Wednesday, December 17, 2008

meredah lautan api

Salam. Demi cinta dan kasih aku pada Aiman, aku sanggup buat apa saja. Demimu Aiman. Meredah lautan berapi lagi bernaga idong kembang, aku sanggup. (cait. muntah. muntah. aiman, jangan baca ayat tuh. nanti hang muntah gak. yang len pun jangan baca. klo tak nanti kena diarrhoe dan tuberculosis) Demimu Aiman, jika lautan api sanggup aku redah, inikan pulak menjawab tag mu ini. alahai. Mende kecik cenonet jer (amaran : ada unsur riak dan takabur. sapa- sapa yang tak umo cukup tak leh baca)


SAYA DITAG OLEH AIMAN DI YM! Bangganya. Terharu pun ada gak.


Soklannya tag kali ini adalah :
  • snap picture wallet anda sekarang
  • perkenalkan wallet anda, nama dia, kat mana beli, brapa ringgit
  • Keluarkan apa yg patut, snap puas-puas, minimum 5 item
  • snap wallet bersama empunya diri
  • tag 5 kenalan anda

Nampaknya tag kali nih datang dalam versi mencapub. Apa itu mencapub? Pi bukak kamus dewan edisi keempat. Confirm, tak jumpa! hehe. Tataw lar kot-kot dah terpahat dalam kamus. Almaklum lar, dah setaun tak bukak kamus dewan. eerr... Klo tukar wallet dengan purse buleh tak?

Haahh. Ni dia wallet(?) atau nama feminin dan penuh ciri kewanitaan, purse. Iyer. Saya taw. Ramai akan kata, "ces. macam budak-budak. gambar kat wallet(?) tak menjana minda dan rohani betol. uit cik tika, awak tuh dah besar, ce kome carik purse yang matang sket.."

haahh. Saya akan menerima segala kutukkan tersebut dengan penuh keredhaan dan kepasrahan T___________T Tapi ok lar tuh. Comel per. Kaler merah jambu. Ayu gitu (ok. klo nak muntah, silakan T_T) Saya sangat berkenan dengan wallet (?) ini. Saya pun dah tak ingat brapa kali saya pegang, sentuh, peluk, cium, usha, skodeng dan sebagainya. Yang pasti dan nyata, setiap kali pegi Jusco, saya akan singgah di Memory Lane tuk tengok belek wallet (?) nih. Lama jugak pendam perasaan nakkan wallet (?) itu sampai ngigau-ngigau sebelom saya menjadi pemiliknya yang sah. isk isk isk Sungguh tragis kisah percintaan saya dengan wallet (?) nih (woih.woih. amenda yang hang merapu nih)

Seperti yang tertera gambar di atas (sapa rabun pi pakai spek cepat. kang tak nampak plak purse aku yang menjadi lambang keayuan nih) itu adalah purse saya. Bukan kotak mainan mahupun kotak mancis cap cili merah. Namanya ... eerr... tadak nama. Mungkin nama Si Pink yang Ayu kot. Tak pun Ribena Kulim yang berjenama Lulu Belle (sengaja dihighlight untuk tujuan mencari publisiti) saya membeli wallet (?) ini di Paris, Perak. hehe. Di Pusat membeli dan kemudiannya belah di Ipoh sebagai salah satu persiapan hari raya. Harganya 8 US dolar (korang convert lar sendiri dalam RM. jangan malas)

Jika anda dapat lihat di sebalah kanan, itulah khazanah dan artifak yang setia menjadi penghuni dan penunggu dalam wallet(?) saya. Maleh nak susun menda-menda tuh. Main bawak kuar, tabur dan snap. By da way, tiket bas ekpress ngan tiket bas awam lagi banyak daripada Ringgit Malaysia dalam wallet (?) saya. Klo boleh, nak jer saya gadai tiket-tiket bas terpakai tuh tuk dibuat galang ganti set Happy Meal. haha. Nak buat macam mana, saya seorang student. Elaun MARA tak masuk lagi. Dan idop saya sebagai student ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lagi satu, kad berwarna kuning tu adalah kad x-ray bagi sapa-sapa yang tak penah tengok (ehem. ehem. tengok betol-betol dan ukirkan dalam minda anda)

Tugasan terakhir untuk mengcompletekan tag ini adalah dengan bergambar bersama wallet (?) tercinta. eerrr. Maleh nak snap sebenornya. Tapi dalam soklan, gambar saya dengan wallet (?) Maka, inilah hasilnya. Jeng jeng jeng! Sebelom tuh, sila scroll down dengan perlahan untuk memaksimakan debaran.










haha. Hahh. Jangan kata saya tipu. Saya menjawab berdasarkan soklan k. Gambar dalam tuh gambar saya. Bukan Angelina Jolie. Walopun 10 taun akan datang, saya tetap pemilik wallet (?) ini. Bukan Angelina Jolie.

Haahh. Sapa-sapa nak buat tag mencapub nih, dipersila dengan hormat tetapi karpet merah tak disediakan. Jangan mengada-ngada nak karpet kaler kuning. Melampau betol. Kang kena tulah, padan muka, jiwa dan raga.

No comments: