Tuesday, December 16, 2008

bukit merah

Salam ceria suma di samping keluarga dan insan terchenta. huk huk huk. Dah dekat seminggu aku batuk manja dan gatal (batuk yang tak bersungguh - sungguh) Tapi batuk tersebut tak menghalang aku tuk pegi cuti-cuti Malaysia bersama keluarga. Apa kaitan batuk ngan pegi bercuti? ok. Lokasi cuti-cuti Malaysia kali ini adalah Bukit Merah Laketown, Perak.

Sebelom bertolak ke Bukit Merah, kami pegi ofis mak kat Alor star tuk amek tandatangan dan pengesahan daripada bos mak. Ni suma tuk MARA. Ulang taip. Untuk MARA.

huduh betol tulisan. kecewa aku tengok tulisan aku yang huduh nih. isk isk isk T_T

Kat sana dapat lar aku jumpa Puan Nik. Sempat sembang dengan beliau ngan staf len kat LPPKN. First impression aku kat Puan Nik, beliau cantik! hehe. Dia sempat gak bagi petua rumahtangga. Menurutnya, tak payah lar nak buat family planning sangat. Nanti klo nak dapat baby lagi, takut susah dapat. Klo buleh setaun dua orang baby, pun tak pa. haha. Sungguh. Nih beliau yang kata. Iyer lar. Dulu susah nak pengasuh. Sekarang dah senang. Taska ngan tempat asuhan berlungguk-lungguk. Huiks. Dah out of topik nih. Dalam perjalanan, ada perkara menarik kat highway. Teruja aku aku tengok. hehe.

alahai. pewira negara. selamat pegi berjuang!

Back to da main point, sampai jer kat Bukit Merah, kami check in kat Suria Apartment. Hahh. Klo nak taw, apartment tuh sebelah highway. Lepas lunch, rehat kejap. Petang tuh baru lar gi jalan-jalan kat kawasan Bukit Merah Laketown. Lepas bermusyawarah 15 minit depan activity board, kami decide nak pegi Pulau Orang Utan. Kami dah terlepas bot pukul 4 petang, so kena tunggu bot pukul 4.30 petang. Tasik tuh SANGAT BESAR. Tasik tuh bukan takat leh memancing ikan gelama dan menjala ikan bilis, klo nak bela ikan paus pun buleh gak aku rasa. Tak pun buat Perlabuhan Klang ker.

Kat sana, ada sorang pekerja kat pulau tuh tunggu dan terangkan pasal penghuni kat Pulau Orang Utan. Orang utan yang ada kat sini dibawak masuk dari Sarawak. Ada sekor orang utan jantan, merangkap orang utan dominan. Namanya Mike dan berusia 26 taun. Dan. Dia ada 4 ekor isteri. wow. haha. Guys, maw rahsia beristeri 4? Silalah berjumpa dengan dia. hehe. Just kiddink. Masa kami kat situ, sempat nampak 2 ekor isteri Mike, Baboon dan Jerangkung. Klo tak silap, Jerangkung tengah pregnant 6 months.

Mike, si dominan

Menurut keterangan, orang utan pun macam manusia. Yang membezakan dorang ngan manusia adalah pemikiran dorang dan jumlah kromosom mereka (hahh. pi bukak buku biologi form 5, bab genetik) Dorang pun ada gak penyakit macam manusia. Saket jantung, kencing manis, demam dan sebagainya. Kami pun tak leh pegang orang utan kat sini atas faktor keselamatan. Especially si Mike tuh. Menurut pekerja kat situ, renjer penah kena cakar ngan orang utan tuh sampai kena brapa ntah jahitan. Kuasa dia menyamai 4 hingga 5 orang lelaki dewasa. Klo renjer pelempang dia, dia pun pelempang renjer tuh balik.

Kat situ pun ada gak skolah tuk anak-anak orang utan. Tapi skolah tuh tadak student demi keselamatan pengunjung dan anak-anak orang utan tersebut. Anak orang utan yang baru dilahirkan dijaga seperti anak manusia. Seyes. Baby orang utan yang baru dilahirkan pun duk dalam inkubator, macam baby manusia. Klo korang tengok, tempat tuh cam dalam wad pengasing baby kat spital.

skolah anak orang utan

alahai comelnya dia.

Ada gak anak orang utan yang dah besar sket kat recovery room. Aku tak ingat brapa ekor sumanya. Yang aku ingat ada dua ekor. Depa ngan Fafat. Nama dia Depa sebab dilahirkan pada hari Deepavali dan Fafat pulak dilahirkan pada Tahun Baru Cina.

Deepa yang comel. geram aku tengok dia.

Ekceli, ada banyak lagi anak orang utan. Yang tuh derang tak duduk kat recovery room. hurm. Nama dorang pun best-best gak. Cam pelakon citer Sepanyol. Carlos, Paulina, Elivas, Eliyas, Adam. pergh. Menurut akak yang bagi penerangan tuh, antara suma anak orang utan nih, Carlos yang paling tua Kiranya dia tu buleh dikatakan abang bagi anak-anak orang utan. Yang menambahkan lagi kekaguman aku ngan Carlos nih, dia ada rasa tanggungjawab. Menurut akak tuh lagi, Carlos akan make sure suma adik-adik dia balik "umah" bila dah sampai masa tuk balik. Pastu baru lar dia balik. Nak nanges keterharuan aku bila dengar akak tuh bagitaw. isk isk isk (woih. woih. woih. awat yang emo tak tentu pasal nih? lupa amek prozac ka?)

Lepas puas tengok aksi dan muka comel orang utan, kami pun pulang dengan perasaan gembira (macam ayat penutup karangan skolah rendah jer) Sebelom balik apartment, makan dulu weih. Tapi, sebelom makan, aku ngan adik pi masuk umah antu. Mulanya aku tamaw masuk. Tapi lepas adik pujuk, aku pun termakan dengan pujukkan dia tuh (ntah apa dia jampi aku sampai aku setuju) Sampai sekarang aku nyesal masuk umah antu tuh. Sungguh. AKU MENYESAL! @#$%&* punya antu T________T (aku mencarut bersungguh-sungguh dalam tangisan) huhu. Klo masuk umah antu ngan boifren ker hubby ker, ok lar gak. Buleh pegang or peluk dia. hehe (niat keji tuh. sangat keji niat anda. ngucap tika. ngucap banyak-banyak)

p/s sila jangan masuk umah antu. jika anda degil, anda akan menyesal seperti saya. pastikan anda tidak mempunyai penyakit jantung atau alergi pada habuk. jika tidak, anda akan menyesal seperti saya.

Rancangan asal nak gi Ecopark waktu malam batal sebab hujan. Kempunan adik. Aku tak kisah pegi ke tak sebab aku dah ngantuk ngan penat menjerit macam tarzan dalam umah antu siang tadi.

Pagi cam besa lar, brekfes. Kupon brekfes hanya tuk mak dan abah. So, aku ngan adik kena bayar tuk brekfes. Harga tuk brekfes aku RM20 dan adik RM15. mak aih. Giler ah. Klo aku taw, aku bawak kuali goreng cekodok kat dalam apartment. So, memandangkan dah mahal bayar, aku pun makan suma yang ada kat atas meja (tadak lar sampai amek berlebihan plak. amek sikit-sikit lar. melampau betol klo nak makan banyak) Jumlah makanan yang dimakan haruslah sepadan dengan harga yang dibayar. Makan dengan penuh penghayatan dan menikmati setiap molekul air yang mahal tuh. Jangan banyak bunyi.

Tengah brekfes, adik dah parkinson nak pi mandi kat swimming pool. Duk lar kat tepi swimming pool tuh lama gak r. Takkan r nak gi terjun buat kuak lentang kat situ plak. Malu jiwa raga aku. Dah r ada anak teruna kat situ (budak-budak laki yang aku yakin masih lagi di bangku sekolah rendah) Ada gak remaja perempuan yang aku yakin dah dewasa pun join gak. alahai. Segan aku tengok derang. Dari bercermin mata, terus tak pakai dah sampai balik bilik.

Kesimpulannya, we're happy! Klo buleh nak pegi lagi. Dan. Tamaw dan masuk umah antu. Hampa jangan dok ajak aku masuk umah antu. Klo nak kena pelempang, ajak lar.

1 comment:

mohdzaid said...

macam best je.. saya 1 dan 2 jun ni nak kesana... thanks ye review pasal bukit merah ni..