak wish gud nite. hehe

Meh lar tengok gambo-gambo sepanjang hari program.

GALERI PROGRAM AMAL DAN SELAMAT BERAMAL

Monday, August 17, 2009

pagi yang gelap

Salam suma.

Tajuk entry kali ni takdak kena mengena dengan lagu band Hujan, Ribut, Panas (band ni saya reka sendiri. taktaw kot-kot betol-betol ada) atau kejadian alam yang lain. I wonder kenapa lah dorang letak nama band macam tu. heehh. Enough dengan nama band yang macam nama kejadian alam. Move move.

Harini first day kelas pegi praktikal kat x-ray department Hospital Raja Permaisuri Bainun. Maksud saya berpraktikal dalam erti kata sebenar. Buat keja. Sebelom nih banyak buat observation at emergency department and basic nursing training at wards. Yeah. You noe. It's kinda boring to stand there and watch wat others are doing I'm kinda suffer (haha. not really) yet have fun at da same time.

Tuk hari pertama saya ngan Wani kena duty kat bilik gelap kat klinik pakar harian. ehem ehem. hehe. Mula-mula dulu ada jugak lah konpius. Pe kejadahnya bilik gelap nih. Bila da masuk baru taw. Sebelom start duty, macam besa lah. Ada taklimat yang menyebabkan saya hampir tupas ketiduran. Nasib bek dapat kaver. Kalau tak, confirm kena lastik idong. Sesampainya kat klinik lapor diri kat juruxray bertugas dan start duty. Pagi memang busy betol. Tak menang tangan nak cuci filem. Kalau petang agak lengang. Sempat lagi kalau nak makan nasik lemak ke main guli ke.

Hari pertama tak banyak yang saya buat. Tengok dulu macam mana yang lain buat kemudian ikut sikit-sikit sementara nak adapt dengan suasana baru. Kang kalau memandai-mandai tak pasal-pasal kena puleh telinga. Abes telinga merah sakit suma. haahh. Slow-slow kayuh babe. Lepas praktikal kena pi lab skill plak. adoi adoi. Memang malas tahap dewa nak pi. Beruang koala pun tak maleh macam saya. Balik hostel lembik lalu terdampar kat katil macam ikan paus. Ni pun sikit lagi saya nak jatuh kerusi. okay. Bye.

Thursday, August 13, 2009

just another manic Monday

Salam bunga ros suma. Bangun pagi-pagi terus pi kat meja buku. Sebab pasu yang dulu kosong dan terbiar macam tak cukup kasih sayang dan macam terbiar cam anak tiri dah ada teman. A bouquet of rose. Woohoo. Love it so much. Semalam tak berapa nak kembang. Pagi nih dah kembang cantik harum wangi. Hoyeh! Hoyeh! Ada 17 kuntum dan sumanya kembang. Hoyeh! Hoyeh! Okay okay. Macam tak betol jer pagi-pagi dengan tak mandi tak gosok gigi dengan tak solat subuh (astaghfirullahalazim) dah berhoyeh-hoyeh dekat hall umah. Nasib baik tak bergegar umah. Kalau tak ada jer kang yang jatuh katil kepala benjol. Haahh. Sapa yang nak bertanggungjawab? Tak pasal-pasal Cik Tika yang kena jawab.

Bunga ros tu sangat cantik and I love them so much. Okay saya taw da 2 kali ulang yang saya suka. I love it so much. Hehe. Saja jer gedik ulang banyak kali. Bunga ros tu kaler merah. Uit Tika. Bukan ros memang kaler merah ke? Memang lar tapi kan dewasa ini banyak kaler bunga ros. Tapi kaler merah is the best. Sebab apa saya kata kaler merah is the best? Sebab saya dapat bunga ros kaler merah. Kakkahkah. Baik. Saya paham. Tak lawak pun. Tak yah gelak. T_______T

Hari nih macam besa, pi kelas. Punya dok pulun blaja sampai senget-senget sanggul lalu tumpas ketiduran dalam kelas. Penatnya Tuhan jer yang taw. Balik hostel rasa cam nak pitam pengsan. Tapi bila tengok bunga ros kaler merah is the best harum mekar kat atas meja terus tak jadi pitam. Hehe. Hati tengah berpelangi. Tak masuk dengan taman bunga penuh dengan bunga serta serangga yang bertempiran terbang sambil gelak bunyi hik hik hik plus awan berarak mesra. Hehe. Sila memahami orang tengah hati berpelangi.

Aksi dan rasa berpelangi sebab dapat bunga ros kaler merah is the best diteruskan dengan acara guling-guling atas katil. Guling punya guling sampai terhantuk kepala kat dinding. Adeh. Sungguh saket. T___________T Macam remaja purba penah kata, sudah terhantuk baru terngadah. Baru saya teringat. Saya tak solat Asar lagi. Astaghfirullahalazim. Sesungguhnya hamba-Mu ini mudah lalai.

Tunggu apa lagi. Nak pi solat.