Thursday, December 18, 2008

gggrrr... makan budak!

Throw on your brake lights
We're in the city of wonder
Ain't gonna play nice
Watch out, you might just go under
Better think twice
Your train of thought will be altered
So if you must falter be wise
Your mind's in disturbia
It's like the darkness in the light Disturbia
Am I scaring you tonight? Disturbia
Ain't used to what you like
Disturbia Disturbia

Salam. Henpon Nokia aku bergegar tiba-tiba atas meja. Sapa plak dah kol aku pagi-pagi buta nih? Aku baru jer nak lapor diri kat pangkalan. Dalam kepala aku, terbayang sorang jer insan yang slalu kol pagi-pagi buta. Sapa lagi klo bukan Kluangman, tak pun Mr Romeo. Tengok-tengok, kuar no 017*******. Nombor sapa plak nih. Bukan nombor Kluangman. Bukan nombor Mr Romeo. Aku pun jawab panggilan tuh. Mana lar taw kot-kot ada emengensi ker (pe kejadahnya emergensi pagi-pagi buta. bukannya keja lagi. apatah lagi oncall. online ada lar. haha)

dia : assalamulaikum, ika.
aku : waalaikumussalam. hai (pe kejadahnya dia panggil aku ika nih. geli. geli)
dia : ingat saya tak lagi? saya nih, farid kamil.
aku : *gelak dengan nada keji* (wat da hal mamat nih. tunggu seminit. farid kamil? adakah dia?)
dia : nape gelak? betol lar. saya farid kamil.
aku : ce bagitaw betol-betol awak nih sape.
dia : betol lar. saya farid kamil. yang berlakon cite anak halal.

haahh. Sudah. Sah. Confirm. Sudah terang lagi bersportlight. Dia bukan Kluangman or Mr Romeo. Sora dia pun lain. Jauh beza daripada Kluangman dan Mr Romeo aku. Sora legato, atau bahasa mudahnya dan senang difahami smooth (bukan lembut aauuw aauuw k) jer, especially Mr Romeo dan tak dilupakan Kluangman (ehem. really. terbawak-bawak sampai dalam mimpi. haha. dah. jangan caya. aku muhong jer tuh) sedap telinga mendengar (haha. abes lar. kembang pak cik tuh klo dia taw) even though masa dia tengah marah manja (?) kat aku or masa bagi kuliah Subuh (mind you. my kluangman memang suka bagi kuliah subuh) Mr Romeo jugak tak bersora seperti itu. Tapi tentang "farid kamil" dan "filem anak halal"... Aku musykil ...

By da way, biar lar aku namakan jejaka misteri tersebut Phantom of the Opera. Ada sebarang bantahan. Ada tak? Ada tak? Tak de. Bagus. Tapi aku ingat nak tukar nama lain sebab panjang sangat nak taip. Oleh itu, aku namakan dia sebagai Mr Krab. Maka, berlarutan lar perbualan yang agak-sengal-dan-mengatuk-tetapi-penuh-dengan-misteri-seperti-misteri-hikayat-mengkarate-lipan-di-kala-subuh. Ada watak tambahan dalam perbualan kami. Kredit to Rosyam Nor dan Aflin Shauki. Terima kasih kerana menambah bunga yang berwarna-warni dalam perbualan saya dan Mr Krab (amenda nih tika oi hang merapu. amenda nih?) haih. Tak daya nak kata apa dah ngan dorang. T__________T

(perbualan tak dapat disiarkan walopun diri ini meronta-ronta mahu memberitahu kerana dikhuartiri tidak mendapat kelulusan daripada pihak yang berwajib serta mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai dibaca oleh mereka yang berumur kurang daripada 18 ++ taun)

Memandang aku masih lagi belom in special relationship dan belom mengantuk, layan jelar walopun ada sakit ati dan menyampah. Sempat jugak tanya soklan cepu ciput kat Mr Krab. Well, dia dapat menjawab dengan baik. Lima bintang bling bling tuk Mr Krab. Tahniah Mr Krab! haha. Ekceli, soklan tuh tak suma orang buleh jawab. Nampaknya tekaan aku terhadap identiti sebenor Mr Krab betol. Agaknya. Ayat-ayat cinta (haha. mind you. nih just sebagai perkataan penyedap ayat jer. tadak maksud tersirat) yang Mr Krab lafazkan di akhir perbualan menghasut aku membuat satu hypotesis ringkas terhadap beliau. Nasib baik dia jauh di mata tapi ____________ (sila lengkapkan ayat tersebut dengan selengkapnya. ini adalah sebagai latih tubi bahasa melayu anda dan sebagai persediaan tuk memartabatkan bahasa melayu) Klo tak, dah lama ku layangkan lempangan manja yang diiringi kasih sayang kepada beliau (ok. mana buleh ganas-ganas. biar garang asalkan comel. wat da hal aku merepek nih. besa lar. aku memang suka merepek. harap maklum)

No comments: