Monday, December 29, 2008

Satu permulaan

Salam suma. Entry kali nih adalah entry terakhir untuk taun 2008. Entry khas untuk taun baru rasanya tak dak kot. Kalau aku rajin, aku buat lar sebijik. By da way, aku nak ucapkan selamat menyambut awal Muharram dan taun baru. Oleh itu, alangkah indahnya memulakan sesuatu yang baru, awal Muharram ini, taun baru Islam dengan sesuatu yang indah, suci lagi murni. Pada 2009 nih, tidak ada bezanya dengan hari-hari biasa. Yang berbezanya, dapat kalender baru. Kalender lama dah buleh gadai kat tempat recycle.

Sana-sini orang bercakap tentang azam. AZAM. Lagi-lagi azam. haih *sigh* Kena ada azam ker? hahh cik tika, yang duk banyak bunyi nih ada azam ker? huhu. Aku tak ada azam. Maybe azam tuh wujud tanpa aku sedari. aik? Buleh pulak lagu tuh. Azam bertimbun-timbun. Kalau susun semuanya buleh sama tinggi dengan umah jiran sebelah. Silap haribulan, lagi tinggi apa sampai buleh kaver umah jiran aku tu. Tapi banyak-banyak azam tuh adalah "azam tak jadi". Sebabnya, aku akan lupa kebanyakkan azam tuh sebelom tibanya besday aku. ces. Sungguh kurang sopan.

Sebenornya bagi aku, setiap hari adalah satu permulaan yang baru. Menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan melalui hari tersebut dengan gilang gemilang. Lebih baik buat azam begitu daripada buat azam yang tak sampai beberapa bulan, dah lupa atau maleh nak realisasikan azam tuh *kecewa* Rasanya aku nak berazam mendirikan rumahtangga taun nih. eh eh. Acah jer. Gila apa nak kawin taun nih. Nak kena lempang dengan MARA? eerr. Apa kaitan MARA dengan kawin? Memang ada pun. Budak-budak MARA jangan buat tak taw. Pi baca balik janji setia kita kat MARA. huuh. Sori. Emo sebentar. Besa lar. Hormon tak stabil. Sebab ehem ehem. haha. Tak lar. Sebab tak lama lagi kena balik asrama. *sigh*

Azam mendirikan sebuah masjid impian mungkin akan ada dalam beberapa taun akan datang. eceh. Terpanjang pulak bakal azam taun baru aku. haha. Yang pasti bukan masa terdekat. Hal ini kerana aku masih lagi tergila-gilakan Fahrin Ahmad (wat da hell?), mainan McDonald, siri kartun Detective Conan dan siri komik kartun tersebut. eerr. Majalah Cloe adalah majalah untuk dewasa. See. Aku dah dewasa. Bukan budak-budak lagi. Dah buleh kawin pun. haha (sapa-sapa nak muntah, dipersila ke toilet untuk muntah dengan bersungguh-sungguh)

Oleh itu, ayuh semua! Kita kurangkan main, tingkatkan pointer!!!

No comments: