Tuesday, December 16, 2008

result dah kuar weih.

Salam ceria suma, semoga sehat sejahtera bersama keluarga terchenta dan sushi-sushi tersayang. By da way...

RESULT SEMESTER SATU DIPLOMA RADIOGRAFI UNIKL RCMP KUMPULAN 6 DAH KUAR..!!!


Dan hampir suma dah taw result masing-masing. Sapa-sapa yang nak taw result korang, silalah call Tuan Haji. Namun begitu, ada segelintir yang tak maw amek taw dorang dapat berapa sebab takut nak taw dorang dapat berapa.

Mungkin akan ada yang berkata, "uit tika, pointer hang berapa? asyik dok amek taw orang len dapat berapa..." hurm. Result aku hanya mampu duduk sekadar di pinggiran seperti ketam di tepi jeti. haha. Apa-apa aku terima dengan keredhaan dan kepasrahan. Maybe aku tak berusaha dengan bersungguh-sungguh, ditambah pulak dengan sikap playgirl suka main-main masa belajar dan jawab exam. huiks. main-main masa exam? Nih dah kes parah nih. Cepat-cepat. Anta aku ke Hospital Kulim, bukan Hospital Bahagia Ulu Kinta. Kalau nak anta ke Hospital Ulu Kinta pun ok jugak sebab ada ramai assistant medical officer ensem kat Ulu Kinta. Tu tak masuk lagi dengan dosa kecik dan besar T______T

Tahniah diucapkan kepada kengkawan yang berjaya masuk dalam senarai Dekan ~ Ika, Kak Imah, Nabil dan Syikin serta kengkawan yang len. Tak dilupakan kepada suma senior UNIKL RCMP yang mendapat result yang gilang-gemilang ~ Tahniah!

Kalau aku tak tingkatkan pointer untuk semester akan datang, hancur punah harapan tuk menggengam Piala Malaysia biasiswa MARA dan further study untuk peringkat ijazah. Sekarang aku kena jalani latihan fizikal iaitu dengan berlari 90 km sejam, berkayak ulang alik dari Batu Feringgi ke Sumatera Barat 40 kali dan mendaki Gunung Jerai sebagai persediaan untuk menyertai pasukan tentera darat. huiks. Tak dak lar. Acah jer. hehe. Mungkin latihan tersebut dapat membantu aku untuk terus study dengan bersungguh-sungguh walopun acap kali digoda untuk pegi berpoya-poya di Jusco (pe lar pekdahnya pegi Jusco) Tak dinafikan, aku banyak stop masa study. Pastu pegi melagha sana sini. Tak masuk lagi bila dua tanduk dan gigi taring tumbuh macam drakula. Start lar nak kaco orang study, especially Raihan. haih. Sebenornya susah nak fokus masa study (tambah-tambah lagi sejak ada hamster kat umah 2-12 aku nih. asyik tengok dorang sampai aku tak study fizik T___T) dan dalam kelas stail budak-budak Dekan nih.

eerr. Korang ada tak cara-cara nak nak study dengan cara yang gilang-gemilang agar result pun cemerlang, gemilang dan terbilang? Kalau ada, jom kita share sama-sama. Tak pun, senaman yang dapat menbantu pengangkutan oksigen ke otak aku supaya hypotalamus aku dapat berfungsi dengan baik moga dapat menyedarkan aku bahawa aku takkan jadi seorang diva popular juru xray yang cemerlang, menggengam dan memeluk segulung tikar mengkuang diploma dan ijazah mahupun master serta Phd dengan jaya serta mendapatkan biasiswa MARA kalau prestasi akademik dan sahsiah diri terus menjunam jatuh macam burung merpati kena lastik (saja jer buat ayat panjang tanpa titik, nak bagi korang letih baca dan kenalpasti motif serta visi ayat nih)

No comments: