Thursday, October 02, 2008

Syawal

Salam. Baju raya korang kaler aper taun nih? haha. Harap memahami. Tu soklan wajib setiap kali hari raya. Taun nih aku dan keluarga beraya di Pulau Pinang dan Perak. Dari Bota Kiri terus antar aku balik bandar paling aku sayang Ipoh.

Raya kali nih meriah sebab suma anak cucu cicit tok wan balik kecuali Mak Chaq sekeluarga. Raya taun nih bertambah meriah seperti ditambah lebih bunga api dan duit raya kaler merah dengan kehadiran dua orang baru dalam keluarga kami. Alhamdulillah. Catherina merangkap cucu Cik dan anak kepada Kak Dik Na dan Abang Taufik serta Kak Sha, menantu Cik dan beloved wife to da handsome man, Abang Pitt (sila terharu dengan pujian tersebut)

comey sungguh budak nih. maaacamm tuan blog nih. ~ hehe

Aku balik Kulim beberapa hari sebelom hari raya. Cam besa lar, tiket bas dah beli sebulan sebelom hari raya. Iyer lar. Kang abes, menangis di tepian katil. Balik umah aku ada lar request tuk makan macam-macam. Tak pa. Mak memahami keadaan aku yang mengidam macam-macam. Tapi tak pulak lar aku mintak nak makan sup kepala gajah ker ngan kari ikan paus ker. Klo mintak tuh memang nak menempah lempangan daripada mak aku. Melampau betol tuh mintak kepala gajah ngan ikan paus. Mak aku masak memang sedap walopun simple. Cam nak nanges jer masa tuh. Yelar, bukannya buleh makan masakan mak bila duk hostel. Len lar klo aku tiap-tiap minggu balik umah (ehem. siti nurhaliza, jangan terasa k. ayat nih ayat umum walopun sebenornya aku tuju kat ko. hehe)

Ok. Dah abes part aku terharu dapat makan masakan mak aku. La nih nak citer pasal suasana bila suma sedara-mara balik dan berkumpul kat umah tok wan. Klo arwah tok wan ada lagi, mesti beliau gumbira, sengih sepanjang masa. Sapa tak suka bila suma anak menantu cucu cicit balik. Rindu tok wan ngan tok. Mesti lar meriah cam funfair. Takkan sunyi cam tong sampah yang penuh ngan fosil ikan kot. Memang dah jadi satu tradisi dan menda wajib buat (tadak istilah sunat atau harus) suma pakat-pakat gotong-royong masak juadah berbuka posa dan menghidang. Dah pulak tu, ada chef-chef yang memang tak dapat disangkal lagi kehebatan mereka bersilat dengan sayur, daging dan segala menda tuk masak juadah berbuka. Fuuhh. Kagum aku dengan skill memasak dorang yang memang bertaraf antarabangsa.

Maka aku, pembantu yang diimport khas dari Ipoh turut tidak ketinggalan dalam memberi khidmat iaitu hidang makanan dengan rasa malas sepenuh jiwa raga. Nasib baik ada Kak Mawar (maid Kak Dikna yang sepanjang masa duk buat keja jer. dia nih tak rasa penat ka? kagum aku dengan kudrat beliau) tolong kami yang len buat keja. Klo ikutkan ati aku, nak jer aku pi join budak-budak men aci ligan duduk ngan men pasir. Nasib baik tak lupa diri masa tuh. Klo tak memang dah lama join dorang.

tis is my teritory. penceroboh akan didakwa. sila amek perhatian.

Lepas semayang Magrib, haahh, sampai lar masa yang diidam-idamkan.. Bertaun aku nantikan saat nih sampai ngigau-ngigau masa tido. Main mercun ngan bunga api. huhu. Agak tak best sebab mercun paling best lagi merbahaya di mana yang pakar saja buleh men iaitu mercun bawang tidak disupply oleh Pak Ngah Men taun nih. isk.. isk.. isk.. Alasan yang beliau berikan di atas tindakan beliau tersebut, " hang dah besaq lar. cam budak-budak men mercun bawang. per lar. buat malu institusi pemercunan ja..." huhuhu. Malam tuh bukan aku sorang jer budak kecik (yelar, kecik lagi. tak cukup umo nak pi mengundi. haahh. encek izhar sila amek perhatian. suka tak pengakuan berani mati nih? suka lar tuh. mentang-mentang beliau dah buleh pi mengundi) Ramai yang join. Kira aku buleh dikategorikan sebagai senior lar. Haahh. Peduli apa aku orang nak kata aku childish. Main tetap main. Bukan selalu dapat main. Aku main bunga api jer. Mercun selain mercun bawang tak main. Bukan takut, tapi berhati-hati. Kang putus jari, mana nak pi cari ganti. Bukannya ada jual kat kedai runcit Klebang Jaya ataupun kat The Store mahupun Tesco Extra.

Pagi hari raya, pun macam besa gak, mandi sunat hari rya (ces, mandi pun nak bagitaw) dan brekfes sebelom pi semayang raya. Menu brekfes adalah ketupat, rendang daging dan beraneka kuih raya yang datang dengan pelbagai jenis bentuk, warna dan tekstur padahal rasa sama jer. Rendang daging yang Ngah masak membuatkan aku membelasah makan 4 biji ketupat sambil berlinang air mata sebab sedap sangat. Sungguh, cheq tak muhong.

Pas semayang raya, maka, bermulalah sesi mengutip cukai tahunan yang julung kali diadakan. Segan gak nak amek duit raya tuh. Tapi klo abah bagi, memang cepat jer aku amek. Pagi raya jugaklah aku terkantoi dengan Abang Pitt dengan kewujudan blog aku yang tak seberapa nih. Segan jiwa raga aku. Mana beliau taw pasal blog aku nih? Musykil, musykil. Seharian aku memikirkannya sehingga membuatkan aku membelasah makan 3 biji lagi ketupat beserta rendang daging.

Keluarga Tok Su pun ada mai gak umah tok wan. Maka, bertambah meriah lar suasana. Tok su tak ikut, anak-anak merka jer datang. Satu famili pakai baju kaler ungu. Rasanya taun nih memang suma sepakat nak baju raya kaler hijau ngan ungu kot. Kat masjid aku tengok berlungguk-lungguk orang pakai baju kaler tuh. Aku, adik ngan mak boria, pakai baju kaler biru. Abah jer lain tema. Kaler gold. Tak pa. Raya haji kita boria. hehe.

Kemudian, kami suma kan meneruskan kemeriahan hari raya dengan berkunjung ke umah sedara-mara yang jauh di mata dekat di ati. Lokasinya adalah Alor Star dan Sungai Limau (aku dah lupa lar sungai limau nih duk dalam kawasan mana. yang aku taw, klo nak pi sana kuar kot tol gurun-jeniang) iaitu umah Mak Chaq dan kampung Pak Cik. First singgah dulu kampung Pak Cik. Famili Pak Cik ada buat makan-makan sket. Bihun sup. Memang sedap. Dua kali aku tambah. Paling aku berkenan skali rendang ayam. Fuuhh. Kesedapannya membuatkan sekali lagi aku memakan 4 biji ketupat. Haahh. Tuh memang peringkat melantak tahap tenuk. Yelar. Dah penat drive dari Bukit Mertajam. So, aku berhak tuk makan sebegitu rupa. Jangan banyak bunyi plak.

Setibanya kami di umah Mak Chaq agak petang. Pak Lang, Kak Na dan Abang Syam sekeluarga dah sampai. dapat jumpa Abang E yang memang dah lama aku tak jumpa. Dia nampak lain sekarang. Makin kurus. Mungkin sebab penyakit yang dihidapi ngan ubat yang dia makan. Sesi bergambar pun ada gak. Gambar yang mampu diamek hanya gambar anak-anak tok wan jer sebab tak cukup ruang nak amek gambar suma generasi.

dari kiri : mak chaq, ngah, pak lang, cik dan abah

Maka, itulah aktiviti mengeratkan silaturahim yang dilakukan pada hari raya pertama selain melahap ketupat dan rendang dengan jayanya dan kutip cukai. Balik Kulim singgah jap klinik sebab adik demam. So, masa tuh adik ngan mak demam. Aku ngan abah steady lagi.

Kat umah Opah ada Wan Cu sekeluarga. Raya nih opah kata tak buat lemang (~ tidaaakk T_____T) Ketupat opah tempah kat Wak Kelantan. Rendang opah buat lar (~ bestnyer) Kuih raya taun nih disponsor eksklusif oleh Wan Cu enterprise. hehe. Raya taun nih tak sempat pi beraya banyak umah sedara sebab balik kampung sat. Pastu dah nak anta aku balik hostel plak. adoi. raya taun nih pun macam taun lepas gak. Rasa serba salah kat buku. Banyak lagi yang tak kaver tuk exam. isk.. isk.. Tapi apa kena mengena exam dengan raya? Haahh. Budak-budak radiografi sem 1 kecuali aku mesti study giler-giler time raya. Tambah-tambah lagi Siti Hurhalida. Mulut jer kata tak study. Ko mesti study kan. Tak yah nak berdalih lar dengan aku. Aku dah lama idop ngan ko. haha.


GALERI RIANG RIA HARI RAYA

ada lagi makanan tuh. maleh aku nak snap.

aura catherina memang memukau. suma pakat nak tengok dia berbanding rancangan bersama siti nurhaliza.

apeet men bunga api

kami juga insan biasa. punya naluri kebudak-budakkan kerana kami penah melalui zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu.

dapur yang menggegarkan waktu berbuka posa

abang taufik cam boring jer. pak ngah steady. hehe. budak-budak tengah kira duit raya. mentang-mentang lar hampa dapat banyak duit raya. hepi lar tuh. saja jer nak bagi jeles.

nak tengok keta banyak cenggini setaun skali jer. tu pun time raya.

No comments: