Sunday, December 28, 2008

5 things that i love you (ehem)

The 7 things i like about you
Your hair
Your eyes
Your old Levi's
You make me laugh
You make me cry
But I guess that both I'll have to buy
Your hands in mine when we're intertwined
Everything's alright
I want to be with the one i know
And the 7th thing I like the most that you do
You make me love you
You do...

Salam. Tidak ada aktiviti yang menarik hari nih. Seperti biasa, saya akan menjalankan tugas saya sebagai suriumah berseri-seri dengan penuh ketekunan dan kesabaran. Agak membosankan. Pegi online, tiba-tiba.... tiba-tiba... tiba-tiba.. (brapa banyak tiba-tiba daa) SAYA DITAGGED!. keh keh. Iyer. Sekali lagi, saya ditagged oleh seorang insan comey tak mengenal erti jemu dan muak yang buleh membawa kepada berlakunya muntah secara besar-besaran. Baiklah. Maleh nak ngomong banyak-banyak, inilah tagged nya. Bagi yang ingin menambah pengetahuan am anda, sila baca ayat-ayat seterusnya dengan teliti. Soklan dalam Bahasa Inggeris. Jawapan jer dalam Bahasa Melayu. Saya kan majmuk. Kalau buleh, suma bahasa dan loghat saya nak guna. eerr. Ada sapa-sapa nak ajar saya Bahasa Kenya? Ada tak? Ulang tanya. Ada tak? Tak der? Tak per T________T

5 things you love

  • Music

Saya sebenornya nak sangat menyanyi lagu Kuek Mambo secara berduet sambil menari tango dengan Siti Nurhaliza RCMP. Tapi... Saya malu tuk menyatakan niat suci lagi murni saya tu.

  • Shopping

Sapa kata shopping tak bagus? Meh sini nak lempang beliau secukup rasa. Shopping buleh diibaratkan sebagai salah satu cabang sukan. Contohnya marathon mengelilingi shopping mall, naik turun elevator, bergegas keluar masuk kedai. Tak ker suma aktiviti tuh mengeluarkan peluh sekali gus menjana minda dan memantapkan jasmani (eerr. cam dah terpesong jauh jer nih) Hai. Saya Tika. Pelajar bidang radiografi iaitu xray, bukan sains sukan. Harap maklum.

  • Cokelat

Saya sangat rindu sama COKELAT APOLLO yang berharga 5 kupang (RM 0.50) yang dijual di koperasi Toy's r Us kolej saya (aku rasa macam masuk kedai mainan. banyak sungguh makanan tuk budak-budak, tambah-tambah lagi Choki-choki. so, jangan salahkan kami sekiranya kami agak kebudak-budakkan. salahkan koperasi kolej. sapa yang bertanggungjawab? koperasi kolej yang bertanggungjawab!) Puas sudah saya cari kat Kulim, tapi tak dak pun. Kat Ipoh jugak yang ada. ces.

  • Handphone

Tak dinafikan menda alah tu merupakan satu keperluan yang wajib dimiliki. Terutama skali pelajar kolej. Terutama skali masa ada exam atau kuiz. Anta pi lar 48 mesej tanya apa jenis filem xray, jangan harap saya nak reply walopun satu huruf. Seyes. Bukan tamaw tolong, tapi kalau dah pengajar duk sebelah masa jawab kuiz, tadak maknanya reply mesej korang. Kang tak pasal-pasal aku plak kena lesing sampai berlubang kepala. Ekceli, saya tak heran sangat dengan hendphone (huih tika. betol ker hang tak heran nih... bukan selang 2 saat hang ngadap handphone ker). Handphone saya besa-besa sahaja. Tak ada MP3, tak ada kamera. Tapi tak per. Suma tuh akan berubah pabila elaun MARA masuk. hehe.

  • Money

No money no talk. Zaman sekarang suma nak duit. Nak buang air pelbagai saiz pun kena bayar duit. Tapi semalam masa aku pegi toilet kat Megamall tadak pulak dorang buat tol depan toilet. Megamall dah kaya kot. Terkejut gak. Yelar, setaun brapa kali jer balik Kedah dan kuar berpoya-poya. Saya kan perantau di bumi orang yang semakin menghijau dek bulan purnama yang memancarkan cahaya kehijauannya itu. Kedah pun dah semakin hijau walopun saya suka cahaya biru menyinari bumi Kedah.

5 man of your dream

Sebenornya saya tak brapa paham kehendak ayat nih sama ada saya kena bagi tahu jejaka idaman kalbu atau ciri-ciri lelaki idaman. Aiman letak ciri-ciri. Tak per. Memandangkan saya rajin dan jari saya masih lagi gagah menaip (walopun hakikatnya jaris manis saya masih lagi saket sebab tersepit tingkap. takut gak ada fracture sebab saya tutup tingkap tuh dengan kelajuan yang sangat membanggakan sampai tak sempat nak angkat jari) saya akan nyatakan kedua-dua kekeliruan tersebut.

  • Dafi Spa Q

Haha. Currently having crush on him. Tapi tak tengok pun citer Spa Q tu. Maleh. Ok. Dah. Kembali ke pangkal jalan. Kalau orang tanya tentang ciri-ciri lelaki idaman, ini jawapan yang saya akan bagitaw. Ciri nih mesti ada pada lelaki bertuah tersebut. WAJIB. Tadak sunat atau diskaun 70%. Hampa ingat kedai kasut Vincci ka ada diskaun-diskaun nih. Dia mestilah seorang LELAKI. hahahahaha. Yelar. Takkan nak berchenta cintun ngan perempuan plak? Mintak dijauhkan. Ciri syaitonirrajim tuh . Sapa lelaki bertuah tersebut? Jeng jeng jeng. Dia adalah ....... eerr... saya tataw. hehe. ok. Let's proceed.

  • Fahrin Ahmad

Alahai. Memang jejaka idaman kalbu nih. 3 hari 3 malam mimpi kat dia. Sekali lagi saya tido lena, makan, kenyang, mandi tak basah. Kalau tanya wanita-wanita, gadis-gadis, anak dara, mak orang, nenek, moyang, mak cik, mak long, mak ngah (cukup tuh. tak yah nak buh banyak-banyak) sudah tentu dorang akan kata salah satu ciri lelaki idaman mereka adalah ensem, taf, muda dan tinggi macam Fahrin Ahmad (tak buleh. fahrin ahmad aku yang punya. muahahaha *gelak dengan nada keji*) Bagi saya konsepnya senang sahaja. Semua orang nak yang terbaik dan yang memiliki sifat-sifat mahmudah serta ciri-ciri yang buleh dikategorikan sebagai indah (?). Oleh itu, tak payah lar nak senarai nilai-nilai murni yang kena ada pada lelaki tersebut. Buat letih tangan jer. Tak perlu lar amek masa 7 jam semata-mata nak pikir ciri-ciri lelaki idaman anda. Lagi baek pegi makan nasi berlaukkan sambal udang (meleleh air liur satu sungai bila sebut sambal udang)

  • Farid Kamil

Ehem. Tetiba suka dengan Farid Kamil. Bukan sebab dia berlakon dalam filem Anak Halal sebab saya tak tengok pun movie tersebut. Macam Cik Aiman, saya jugak mahu seorang lelaki yang tinggi. Sebab saya mempunyai ketinggian yang boleh dibanggakan. haha. eerr. Kita ke isi seterusnya.

  • Hans Isac

alahai. Comelnya dia dalam filem Cuci. Sikap dia dalam filem ini sangat comel (?) Kelakar. Yup. salah satu perkara yang menyemarakkan satu perhubungan. Kalau asyik sorang jer yang buat lawak macam tiada hari esok pasti sangat membosankan. Mungkin jejaka itu pun nak buat lawak tapi tak menjadi. Kesian. Alangkah comelnya (?) kalau kedua-duanya kelakar. Tak perlulah setiap saat nak buat lawak. silap time, rentung kena fire.

  • Shane West

Nama Shane West tak sepopular Brad Pitt atau Tom Kurus (?) Bagi peminat movie "A Walk to Rememmber" (pengaruh Suren lar nih) mesti taw. Shane merupakan watak utama dalam movie nih. Sebab apa saya suka Shane West dalam movie nih? First, sebab muka dia. Walopun brutal tapi ensem. alahai. Cair babe. Second, cara dia tunaikan permintaan jantung hati jantung pisangnya dan berubah dari seorang remaja yang nakal (lumrah lar remaja nakal) kepada seorang yang baik dan sweet macam gula-gula kapas. eerr.

eerr. Rasa macam huraian agak tak best (tak sampai hati nak letak perkataan SANGAT) let's proceed to athers questions.

5 things you love doing when you're happy

  • Sengih sorang-sorang macam arnab dapat macam karot. keh keh.
  • Nyanyi dengan penuh perasaan. Ekceli, anytime pun saya nyanyi gak termasuk lar dalam bilik air. Dalam bilik air nyanyi dalam hati jelar. Tak sopan anak dara nyanyi dalam bilik air.
  • Online sampai subuh. Seronok punya pasal, internet dapat nama (derhaka pada peribahasa nenek moyang)
  • Tido dengan khusyuk. Tak on alarm.
  • Tak maw rasa seronok sangat. Takut nanti menanges tak berlagu tapi bernada. huiks. Macam mana tuh?

5 things you would do when you're EMO

  • Nanges semahu-mahunya dan penuh perasaan sampai bengkak mata macam mata ikan kena tuba. Jangan kaco masa saya nanges. Kalau nak kena pelempang bertubi-tubi, kaco lar.
  • Baca majalah dengan harapan ada sinar kebahagian yang terpancar seperti Vincci atau PDI tengah ada sales secara berleluasa dan histeria.
  • Jugak, online sampai subuh. Menyeluk pekasan biar sampai ke pangkal jalan. Sekali lagi, saya menderhaka kepada nenek moyang dengan mengubah peribahsa turun temurun. eerr. apa kaitan pekasam dengan online?
  • Jugak, tido dengan penuh kekusyukkan.
  • Pegi daki Gunung Jerai dan marathon dari Kuala Kangsar ke Kulim sebagai persediaan tuk menyertai askar wataniah. haha. Acah jer. eerr. Baca buku sejarah kot.

5 things on relationships

Soklan nih pun saya blur jugak. Dia mintak apa sebenornya? disebabkan saya tengah blur dan start nak jadi maleh, saya buh jelar macam yang Aiman buh dan bagi jawapan standard peperiksaan awam.

  • Kejujuran
  • Humour. Bukan tumor maglinant atau benign.
  • Keserasian
  • Kesabaran
  • Kecomelan (?) eerr. Sebenornya saya dah tak taw nak letak apa dah. Men tibai jer isi nih.

No comments: