Monday, December 29, 2008

gggrrr... makan budak! 2

Salam. Rasa pening dan muntah tak berapa nak pulih dengan baik lagi. Rasanya kesan pening tawaf shopping complex dan pendam perasaan nak shopping secara gila-gilaan dengan Wani dan Ekin. Kalau tengok sales yang ada, buleh histeria dan epilepsi secara otomatik di tempat kejadian. huiks. Macam mana tuh? Tak per kalau tak tak taw. Aku pun tak taw macam mana histeria dan epilepsi sekali gus. Tak per. Kita abaikan jer pendahuluan yang tak best nih. Let's proceed to da main point.

Dewasa ini (eceh) aku cuba tuk menjadi seorang warganegara yang sangat bersopan santun tak kira di mana jua aku berada. Sehinggakan aku menundukkan badan bila melintasi lampu isyarat. Tapi, semua tuh macam akan lebur tak lama lagi sebab wujudnya sesetengah homosapien yang tak paham bahasa. Maybe dorang paham bahasa Kenya, aku pegi tibai cakap guna bahasa Melayu versi Kedah. Sebab tuh, maklumat tak sampai dengan jayanya. Pending message.

Aku meluat betol dengan orang yang suka memaksa dan tak paham bahasa. Bagi dia, kalau dia mintak aku kena bagi. Apa yang dia mintak, dia mesti kena dapat. Ku lempang jua dirinya nanti. Kang meraung-raung nanges macam daineso. Bila aku tolak permintaan dia elok-elok, merajuk lar konon-kononnya. ceh. Bila aku tegaskan yang aku tak nak bagi, dia kata aku sombong, berlagak, kedekut lar. Kamon lar. Satu jer yang aku nak bagitaw, cubalah jadi matang walopun tuk seketika. Awak graduate dari universiti yang bagus, dalam bidang yang cerah masa depan dan keja yang hebat dan gaji lumayan ( 5k every month). Sangat vice versa dengan attitude awak. Aku akui aku bersikap kebudak-budakkan (besa lar tuh, aku kan remaja. remaja kan suka bersikap kebudak-budakkan) tapi at certain things, I'm act like an adult.

Tu satu kes. Kes yang lain pulak yang aku bengang. Ada seorang lelaki muncul dalam hidop aku (eceh). Mula-mula elok jer sembang sebab aku syak dia nih mungkin salah sorang kawan lama yang jaoh di mata dekat di hati yang aku tak taw gerangan dirinya. Pastu mula terasa bibit kegatalan. Lama-lama gatal bertukar kepada miang. Aku rasa macam nak fire dia guna xray sampai rentung. Dia nih pun sama jugak ngan homosapien dalam kes pertama tadi. Klo aku kata tak nak, tak nak lar. Tak dak aku teringin kat orang yang tak reti nak sabar-sabar nih. Ku lempang jua nanti. Love needs time, am I right? Sapa setuju, cepat angkat idong. Aku pun tak sangka ramai orang perangai macam nih kat dunia. Rasanya dorang nih terlebih kena radiation kot. Abes gen dorang tunggang langgang macam kena tsunami. Patutnya dorang nih kena pegi duduk bertapa kat Gunung Jerai 40 hari. Muhasabah diri. DESPERADO.

Seriously, aku tak reti nak loving-loving or berperasaan-perasaan dalam usia mentah macam nih. Aku selalu ingatkan diri aku yang aku hanya budak kecik berusia 18 taun yang belom boleh buat sesuka hati. Jaoh skali nak serius dengan sapa-sapa. Aku ada misi yang perlu aku selesaikan. 18 taun terlalu muda. Jujurnya, aku belom bersedia. Dan. Aku cuba yakinkan dia supaya JANGAN tunggu aku. Buang masa saja tunggu aku sedangkan aku tak boleh nak bukak hati aku untuk sesiapa buat masa sekarang nih. Aku tak nak dia ingat aku main-mainkan dia.

Rasa agak lega dapat luahkan sedikit dekat sini. Bukannya ada sapa nak baca kecuali kawan-kawan yang mengenali diri ini. haha. eerr. Maw tido dengan aman. Harap dia tak kol lagi malam nih.

1 comment:

AmirHaddatsa said...

hoh! x ku sagka blog ku jua trsenarai! kmu sgguh mer-baha-ya-ran..eh ad episod petama ke cte nih?