Thursday, December 11, 2008

berita terkini

Salam suma. Cuti nih rajin gak lar aku update walopun ada gak rasa maleh tuh. Pemalas betol budak nih. haha. Nasib bek Aiman selalu dok hasut aku update blog nih. Klo nasib lagi bek, dapat lar buat satu tag. hehe. Hari nih tadak apa yang menarik yang aku buat. Takat merempit ngan mak di pagi yang hening lagi nyaman. hehe.

Ingat aku nih rajin sangat ker nak kuar umah? Sungguh aku malas nak kuar. Kuar pun sebab ada urusan jer. Well, pagi nih aku ngan mak pi sekolah adik amek surat tawaran Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. Petang semalam skolah dia tipon suruh pi skolah amek surat tawaran tuh. Mak ngan adik target dapat masuk skolah len, last-last dapat masuk skolah len. Alar, tak kisah lar pi skolah mana pun, yang penting pi skolah nak blaja bukannya nak pi huha huha tak tentu pasal. Then pi pejabat pos beli setem hasil 4 keping yang bernilai RM 10 setiap satu. Pi jumpa pesuruhjaya sumpah, pejabat daerah matikan setem hasil, pejabat PPD dan balik umah.

Sampai jer kat umah, tersadai aku kat atas sofa. Letih. Ingat nak topup tapi bila aku usha isi kandungan purse tuh, otomatik kensel nak topup. Korang paham-paham lar. Cuti-cuti nih pitih tak brapa nak ada. Nak tunggu elaun MARA masuk lambat lagi sampai purse aku dah dapat anorexia nervosa (nak masuk jugak medic nih. haih) Tiket bas ekspres dan bas awam lagi banyak daripada Ringgit Malaysia. Sejak jadi penganggur cuti nih, kegawatan betol diri aku nih.

Sekian sahaja buletin dan informasi basi daripada cik tika. Semoga terhibur dan dapat menambah pengetahuan am anda. Sekian (dah. dah. cam tak betol jer)

No comments: